𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
"Oi, adik hang pasaipa?" Dhariz mengerutkan dahi melihat adiknya mundar mandir di hadapan bilik. Ayeena mengangkat kepala menoleh ke arah Dhariz.
"Angah, malam ni adik tidur dengan angah boleh?"
Nak terjatuh rahang Dhariz. Mulutnya melopong luas.
"Agak-agak aa. Hang baru lepaih nikah kot. Pasaipa cari aku? Pi la cari laki hang." Dhariz menggeleng laju. Ayeena mengeluh.
"Adik takut."
Dhariz ketawa terbahak-bahak mendengarkan itu. Tiba-tiba, pintu bilik Ayeena dikuak perlahan. Tersembul seketul Aayyan yang hanya berlilitkan tuala putih di pinggang. Nampak choco bar!
Ayeena mengalihkan pandangan. Pehal aku blushing ni?
Aayyan menyandarkan tubuhnya di bingkai pintu. Tangan memeluk tubuh.
"Yan, hang buat apa sampai adik aku takut nak masuk bilik sendiri ni?" Dhariz menampar perlahan bahu Aayyan. Kening Aayyan bertaut rapat sebelum bibir melakar senyuman senget.
"Sibuklah kau, first night aku, suka hati aku lah!" Aayyan menjeling Dhariz. Dhariz mencebik.
"Eh, hang ni! Adik aku tu ha minta nak tidur dengan aku malam ni. Takut dekat hang katanya." Ayeena masih membisu. Segan melihat Aayyan seseksi itu.
Aayyan mendekati Ayeena. Lantas lengan Ayeena ditarik lembut masuk ke dalam bilik. Wajah Ayeena jangan cakap la. Dah macam udang bakar.
Dhariz masih tegak di hadapan pintu bilik. Sesekali kepalanya menjengah melihat bilik adiknya. Aayyan memandangnya pelik.
"Yang kau tercegat dekat sini buat apa?"
Dhariz tersengih tangan mengusap leher.
"Lembut-lembut tau. Jangan gelojoh. Adik aku tu kecik ja kang kena tindih dengan hang yang besaq gajah ni terpenyek dia." Dhariz mengangkat kaki pergi apabila Aayyan mendekatinya. Tachod kena tumbuk.
Pintu ditutup. Aayyan berjalan ke wardrobe untuk menyarung seluar pendek. Ayeena duduk mengeras di birai katil sambil membelakanginya. Aayyan mengeluh sebelum tubuhnya menghenyak katil di sebelah Ayeena.
"Tidur Sha! Aku takkan sentuh kau malam ni." Aayyan menutup matanya. Lengan sebelah kanan diangkat diletakkan di atas kepala.
Ayeena perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam comforter. Dia masih membelakangi Aayyan.
"Kalau tak nak jadi isteri derhaka, tidur menghadap aku sekarang!"
Pantas Ayeena baring menghadap Aayyan. Perlahan-lahan Aayyan juga baring menghadapnya. Matanya meliar melihat wajah Ayeena. Comel!
"Kau ada kutu ke? Tudung apesal tak buka?"
Ayeena menelan salivanya. Aayyan bangun dan duduk bersila. Ditariknya Ayeena duduk sekali. Perlahan-lahan tangannya membuka tudung si isteri. Getah rambut Ayeena dilepaskan.
Aayyan menelan air liur. Halkumnya bergerak turun naik beberapa kali. Rambut panjang Ayeena dimainnya dengan hujung jari. Dia mendekatkan jarak antara mereka.
Ayeena hanya membatu melihat tingkah laku Aayyan. Pipinya sudah pink-pink gitu.
Rambut di hujung jari di bawa dekat ke hidung. Dihidunya rambut Ayeena itu.
Oh God!
I like this smell!
Ayeena terkedu dengan perbuatan Aayyan itu secara spontan tangannya melekap pada dada tegap Aayyan yang tidak berbaju itu. Niat nak halang Aayyan tapi pehal rasa lain masyiam ni?
Dapat dirasakan deruan nafas Aayyan kini di lehernya. Tangan Ayeena di dada kiri Aayyan dapat merasakan jantung Aayyan yang sedang berdegup laju.
Aayyan mengucup lembut leher Ayeena sambil menghidu. Ayeena mengeliat kegelian. Sesekali Aayyan mengigit lembut. Amboi, bapak rimau ni.
Bibir Aayyan mengubah arah ke telinga Ayeena, "Aku tarik balik kata-kata aku tadi!"
"Abang, er Sha period!" Itu sahaja alasan Ayeena untuk melarikan diri daripada Aayyan. Tachod kena baham.
Aayyan mengangkat wajahnya memandang Ayeena tajam. Dia menolak tubuh genit Ayeena sehingga terbaring. Dia naik menindih Ayeena.
"Aku tak suka orang tipu aku!" Dia tahu Ayeena menipunya. Dah terang-terang mereka solat berjemaah bersama tadi. Period celah mana pulak?
Ayeena menilik lehernya di hadapan cermin. Aduh, pedihnya!
Aayyan yang hanya bertuala baru sahaja keluar dari bilik air, memandang Ayeena yang berdiri di hadapan meja solek. Kaki diatur mendekati Ayeena. Pinggang Ayeena dirangkul kemas sebelum menyembamkan mukanya pada leher jinjang Ayeena. Tubuh Ayeena mengeras.
"What's wrong hm?" gumam Aayyan.
"Everything is wrong, abang! Nampak tak leher Sha ni abang buat apa?" Ayeena meleraikan rangkulan pada pinggangnya. Dia mula bercekak pinggang memandang Aayyan.
"Tch! Bising aaa kau ni! Pagi-pagi lagi dah bebel!" Aayyan menuju ke wardrobe untuk memakai baju.
Ayeena mendengus geram. Ish, mamat ni! Yang dia gigit-gigit tu aku tau. Sesedap abc cekodok basi ja dia. Dia ni vampire ka dracula? Abih tengkok (leher) aku! Anak ayam betul laaa!
Nasib baik dia boleh tutup kesan ni dengan tudung, kalau tak memang dibahan cukup-cukup dengan ahli keluarga lain. Ayeena menyarungkan tudung ke kepalanya. Setelah siap berpakaian, Aayyan kembali mendekati Ayeena.
"Jom turun makan aku lapar." Aayyan menarik lengan Ayeena sebelum mencapai jari jemari Ayeena. Disulam dengan jarinya. Alahai, keciknya tangan bini aku.
Langkah disusun menuju ke bawah. Sebaik sahaja tiba di ruang makan, mereka disapa dengan semua ahli keluarga Encik Azeem dan Tuan Aydan yang lain.
"Ha, bangun pun pengantin kita! Duduk Yan makan sekali." ujar Encik Azeem.
Aayyan mengangguk.
Aayyan melepaskan pegangan tangan mereka. Dia menarik satu kerusi untuk Ayeena. Ayeena tersenyum sebelum melabuhkan punggungnya.
"Waduh, waduh, pengantin baru! Turun pegang tangan, kerusi ditarikkan!" Dhariz mula membuka kata setelah dari tadi dia memerhatikan dua pasangan di hadapannya ini. Ayeena menjeling tajam.
Ayeena mencedokkan nasi ke dalam pinggan Aayyan sebelum beralih ke pinggannya. Air juga dituangkan ke dalam cawan Aayyan terlebih dahulu. Huwargh, isteri mithali.
Aayyan hanya merenung wajah Ayeena yang sedang giat melayannya.
Baru sesudu nasi, Dhariz bertanya, "Dik, semalam macam mana? Orite tak orite? Aayyan mesti ganas kan?"
Terbatuk-batuk Ayeena. Aayyan menyua cawan berisi air kepada Ayeena sambil menepuk-nepuk perlahan belakang Ayeena.
"Umi tengok angah ni!" Ayeena mencebik. Puan Diana ketawa kecil.
"Eleh, hang dah kahwin pun nak manja dengan umi lagi." Dhariz menjuih bibirnya.
"Buruknya muka kau!" Aayyan ketawa kecil melihat muka cemberut Dhariz. Dhariz mencapai roti di dalam pinggan. Baru sahaja nak dibalingnya ke arah Aayyan, telinganya dipulas.
"Sapa (siapa) ajaq (ajar) hang baling makanan hah?"
"Sakit opah sakit. Riz nak makan la tengok ni." Dhariz menyumbat roti ke dalam mulutnya. Puan Ruziah melepaskan telinga cucunya itu. Kerusi di sebelah Dhariz ditarik dan dijatuhkan punggungnya.
"Eh, opah ni rumah sendiri ada, mai (datang) makan kat rumah orang!" selamba Dhariz. Puan Ruziah menyiku perut Dhariz sepintas. Aduh, ganasnya opah!
Aayyan dan Ayeena turut merasa ngilunya, muka turut berkerut seperti mereka yang kena.
Dhariz mengusap perutnya.
"Suka hati aku lah ni rumah anak aku. Yang hang selalu mai rumah aku, ada aku halau?"
Dhariz tersengih malu lalu menggeleng perlahan.
"Nah Yeen, opah bawak untuk hang!" Puan Ruziah meletakkan sepinggan karipap panas di hadapan Aayyan. Ayeena tersenyum lebar.
"Abang."
Aayyan beralih melihat Ayeena.
"Sha nanak tu!" Ayeena menghalakan jari telunjuknya ke arah karipap panas di hadapan Aayyan. Aayyan mengambil pinggan itu dan diletakkan di hadapan Ayeena.
"Slow-slow panas tu." pesan Aayyan.
Ayeena mengangguk lalu pantas mengambil sebiji karipap. Ditiupnya beberapa kali sebelum memasukkan ke dalam mulutnya. Sesekali bibir mengukirkan senyum. Sedap!
Aayyan melihat gelagat Ayeena itu tersenyum. Spontan jarinya mengesat hujung bibir Ayeena yang comot lalu dijilat jari itu.
Ayeena terkedu. Minta-minta orang tak nampak.
"Eh, Yeen! I perasan la! I nampak! Hehe." Terasa bagai dihempap batu apabila Aariq dihujung meja menegur begitu.
Dia ni ahli nujum ka pa? Semua dalam otak aku dia tau.
Ayeena mula menunduk malu. Tambah-tambah Aariq nampak perlakuan Aayyan sebentar tadi. Siap pakej menegur lagi. Disambut pula gelak tawa semua di situ. Rasa nak menggelongsor masuk bawah meja saja sekarang ni.
Aayyan hanya menayangkan riak wajah tenang.
"Petang ni Aayyan nak balik KL dengan Sha." Aayyan mengubah topik kasihankan bini yang dah nampak gaya macam nak menyorok bawah meja itu.
Ayeena menoleh ke arah Aayyan. Cepatnya nak balik.
"Babah dengan umi tak kisah pun. Yan jaga Yeen elok-elok ya!"
Aayyan mengangguk sambil tersenyum.
"Yan, aku dengan Mika ikut kau eh?" Aariq memngerdipkan matanya.
"Riq dah kenapa nak kacau Aayyan dengan Ayeena pulak?" tegas Tengku Dayang.
"Mana ada kacau, bonda. Riq nak kemas barang-barang Riq dekat rumah Yan tu ha. Kan dah ada kakak ipar baru. Tak boleh la Riq tidur sana lagi dah kan?"
Tengku Dayang mengangguk setuju.
"Ha angkut semua barang kau blah dari rumah aku."
Aariq menjeling Aayyan.
Ayeena hanya diam tidak faham apa-apa. Rumah apa pun dia tidak tahu.
"Yan, ingat pesan ayah dengan bonda, kalau ada masalah bincang elok-elok jangan buat keputusan terburu-buru. Jaga Ayeena elok-elok." pesan Tuan Aydan.
"Baik Ayah."
"Yeen pun sama. Jadi isteri solehah untuk Aayyan. Bangun awai sikit dah jadi bini orang ni. Makan minum pakai suami Yeen kena jaga. Drama korea tu tinggai dulu. Suami diutamakan." pesan Puan Diana sebelum menghirup teh suam.
Ayeena tersengih sambil mengaru leher perlahan.
"Baik umi."
"Yeen, kalau panas baran Aayyan tu datang, you goda je dia! Kompom hilang baran tu." seloroh Aariq dengan mulut penuh dengan nasi goreng. Ya ampun, tak senonoh ini anak!
"Bongok la bangchik ni!" Dalia menepuk bahu Aariq.
"Kak Yeen jangan layan bangchik ni anak syurga." Dalia senyum memandang wajah kakak iparnya itu.
"Dasar anak pungut." Aariq menunjal kepala Dalia.
"Aariq Derish, stop it!" tegas Tuan Aydan. Auto senyap si Aariq. Tahu pun takut.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro