𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
"SEKARANG BAGITAU AKU, SAPA PUNYA IDEA BANGANG NI HAH?!"
Bergema suara lantang Dhani. Mukanya merah menahan amarah. Urat-urat hijau timbul di dahinya. Tangannya dikepal penumbuk. Kalau kena sebiji ni memang nampak masa depan. Masa depan di ICU.
Tiga ketul yang melutut di hadapannya hanya menunduk takut untuk bertembung mata dengan Dhani.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk!" Ujar Dhani mendatar. Matanya masih pada tiga ketul tenuk itu.
Aathif melangkah masuk ke dalam pejabat Dhani. Dia berjalan mendekati Dhani. Aayyan di belakangnya mengambil tempat di sofa bilik itu. Kaki disilangkan. Telefon ditilik tanpa perasaan.
"Bro, apa dah jadi ni?" Aathif menepuk perlahan bahu Dhani.
"Hang tanya la tiga beruk ni dah buat apa?" Ujar Dhani sambil menatap tajam ke arah tiga ketul itu.
Aathif mengalihkan pandangan ke arah tiga orang yang dimaksudkan oleh Dhani.
"Now, tell me siapa punya idea ni?!" Soal Aathif tanpa secalit senyuman di bibir.
Mereka bertiga menelan liur.
Mikael menunding jarinya ke arah Aariq. Aariq menggeleng. Dia menunding jari ke arah Dhariz. Dhariz pula tersengih sambil mengangkat peace.
"OH, HANG RUPANYA, ANGAH!!!" Dhani mendekati Dhariz namun sempat dihalang oleh Aathif.
"Bro, relax! Dia adik kau." Dhariz yang tadi rasa nak terkencing turut mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan Aathif.
"Ish, stress aku ada adik macam ni! Tak habih-habih menyusahkan hidup aku." Dhani menjauhkan diri daripada mereka semua. Takut kang adiknya itu selamat tiba 6 kaki bawah tanah.
Dhariz kembali menunduk mendengarkan itu.
Hakeem menapak masuk ke dalam bilik itu lalu duduk di sebelah Aayyan.
"Pehal tu?"
"Macam biasa bala sentiasa membawa bala." jawab Aayyan tenang.
"Sekarang ni macam mana? Syarikat tu baru ja siap renovate. Berjuta kita habiskan. 3 jahanam ni mudah-mudah ja gi bakaq." Dhani mengeluh.
Aariq mengangkat tangannya, "Tapi kitorang bakar ground floor je yang atas masih selamat hehe."
"Betul betul betul." Mikael mengangguk setuju.
Aathif mengusap dagunya berfikir, "Okaylah macam ni. Aku bayar ganti rugi tu. Kita punya syarikat tu nak launch lagi 2 bulan kan? Sempat rasanya nak perbaiki sikit."
Dhani diam sejenak sebelum, "Aku bayar juga la. Adik aku kepala onar ni. Kita tong-tong."
Muka Aariq, Mikael & Dhariz bersinar. Alhamdulillah, nyawa kami selamat.
"So, kitorang dimaafkanlah kan?" Ujar Aariq gembira. Dhani dan Aathif mencerlung tajam ke arahnya. Terus membisu ini budak.
Tok!
Tok!
Tok!
Aathif memandang Dhani dengan kerutan di dahi. Bukan ke dah cukup orang. Dia, Dhani, Dhariz, Aayyan, Aariq, Mikael dan Hakeem. So siapa lagi?
"Assalamualaikum along."
Mendengar suara itu semua tercengang. Aayyan yang sedang bersandar santai terus duduk tegak. Rambut dibetulkan biar tampak kemas.
"Waalaikumussalam, adik buat apa dekat sini?" Dhani mendekati adiknya, Ayeena yang berada di muka pintu. Nampak macam terkejut melihat bilik ini penuh dengan jejaka tampan.
"Er, adik nak ajak along lunch. Ada bincang dengan along sikit pasal butik." Ayeena tersengih janggal. Mahu taknya semua lelaki dalam bilik itu menumpukan perhatian kepadanya.
"Oh kejap ya. Along ada hal. Adik pi duduk dulu." Dhani menunjuk sofa kepada Ayeena. Ayeena mengangguk akur. Matanya bersabung dengan mata Aayyan yang duduk di sofa itu.
"Sayang, come sit here!" Aayyan menolak Hakeem di sebelahnya jatuh ke lantai, lalu menepuk tempat di sisinya.
Hakeem berdecit. Dia mengambil tempat bertentangan itu.
Ayeena berjalan menuju ke samping Aayyan. Aayyan merenung sisi wajah isterinya. Ayeena sepertinya nervous. Dia tergelak kecil melihat Ayeena menarik dan menghembus nafas perlahan.
"Thif, kita lunch dulu la. Jom, join aku." Dhani mengajak Aathif.
"Okay juga tu. Aku pun lapar ni."
"NAK IKUT!!!" Jerit tiga serangkai itu. Pantang sebut makan laju la mereka.
Dhani mengeluh.
"Ye la, jom semua pergi lunch aku belanja."
Aathif tergelak kecil melihat muka sahabatnya pasrah sepenuhnya.
"Keem, jom join sekali." Ajak Aariq sambil mendekati Hakeem sebelum bahu Hakeem dirangkulnya.
"Tapi keja aku banyak-"
"Tinggal dulu. Jom makan." Tegas Dhani. Hakeem mengangguk akur.
"Jom dik. Jumpa dekat restoran favourite adik tu." Ujar Dhani.
Aayyan pantas berdiri sebelum tangan kanannya disuakan kepada Ayeena untuk bangun, "Come, naik kereta abang."
Lambat-lambat huluran itu disambut Ayeena. Aayyan menggenggam erat jari halus milik isterinya. Disulam dengan jarinya.
Ayeena hanya merelakan perlakuan Aayyan. Mereka semua bertolak ke restoran itu untuk lunch bersama.
"Sayang."
"Biy, kenapa lambat?" Rose bercekak pinggang di hadapan pintu rumahnya.
"Banyak kerja kat office tu la sayang. Kan biy dah sampai ni. Jom masuk." Hakeem sengih seperti kerang busuk.
Rose menjelingnya sekilas.
"Garunknya bakal tunang saya ni! Rawr."
"Tak payah nak rawr sangat. Japgi depan ibu saya awak yang meow."
Rose tergelak kecil.
Hakeem mengusap belakang lehernya sambil tersengih. Mereka berdua masuk ke dalam untuk menjamu makan malam bersama. Di meja makan yang sunyi, tiba-tiba ayah Rose memecahkan kesunyian antara mereka.
"Keem dah sedia nak berkahwin dengan Rose ni? Dah ada rumah? Kereta? Kerja apa? Gaji berapa?" Walid iaitu ayah kepada Rose bertanya.
Terbatuk-batuk Hakeem dengan soalan itu. Mereka baru rancang mahu bertunang, ni dah kena serang dengan soalan padu.
Rose menyua gelas berisi air kepada Hakeem. Kesian member diserang soalan peluru berpandu.
"Abang kot ye pun bagilah budak ni makan dulu. Ni main redah je tanya soalan." Ibu Rose menggeleng kepala.
"Abang tanya je. Nak tahu dia boleh jaga rose ke tidak."
Hakeem menghela nafas sebelum menjawab, "InsyaAllah saya boleh jaga Rose. Saya sayang dia. Saya dah bersedia nak jadi suami Rose. Pasal rumah tu, sekarang saya duduk penthouse ja. Nanti dah ada anak, InsyaAllah saya akan beli rumah yang lebih selesa untuk keluarga kecil saya. Kereta? Saya ada tu haa kereta biasa-biasa ja. BMW ja saya mampu. Nak pakai Mercedes, Ferrari apa tu saya tak mampu lagi. Saya kerja biasa-biasa sahaja. Kerja bawah abang sepupu saya sebagai COO salah satu syarikat mereka. Gaji tu saya tak pernah kira pula gaji saya berapa."
Tergelak kecil Rose mendengar bebelan Hakeem. Walid dan ibu Rose terpempan. Bermakna budak ni bukan biasa-biasa punya orang.
Walid tersenyum sebelum menepuk-nepuk perlahan bahu Hakeem, "Wah, baguslah. Lulus untuk jadi suami Rose."
"Ibu pun setuju."
Hakeem tersenyum memandang Rose. Yeay kahwin!
Ariana menghempas tubuhnya kasar ke atas katil. Sudah sebulan dia merasakan Aayyan seakan mahu menjauhkan diri daripadanya.
Ditelefon ngak diangkat-angkat,
Di WhatsApp, ngak dibaca-baca,
Hari ini pun sudah beratus kali dia telefon Aayyan, namun hanya masuk peti voicemail.
"Arghhgggg." Ariana menekup muka pada bantal sebelum menjerit.
Tok!
Tok!
"Dik kau okay ke tak tu?" Soal Haqir dengan risau.
"DIAMLAH!!!"
Haqir mengeluh perlahan. Adiknya itu sejak kebelakangan ini asyik melenting sahaja. Dia pun tidak faham.
Mesti ada masalah dengan Aayyan.
Haqir membawa diri ke biliknya. Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Siling putih dipandang. Wajah Ayeena dibayangkan.
Apa khabar Ayeena sekarang? Sihatkah?
Kali terakhir dia dengar pasal Ayeena adalah tentang perkahwinan Ayeena sebulan lalu. Kecewa juga dirinya. Sekali lagi dia tewas untuk memenangi hati Ayeena. Mungkin ini semua adalah balasan buatnya atas silapnya dahulu. Punca kepada putusnya tali pertunangan Aayyan dan Ayeena.
Dia tahu adiknya, Ariana yang merancang semua ini. Dia hanya ikut bermain kerana dia merasakan dia bakal mendapat peluang untuk merebut Ayeena. Namun tidak. Ayeena langsung tidak memandangnya. Hanya menganggapnya seperti seorang abang.
Walaupun rasa bersalah bertamu di hati, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Sejak Ariana bersama dengan Aayyan, dia selalu rasa bersalah dengan Aayyan. Tetapi adiknya mengugutnya untuk tidak menceritakan perkara sebenar. Sebagai seorang abang mestilah dia ingin melihat kebahagiaan adiknya itu, namun rasa bersalah itu masih tidak dapat dibuang.
Maafkan abang, Ayeena!
Bunyi ketukan pintu, menyentakkan tiduran Alyas. Malas-malas dia berjalan ke pintu rumahnya.
Pintu dikuak.
"Mana dia? Aku nak jumpa dia." Aayyan terus meluru masuk ke dalam rumah Alyas tanpa dipelawa. Terkebil-kebil Alyas memandang Aayyan.
"Ada dekat atas. Pergilah." Alyas menutup pintu sebelum kembali merebahkan tubuhnya ke atas sofa semula.
Aayyan menuju ke tingkat atas rumah itu, pintu bilik di sebelah kiri diketuk dan dibukanya.
"Assalamualaikum bro." Aayyan memberi salam.
"Waalaikumussalam." Satu suara garau yang membelakanginya menjawab. Pemilik suara itu berselubung di dalam selimut.
"Kenapa kau tak makan ubat? Bila nak sihat kalau macam ni?" Aayyan mula bebel apabila dilihat makanan dan ubat milik si dia tidak disentuh. Punggungnya dihempaskan di sebelah tubuh si dia.
"Ubat tu tak sedap la Yan."
"Kepala otak kau. Ubat mana ada yang sedap. Makan je la ubat ni kalah kau nak cepat sihat." Aayyan cuba memujuknya.
"Aku akan mati juga. Ubat tu untuk apa Yan? Kalau dah terang-terang hidup aku dah tak lama."
Terpempan Aayyan mendengar ayat itu. Sungguh menusuk kalbu.
"Bro, kau tak boleh putus asa macam ni. Aku tahu kau kuat." Aayyan memandang wajah pucat si dia yang kini menghadapnya. Hatinya luluh memandang wajah itu. Allahuakhbar. Besarnya ujian dia!
"Aku tak kuat Yan. Aku takut." dia bangun dari pembaringan lantas memeluk Aayyan.
Aayyan membalas pelukan itu. Terasa air mata si dia menitis laju pada bahunya. Dia turut menjatuhkan air matanya.
"Shh, kau kuat! Aku kenal kau. Kau seorang yang kuat." Aayyan mengusap belakang badan si dia.
"Alyas cakap aku tinggal sebulan je lagi Yan. Aku takut Yan."
Aayyan terkedu mendengarkan itu. Sebulan? Singkatnya masa tu. Allahuakhbar.
"Aku ada untuk kau. Jangan takut. Aku takkan tinggalkan kau." Air mata Aayyan semakin laju membasahi pipi. Mereka menangis bersama dalam pelukan itu.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro