𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
Nak tanya ke tak eh? Kalau tak tanya, nanti tak senang duduk. Kalau tanya kena marah tak agaknya?
Ayeena menguis nasi di dalam pinggan sambil mengelamun. Tanpa disedarinya, Aayyan memperhatikannya dengan hairan. Dari mula mereka duduk di meja makan, Ayeena hanya mendiamkan diri dan mengelamun.
Dia mengeluh perlahan. Tangan kiri diangkat, dan dipetik jarinya di hadapan muka Ayeena. Setelah beberapa kali, barulah Ayeena kembali ke alam nyata.
"Abang nak apa-apa ka? Nak tambah nasi?" Ayeena mula gelabah tenuk.
Aayyan menggeleng perlahan. Matanya masih tertancap pada muka Ayeena.
"Kau fikir apa? Dari tadi aku tengok asyik termenung? Pehal?"
Ayeena menelan air liurnya. Mata dipejam seketika. Dicelikkan semula sebelum mula bertanya.
"Abang tahu Henry ada dekat mana tak?"
Tubuh Aayyan mengeras. Matanya dilarikan daripada pandangan mata Ayeena. Rahangnya diketap. Dia masih sayang Henry? Habis aku ni siapa nak sayang?
"Tak." hanya sepatah jawapan daripadanya. Bukan dia ingin merahsiakannya, namun dia telah berjanji dengan Henry. Eh, ye ke? Ke jelly-jelly ni Yan?
Keluhan berat dilepaskan daripada mulut Ayeena. Mukanya tampak mendung. Aayyan sambung menyuap nasi ke dalam mulut sesekali dia mencuri pandang ke arah muka monyok Ayeena.
Dia kecewakah? Dia masih harapkan Henry?
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Ayeena tika ini. Dimanakah Henry? Mengapa Henry tegar meninggalkannya tanpa penjelasan? Adakah Henry sudah ada pengganti? Atau ada masalah lain?
Tangan kirinya naik menongkat dagu. Matanya menenung nasi di hadapannya tanpa selera. Dia cuma mahu tahu alasan Henry meninggalkannya tanpa sebarang isyarat.
Aayyan sudah tidak betah lagi melihat keadaan Ayeena sekarang ini. Rasa cemburu mula bertamu di hati. Dia lekas berdiri daripada duduknya. Ayeena menyedari akan itu turut berdiri. Terpancar riak terkejut di mukanya.
Aayyan membetulkan kedutan pada baju kemejanya. Ayeena menghampirinya dan berdiri di hadapannya. Pergerakan tangannya terhenti. Dia merenung muka Ayeena bersama kerutan di dahi. Tangan kecil itu naik menyentuh tali lehernya.
"Biar Sha buatkan untuk abang." Ayeena membetulkan tali leher Aayyan. Renungan Aayyan tidak disedarinya memandangkan tingginya hanya separas dada bidang Aayyan. Aayyan terpempan melihat keadaannya dan Ayeena sekarang. Jarak antara mereka terlalu rapat. Suara di anak tekak tersangkut. Hah pehal tak boleh cakap pulak ni?
Halkumnya bergerak turun naik. Apabila Ayeena mengangkat wajahnya memandang Aayyan, mata mereka bertembung. Aayyan dengan laju melarikan anak matanya ke arah lain. Dia berdehem.
"Dah siap!" Ayeena menghadiahkannya senyuman lebar. Aayyan terpesona melihatnya sesaat sebelum kembali serius.
Aayyan mengangguk, "Thanks."
Dia terus bergegas keluar. Ayeena mengikuti langkah Aayyan sehingga di luar rumah. Tangan Aayyan yang membuka pintu Rebecca terhenti apabila melihat Ayeena tersengih di sampingnya. Keningnya bertaut.
"Aku nak pergi kerja ni. Nak apa lagi?"
Ayeena menunjuk tangan kanan Aayyan dengan jari telunjuknya, "Nak tu."
Aayyan memandang tangan kanannya. Semakin berkerut wajahnya. Dah kenapa nak tangan aku? Tak ada tangan ke nak tangan orang ni?
Sedang Aayyan bingung, Ayeena menyambar tangan kanan Aayyan lalu dikucupnya. Aayyan terkesima dengan perbuatan Ayeena. Senyap-senyap dia menyembunyikan senyuman. Sejuk hatinya yang tadi terbakar dek soalan tentang Henry diutarakan.
"Abang! Kata nak pergi kerja, ni dok mengelamun apa lagi?" Ayeena mengibas tangan kirinya di hadapan muka tampan itu. Tersentak Aayyan dibuatnya. Dia terus berdehem. Tangannya masih digenggaman Ayeena itu dipandang. Aip, tak nak lepas nampaknya?
"Lepas cepat sebelum niat aku terbantut nak pergi kerja ni, karang aku heret kau naik katil nak?" serentak itu Ayeena melepaskan genggamannya. Aayyan tergelak kecil. Tau pun tachod!
"Jaga diri tu kalau-"
Kata-kata Aayyan terpintas dengan satu suara yang menegur mereka. Kedua mereka menoleh ke arah suara itu.
"Weh, Yan lawa dooh siapa tu? Adik kau eh?" sejurus itu Aayyan kembali memandang Ayeena atas bawah.
Memang Ayeena cantik pun walaupun cuma mengenakan Abaya simple bersama shawl labuh yang menutup bahagian dada. Make up pun sekadar mengoles lipmatte dan bedak silky girl. Pernah dia tanya isterinya itu mengapa tidak make up macam perempuan lain. Gadis itu hanya menjawab bahawa dia rimas dengan make up bertampung-tampung lagipun dia bukannya reti bab itu. Kalau Ariana keluar rumah tanpa make up ibarat keluar rumah tanpa baju. Aayyan juga tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa Ariana tanpa make up.
"Oi, Yan aku tanya ni." Suara itu kian menghampiri mereka. Aayyan menjeling jiran merangkap sahabat karibnya itu, Alyas Hanif. Mereka telah bersahabat sejak sekolah rendah. Mereka terpisah sewaktu Aayyan melanjutkan pelajarannya di Italy. Pada mulanya dia juga tidak tahu rumah yang dibelinya itu di sebelah rumah sahabatnya ini. Kira macam reunion gitu.
Sehari selepas dia pindah masuk ke rumah itu baru dia tahu siapa jirannya. Itu pun selepas Alyas yang tegur dahulu. Alyas memang dari dulu seorang yang peramah.
Yang peliknya, zaman sekolah dulu bukan main nakal budak Alyas ni. Tetiba sekarang dah jadi doktor. Rezeki Allah nak bagi kan?
"Hai, saya Doktor Alyas Hanif. Panggil saya Alyas. Nak panggil baby pon boleh. Saya tak marah pun." Alyas tersenyum ke arah Ayeena. Ayeena ragu-ragu membalas senyuman itu dengan agak kekok. Entah dari mana datang baby besar ni.
"Hai, saya Ayeena. Panggil saya Yeen."
Alyas mengangguk, "Awak adik Aayyan eh? Tak pernah tengok pun. Cantik awak ni. Ada boyfriend belum? Nak tak saya jadi boyfriend awak?"
Terbuntang mata Ayeena. Gila apa laki ni? Laki aku kat sebelah ni. Hang nak mati ka apa?
Aayyan menarik Ayeena ke belakangnya. Wajah terpinga-pinga Alyas ditenung tajam.
"She's my wife!" bengis muka Aayyan tika ini. Alyas menelan air liurnya kesat sebelum menghamburkan ketawa hambar.
"HAHAHAHAHA aku gurau je la. Kau ni Yan macam tak biasa. Takkanlah aku nak rampas bini member aku sendiri." Bahu Aayyan ditampar perlahan sesekali dia mengerling ke arah Ayeena. Bapak lawo siak bini si Aayyan ni!
Aayyan menepis tangan Alyas di bahunya, "Kau tak kerja ke harini? Menyemak kat rumah aku pehal?"
Alyas mengusap belakang lehernya, "Shift aku lewat sikit harini. Petang karang baru masuk kerja."
Aayyan mengangguk. Dia perasan mata Alyas sesekali mengerling ke arah isterinya terus dia menarik isterinya menjauhi Alyas. Ditariknya Ayeena sehingga di masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutupnya.
Ayeena terkedu dengan tindakan suaminya. Beberapa saat kemudian, pintu kembali dikuak. Terpancul kepala Aayyan di muka pintu.
"Stay at home. Jangan buka pintu dekat sesiapa. Especially lelaki. Tak kisahlah dia kawan aku ke apa. Jangan buka!"
Ayeena memandang muka suaminya dengan penuh tertanya-tanya.
"Dengar tak sayang?"
Ayeena laju mengangguk. Eh, kejap dia panggil aku sayang?
"Ok good! I'd to go now." Aayyan terus berangkat ke pejabatnya.
Sebaik hilang sahaja kelibat Aayyan dan juga Rebecca, Ayeena menghempap tubuhnya ke atas sofa. Nafas dihelakan. Mata merenung ke arah siling rumah.
Dia baru panggil aku sayang, aku dah lemah aih. Belum panggil baby sayang lagi, maunya aku dah meleyot jatuh tersungkuq (tersungkur) sebab skru lutut longgaq (longgar).
"Hiks hiks mummy."
Suara tangisan anak kecil mematikan lamunan Ayeena. Dalam posisi baring dia terus terduduk mencari kelibat anak kecil itu. Anak kecil itu sedang duduk di atas tangga sambil menggosok matanya. Baru bangun tidur lah ni.
"Baby, mummy is here!"
Anrique terus membuka mata melihat ke arah sofa ruang tamu yang diduduki Ayeena. Lantas dia berlari mendapatkan Ayeena. Tubuh kecil itu Ayeena dakap dengan penuh sayang.
Dahi putih mulus Anrique dicium bertubi-tubi, membuatkan anak kecil itu ketawa suka. Rambut perang anaknya yang menutupi wajah itu dikuak ke belakang. Satu yang dia perasan, adik beradik Aayyan semuanya berambut light brown. Tapi rambut Tuan Aydan berwarna hitam likat. Mungkin dari Tengku Dayang. Anrique turut terkena tempias, rambutnya juga brown.
Ala, kecik-kecik lagi dah hensem macam daddy. Angah dulu besar ni muka macam anak kambing ja. Eh, terkutuk abang sendiri.
"Sayang mummy ni busyuk la. Jom mandi nak?" Ayeena membelai rambut Anrique yang messy itu. Anrique mengangkat wajahnya. Matanya bertaut dengan anak mata Ayeena. Ayeena suka melihat warna anak mata Anrique, sama seperti suaminya. Anak kami nanti mesti macam ni juga kan? Eh, Aayyan nak ka anak dengan hang Yeen?
"Mummy teringat dekat daddy ke hurm?" Anrique merehatkan dagunya pada bahu Ayeena. Anak dengan bapak sama ja suka sangat dengan bahu aku.
"Eh, sengaja tukar topik eh? Mummy ajak mandi tadi kan?"
Anrique menggeleng kepala sambil tersengih.
"Tapi Que tak nak mandi lagi. Sejuk." Kini Anrique sering membahasakan dirinya sebagai Que katanya baru nampak hesmes. Anak siapa ni?
"Ya la. Jom makan dulu. Mummy masak special untuk sayang mummy ni." Ayeena mendukung tubuh kecil itu sebelum melangkah ke arah meja makan. Anaknya itu diletakkan di atas kerusi. Nasi goreng cina kegemaran Anrique dicedokkan ke dalam pinggan.
Sepanjang 3 minggu usia perkahwinannya dengan Aayyan, dia cuba mempelajari tentang kegemaran anak dan suaminya itu. Dari siapa lagi dia belajar kalau bukan dari Aariq si ganteng yang single lagikan sendu itu.
Pinggan berisi nasi goreng itu diletakkan di hadapan Anrique. Anrique lebih gemar menyuap makanannya sendiri. Katanya dari kecil daddynya didik begitu. Yang paling Ayeena tertarik, gaya makan Anrique sebijik macam Aayyan, kemas teratur dan sopan. Banyak ciri-ciri Aayyan ada pada diri Anrique. Betullah orang cakap bagaimana acuan begitulah kuihnya.
"Mummy, tadi daddy makan nasi goreng cina ni jugak ke?" Anrique mengangkat wajahnya melihat Ayeena di hadapannya. Ayeena mengangguk bagi menjawab pertanyaan itu.
Anrique mengusap dagunya sambil berfikir. Ayeena tergelak melihat telatah anaknya itu. Gaya macam orang besar.
"Peliklah. Mummy tahu tak daddy paling tak suka nasi goreng cina ni. Dia cakap nasi goreng ni bodoh. Que pun tak tahu apa salah nasi ni dibodohkan. Nenda masak dulu pun daddy tak sentuh." Anrique sambung menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Nasi goreng ni bodoh?
"Bukan nasi goreng ni bodoh. Nasi goreng bodo maksud daddy tu nasi goreng ni kosong ataupun orang cakap simple." Ayeena menggeleng kepala sambil tergelak.
Anrique tersengih sambil kepalanya digaru.
"Mummy pakai cantik-cantik nak pergi mana?" Dari tadi Anrique perhatikan Ayeena yang bersiap cantik seperti hendak keluar.
"Mummy nak bawak Que pergi butik mummy. Lepastu jumpa kawan-kawan mummy. Nak?"
"Nak! Nak! Nak!"
"Kalau nak, lepas makan ni kita mandi okay?"
"Okay mummy!" Tersenyum lebar anaknya itu. Excited betul dapat keluar. Katanya daddy selalu sibuk dengan kerja. Tak sempat membawanya keluar. Sesekali dia keluar hanya bertemankan Uncle Riq yang busuk dan Uncle Mika yang tengik itu sahaja.
"Wah, besarnya butik mummy!"
Ayeena senyum melihat anaknya yang terpegun dengan tempat kerjanya. Dia berniat untuk singgah sebentar memandangkan stok baru masuk telah tiba.
"Rina, sini kejap!" Ayeena memanggil salah seorang stafnya.
"Ye puan. Ada apa-apa saya boleh bantu?" jawab perempuan yang memakai tag nama Rina itu.
"Ni ha tolong tengokkan anak saya. Saya nak pergi check stock baru tu."
Berkerut dahi Rina. Anak? Bila masa puan Ayeena beranak? Bukan baru kahwin ke? Ni dah besar pulak tu?
"Ni anak angkat suami saya. Tolong tengokkan dia kejap." Ayeena menyambung ayatnya apabila melihat muka hairan pekerjanya itu. Mungkin pelik bila masa dia beranak.
Rina mengangguk, "Baik puan!"
Ayeena tersenyum. Kemudian dia mencangkung sebelah Anrique.
"Sayang mummy duduk sini ya dengan kak Rina. Mummy nak buat kerja kejap." Ayeena mengelus lembut rambut anaknya itu.
"Alo mummy, Que tak boleh ikut mummy ke?" tercebik-cebik mulut kecil itu. Ayeena mengusap kedua pipi Anrique.
"Kejap ja sayang. Nanti dah habis mummy datang terus ke hati Que, okay?"
Terkekeh-kekeh anak kecil itu ketawa.
"Okay mummy, love you!" Que mencium kedua belah pipi Ayeena. Membuatkan Ayeena tersenyum bahagia.
"Ye sayang, mummy love you more." puncak hidung kecil Anrique dikucup sekilas.
Ayeena bingkas berdiri. Dia berlalu pergi dengan berat hati untuk melepaskan Anrique. Perasaan risau yang bertandang di hati ditolak tepi. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat keadaan anaknya.
Rina yang dari tadi melihat adengan dua beranak itu tersenyum. Tidak dapat dinafikan, boss besarnya itu memang ada sifat-sifat keibuan. Walaupun anak ini bukan dari rahimnya, tetapi tetap dianggap sebagai anaknya. Ditatang dan disayang.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro