Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31

Aayyan melihat rumahnya gelap lampu semua terpadam. Jam di tangan kiri dikerlingnya. Dah pukul 12 patutlah.

Seharian dia bersama Ariana sampai ke tengah malam. Ya, tengah hari tadi dia tidak balik untuk makan masakan Ayeena pun. Ariana sibuk mengajak tengok wayang, shopping dan sebagainya. Dia pula entah mengapa ikut sahaja kehendak si gadis.

Aayyan berjalan menuju masuk ke dalam rumah. Sungguh dia penat hari ini. Langkah kakinya juga lemah.

Guys, saya sarankan jangan ikut perempuan bila shopping kalau nak pakai kaki ni lama!

Pesanan khidmat masyarakat daripada saya Aayyan Encem muahh❤️✨

Bilik tidurnya dan Ayeena ditujui. Buka sahaja pintu bilik itu terpampang seketul Ayeena sedang diulit mimpi di atas sofa. Di atas meja kopi itu penuh dengan kertas kerja.

Aayyan mencampak beg bimbitnya ke atas sofa bertentangan Ayeena. 3 butang kemejanya dibuka. Uhu, syeksi.

Dia kemudiannya duduk di atas lantai menghadap muka Ayeena. Bibirnya melakar senyuman. Sungguh seharian ini dia rindukan wajah ini.

Rambut yang menutupi bahagian muka Ayeena diselitkan ke belakang telinga. Dia menilik wajah Ayeena dengan penuh kusyuk. Dari dahi yang bersih tanpa sebarang jerawat itu, ke kening nipis dan mata Ayeena yang mempunyai bulu mata yang original lentiknya, kemudian ke hidung mancung yang terletak elok dan akhirnya matanya jatuh pada bibir mugil Ayeena. Liur ditelan.

Sungguh dia sendiri addicted dengan bibir itu. Haih Yan susah kalau dah angau dengan bini sendiri ni.

Sedang dia merenung muka Ayeena, tiba-tiba kelopak mata Ayeena terbuka. Terus dia menjauhkan sedikit dirinya. Aiyok, takut kantoi la tu!

Dia berdehem untuk hilangkan rasa canggung. Ayeena memisat matanya. Mulut yang menguap ditahan dengan belakang tangan.

Matanya dicelik sepenuhnya sebelum melihat Aayyan yang bersila di bawah lantai.

"Abang dah balik?"

Aayyan cuma mengangguk. Mulutnya seakan terkunci. Kepala juga memandang ke arah lain. Nak tahu kenapa?

Sebab sekarang ni baju kelawar Ayeena tengah terselak sehingga menampakkan peha gebu itu.

Sabar, Yan sabar!

"Pasaipa abang duduk bawah ni?" soal Ayeena sambil bangun dari pembaringannya. Rambut diikat gaya messy bun. Menampakkan leher jinjangnya yang putih mulus itu.

Aayyan yang melihat dengan ekor matanya itu menelan liur. Aayyan sudah tidak dapat bertahan lagi. Lantas dia bangun dari duduk menerkam Ayeena yang masih mamai itu.

Terbuntang mata Ayeena melihat suaminya itu.

"A-abang kenapa ni?"

Aayyan menghiraukan soalan itu, dia terus mencium leher isterinya itu. Seharian dia rindu bau leher isterinya. Kalau boleh setiap saat dia mau begini.

"Abang, gelilah! Pergilah mandi dulu busuk ni." Ayeena menampar perlahan belakang badan Aayyan.

Aayyan mengangkat wajahnya. Mata mereka berdua berlaga.

"Jom, mandi dengan abang."

Abang?

Ayeena terkesima. Sudah lama panggilan itu tidak meniti di bibir syeksi Aayyan.

Aayyan bangun daripada menindih Ayeena. Dia duduk di sebelah Ayeena.

"Sayang, temanlah abang mandiiiii~" Lengan Ayeena digoyang-goyang olehnya. Macam budak 3 tahun minta gula-gula.

"Sha dah mandilah."

Aayyan menarik muncung. Ya ampun, suami siapa comel sangat ni?

"Mandi je la banyak kali pun. Apa masalahnya? Bil air abang yang bayar bukan Sha. Takpe aa kalau tak sudi, abang pun tak nak aa mandi."

Ayeena menepuk dahi mendengar ayat Aayyan yang seakan berjauh hati. Alololo, buruknya merajuk!

"Ya la, jom Sha teman abang mandi."

Terus bersinar mata Aayyan.

"Jom jom jom." Bingkas dia bangun menarik lembut lengan Ayeena untuk ikut bersamanya.

Ayeena hanya pasrah dengan permintaan suaminya itu. Bibirnya tersenyum melihat suaminya berperangai seperti kanak-kanak.

Wajah sang isteri ditilik dengan penuh minat. Ayeena mengeringkan rambut Aayyan. Manja bapak budak ni nak kena orang keringkan rambut dia.

"Sayang ada masak tak?"

Terangkat kening Ayeena. Pukul 1 pagi takkan tak makan lagi?

"Laparlah." Bibir Aayyan dicebikkan.

Ayeena ketawa kecil melihat muka comel Aayyan itu. Aayyan tersenyum melihat si isteri ketawa. Cantik.

"Ada. Tadi Sha simpankan untuk abang. Ingat abang nak balik awal tadi."

Aayyan menekup pipi isterinya dengan kedua belah tangan.

"Sorry, aku busy balik lewat harini."

Yan tipulah selagi boleh tipu. Nanti Ayeena dah tinggalkan kau, nak tipu siapa lagi kan.

Ayeena hanya tersenyum hambar dengan alasan Aayyan. Dia tahu Aayyan menipunya. Tadi dia telah menelefon Aariq bertanyakan keberadaan suaminya, suaminya itu tidak masuk kerja selepas keluar pagi tadi. Keluar sebelum lunch kemudian tidak muncul semula di pejabat.

Di mana datangnya kerja, Aariq pula ingat Aayyan ada di rumah bersama Ayeena. Dan dengan polosnya dia terlepas cakap.

"Laa I ingat dia dah balik ada dengan you. Tadi dia kata nak balik makan dekat rumah. Ish ni mesti kerja sundal bolong ~ eh tercakap kuat." Walaupun part sundal bolong itu tidak berapa kuat namun masih sampai ke pendengaran Ayeena.

Kejadian siang tadi menyapa ingatannya. Sakit hatinya melihat suaminya berduaan dengan sepupunya. Seperti kejadian dua tahun lepas, di mana dia mendapati Aayyan berduaan bersama Ariana. Sewaktu itu Aayyan tunangnya.

"Sayang kau fikir apa? Jom la aku lapar ni."

Ayeena mengangguk. Kejap aku kejap abang. Aku hempuk kang.

Ayeena mengikuti langkah Aayyan ke ruang makan sambil memaut lengan suaminya. Dia masih melayan suaminya dengan baik walaupun hatinya sedang terluka mengingatkan apa yang suaminya buat bersama Ariana sehingga lewat malam. Segala keresahan hati dengan senyumannya.

"Beri laluan! Beri laluan!" Jerit Mikael. Staf di pejabat itu tercengang memandangnya pelik.

"Daddy jerung nak lalu ni boss." Sambungnya. Dia memberi laluan untuk Aariq berjalan.

"Jerung purple ni boss!" Jerit Aariq pula. Sambil berjoget. Diikuti oleh Mikael. Memandangkan dia memakai kemeja dark purple hari ini, so dia jadi jerung purple la.

Hakeem yang berdiri di hadapan pintu pejabatnya itu mengemam bibir. Bibir bawah dikemam.

"Good morning, jungle people!" Jerit Aariq penuh teruja kepada Hakeem. Semua staf memandang ke arah Hakeem. Hakeem menggeleng kepala.

"Saya tak kenal dia." dia terus membolos masuk ke dalam biliknya. Tak guna hang Riq.

Aariq memandang Mikael di sebelah. Mikael mengangkat bahu. Lalu kedua tenuk itu pun masuk ke dalam bilik pejabat Hakeem.

"Hi Keem. Rindunya kat kau." Aariq duduk di atas sofa yang tersedia. Mikael duduk bertentangan dengannya.

Hakeem mendekati mereka dan menghempas punggungnya di sebelah Aariq.

"Hang nak apa bangang?! Sebab hampa semalam aku kena marah dengan along tau tak?" Hakeem menyerabaikan rambutnya. Pagi-pagi lagi dah tercangak dua ketul bala ni dalam pejabatnya.

Aariq mendekati Hakeem, "Chill la bro macam tak biasa." Bahu Hakeem ditepuk beberapa kali.

"Sebab dah biasa la aku dah muak. Kejap lagi Along marah aku." Hakeem geram dengan dua ekor manusia di hadapannya ini, datang buat masalah bila ada masalah lari tinggal masalah. Faham kan?!

"Yow bro relax aaa nah kitkat aq rembat dekat staf kau tadi." Mikael menyua kitkat yang dirembatnya kepada Hakeem.

Hakeem memandangnya tajam.

Klak!

Pintu bilik itu dikuak. Tersembul muka abang encem kita bermulut longkang. Dhariz.

"Wow Riq, Mika, bila sampai?" Dhariz mendekati mereka bertiga di sofa bilik itu. Dia mengambil tempat di sebelah Mika.

Hakeem menepuk dahinya. Bala kuasa tiga sudah mari.

"Baru je. Ni datang pun nak kacau Keem. Makin sombong dia sekarang. Mentang-mentang dah jadi orang hebat." Ujar Aariq dengan nada sendu.

"Sombong kepala kotak hang aaa. Aku yang kena marah satgi. Ishhh stress aaa gini."

Mikael dan Dhariz ketawa melihat mereka.

"Chill Keem. Aku ada idea macam mana nak hilangkan stress tu." Dhariz menjongket keningnya beberapa kali.

Hakeem memandangnya tanpa minat.

"Apa kata kita pergi bakar syarikat along yang baru tu."

Mahu pitam Hakeem dibuatnya. Cari nahas. Dhani kalau mengamuk bukan setakat jerung merah, jerung asli dalam laut pun takut nak hidup!

"Hang gila ka Ngah?! Hang nak mati kena dengan along ka?" Hakeem menepuk dahinya berkali-kali. Kalau boleh nak hempuk kepala dekat dinding. Stress tak boleh dibawa bincang.

"Eh, macam best je. Nak join! Nak join!" Aariq menepuk tangan suka. Teruja betul dia.

"Weh best do, nak ikut! Aku nak main bunga api jom jom!" Ujar Mikael pula dengan teruja.

Hakeem? Member hampir bunuh diri. Ya, dia pun gila-gila. Tapi kalau bab kerja dia tak berani buat gila. Dia bekerja pun di bawah sepupunya, kalau buat gila dia nak kerja apa.

"Pergi aa hampa. Aku tak mau join." Hakeem sudah malas melayan tiga ekor malaun ni.

"Ala, Keem tak best la kau takde." Mikael memuncungkan mulutnya.

"Ntah kau ni Keem. Dulu bukan main lagi perangai cam si*l." Aariq menumbuk perlahan bahu Hakeem.

"Member sejak ada awek ni takda nak lepak dengan kita dah." Ujar Dhariz seperti berjauh hati. Yang si tua ni pun sama naik. Tak padan dengan umuq 30. Sepak naya kot.

"Tak da kena mengena naih!" Hakeem menjeling Dhariz.

Mereka bertiga ketawa melihat muka Hakeem menahan geram.

"Dah la jom kita gi bako bako." Dhariz mengajak dua ekor syaiton itu.

"Ayuh! Let's burn the fire! Aariq sudah melompat girang.

"Aaa tak shabarnyaaaaa." Mikael turut melompat sama.

Hakeem menggeleng kepalanya. Ekor matanya menghantar pemergian ketiga-tiga ekor itu. Lantak hampa (korang). Aku tak masuk campur. Mati hampa kena kejap lagi, dah la syarikat tu ada collab dengan abang hang, Riq!

Hakeem mengeluarkan telefon daripada kocek seluar. Mesej yang diterima oleh kesayangan di buka.

My Baby Rose ❤️🌹

- Biy, ibu suruh awak datang makan malam sini.
+ okay sayang! I'll be there.

Bibir tersenyum bahagia. Eh? Rose? Kawan Ayeena?

Yes, Rose tu laa. Siapa sangka dari kawan menjadi seseorang istimewa. Kalau tak sebab Ayeena pergi bocor rahsia Rose yang sudah lama meminati Hakeem. Rasanya ini semua takkan terjadi. Thanks to Ayeena.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro