𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
Ayeena duduk di atas bangku yang tersedia di tepi kolam. Langit malam yang indah di pandang. Memori bersama Aayyan bertandang di ingatan. Gaduh macam mana sekali pun, tengok-tengok berjodoh!
Satu keluhan dilepaskan. Tiba-tiba wajah Henry menyapa ingatannya. Hm, awak dekat mana? Awak tak sayang saya?
Sejujurnya dia memang bahagia dengan Aayyan sekarang cuma entah mengapa dia masih curious tentang Henry. Setiap kali dia menyuarakan soal ini kepada Aayyan. Lelaki itu seolah mahu berdalih. Something fishy!
Awak. Kalaulah awak boleh dengar saya, saya nak bagitau saya rindu awak. Air di tubir mata ditahannya. Kenapa awak buat saya macam ni Henry? Ayeena diam sejenak. AllahuAkhbar, kenapa aku fikir pasai laki lain? Astagfirullah, aku dah ada suami.
Ayeena menggeleng perlahan. Air mata cuba ditahan daripada mengalir.
Tanpa disedarinya, dia diperhatikan oleh si dia di sebalik sliding door tingkat atas jiran sebelah. Air mata lelaki itu terus mengalir tanpa henti. Dada kirinya dipegang. Sakit.
Saya rindu awak, babygirl!
Ya, si dia itu adalah Tengku Henry Mukhlis. Dia telah berada di rumah Doktor Alyas Hanif sejak sebulan yang lalu. Actually, dah lebih sebulan. Ulang alik ke France itu hanyalah sekadar alasan. Dia sering berkunjung ke rumah Alyas untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya.
Kanser hati stage 4. Hanya ahli keluarganya dan Alyas sahaja yang mengetahui akan itu. Ayeena turut tidak tahu akan perkara itu. Henry yang ingin merahsiakannya daripada pengetahuan Ayeena. Dia tidak mahu melihat Ayeena sedih. Tambahan dia tahu bahawa dia hanya ada masa lebih kurang sebulan sahaja untuk hidup. Allahuakhbar.
Sebenarnya, dia juga baru tahu tentang perihal kesihatannya selepas dua minggu bertunang dengan Ayeena. Kalau dia tahu terlebih awal, pasti dia tidak akan meminang Ayeena. Dia tidak sanggup berpisah dengan gadis kesayangannya itu.
Walaupun dia sakit, dia cuba pelbagai alternatif untuk melawan penyakitnya itu. Itu semua kerana dia mahu terus hidup bersama Ayeena. Ayeena adalah sumber penguatnya untuk terus kuat mencari jalan penyelesaian.
Namun, semua usahanya hancur lebur apabila penyakitnya disahkan telah mencapai stage 4. Allahuakhbar! Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya tika itu, sudahlah dua hari sebelum tarikh pernikahannya dengan Ayeena. Rasa dada seperti dihempap batu besar.
Air matanya tidak henti mengalir hari demi hari. Setelah berfikir masak-masak, dia meminta ibu bapanya untuk membatalkan pernikahan itu. Namun, ditentang keras oleh mummynya kerana keluarga Ayeena bakal mendapat malu. Untuk menyelesaikan masalah ini, dia meminta pertolongan daripada Aayyan. Dia minta Aayyan menggantikan tempatnya. Dia merayu, melutut. Dia campak egonya demi kebahagiaan Ayeena.
Dia tahu sepupunya itu masih sayangkan Ayeena. Sekiranya dia tidak dapat bersama Ayeena, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh menjaga Ayeena dengan baik.
Cemburu? Ya, dia mencemburui Aayyan bersama dengan Ayeena. Walaupun pada mulanya Aayyan menentang permintaannya itu, tapi pada akhirnya lelaki itu akur kerana itu permintaan Henry sepupu kesayangannya.
Menyesal? Tidak, dia tidak menyesal membuka peluang itu kepada Aayyan. Dia tahu dia tak mungkin dapat bersama dengan Ayeena. Biarlah dia berkorban kali ini demi kebahagian orang-orang yang dia sayangi. Mungkin jodoh Ayeena bersama Aayyan.
Tipulah dia tidak sedih. Namun, tiada siapa mampu melawan takdir Tuhan.
Henry memandang Ayeena yang sedang duduk melepak seorang diri sambil memandang langit. Kemudian Aayyan mendekati Ayeena. Pinggang Ayeena dirangkul. Kepalanya direhatkan pada bahu Ayeena.
Bibir Henry mengukir satu senyuman. Semoga awak bahagia dengan Aayyan ya sayang!
Dia menutup langsir dan berlalu ke katil. Tidak betah melihat tangan Aayyan yang melingkari pinggang Ayeena.
That should be me!
"Sayang!"
Ayeena menjengul kepala di pintu dapur.
"Ya abang! Sha dekat dapur ni."
Aayyan terus menapak ke dapur bersama senyuman lebar di bibir. Ayeena menoleh melihat wajah tampan yang dihiasi senyuman itu.
"Why? Kenapa happy semacam ni?"
Aayyan terus memeluk isterinya itu. Ubun-ubun kepala Ayeena diciumnya.
"Lusa kita pergi honeymoon!!!" Aayyan menjerit suka. Dicium dahi licin Ayeena.
Ayeena tersenyum. Patutlah happy semacam. Sudah masuk 3 bulan usia perkahwinan mereka. Hubungan mereka makin pulih. Walaupun panggilan aku kau itu masih diguna pakai oleh Aayyan. Ayeena tak kisah asalkan Aayyan melayannya baik itu sudah memadai.
"Eh, sayang apesal kau senyap? Tak nak pergi honeymoon ke?" Aayyan bingung akan isterinya yang tiada respon. Dia punyalah happy sampai ambil cuti halfday. Si isteri tidak terujakah?
"Mestilah nak. Abang tu, nak ka pergi honeymoon dengan Sha? Sha ni bukan siapa-siapa."
Ya la, aku bukan Ariana yang setiap hari mesej sweet-sweet. Yang dicintai. Yang manja. Yang cantik. Aku Ayeena Danisha. Yang pernah dibenci Aayyan. Kahwin hanya kerana ingin menyelamatkan maruah keluarga.
Berkerut dahi Aayyan, "Apa maksud kau ni?"
Ayeena menggeleng sambil senyum.
"Abang, jom makan! Sha dah siap masak." Ayeena meninggalkan Aayyan terpinga-pinga di situ.
Hati kecil wanita itu sedang terluka tanpa disedarinya. Walaupun dia melayan Ayeena baik, namun hubungannya dengan Ariana masih terjalin. Ayeena tahu akan itu tanpa pengetahuannya. Ayeena sering terserempak dengan mereka.
Dah namanya Ayeena, orangnya yang suka pendam perasaan. Lukanya tidak ditayang kepada orang. Cukup dia sahaja yang tahu akan itu.
Aayyan menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Wajah sang isteri yang sedang mencedokkan nasi buatnya itu ditenung lama. Mencari jawapan kenapa Ayeena seperti menyorokkan sesuatu.
"Abang, tengok muka Sha tak boleh kenyang tau." Ayeena ketawa kecil. Aayyan melarikan anak matanya. Dia berdehem.
"Tunggu sini, Sha pergi panggil Que." Ayeena bergegas ke tingkat atas.
"Anrique sayang~" Tiada sebarang respon daripada Anrique. Ayeena berjalan masuk ke dalam bilik Anrique.
"Hiks hiks." suara tangisan kecil itu menyapa gegendang telinga Ayeena. Laju Ayeena mencari kelibat Anrique.
"Sayang mummy! Mana Que ni sayang?" Gelabah Ayeena dibuatnya. Jantungnya laju mengepam darah. Risau akan anaknya. Setiap pelosok bilik itu dijelajahnya.
Dibukanya pintu tandas bilik itu, Anrique sedang mencangkung memeluk lututnya sambil menangis. Terus Ayeena mendapatkan tubuh kecil itu. Didakapnya erat. Dia angkat tubuh kecil itu berlalu ke katil. Dia melabuhkan punggung di birai katil.
"Tell me baby, what's wrong? Kenapa nangis sayang? Jangan buat mummy risau sayang."
Anrique mengangkat wajah memandang muka Ayeena. Tersebek bibir kecil itu. Pipi putih gebu anak kecil itu kemerahan. Ayeena turut mengalirkan air mata. Entah mengapa dia rasa sedih melihat anaknya mengalirkan air mata.
"Que rindu hiks nak pergi hiks kubur papa mama hiks hiks."
Terkelu lidah Ayeena. Ya Allah! Sebak rasa di hati. Ayeena mendakap tubuh kecil itu erat. Air matanya turun membasahi pipi.
"Shh sayang. Nanti mummy bawa sayang pergi sana ya! Que kan good boy jangan nangis macam ni. Mummy tak boleh tengok Que nangis nanti mummy pon nangis." Ayeena mengusap belakang badan Anrique.
Aayyan berpeluk tubuh di muka pintu melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Sebenarnya dia naik untuk menjenguk Ayeena dan Anrique yang tidak turun-turun dari tadi. Dia turut berasa sebak dan kasihan dengan Anrique. Namun, dia terharu dengan layanan Ayeena terhadap Anrique. Walaupun Anrique bukan anak kandungnya, namun sifat keibuannya itu ada.
"Mummy hiks promise?" Anrique menyembam wajahnya pada bahu Ayeena.
Aayyan melihat itu tersenyum. Kehadiran dia masih belum disedari dua beranak itu.
"Ya, sayang mummy." Ayeena mengucup kepala Anrique daripada tepi. Tangan naik mengusap rambut perang itu.
"Mummy akan sentiasa ada untuk Anrique." Ayeena mengeratkan pelukannya.
"Que sayang mummy." ujar anak kecil itu. Kepala diangkat memandang tunak mata Ayeena.
"Mummy pun sayang Anrique Danial." Ayeena tersenyum. Lalu hidungnya digesel pada hidung Anrique.
"Ehem. I want like that too." Aayyan bersuara setelah lama berdiam diri. Mulut dimuncungkan. Anrique ketawa melihat daddynya.
"You're big boy la daddy. Cannot cannot." Anrique tergelak suka.
"Eh, mummy selalu cium hidung daddy. Que ada?" Aayyan tidak mahu kalah. Bertuah punya bapak.
"Mummy can you kiss my nose?" Anrique mengerdipkan matanya.
"Sure baby! Come." Ayeena mencium puncak hidung Anrique tanpa ragu-ragu. Terkekeh Anrique ketawa.
"What the......" hilang kata Aayyan dibuatnya.
"See daddy. Mummy pun kiss hidung Que."
Aayyan mendekati mereka berdua. Punggung dilabuhkan di sebelah Ayeena. Matanya tajam menjeling Anrique di riba Ayeena.
"Sayang can you kiss my lips?" Aayyan memuncungkan bibirnya. Ayeena tergelak.
"Abang ni dengan anak pun tak nak kalah." Ayeena mencuit pinggang Aayyan. Lelaki itu tergelak kegelian.
Tangan kekar itu naik merangkul pinggang isterinya. Jarak didekatkan. Kepala isterinya ditarik ke bahunya. Anrique pula melabuhkan kepalanya pada dada Ayeena. Aayyan menepuk punggung Anrique, "Oi, itu tempat favourite daddy laa."
Anrique menjelir lidah kepada Aayyan. Ayeena mencubit lengan Aayyan apabila lelaki itu cuba menampar punggung Anrique sekali lagi.
"Abang! Tak payahlah usik anak."
Aayyan mencebik.
"Kejap! Bila kita nak makan ni? Abang lapar ni." Aayyan memegang perutnya.
"Daddy ni keje makan je. Patutlah perut boroi." ujar Anrique sebelum melepaskan tawa besar.
Ternganga Aayyan mendengarkan itu. Perutnya dipandang. Boroi ke? Hmm sikit je pun. Ayeena sudah bantai gelakkan Aayyan.
"Sayang, abang boroi sangat ke?" Aayyan masih membelek perutnya.
"No! Mana ada la. Ni choco bar abang ada lagi ni."
Bibir Aayyan menarik senyuman. Kepala isterinya dikucup.
"Dah jom makan!" ajak Ayeena.
Ariana memandang gambar yang diterimanya itu. Kepala digeleng seakan tidak mempercayainya. No way!
Patutlah kau dah lain sekarang! Rupanya perempuan tak guna ni muncul dalam hidup kau balik! Tak guna kau Ayeena!
Gambar itu direnyuknya sebelum dicampak jauh. Dia dapat gambar itu daripada Private Investigator yang diupahnya untuk mengikuti Aayyan. Tidak sangka hasilnya begini.
"Arghhhhhhhhh tak guna!!!" dia menjerit seperti orang gila.
Klak!
"Adik kenapa ni?!" soal Haqir kerisauan.
Tangisan Ariana berkumandang. Dia duduk di atas katil itu sambil memeluk lututnya.
Haqir memandangnya pelik. Semasa dia cuba mendekati Ariana, dia terpijak sesuatu di atas lantai lalu dikutipnya. Dilihatnya isi renyukkan itu, membulat matanya melihat Aayyan dan Ayeena berpegangan tangan bersama satu anak kecil.
Ayeena kahwin dengan Aayyan?
Haqir mendekati adiknya, "Humayra, stop it! Abang tak nak adik sedih macam ni. Please!"
Ariana mengangkat wajahnya memandang Haqir. Lantas dia memeluk Haqir. Tangisan dihamburkan pada dada Haqir. Haqir mengusap rambut adiknya.
"Shh, abang ada ni."
"Abang~ Aayyan tipu adik! Dia curang! Kenapa abang kenapa?"
Ubun-ubun adiknya dicium.
"Mungkin dia bukan yang terbaik untuk adik. Biarkan diorang bahagia. Mereka berhak."
Ariana mengangkat wajahnya kembali, "No, abang! Aayyan tu adik punya. Ayeena rampas dia daripada adik."
Haqir melepaskan keluhan, "Adik yang rampas Aayyan dari dia dahulu, sekarang Allah temukan diorang sebab jodoh diorang kuat."
Ariana menggeleng.
"Kenapa semua orang sayangkan Ayeena?! Kenapa semua pilih dia? Takde siapa faham adik."
Haqir menarik Ariana ke dalam pelukannya.
"No, adik. Abang sayang adik. Abang faham adik. Abang rasa benda yang sama. Tapi takdir Allah dah tentukan. Kita kena redha." lembut Haqir memujuk adiknya.
"Tapi kenapa? Kenapa adik mesti kalah dengan Ayeena?" terhinjut-hinjut bahu Ariana menangis.
Haqir mengusap belakang adiknya, "Ni bukan soal antara menang atau kalah, dik! Ini soal jodoh. Ketentuan Ilahi. Kita hamba dik, bukan Tuhan! Kita tak boleh salahkan takdir."
"Abang tak kecewa ke?" soal Ariana.
Haqir diam sejenak, "Abang~ hmm abang kecewa. Tapi itu hak diorang. Abang takkan ganggu rumah tangga orang. Ayeena bukan jodoh abang. Abang redha."
Hatinya luluh menuturkan ayat itu. Ya, dia masih cintakan gadis itu. Namun, dia takkan sesekali mengulang kesilapan lama.
Dalam hati Ariana,
😈Kau tak boleh kalah dengan Ayeena!
😇Tapi aku tak kuat!
😈Kau kuat Ariana Humayra. Aayyan hak kau. Kau perlu dapatkan dia.
😇Tapi robohkan rumah tangga orang tu dosa.
😈Habistu kau sanggup tengok Ayeena bahagia dan kau pula sengsara?
Ariana menggeleng. Aku akan dapatkan Aayyan aku balik!
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro