Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35

Pang!

Tamparan daripada Tuan Aydan melekap pada pipi Aayyan. Pertama kali seumur hidupnya menampar anak.

Aayyan hanya menunduk. Dibiarkan sang ayah yang sedang marah.

Merah muka Tuan Aydan menahan amarah. Marah seorang bapa terhadap anak yang menconteng arang ke mukanya. Sungguh dia terkilan dengan Aayyan. Benar-benar terkilan.

Dada mengepam darah laju. Nafasnya naik turun.

"Ayah kecewa dengan Aayyan. Sungguh ayah kecewa sangat." Luluh luahan hati si ayah. Dia terduduk lemah ke atas sofa.

Bapa mana tidak kecewa bila dapat tahu anaknya ditangkap khalwat. Sedangkan anaknya itu sedang berbulan madu bersama isteri, tiba-tiba ditangkap khalwat dengan orang lain.

Malu dirasanya. Bagaimana dia hendak menjawab dengan keluarga besannya merangkap kawan baiknya itu.

Aayyan yang sedang melutut di hadapan ayahnya masih lagi menunduk. Selepas sahaja keluar daripada pejabat agama di Langkawi sehinggalah naik pesawat pulang ke KL esoknya dan tiba ke rumah ayahnya, dia hanya mendiamkan diri. Seolah-olah mengaku itu salahnya. Sikit pun dia tidak menafikan kejadian malam itu.

Ayeena? Sejak keluar daripada pejabat agama semalam, langsung Aayyan dan Ayeena tidak bersemuka. Tuan Aydan dan Tengku Dayang mengasingkan mereka. Dengan tujuan ingin menenangkan Ayeena.

"Kenapa Yan? Kenapa Yan buat bonda dengan ayah macam ni? Bonda ada buat salah dengan Yan ke sampai Yan sanggup malukan kami macam ni?" Tengku Dayang sudah tidak dapat menahan rasa kecewa terhadap Aayyan. Anak yang dilahirkan daripada rahimnya, dibesarkan, diberi kasih sayang dan didikan agama. Entah di mana yang kurang.

Aayyan laju mengangkat kepala memandang Tengku Dayang di sebelah Tuan Aydan. Kepalanya digeleng, "Tak, bonda tak salah. Ni semua salah Aayyan! Maafkan Yan, bonda!"

Aayyan cuba meraih tangan ibunya, namun Tengku Dayang menepis. Hati seorang ibu yang terluka. Allahuakhbar!

Aathif di sofa sebelah berpeluk tubuh memandang adiknya. Sungguh dia pun rasa kecewa, antara adik-adiknya yang lain, Aayyan yang paling matang dalam segala hal, yang paling dipercayainya. Mata dialihkan pada seorang gadis yang senyap daripada awal tadi. Dia mencerlung tajam ke arah gadis itu.

Kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Tanpa memberi salam, Aariq meluru masuk ke dalam rumah. Ayeena dan Anrique ada bersamanya.

"Ayeena naik atas bawa Anrique ya!" Lembut suara Tengku Dayang memberi arahan. Walaupun beribu rasa tersimpan di hati. Air mata yang bertakung dibiarkan.

Mendengar nama Ayeena disebut, segera Aayyan menoleh kepala ke arah belakang. Wajah semban Ayeena dipandang. Pasti gadis itu kecewa dengannya.

Ikutkan hati mahu sahaja dia berlari mendapatkan Ayeena. Pelukan hangat Ayeena dirinduinya.

Ayeena mengangguk akur dengan arahan ibu mentuanya. Dia berjalan naik ke atas bersama Anrique yang tidur dalam dukungannya. Dia juga tidak sanggup turut serta dalam perbincangan di bawah. Untung sahaja mentuanya memahami.

Aariq yang menghantar Ayeena pergi dengan ekor mata itu mula mendekati Aayyan setelah Ayeena sudah dipastikan tiada di situ. Dia menyinggahkan penumbuknya ke muka Aayyan. Abang tak abang belakang kira. Hatinya sedang dikawal sifat marahnya.

Aathif menahan Aariq daripada terus memberi tumbukan kedua. Ngilu juga tengok Aayyan ditumbuk. Mana datang tumbukan kuat daripada Aariq si bebal ni?

"Kau tak layak untuk Ayeena! Kau bangs*t!" Jerkah Aariq. Sungguh dia terluka melihat sahabat baiknya merangkap kakak iparnya dicurangi oleh abang kandungnya sendiri.

Aayyan hanya diam. Sikit pun tidak membalas makian Aariq terhadapnya.

Aariq menoleh ke arah Ariana yang sedang pura-pura menangis di hujung sofa. Play victim konon!

Aariq mendekatinya. Belakang tudung Ariana direntapnya kasar. Terteleng kepala gadis itu dibuatnya.

"Hey, pompuan! Aku dah warning kau kan jangan dekat dengan abang aku? YANG KAU GATAL SANGAT DENGAN LAKI ORANG APEHAL?!"

Semua terkejut dengan tindakan Aariq itu. Aayyan bangun dari melutut, mendekati Aariq. Tubuh sasa Aariq ditolak ke tepi sehingga pegangan pada tudung Ariana itu dilepaskan.

"Cukup Aariq!" Ujar Aayyan mendatar.

"Yang kau nak bela betina ni pehal? Kalau tak sebab dia semua ni takkan jadi! Kau pompuan! Tudung tu baik tak payah pakai, kalau sibuk nak menyundal dengan laki orang!" Lancang mulut Aariq. Sakit matanya melihat Ariana yang tidak henti menangis itu acah dia mangsa. Aku rog*l kau betul-betul karang!

"Aariq Derish! Duduk, kita bincang!" Tuan Aydan kembali bersuara.

Aariq menjeling tajam ke arah Ariana, menghantar signal 'Mampus loh aku kerjakan!' sebelum mengambil tempat di sebelah Tengku Dayang.

Aayyan dan Ariana duduk di sofa bertentangan Tuan Aydan dan Tengku Dayang.

"Aayyan akan bertanggungjawab."

Aariq mengetap rahangnya. Wajah abangnya itu ditatap tajam. Tumbuk sekali tak cukup nampaknya.

Aathif hanya bersama riak wajah yang tenang. Dia tahu Aayyan cuba menjernihkan keadaan. Pandai buat masalah, pandailah tanggung. Lainlah aku pandai buat anak je. Eh!

"Aayyan akan kahwin dengan Ariana."

Pap!

Bagai dihempap batu besar. Ayeena yang baru sahaja turun setelah menidurkan anaknya itu terpasung langkahnya di tangga.

Sebenarnya dia turun untuk mendengar perbincangan itu. Sebagai isteri sah Aayyan dia ada hak. Separuh hatinya mengatakan Aayyan diperangkap oleh Ariana. Namun, tiada bukti untuk itu.

Pantas Aariq berdiri, geram dengan kata-kata abangnya baru sebentar tadi. Kahwin? Nonsense!

Tengku Dayang memegang lengan Aariq untuk menghalangnya. Dia tidak sanggup tengok adik beradik itu bergaduh.

Ayeena menapak mendekati mereka. Aariq memberi laluan kepada kakak iparnya itu untuk duduk di sebelah Tengku Dayang. Manakala dia menuju ke sebelah Aathif.

Aathif menepuk perlahan bahunya untuk memintanya bertenang.

"Ayeena setuju Abang Aayyan kahwin dengan Ariana." Ayeena menyuarakan pendapatnya. Tengku Dayang memeluk bahu menantunya itu. Dia tahu Ayeena tidak kuat menghadapi semua ini.

"No, you dah kenapa? Takkan you nak bagi suami kahwin dengan betina sund*l ni?" Soal Aariq dengan mengawal suaranya.

"Abang Aayyan perlu bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Kalau Ariana pregnant macam mana?" Suara Ayeena kian mengendur. Sakit hatinya saat ini.

Aariq sudah tidak betah berada di situ lantas berlalu meninggalkan ruang tamu itu ke biliknya.

"Aathif balik dulu. Yan, aku kecewa dengan kau dik." Aathif mengangkat punggung pergi.

Tengku Dayang yang senyap kini tegas bersuara, "Aayyan ingat ni sampai bila-bila bonda takkan anggap dia sebagai menantu bonda. Ingat sampai mati!"

Tengku Dayang pula meninggalkan ruang itu.

"Mika!" Tuan Aydan memanggil Mikael yang dari tadi sibuk memujuk buah hatinya yang menangis. Suami orang lain yang kena tangkap khalwat, orang lain yang nangis. Dasar Dalia cengeng.

"Ya, ayah!"

"Pergi hantar perempuan ni balik." Arah Tuan Aydan.

Baru sahaja ingin mengangguk, Dalia menahannya, "No! Suruhlah Abang Yan yang hantar! Kenapa Mika pula?"

Mikael mengusap belakang lehernya.

"Diam Dalia! Ayah tak cakap dengan kamu."

Wajah Dalia kian cemberut.

"Kalau dia sund*l dengan Mika pula macam mana? Mika dahla hensem body ketak-ketak lagi mantap dari Abang Yan. Mika ni Dalia punya sorang je tau."

Mikael hampir sahaja mahu menepuk dahi. Nasib sayang, tidak dah lempar masuk gaung sana.

"Dalia, kejap je saya pergi hantar dia lepastu terus balik." Pujuk Mikael.

Membulat mata Dalia, "Awak pilih dia daripada saya?!"

Laju kepala Mikael menggeleng. Tuan Aydan merentasi mereka sebelum titipkan pesan kepada Mikael, "Mika, settle sendiri ya. Ayah want to sleep. Pastikan dia dihantar balik oleh KAMU sendiri. Jangan bagi Aayyan hantar. Faham?!"

Hah sudah! Pehal aku sesat masuk keluarga gila ni! Semua garunk-garunk nak pergi mana hah?

"Sayang, we'll talk later okay." Mikael senyum ke arah Dalia yang muncung sedepa.

Aayyan menarik lembut pergelangan tangan Ayeena menuju ke tingkat atas iaitu bilik mereka. Ayeena ikut tanpa membantah.

Ariana yang ditinggalkan berseorangan itu mencebik. Nampak bini lupa aku terus? Padahal dia dah sedap-sedap dengan aku.

Mikael dan Dalia masih lagi bertengkar soal menghantar Ariana pulang. Ariana mendekati Mikael dan Dalia.

"Awak tepi wakk! Corona datang tu." Dalia laju berdiri di hadapan Mikael apabila lihat Ariana mendekati mereka.

Mikael dengan bangangnya sembunyi di belakang Dalia. Macamlah orang tak nampak dia. Padahal Dalia kecil dia besar. Orang buta je la tak nampak tu.

"Thanks awak lindungi saya daripada corona. Cayunk awak." Bisik Mikael.

"Anything for you baby!" Bisik Dalia. Itu membuatkan Mikael ketawa terkekeh-kekeh.

Aku la dengan dua ekor ni. Mati kena hempuk karang.

Ariana menjeling mereka, "Aku balik sendiri je la. Cau."

Baru sahaja dia ingin memusingkan badannya untuk berlalu pergi, Dalia memanggilnya.

"Weh, weh tunggu!"

Ariana menoleh, "Ha apa? Nak ucap tahniah jadi kakak ipar kau ke?"

"Ada?"

"Ada apa kau ni?"

"Ada aku kisah?" Terlepas tawa Mikael dengan telatah Dalia.

Ariana mendengus geram sebelum berjalan menghentak-hentak kaki berlalu pergi.

"Padu laa sayang! Sape ajar awak ni?" Mikael menepuk tangan suka.

"See the leg aaa."

Mikael mematikan tawanya dan duduk mencangkung di hadapan Dalia. Ditiliknya kaki Dalia.

"Awak tengok apa?"

"Tadi cakap suruh tengok kaki awak. Saya tengok la ni. Kenapa dengan kaki ni?" Soal Mikael polos.

Dalia menepuk dahinya, inilah manusia kalau dah bangang tu bangang juga. Tak ke mana pun bangang tu.

"Sebelum kaki cantik saya ni melekat dekat muka awak, baik buang bangang awak tu jauh-jauh!" Dalia mencekak pinggang memandang Mikael tajam.

Mikael kembali berdiri dan tersengih-sengih.

"Dah la nak tidur lagi bagus dari layan otak senget awak tu." Dalia meninggalkan Mikael di situ.

Mikael merungut seorang diri. Tadi suruh tengok kaki. Lepas tengok kaki cakap orang bangang pulak. Complicated la perempuan ni. Nak apa sebenarnya? Eh, kejap! Tadi ayah suruh aku hantar apa eh? Lupa la pulak. Aduh, ayah cakap apa tadi?

"....... Pastikan dia dihantar balik oleh KAMU sendiri. Jangan bagi Aayyan hantar. Faham?! "

Gulp!

Alamak. Mikael bergegas melihat ke luar rumah. Kelibat Ariana sudah tiada. Dah balik kot. Ayah cakap jang bagi Aayyan hantar je kan? So, kalau dia balik sendiri tu masalah dia la kan? Bukan masalah aku. Eh, betul ke macam tu?

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro