Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3

Eh, kejap! Wait?! What?! Apa pasal Sir Aayyan ada dekat sini? And apa si Aariq tu buat dalam rumah aku?

Kaki Ayeena seakan kejung. Dia datang sebab nak report dekat umi dengan babah ke pasal jelingan aku tu?

"Yang hang tercegat kat situ pasaipa, dik? Nak aku hampaq karpet merah ka camna?" Semua di situ tergelak mendengar Dhariz, angahnya mengusik Ayeena. Ayeena berdecit perlahan.

Lalu dia berjalan pantas dan mengambil tempat sebelah alongnya, Dhani. Dhani tersenyum melihatnya.

Ayeena bersalam dengan alongnya dan juga kaklong.

"Dik nuu gi salam maklong paklong." Dhani mula bersuara. Ayeena patuh.

"Ehek adik tu bakal mertua tak nak salam ka?" Dhariz menjongketkan kening.

Ayeena menjelingnya lalu bersalam dengan makcik yang tak dikenali. Pakcik tu dia bagi senyuman je. Mana boleh salam. Haram.

Ayeena mengambil Avyana dalam pangkuan Cassandra. Eii geramnya!

'Acu rindu yana tau tak?' Ayeena berkata perlahan sambil menggomol pipi gebu milik Avyana.

"Acu cekci, bila nak agi yana pakcu?" Gulp! Oii yana sapa ajaq hang?!

Semua di situ tergelak dengan telatah budak kecik sorang ni. Ayeena pula tersengih malu.

Hakeem di sebelahnya dipandang. Dia tersenyum manis. Hensem pulak kalau dia sopan macam ni. Kan elok macam ni. Ni tidak. Perangai macam beruk kena cukuq bulu!

Ayeena menghiraukan orang-orang sekelilingnya berborak. Ntah borak masalah dunia apa ntah. Malas campur. Dia sibuk melayan anak buahnya yang comel.

Dia perasan ada sepasang mata merenung ke arahnya. Perasaan je kot. Dia memandang sekeliling.

Zap!

Matanya dan mata Aayyan bertembung!

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Dia ternampak Aayyan cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Fuhh! Boleh gugur iman ni!

"Adik, kenalkan ni Uncle Aydan dengan Aunty Dayang. Kawan umi dengan babah masa zaman belajaq dulu."

Ayeena tersenyum dan mengangguk.
Dia melihat Aayyan memandang ke arahnya bersama senyuman senget.

"Cantik anak kau Diana!"

"Muka macam kau, Zeem!"

Ayeena hanya tersenyum dan tertunduk apabila mendengar pujian mereka.

"Bro, jangan tengok anak dara orang macam nak terkam." Bisik Aariq kepada abangnya, Aayyan. Bukan dia tak nampak, abangnya dari tadi pandang Ayeena tak berkelip mata. Ish ish zina mata! Abang siapa la ni!

Aayyan menjeling dan menampar lembut paha adiknya. "Sibuklah kau. Diam sana!" Aayyan berkata perlahan.

Ayeena memandang mereka pelik. Aik diorang ni rapat lain macam. Sekali lagi Aayyan melarikan pandangan apabila anak mata Ayeena bersatu dengannya. Kini tinggal Uncle Aydan, Aunty Dayang, Aariq dan juga Aayyan. Dua ekor ni taknak balik ke?

Maklong, Paklong dan Hakeem sudah pulang ke rumah mereka di sebelah ni. Dhani, Cassandra dengan Avyana dah naik ke atas. Rehat mungkin. Ayeena melihat jam. Nak dekat asar.

Ayeena melihat angahnya, Dhariz tengah bersembang dengan Sir Aayyan macam dah kenal lama huh. Rupanya mereka dah kenal sebab belajar sama-sama di Itali dulu. Kenapa la aku tak tahu angah ada kawan hensem macam Sir ni? Tapi mata Sir tu kenapa? Cakap dengan angah tapi pandang ke arahnya. Nak kena cungkil ke apa?

Ayeena berjalan ke kolam renang di luar rumah. Malas dia mahu menyampuk orang-orang tua bersembang. Dia dah minta izin dengan umi nak keluar kejap. Dia menyinting kaki seluar lalu duduk dan merendamkan kaki ke dalam kolam.

"Babygirl, why are you here?"

Sapa lagi Aariq la. Mana ada orang lain panggil dia babygirl selain Aariq. Ayeena memandangnya sekilas lalu memalingkan kepala ke arah lain. Merajuk!

"Why dear? I ada buat salah ke?" Aariq mengambil tempat di sebelah Ayeena.

"Kenapa you tak bagitau I yang you nak datang rumah I?" Ayeena masih tak pandang muka Aariq disebelahnya.

"Oh sebab tu. I tak tahu pun ni rumah you. Bonda suruh I datang sini. I datang je la." Rupanya satu daripada 4 kereta di luar tu kereta Aariq.

Ayeena mengangguk faham lalu memandang wajah Aariq. Aariq menghela nafas lega lalu tersenyum manis.

"You dengan bonda you buat apa datang sini?"

Ayeena mengerutkan dahi.

"Bonda kata kitorang kena stay dekat sini 3 hari. Ada kenduri katanya." Aariq membalas dengan tenang.

"Sir Aayyan tu? Apa dia buat dekat sini?" Ayeena bertanya lagi. Pelik la apa kena mengena dengan bapak rimau tu.

"You tak tahu lagi ke? I belum bagitahu you ke?" Aariq tergelak kecil.

Pelipis dahi Ayeena berkerut. Apa mamat ni nak sampaikan ni?

"Bapak rimau you tu-" belum sempat Aariq berkata.

"Riq, bonda panggil kau!" suara bapak rimau rawr mencelah.

Aariq terus bangun dan berjalan masuk ke rumah. Sempat dia menepuk bahu Sir Aayyan. What the?! Berani tahap apa dia ni?!

Ayeena terus pandang ke arah lain bila Sir Aayyan perasan yang Ayeena tengah tengok ke arahnya. Ayeena terdengar ada seorang manusia berjalan dan mengambil alih tempat Aariq tadi. Tapi kali ni rapat. Sampai perfume dia pun menyengat hidung Ayeena. Ya ampun aku lemah!

Ayeena memandangnya sekilas. Ya Allah! Bapak Rimau Rawr ya gaiss! Ayeena rasa macam nak selam dalam kolam ni sekarang ni. Jantungnya dah berdisco dah ni. Sabaq Yeen!

Aayyan berdehem untuk hilangkan kesunyian antara mereka berdua.

"Aaa-awak sihat?" Ujar Aayyan lembut lalu dia menggaru lehernya yang tidak gatal.

Apa bapak rimau gagap ni? Tak ni first time dia cakap lembut dengan aku woi! Salting anying! Lidah Ayeena kelu. Dia cuma mengangguk laju. Terasa janggal sekali ya anak-anak. Aayyan pun sama, rasa janggal.

"Sir buat apa dekat sini?" Ayeena menyoalnya untuk hilangkan rasa gugup. Kesian pulak tengok dia duduk macam cacing kepanasan dah. Relax bro, aku pun nervous!

"Err saya ikut bonda saya. Awak?"

Huh?! Rumah aku ni dia tanya aku buat apa?

"Eh sorry. Ni rumah awak kan? Saya lupa." Aayyan tersenyum malu.

'Aku nak cakap apa lagi ni! Malu tak boleh bawa bincang ni.' Dia bercakap perlahan namun dapat didengari oleh Ayeena. Ayeena tergelak dalam hati. Bapak rimau rawr ni sejak bila jadi bapak kucing meow pulak ni? Shy shy ton pulak dia.

"Awak dengan lelaki tadi tu bercinta ke?" Aayyan kembali bersuara namun pandangan ditundukkan ke kakinya. Aww comelnya!

"Aariq? Hakeem?"

"Hakeem kut nama dia. Ntah tak tahu." Jawab Aayyan. Suaranya perlahan je sambil menguis kaki ke air kolam.

"Hakeem tu cousin saya. Kami rapat dari kecik. Tu rumah dia dekat sebelah ni ja."

Ayeena masih memandangnya yang tertunduk malu. Anak sapa ni comel sangat?!

"Aariq cakap Hakeem panggil awak ss-saa"

"Sa apa?" Lembut sahaja suara Ayeena. Ish macam nak goda anak orang. Hang dah kenapa Yeen?! Dengaq kat babah ni mampuih hang kena sebat!

"Sss-sayang!"

Membulat mata Ayeena. Eh Yeen dia bukan panggil hang sayang la. Dapat dilihatnya wajah Sir Aayyan merah padam. Malu mungkin. Kena panggil Melodi ni! Kompom viral! Seekor bapak rimau rawr sedang kemaluan. Ehh bukan bukan lain tu Yeen.

"Err yang tu ka? Dia memang dari kecik macam tu! Tak payah layan dia. Dia terencat sikit hahahah." Ayeena tergelak kecil untuk hilangkan nervous di hati. Ayeena dapat rasa rama-rama dalam perutnya tengah berjoget. Dia pulak tertunduk melihat kakinya yang direndam tu.

"So dengan Aariq?"

"Aariq tu kawan ja. Tak lebih pun." Ayeena membalasnya tenang. Kenapa bapak rimau ni tanya banyak huh? Tak, kenapa aku kena explain dekat dia? Dia bukan boyfriend aku pun.

"Tapi dia panggil awak babygirl." Ayeena dengar suaranya mengendur. Ha dah kenapa pulak dah?

"Err saya pun taktau kenapa. Pergilah tanya sendiri." Ayeena menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Pakai tudung ye gais. Kang kata Ayeena ni free hair pulak depan mamat ni.

"Nanti saya tanya. Tadi saya dengar Aariq sebut bapak rimau awak. Siapa bapak rimau awak tu?" Ha sudah mati nak jawab apa! Kang kantoi dia gelarkan Aayyan sebagai bapak rimau rawr.

"Er erm takda sapa heheheh." umi adik nak terjun kolam sekarang ni.

"Awak maksudkan saya ke?"

Ok semua angkat tangan baca al-fatihah sekarang. Kang dia tonyoh kepala aku dalam kolam ni tak ke mati aku!

"S-saya m-mintak maaf sir." Ayeena tunduk ketakutan.

Ayeena pasrah kalau Aayyan nak makinya. Salah dia jugak sedap-sedap mengata anak orang. Ayeena terdengar makhluk sebelahnya ni ketawa macam orang gila. First time aku tengok sisi dia macam ni. Bahagia nampak?

Dia menghabiskan sisa tawanya sebelum kembali bersuara.

"Saya yang hensem lagi bergaya ni awak panggil saya bapak rimau ya? Hahahah rawr gitu!"

Okay Ayeena meleyot gais. Berlaku pengcairan di situ. Ayeena tertunduk malu! Aish umi help me!

"Awak tengok saya ni macam rimau ke? Garang sangat ke saya ni?" Aayyan menjongketkan keningnya.

"Lagi mau tanya herh." Ayeena menjelingnya.

Dia ketawa kecil melihat muka cemberut Ayeena.

"Jeling-jeling rimau ni terkam awak kang!" Aayyan tersenyum nakal.

"Ni nampak ni?" Ayeena menunjuk penumbuk ke mukanya. Kang lebam bijik mata ko nak? Dia gelak weh?! Apa yang lawak?

"Comel betul awak ni." Aayyan gelak sambil pegang perutnya. Dia kata aku comel ka tadi?! Ha sudah. Babah tolong adik! Berbahang wajah Ayeena.

"Bang, bonda cakap kita tidur sebilik. Kau okay kan?" Soal Aariq yang sejak bila datang ke sini pun tak sedar. Dia tanya kepada Aayyan.

Jap! Bang? Abang ka?!

"Aku dah cakap kan jangan panggil aku abang. Geli bodo. Aku okay je tidur mana pun. Takkan aku nak tidur dengan Sha pulak. Tak kahwin lagi."

Aku senyap ja kat situ sebab tak faham langsung ha.

"Sha? Who is Sha?" Kening Aariq bertaut.

"Ni Ayeena Danisha."

Terbuntang mata Ayeena. Asal dia panggil aku 'Sha'?

"Wah sweet eh ada nickname. Omelnyeeee." Aariq senyum nakal ke arah Ayeena. Ayeena tersenyum malu. Bukan selalu nak malu-malu tapir ni.

"Kau apa tahu? Gi main jauh-jauh. Kacau je."

Aayyan menghalau Aariq sambil memicing matanya ke arah Aariq.

"Ye la aku je la single forever alone! Babygirl jangan layan Aayyan ni sangat tau. Dia ni gatal kalah anak vavi kena sumpit." Aariq mengenyitkan mata ke arah Ayeena.

"Siapa babygirl kau? Jangan panggil dia macam tu lagi dah!" Aayyan menjeling adiknya.

"Ada bau api kecemburuan di sini emmm." Aariq menghamburkan ketawanya namun cepat-cepat masuk ke dalam rumah selepas dicerlung tajam oleh Aayyan.

"Ish budak ni. Sorry Sha! Aariq tu perangai dia memang macam lahabau sikit." Aayyan pandang ke arah Ayeena.

Mata mereka berpaut seminit. Bagai terpukau dengan mata kelabu milik Aayyan itu. Fuh tak kuat iman cheq!

"Err sir dengan Aariq adik beradik?" Ayeena menyoalnya setelah tersedar ke alam nyata. Kang tak pasal jatuh cinta pulak pandang lelama!

"Haah. Dia adik saya."

"Patutlah dalam kelas selamba badak ja dia menjawab. Sir pulak macam tak marah langsung dengan dia." Ayeena mengangguk. Kini dia faham kenapa Sir Aayyan selalu okay dengan Aariq.

"Bukan tak marah. Cuma dah penat marah. Sha boleh tak jangan panggil saya sir di luar waktu kelas?"

"Abihtu nak panggil apa? Encik? Tuan?" Kening Ayeena berkerut.

"Panggil Aayyan. Memandangkan saya lagi tua. Awak panggil saya, abang Aayyan. Boleh?" dia kerdipkan matanya beberapa kali. Woi bapak kucing meow omelnye.

"Er segan la saya." Acah sikit macam perempuan melayu terakhir.

"Saya tak kira. Ni bukan cadangan ni arahan!" Tegasnya.

Tadi bukan main lembut comel bagai. Ni dah mai dah angin monsun tsunami dia. Bapak rimau rawr comeback! Say bye bye tu bapak kucing meow! Perlahan-lahan Ayeena mengangguk. Ayeena lihat Aayyan tersenyum. Senyuman kebanggaan. Cis!

'Abang Aayyan hiks kennot brain camna aku nak panggil dia macam tu.' Getus hati Ayeena. Tersipu Ayeena.

"Oi adik! Hang buat apa berdua-duaan dengan Aayyan ni. Kawan aku pun hang nak rembat. Huh?" Ayeena memandang Dhariz yang mencekak pinggang di hadapan pintu sliding. Kacau la hang ni angah!

"Apa kau ni Riz? Kacau la!" Aayyan berdecit geram.

"Amboi hang Yan! Hang minat adik aku ka?" Tinggi benar suara angahnya. Ayeena terdiam tak berkutik.

"Why? Salah ke? Kau patut bangga dapat adik ipar sehensem aku." Aayyan menguak rambutnya ke belakang.

Dhariz memicing mata ke arah Ayeena dan membuat isyarat suruh masuk ke dalam. Ayeena akur lalu tersenyum sinis.

"Bye abang Aayyan sayang!" Ujar Ayeena lembut namun sengaja dia membiarkan Dhariz dengar. Hehehehe.

Membulat mata Dhariz. Budak ni!Ayeena berlalu meninggalkan mereka berdua.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro