𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
"Que sayang, kita dah sampai ni." Ayeena menepuk perlahan punggung anak kecil itu.
Anrique menggumam perlahan. Pipinya yang tidak gatal digaru. Tergelak Ayeena melihat telatah si kecik itu.
"Tadi cakap nak jumpa kawan-kawan mummy. Baru ja mummy ingat nak belanja llao llao. Takpa la kalau nak tidur, kita balik je la." Ayeena sengaja mengumpan Anrique. Terus terbuka mata anaknya itu.
"Seriuslah mummy?!"
Ayeena tergelak kecil sebelum mengangguk. Rambut anak lelakinya itu dibetulkan supaya tampak kemas.
"Tapi---"
Ayeena merenung Anrique seketika untuk menunggu sambungan ayat tapi si Anrique ni.
"Daddy tak kasi makan benda macam tu. Nanti daddy marah macam mana?" Suaranya mula mengendur.
Ayeena terdiam sebelum senyuman nakal terukir di bibir.
"So, kita rahsiakanlah dari Daddy. It's gonna be a secret between us." Ayeena menjongket keningnya berkali-kali. Anrique yang muram kini berubah menjadi ceria kembali.
"Yeay, promise me mummy!"
"Yes, sayang. Now, jom turun. Habis minyak kereta mummy ni oi berejam tunggu Que bangkit."
Anrique tersengih.
Setelah itu, mereka mula berjalan masuk ke dalam mall. Tangan Anrique dipimpin erat. Mereka menuju ke Seoul Garden untuk berjumpa dengan rakan-rakan Ayeena.
Setibanya mereka di sana, Ayeena mencari kelibat rakan-rakannya. Di hujung restoran kelihatan Rose sedang membuat lambaian kasih sayang. Kaki terus diatur mendekati Rose. Anrique hanya mengikuti langkah Ayeena.
"Babe, pehal kau lambat?" Shayla memincingkan matanya memandang Ayeena yang tersengih. Anak kecil di sebelah Ayeena ditenungnya selepas itu.
"Eh, ini ke Anrique? Aw, so cute!" Rose mencubit perlahan pipi Anrique. Anrique hanya tersenyum manis.
Ayeena mengambil tempat di sebelah Elmira. Manakala Anrique di tengah-tengah mereka berdua.
"Anrique nak makan apa? Biar ibu ambilkan." Shayla menayangkan senyum manis kepada Anrique. Shayla memang suka budak-budak.
"Ibu?" serentak ketiga-tiga sahabat itu bertanya. Ibu siapa pulak dah dia ni?
"Ala, aku nak testing jadi mak-mak jugak macam Yeen. Hehe." Shayla mengangkat jari peace.
Mereka bertiga ketawakan Shayla. Anrique turut ikut ketawa.
"Ibu, panggil saya Que je. Barulah kacak bergaya."
Shayla sudah memegang dada sebelah kiri, "Wah, dia panggil aku ibu! Nanti ibu ada anak ibu kahwinkan dengan Que ya!"
Elmira menepuk dahi mendengar ayat entah apa-apa Shayla itu.
"Amboi hang. Anak aku ni kecik lagi tau dak? Suka suki ja nak kahwinkan dia. No way. Dia aku punya." Ayeena menjeling manja.
Rose pula ketawa terbahak-bahak. "Que jangan layan ibu awak ni otak senget."
Shayla memuncungkan mulutnya. Dah macam itik dah.
Sedang mereka menjamu selera, telefon Ayeena berbunyi. Ayeena mengerling nama si pemanggil.
"Guys, tengok anak aku kejap. Laki aku call."
Mereka bertiga mengangguk. Ayeena bergerak ke tempat yang lebih terpencil untuk menjawab telefon.
"Que! Aunty rose nak tanya ni."
Anrique menoleh ke arah Rose.
"Daddy awak layan mummy awak baik tak?"
Berkerut dahi si kecil itu.
"Bongok aa kau Rose. Dia kecik lagi la. Mana dia faham." Shayla menampar perlahan bahu Rose.
"Ni ibu nak tanya, malam-malam ada kedengaran suara mummy aneh tak? Macam menjerit ke meraung ke tak pun bunyi sedap ke?" Shayla menundukkan sikit badannya seolah membisik.
Lagi berkerut si muka budak kecil itu. Elmira mengetuk kepala Shayla. Diikuti Rose.
"Kau lagi bangang. Otak kau dah lama tak sental clorox ke macam mana?" Rose menggelengkan kepala.
"Umi El, ibu Shay dengan aunty Rose cakap apa? Apa maksud diorang?" Anrique menoleh ke arah Elmira di sebelahnya.
Elmira menggaru keningnya yang tidak gatal.
"Depa ni bukan betui sangat. Que jangan layan tau."
Shayla dan Rose mencebik serentak. Anrique mengangguk faham.
Rose menyedut air strawberrynya. Manakala Shayla terus menyumbat daging bakar. Dia ni memang pantang dengan makanan. Kalau boleh satu meja disumbatnya.
"Tapi kan." Anrique mula membuka kata setelah diam sejenak.
Mereka bertiga hanya terus menjamu selera sambil menunggu Anrique menyambung ayatnya.
"Que selalu nampak daddy kiss mummy. Tapi ganas. Sampai gigit-gigit. Risau Que." Anrique menggeleng kepalanya sambil ketawa.
Mereka bertiga itu tersentak. Rose tersembur air. Shayla tercekik daging. Elmira terjatuhkan sudu. Biar betul diorang tunjuk depan anak?
Di sudut jauh hujung restoran itu,
"Ye abang. Lepasni Sha bawa Que balik terus. Abang janganlah risau."
"........"
"Ish, abang jangan nak mengada. Pergi buat kerja sana. Sha gigit abang karang."
"......."
"Gelak pulak dia. Dahla nanti Que cari Sha. Bye Assalamualaikum."
"......"
Talian dimatikannya. Ayeena tersenyum mengingatkan kata-kata Aayyan. Kaki menonong ke arah meja makan tadi.
"Hah, gosip apa tu?" Ayeena sergah mereka.
Akibat terkejut Rose melatah, "Que cakap Aayyan cium gigit-gigit kau!"
Lantas Shayla menekup mulut Rose. Bongoklah pompuan ni?
Ayeena kelihatan terpempan. Wajahnya berubah warna. Anrique di sebelahnya dipandang.
"Que cakap benda betul je. Ibu dengan aunty yang tanya tadi." Anrique berterus terang.
Ayeena menjegilkan biji mata kepada dua rakannya yang disebut oleh Anrique. Dasar tak guna punya kawan?
Dua orang itu hanya tersengih janggal. Mereka sambung menjamu selera sambil berborak. Bukan selalu dapat lepak begini. Tambah-tambah Ayeena telah berumah tangga.
Setelah 2 jam lebih mereka meluangkan masa bersama, mereka pun bersurai pulang ke rumah masing-masing. Kecuali Elmira. Dia tadi datang naik grab. Jadi, Ayeena volunteer untuk menghantar Elmira ke rumah ibu saudara gadis itu. Shayla dan Rose datang bersama. Mereka telahpun meminta diri untuk pulang ke rumah.
"El, kita singgah Llao Llao kejap. Aku dah janji dengan Que tadi."
Elmira mengangguk.
"Tunggu sini dengan umi El. Mummy masuk dalam kejap."
Elmira memimpin tangan kecil Anrique. Dia membawa Anrique di bangku berdekatan.
"Umi El! Look! That's daddy!"
Elmira terus toleh ke arah yang ditunjukkan oleh Anrique. Alangkah terkejutnya dia, melihat pasangan tersebut. Mampus kalau Yeen nampak ni.
Ayeena yang selesai membeli 2 mangkuk llao llao menuju ke arah mereka.
"Nah ni Que punya. Ni umi El punya."
Perlahan-lahan mangkuk itu disambut Elmira. Matanya masih pada pasangan yang tidak berganjak dari tadi.
"Yeen, jom balik. Aku rasa tak sedap badan." Elmira sengaja mencipta alasan untuk mengelakkan Ayeena bertembung dengan pasangan itu. Dia tidak sanggup melihat Ayeena bersedih lagikan pula di depan anaknya, Anrique.
Ayeena mengerutkan dahinya, "Hang okay dak? Nak pergi klinik tak?" Ayeena menyoalnya dengan nada risau.
"Mummy, tu daddy kan?" Anrique membuka mulut setelah habis semangkuk llao llao. Ya Allah budak bertuah ni! Dengan mulut comotnya.
Elmira menelah liur kasar. Sudah!
Ayeena segera menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Anrique. Membulat matanya melihat pasangan itu. Hatinya retak seribu. Air mata mula bergenang di tubir matanya.
"Sayang, kau dekat mana?"
"......"
"Aku tanya je. Que okay tak tu?"
"....."
"Lepasni balik rumah terus. Jangan merayau! Aku cium kau karang."
"......"
Aayyan tergelak kecil.
"Ada hati nak gigit orang. Aku gigit kau balik apa susah."
"......"
"Waalaikumussalam."
Talian diputuskan. Telefon diletakkan di atas meja. Bibirnya terlakar senyuman paling bahagia. Kepalanya di angkat melihat wajah dua mamat di hadapannya yang sedari tadi menahan ketawa.
"Pfttttt HAHAHAHAHAH." Aariq menghamburkan tawanya. Diikuti oleh Mikael.
"Wow, bro who got you smiling like that?" ujar Mikael sebelum menyambung tawanya.
Aayyan mendengus geram. Ada yang jumpa malaikat maut japgi kang.
"Gelak apa setan?"
"Aku bukan bab*." Mikael berdiri di atas meja kopi milik pejabat Aayyan.
"Dan aku tidak buta." ujar Aariq pula sebelum memijak naik berdiri di atas sofa.
"Tapi cintaku padamu."
"Membab* buta! Slebew!" ujar mereka berdua serentak lalu disambung dengan tawa besar.
Mata Aayyan tajam mencerlung ke arah mereka berdua.
"DIAMLAH!!!"
Terus terdiam kedua mereka. Auto sopan seperti adik melayu terakhir. Tau pun takut dengan bapak rimau.
"Korang takde kerja ke hah? Asyik menyemak dalam bilik aku apehal?"
Aayyan geram betul dengan dua ekor jibon ni. Suka sangat melepak dalam biliknya. Dia okay kalau mereka melepak sambil membuat tugasan masing-masing. Ni masalahnya datang untuk menambah masalah.
Kadang datang untuk bermain. Main congkak, main guli, main dam dan sebagainya. Mana dirembatnya segala permainan itu? Tanya Aariq. Dia yang jadi kepala. Mikael hanya pengikut setianya.
Tugasan mereka? Aayyan sorang je yang tolong menyelesaikannya. Nak harapkan dua ekor ni? Tunggu bangunan ni nak kena lelong pun belum tentu kerja dibuat.
"Kitorang ada keje." Aariq mengusap belakang lehernya.
"Dahtu buat apa tercegat dekat sini? Pergilah buat sekarang."
"Ni la keje kitorang." ujar Mikael sambil tersengih.
Kening Aayyan berkerut, "Kerja apa?"
"Keje menyusahkan kau HAHAHAHAHA." kedua mereka ketawa sambil high five tangan.
Aayyan menyilang tangannya ke dada. Kesabaran dia dah sampai limit ni.
Baru sahaja dia ingin membuka mulut, pintu bilik pejabatnya itu diterjah.
"Hai abang." Terpancul muka manis Ariana.
Aariq dan Mikael membuat muka menyampah. Semaklah si sund*l ni.
"Salam ooo salam di mana kau?" Aariq memerli Ariana sambil matanya melilau seperti mencari sesuatu.
"Salam kau tertinggal dekat rumah ke tu? Kejap aku ambilkan." Mikael pula buat-buat bercakap dengan telefon. Tangan dilekapkan pada telinganya.
"Hey pompuan, kau nampak salam tak?" Aariq menyoal Ariana. Wajah Ariana mula berbahang dek kerana diperli sedemikian rupa.
Aayyan hanya mendiamkan diri. Dia sudah masak dengan dua ekor beruk ni.
"Assalamualaikum." ujar Ariana perlahan.
"Waalaikumussalam." jawab mereka bertiga.
"Laa islam rupanya. Ingat kafir mana tadi." Aariq menepuk dahinya. Lalu kepala digeleng.
"Baru sejuk sikit bilik ni. Tadi tetiba rasa panas macam kena serang dengan setan." Mikael mengibas kolar bajunya acah panas.
Semakin cemberut muka Ariana akibat perlian pedas daripada dua manusia tampan itu.
Aayyan yang melihat muka cemberut Ariana itu terus menghalau dua ekor itu, "Dah pergi keluar sana!"
Aariq menjeling Aayyan, "Sampai hati kau halau aku. Aku ni adik kesayangan kau ni. Hiks hiks."
Aayyan membuat muka menyampah, "Keluar sebelum kaki aku pula yang sampai dekat muka kau."
"Ayuhlah, Mika kita pergi kacau si Hakeem pulak dekat office Dhariz." Aariq meletakkan tangannya di atas bahu Mikael. Mikael mengangguk setuju.
Sebelum mereka beredar, Aariq menegur Ariana, "Kau, kalau sentuh abang aku siap kau! aku tampor muka kau sampai teleng."
Setelah tidak lagi melihat kelibat beruk-beruk itu, Aayyan mula membuka kata.
"Awak buat apa kat sini Ariana? Awak tahu kan Aariq tak suka awak."
Ariana sedikit menunduk.
"Saya nak ajak abang makan tengah hari je."
Aayyan menghelakan nafas berat. Haih laa.
"Ye la, jom kita pergi makan kejap."
Terus bersinar mata Ariana.
"Tapi ni kan waktu kerja lagi." Ariana menyoal. Eh, tahu pun kau? Yang kau datang pehal?
"Sementara saya tak busy ni. Kejap lagi lunch saya ada kerja." Actually Aayyan nak balik makan lunch di rumah. Masakan Ayeena lagi memikat selera perutnya dua tiga menjak ni.
"Okay jom!" sorak Ariana dengan teruja. Mereka berdua bertolak ke restoran. Ariana mengajak Aayyan makan di sebuah restoran korea di Mid Valley. Mr Dalkgakbi.
Aayyan hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung.
Dalam tidak sedar, mereka diperhatikan oleh Ayeena dari kedai llao llao di sebelah restoran itu.
Ayeena merasakan hatinya bagai dicucuk panah. Hang kena kenyataan Yeen, Aayyan cintakan Ariana. Hang hanya masa silam dia. Hang kena ingat kenapa hang kahwin dengan dia. Hang kena sedar diri hang Yeen.
Ayeena cuba menenangkan diri. Elmira mengusap belakang badan Ayeena perlahan untuk membantu Ayeena tenangkan diri. Untung saja Shayla dan Rose sudah pulang. Kalau tidak, tahu sajalah si Shayla tu. Memang confirm dia pergi serang si Aayyan seperti dua tahun lepas. Dengan berani dia menampar pipi Aayyan dan Ariana ketika dia terserempak dengan mereka berdua selepas berita putus tunang tersebar.
Shayla tu bukan calang-calang orang. Garang bukan dibuat-buat.
"Mummy, jom balik." Anrique menarik lengan baju Ayeena. Ayeena mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.
"Ye sayang, jom balik."
Ayeena memimpin tangan Anrique keluar dari perkarangan mall itu. Diikuti oleh Elmira.
Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Elmira,
"Mummy nak tahu tak? Ah, tak kisah mummy tetap kena tahu."
Ayeena tergelak kecil. Perangai serupa dengan Aariq yang kecik ini pun.
"Makcik belen tadi tu. Eiii menyampah Que dengan dia." Anrique menayang mimik muka menyampah. Siap nak buat-buat muntah.
"Makcik belen?"
"Ala, yang makan dengan daddy tadi tu."
Tersentak Ayeena, "You know her?"
"Yes, I know her. But I hate her." jujur Anrique.
"But why?"
"Sebab dia tu gedik. Terhegeh-hegeh. Lempang karang baru tau. Uncle Aariq cakap dia sundal bolong." petah lidah kecil itu berkata-kata.
Hampir melorot jatuh jantung Ayeena. Terkejut. Apalah yang si Aariq ajaq anak aku? Tak guna betul!
"Tak baik la sayang cakap macam tu. Mana tau dia jadi mama Que nanti."
"Euwwww. A big no. No way. Mummy sorang je boleh jadi ibu Que. Tak hengen dia tu. Werk werk." Ayeena ketawa melihat reaksi muka Anrique seakan jijik.
"Anrique sayang mummy tak?"
"Gila tak sayang. Mestilah bossku." Anrique ketawa terkekeh-kekeh. Ayeena tersenyum mendengar jawapan itu. At least, aku ada Anrique yang sayangkan aku.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro