Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36

Aayyan memulas tombol pintu biliknya. Dia menarik Ayeena masuk bersamanya lalu pintu dikunci.

Ayeena merentap tangannya dari pegangan Aayyan. Cukup membuat Aayyan terpempan.

"Jangan sentuh Sha!" Tegas Ayeena sebelum melangkah ke katil. Namun, tangannya diraih oleh Aayyan. Langkah kakinya terhenti.

"Lepaskan Sha!"

Sekali lagi Aayyan seakan terkedu dengan ujaran Ayeena. Lepaskan? Maksudnya?

"Bagi Sha masa untuk terima semua ni." Sambung Ayeena.

Namun, pegangan Aayyan masih tidak dileraikan.

"Abang minta maaf." Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Aayyan setelah berdiam dari tadi. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk pulihkan keadaan. Dia terlalu ikutkan nafsu.

"Dengan maaf abang tu boleh ulang balik masa ka? Abang tak guna! Sha benci abang." Naik seoktaf suara Ayeena. Syaitan membisik untuk dia melawan suaminya. Walaupun ini bukan dirinya yang sebenar. Nasib baik anak mereka, Anrique tidur di bilik lain.

"Mind your words, Ayeena Danisha!! I'm your husband!" Aayyan pun apa kurangnya, kuat suaranya menempik Ayeena. Terhinjut bahu gadis itu.

Ayeena senyum senget, "Baguslah! Dulu kata Sha ni menyund*l sana sini. Lani tengok siapa berzina, abang ka Sha?"

Aayyan mengetap rahangnya.

"I said mind your words!!!" Aayyan mengepal penumbuknya sebelum menumbuk cermin kaca meja solek di sebelahnya.

Tersentak Ayeena. Dipandangnya darah yang menitik dari tangan suaminya.

"Sha menyesal kenal abang." suara Ayeena mula mengendur. Wajah ditundukkan. Kepala digelengkan.

"Sha tak patut kahwin dengan abang." Sambungnya.

Aayyan memejam matanya. Sakit? Ya, dia hatinya sakit mendengar luahan isi hati isterinya.

"Sha tak patut kahwin dengan abang." sambung Ayeena lagi.

"Enough! Jangan cabar kesabaran aku!" Ujar Aayyan mendatar. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Betul la Sha cakap ni kan? Sepatutnya Sha kahwin Henry bukan dengan abang." Lancang mulut Ayeena mengeluarkan ayat itu tanpa berfikir panjang.

Aayyan membuka kelopak matanya sebelum menendang kerusi meja solek. Barang-barang di atas meja itu ditolaknya jatuh.

"HENRY! HENRY! HENRY! KENAPA KAU NAK SEBUT PASAL LAKI LAIN DEPAN AKU?!!!" Suara Aayyan bak guruh menyambar. Mukanya merah. Segala urat timbul.

Ayeena menelan liur. Terasa pahit. Apa aku buat ni?

"Kenapa kau tak nampak yang selama ni aku sayang kau? Kenapa kau lebihkan laki lain? Apa lebihnya Henry apa kurangnya aku?" Suara Aayyan mengendur. Matanya yang berkaca tadi kini mengalirkan air mata turun. Laju.

Ayeena cuba mendekati Aayyan. Baru sahaja dia mahu meraih tangan Aayyan, Aayyan menepis kasar tangannya. Akibatnya Ayeena terdorong ke belakang.

"Kau nak tau kenapa aku jadi macam ni?" Aayyan mengalihkan pandangan ke arah kiri. Air matanya masih mengalir. Matanya dipejam.

"Kalau kau tak menggatal dengan Haqir pagi tu. Semua ni takkan jadi." Sambungnya mendatar.

Ayeena terkedu. Haqir?

"Aku tahu aku salah. Aku ikutkan nafsu. Aku tunduk pada ego. Tapi aku tak suka." Air mata Aayyan mengalir tanpa henti. Dia langsung tidak menyeka air mata itu.

"Aku tak suka tengok kau dengan laki lain. Aku benci benda tu. Aku tak suka dengar pasal laki lain dari mulut kau. Kau aku punya." Sambungnya lagi.

"Aku tak ingat malam tu. Apa yang jadi aku tak tahu. Sumpah aku tak ingat langsung. Tapi kalau aku cerita. Ada yang nak percayakan aku?" Aayyan menahan tubuhnya daripada jatuh dengan menyandarkan lengannya pada dinding. Lututnya rasa lemah tika ini.

"Aku perlukan kau. Aku perlukan isteri aku. Aku tak kuat. Keluarga aku semua benci aku. Semua takkan percayakan aku lagi."

Ayeena masih lagi terdiam. Ya Allah, aku sepatutnya bagi semangat dekat suami aku di saat keluarganya sedang marahkannya.

Belum sempat Ayeena membuka kata, Aayyan memintas, "Aku minta maaf sebab aku bukan Henry."

Terus kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kuat.

Ayeena jatuh terduduk. Tangan meraup muka. Apa aku dah buat ni? Sepatutnya aku dengar penjelasan dia, kenapa aku keruhkan lagi hubungan yang baru pulih ni?

Setelah kali ke-19 pintu rumah Alyas diketuk, akhirnya pintu dikuak dari dalam. Tanpa banyak kata Aayyan terus meluru masuk.

Alyas memisat matanya melihat Aayyan yang penuh dengan air mata di pipi. Lah, pehal nangis malam-malam jantan ni? Bini period tak bagi sentuh ke? Dengan tangan berdarahnya. Eh, berdarah?

Terbeliak biji mata Alyas melihat darah yang menitik daripada tangan Aayyan.

Oh, My! Lantai aku.

"Aku tidur sini." Aayyan melabuhkan punggung atas sofa.

Alyas mendekati Aayyan, "Kau okay tak ni?"

Aayyan menoleh ke arah Alyas, baru sahaja dia ingin membuka mulut, Henry mendekati mereka.

"Apa kau buat Yan? Kau kata kau sayang Ayeena." Soal Henry dengan nada kecewa.

Aayyan meraup kasar rambutnya. Alyas pula berkerut kening. Wow, abang Alyas tertinggal bas ke ni?

"Aku tak ingat." Aayyan membalas pandangan tajam Henry dengan pandangan redup. Matanya berkaca. Henry duduk di sebelahnya. Tubuh kekar sepupunya itu dibawa ke dakapannya. Tiba-tiba, muncul sepasang tangan memeluk mereka berdua.

Henry menoleh ke arah Alyas. Alyas tersengih.

"Apa? Aku nak hug juga. Salah ke?"

Henry mengetuk kepala Alyas. Ditolaknya Alyas ke tepi. Alyas mencebik. Peluk pun kedekut.

"Aku tahu kau tak salah. Kau kena buktikan yang kau tak salah." Henry memujuk Aayyan di pelukannya.

"Macam mana Ry? Aku buntu. Kalau Ariana pregnant anak aku, macam mana?" Perlahan ucapan Aayyan itu.

Henry pula mati kata. Betul juga tu.

"Ayeena." Sebaris nama itu ditutur oleh bibir Aayyan. Tubuh Henry mengeras.

"Dia pun tak percayakan aku. Dia tak sayang aku Ry." Aayyan melepaskan tangisan di bahu Henry.

"Dia sayang kau, Yan. Aku kenal dia. Dia cuma kecewa je tu." Henry mengusap belakang tubuh Aayyan. Sungguh dia juga terkejut apabila mendapat berita bahawa Aayyan ditangkap khalwat dengan Ariana. Perkara pertama yang singgah di pemikirannya, bagaimana dengan Ayeena?

Alyas yang sedari tadi memerhatikan kedua lelaki itu menggaru kepala.

"Erk, tumpang tanya! Apa yang jadi?"

Henry mengecilkan matanya yang sepet itu. Alyas tersengih. Ala, nak titew nak tahu je! Kedekut punya kawan.

"Aku buatkan air je la. Dah korang kedekut sangat nak cerita dekat aku." Alyas berlalu ke dapur.

Baru sahaja Henry ingin menegur Aayyan yang diam dari tadi, bunyi dengkuran halus mematikan niatnya. Dipandang wajah Aayyan yang sedang tertidur dalam pelukannya. Bibirnya terukir senyuman.

Aku tahu kau kuat Aayyan. Cuma satu aku pesan. Jangan tinggalkan Ayeena. Dia sayang kau. Jangan siakan dia. Itu permintaan terakhir aku.

Dia merungkai pelukan itu. Dia membaringkan tubuh Aayyan ke atas sofa. Ditenungnya muka Aayyan. Ada lingkaran hitam di bawah mata lelaki itu. Mungkin tidak cukup tidur memikirkan masalahnya.

Aku sayang kau, Yan. Aku sayang Ayeena. Dua-dua aku sayang.

Henry tiba-tiba terbatuk-batuk. Dia menekup mulutnya daripada menghasilkan bunyi batuk yang kuat. Dia menjauhkan diri daripada Aayyan. Tidak mahu ganggu tidur lelaki itu.

Dia berlari ke bilik air apabila tekaknya terasa loya. Alyas yang mendengar Henry termuntah-muntah, mengatur langkah mendekati Henry. Belakang Henry diusapnya.

"Kau tak makan ubat lagi?" soal Alyas usai mereka keluar daripada bilik air. Henry hanya mendiamkan diri memandang Alyas. Maka jawapannya sudah diterima Alyas.

"Sampai bila kau nak degil macam ni Ry? Aku nak bagitahu Aayyan pasal ni." Tegas nada Alyas.

"No. Jangan. Aayyan dah banyak masalah. Aku tak nak tambah lagi." Halang Henry. Sungguh dia tidak sanggup melihat Aayyan yang sudah dibebani masalah ditambah pula masalah penyakitnya.

"Kalau tak nak, kau kena makan ubat Ry." Alyas melepaskan keluhan. Sudah sebulan lelaki itu berhenti mengambil ubat. Dan selama itu juga keadaannya bertambah teruk.

"Aku dah nak mati Yas! Tak perlu makan ubat."

Kata-kata Henry menghempap perasaan sebak di hati Alyas.

"Jangan cakap macam tu boleh tak? Kau boleh sihat. InsyaAllah. Makan ubat tu." Tegas Alyas lagi.

Henry hanya mendiamkan diri. Dia sudah redha.

Jam di dinding sudah menginjak pukul 12. Kelibat Aayyan masih tidak kelihatan. Ayeena berjalan mundar mandir. Langkahnya terhenti apabila sepasang tangan melingkari pinggangnya. Bauan maskulin yang menusuk hidungnya membuatkan dia tahu siapa gerangan yang memeluknya itu. Dipandangnya tangan suaminya yang berbalut itu. Pasti akibat menumbuk cermin tadi. Dielusnya tangan itu.

Air mata Ayeena turun membasahi pipi. Kegusaran hatinya mula hilang akibat sentuhan lembut Aayyan. Aayyan menarik Ayeena ke dalam pelukannya.

Ayeena melepaskan tangisan pada dada Aayyan, "Sha benci abang! Abang jahat!"

Ayeena menumbuk perlahan dada Aayyan berkali-kali. Tumbuk kuat-kuat kang mati jadi janda uishhh mintak simpang malaikat empat puluh empat laaa!

Aayyan hanya membiarkan isterinya itu melepaskan kemarahan terhadapnya. Pelukan dieratkan. Dia tahu semua salahnya. Matanya juga berkaca. Menahan air mata daripada jatuh.

"Abang minta maaf, sayang."

Ayeena mengangkat wajahnya memandang tepat anak mata Aayyan. Tersedu sedan tangisannya.

"Apa salah Sha? Kenapa abang buat Sha macam ni?" Luluh suara Ayeena. Dia tak cukup kuat untuk semua ini.

"Shh, jangan nangis. Sayang tak salah. Semua ni salah abang." Aayyan mengucup dahi isterinya.

Ayeena memeluk leher Aayyan. Aayyan mengangkat Ayeena dan meletakkannya ke atas katil. Mereka kemudiannya baring.

Ayeena mengensot rapat ke Aayyan. Aayyan melingkar tangannya ke pinggang Ayeena. Mereka saling menghadap. Mata mereka berlaga.

"Tell me abang. Abang tak buat semua tu kan?" Ayeena menyembamkan wajahnya pada dada bidang Aayyan. Tangannya memeluk tubuh suaminya itu. Hm, wanginya suami sape ni?

"Abang tak ingat."

Itu sahaja ayat yang mampu diungkapkan. Sememangnya dia tidak ingat. Dengkuran halus isterinya di dadanya itu menyapa gegendang telinganya. Dia tahu isterinya penat. Dia juga penat. Tadi tidur di rumah Alyas sekejap sahaja. Tidak selesa tidur tanpa isteri. Huhu.

Dia sedaya upaya cuba untuk mengingati kembali kejadian malam itu.

*Flashback*

Selepas kejadian pagi itu di mana melihat isterinya dirangkul oleh lelaki lain, Aayyan banyak termenung. Separuh hatinya marah isterinya curang, separuh lagi meyakinkan dirinya bahawa itu semua salah faham.

Ariana menapak mendekatinya lalu dudum di sebelahnya.

"Abang, menungkan apa tu? Jomlah mandi pantai." Ariana tersenyum manis kepada Aayyan.

"Pergilah mandi, saya tunggu sini." Ujar Aayyan tanpa memandang Ariana. Ariana mendengus geram.

Dia memberanikan diri menyentuh bahu Aayyan. Bahu Aayyan diurut lembut. Nafas Aayyan turun naik rasa terusik dengan sentuhan lembut jari jemari Ariana. Lantas dia menjauhi Ariana.

"What are you doing Ariana? Saya suami orang."

Ariana mencebik, "Dia tengah sedap-sedap dengan laki lain, awak sibuk nak pertahankan title suami tu."

Aayyan terkesan dengan kata-kata Ariana itu. Rasa tercabar jiwanya sebagai seorang suami.

"Ariana."

Ariana malas-malas mengangkat wajahnya memandang Aayyan.

"Aku nak solat. Tumpang bilik kau boleh?"

Ariana tersenyum lalu laju mengangguk.

Sampai sahaja di bilik Ariana, Aayyan masih dengan tujuan asalnya untuk menunaikan solat.

Usai itu, dia duduk di sofa dalam bilik itu. Dia masih malas untuk pulang ke bilik dia dan Ayeena. Hatinya masih sakit.

Ariana mendekatinya dengan segelas air.

"Nah, abang minum dulu." Aayyan menyambut huluran itu. Diteguknya air itu sehingga habis.

Tidak berapa lama, kepalanya rasa berpinar. Dia ada migrain, tetapi jarang sakit itu melanda dirinya.

Ariana menyentuh bahunya, "Abang okay tak ni?"

Aayyan menepis tangan Ariana.

"Saya okay. Saya balik dulu." Belum sempat sampai ke pintu bilik, Aayyan sudah terjatuh. Namun, Ariana sempat menahan tubuh berat Aayyan itu. Dibawanya ke katil dan dibaringkan.

Pandangan mata Aayyan yang kabur kini gelap.

Aayyan mencelikkan matanya. Apa yang berlaku? Aku dekat mana ni?

Kepalanya terasa berpusing. Dia cuba berdiri namun kembali terduduk. Kepalanya terasa seperti dicucuk.

Bunyi air shower dari bilik air kedengaran. Aayyan memegang kepalanya yang sakit. Beberapa minit kemudian bunyi shower tidak lagi kedengaran.

Ariana keluar daripada bilik air sambil berkemban tuala.

Aayyan yang melihat itu menelan air liur kesat. Buat pertama kali dia melihat perempuan lain dalam keadaan begini selain Ayeena isterinya itu. Juga pertama kali dia melihat Ariana dalam keadaan terbuka begitu.

Dia menundukkan pandangannya, pelipis dahinya diurut. Dia mencapai pouch beg miliknya yang terletak elok di atas meja tepi katil itu. Dia mencari ubatnya dalam beg itu.

Saat dia menjumpai ubat itu terus dia mengambil dua biji dan ditelannya. Ariana mendekatinya bersama sebotol air minuman. Dia menyambut huluran itu sebelum meminumnya.

"Teri-" Baru sahaja dia ingin mengucapkan terima kasih. Matanya tertancap pada tubuh lekuk glass hour milik Ariana yang menyapa matanya. Betul-betul di hadapannya. Tiba-tiba dia terasa panas. Entah mengapa.

Tubuh sexy Ariana menghairahkannya. Dia sedang berperang dengan nafsunya. Puas ditolak jauh. Akhirnya, dia kecundang. Tubuh Ariana ditarik jatuh ke tilam. Terselak kain tuala gadis itu membuatkannya lebih bernafsu. Dia juga tidak tahu mengapa tiba-tiba dia bertindak di luar kawalan begini.

Dia membuka bajunya. Baju itu dilemparkan ke lantai. Pantas dia naik menindih tubuh Ariana. Selepas itu dia tidak ingat apa yang jadi.

Ha readers jangan minta lebih-lebih. Gue ngak sanggup!

Suara esakan kecil membuatkannya tersedar dari lena. Mata dicelik melihat sekeliling. Bilik itu bersepah.

Pandangannya dialihkan pada seorang gadis yang menangis di hujung katil bersama selimut membaluti tubuhnya.

Membuntang mata Aayyan melihat keadaannya dan Ariana tika ini. Ya Allah, apa aku buat ni?

Diselak selimut itu, dilihatnya tubuhnya tanpa seurat benang. Apakah? Telefon di sebelah katil dicapai untuk melihat jam. 12.55 pagi. Ayeena!

Mesti isterinya risaukannya.

Dia mencapai boxernya yang terdampar di sebelah katil. Nasib baik dekat kalau tak, free show.

Dia menyarungkannya. Tangisan Ariana diabaikan. Dalam otaknya sekarang adalah isterinya.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu.

Aayyan menyarung bajunya sebelum menguak pintu itu. Sempat dia arahkan Ariana untuk senyap.

"Kami daripada Jabatan Agama Islam mendapat laporan bahawa dalam bilik ini ada pasangan bukan mahram bersekedudukan."

Hampir jatuh rahang Aayyan mendengarkan itu. Sejak dari itu gelap masa depannya.

Sesampainya di pejabat agama, kehadiran isterinya menyerbukan rasa bersalah terhadap gadis itu. Allahuakhbar!

Isterinya langsung tidak memandangnya. Malam itu juga isterinya pulang ke KL diambil oleh Aariq. Aayyan langsung tidak dibenarkan mendekati Ayeena. Semua atas arahan Tuan Aydan.

Aayyan dan Ariana pula bertolak keesokkan harinya. Langsung Aayyan tidak bercakap dengan Ariana. Dia tidak tahu dia harus apa. Nak marah pun salahnya juga, ikut sampai ke bilik.

Nasi sudah menjadi bubur.

*End Flashback*

Aayyan mengeratkan pelukannya. Dahi Ayeena dikucup.

"Tolong bertahan dengan abang!"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro