Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25

Aayyan menilik tubuhnya di hadapan cermin. Songkok hitam di kepala dibetulkan. Nafas dilepas berat. Betul ke apa yang aku buat ni?

Sedang Aayyan bersiap, pintu bilik ditolak kasar. Tersentak Aayyan dibuatnya. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu.

Gulp!

Muka bengis milik Dhariz menyapa. Dhariz membuka langkah mendekati Aayyan.

"Riz, kau-"

"APA MOTIF HANG?! KENAPA TETIBA NAK KAHWIN DENGAN ADIK AKU? AKU DAH CAKAP KAN, JANGAN DEKAT DENGAN ADIK AKU!!!!!" pintas Dhariz. Dadanya turun naik menahan marah. Muka merah. Seram titew!

Lidah Aayyan kelu. Leher diusap perlahan. Nak cakap macam mana ni?

Melihat Aayyan membisu, Dhariz semakin berang. Tanya tak jawab pulak jebon ni.

Baru sahaja dia ingin mencengkam kolar baju melayu Aayyan, tangannya ditahan oleh Aathif.

"Riz, enough! Kita bincang elok-elok." lembut Aathif memujuk Dhariz.

Dhariz menurunkan tangannya, kaki diayun melangkah ke arah birai katil bilik itu. Punggung dihempas ke atas katil. Dia meraup kasar rambutnya.

Member dah la baru balik, tahu-tahu pengantin lelaki ditukar. Dah la yang ganti Henry tu Aayyan. Mahu tak angin member ni.

Aayyan turut mengikuti Dhariz. Dia duduk di sebelah Dhariz.

"Yan, ada apa bising-bising ni? Dah siap ka belum?" Dhani muncul di muka pintu bilik.

Melihat adiknya, Dhariz sedang menunduk di birai katil, terus kakinya mendekati adiknya. Bahu Dhariz ditepuk perlahan.

"Angah, dah la tu benda dah lepas. Kira okay ada Aayyan sanggup selamatkan maruah keluarga kita. Mungkin jodoh adik dengan Aayyan. Nak buat macam mana kan? Kita sebagai abang patut doa yang baik-baik. Kita kena bagi semangat kat adik. Hari ni hari bahagia dia, takkan nak bagi dia tengok muka tenuk hang laguni."

Aayyan di sebelah hanya mendiamkan diri. Dhariz mengangkat wajahnya lalu menoleh ke sebelah. Mata hitamnya menikam tepat pada mata green greyish Aayyan. Aayyan hanya tersengih sebelum mengalihkan pandangan.

"Yan."

Aayyan menoleh apabila namanya diseru. Kening dijongketkan sedikit.

"Aku bagi peluang dekat hang kali ni. Kalau hang sia-siakan adik aku, aku takkan lepaskan hang!" Dhariz mencerlung tajam. Laju Aayyan menganggukkan kepala.

"Sini!" Dhariz mendepakan kedua belah tangannya. Aayyan yang masih terpinga-pinga itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Lembab aa hang ni Yan!"

Dhani dan Aathif tersenyum melihat adik mereka sudah mula berbaik.

"Riz, kuat sangat kau peluk aku ni anjir!" Aayyan sudah lemas dalam pelukan Dhariz.

"Diam la tapir, aku rindu hang tau dak? Hang buat perangai babi lagi aku peluk hang sampai mati!" Dhariz mengeratkan lagi pelukannya.

"Weh, kedutlah baju aku doh! Nak ambik gambar macam mana baju kedut nanti!" Aayyan masih bergelut dalam pelukan itu.

"Fuyooooo! Yan kau tak sabar nak peluk Ayeena, kau peluk abang dia dulu eh?" tutur Aariq yang sejak bila dari mana entah tiba-tiba sudah bersandar di pintu.

Aayyan dan Dhariz menjeling Aariq serentak sebelum meleraikan pelukan.

"Sabar Yan! Japgi peluk Ayeena puas-puas. Best la kau kan bantal peluk baru. Sedap pulak tu." Aariq masih lagi mengusik Aayyan. Dhariz tergelak kecil mendengar itu.

"Hello, cik abang-abang semua! Majlis nak mula dah! Tak reti nak keluaq bilik ka? Yan, cepat sikit. Kang aku yang jadi pengantin laki karang!" ujar Hakeem yang baru muncul. Tangan dicekak ke pinggang.

"Eh, jom keluar. Tak kahwin aku karang." Aayyan mendahului mereka semua. Yang lain hanya mengikuti langkahnnya.

Tarik nafas, hembus!

Dhariz yang duduk di samping Aayyan melihat gelagat Aayyan yang dari tadi tak senang duduk, tergelak kecil. Bahu Aayyan ditepuk perlahan bagi menyalurkan semangat. Aayyan tersentak apabila bahunya ditepuk. Dilihatnya Dhariz sedang senyum ke arahnya.

Tiba-tiba suasana ruang tamu banglo Encik Azeem bertukar riuh. Rasanya pengantin perempuan sudah turun. Makin berombak kencang dada Aayyan.

"Bapak laaa cantik siaa. Adik aku tu!" Dhariz menepuk tangan gembira, teruja melihat adiknya. Aariq di sebelah kanannya turut melopong memandang ke arah pengantin perempuan.

"Yan, kalau kau nak cancel bagitahu, sekarang juga aku sanggup jadi kambing hitam ke kambing pink ke! Cantik beb Ayeena hari ni!" Aariq mendekatkan mulut ke telinga Aayyan untuk membisik.

"Oh god! Kenapalah dulu umi susukan aku? Tidak aku boleh ganti tempat Henry sekarang ni! Boleh tak aku ganti balik susu umi dulu?" Hakeem mengeluh sambil mata masih tertancap pada Ayeena, mengundang tawa orang di sekelilingnya.

Dhani meluku kepala Hakeem, "Bodoh!"

Hakeem tersengih. Hehe!

Mikael melihat muka gelabah Aayyan mula bersuara, "Bro, tak nak pandang sikit ke? Mana tau bertambah semangat!"

Aayyan terus menoleh ke arah pelamin yang diduduki Ayeena.

Zap!

Mata mereka bersabung.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Sudah lama jantungnya tidak berentak seperti ini apabila melihat perempuan. Hanya Ayeena satu-satunya mampu membuat jantungnya berentak begini.

Ayeena mengenggam kedua tangannya. Diremas lembut. Gementar.

Saat matanya bertemu mata Aayyan, jantungnya seakan berhenti. Pandangan tu. Dia rindu dengan pandangan itu. Pandangan lembut daripada Tuan Aayyan Danish.

"Ehem, pengantin lelaki oi! Dah boleh mula kot. Dok tenung pengantin pompuan lagu nak terkam tu pasaipa? Sabaq sat malam ni boleh terkam." teguran tok kadi di hadapan Aayyan mengundang tawa para tetamu hari ini.

Aayyan menundukkan kepala. Ala, malu!

"Member tak sabaq tok! Lekaih proceed!" Dhariz menghamburkan tawanya. Eh, suka pulak dia.

Tok kadi itu mengangguk. Tangan dihulurkan kepada Aayyan. Lambat-lambat Aayyan menyambut tangan tua itu.

"Hush, sejuknya tangan menantu hang ni Zeem! Takut betul ni."

Aariq dan Mikael menekup mulut menahan tawa. Tangan ligat merakam aksi Aayyan yang malu-malu. Pipi berbahang ditegur tok kadi.

"Okey, kita mulakan nah? Hang sedia dak?"

Laju Aayyan mengangguk tanpa ragu-ragu.

"Wau, laju angguk. Tak sabaq sangat ni."

Dhariz mengurut bahu Aayyan memberi semangat.

"Tuan Aayyan Danish, aku nikahkan dikau dengan Ayeena Danisha binti Azeem Shah dengan mas kahwinnya berjumlah RM1000 tunai besertakan senaskah Al-Quran."

Aayyan memejamkan mata seketika dan menghembus nafas sebelum melafazkan akad.

"Aku terima nikahnya Azeem Shah binti Ayeena Danisha-"

"Eh, bukan bukan! Hang melalut apa ni?" Gelabah tok kadi dibuatnya. Tok kadi menepuk dahi.

Dhariz, Aariq, Mikael, Hakeem sudah galak menghamburkan tawa. Aayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ayeena menekup mulut menyimpan tawa. Elmira di sebelah Ayeena sudah menghamburkan tawa.

"Bongoklah bakal suami hang ni HAHAHAHAH."

Ayeena menjelingnya. Ewah, sedap dia bonggokkan laki aku.

"Okay, kita mula semula, hang jangan dok buat lagu tadi! Nak kahwin dengan bapak dia pulak." Tok Kadi menasihati Aayyan. Aayyan tersengih malu.

"Tuan Aayyan Danish, aku nikahkan dikau dengan Ayeena Danisha binti Azeem Shah dengan mas kahwinnya berjumlah RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Ayeena Danisha binti Azeem Shah dengan mas kahwinnya berjumlah RM1000 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Semua menadah tangan mengaminkan doa.

Aayyan menyapu mukanya. Fuh, settle!

Usai menunaikan solat sunat bersama, tiba upacara pembatalan air wudhuk.

Aayyan dan Ayeena melabuhkan punggung di atas pelamin. Tengku Dayang menyua sekotak cincin kepada Aayyan. Aayyan mencapainya. Dia memegang tangan Ayeena diangkat dan disarungkan cincin pada jari manis Ayeena.

Saat kulit mereka bersentuhan, Ayeena seperti terkena renjatan elektrik. Lelaki itu lekaki pertama selain keluarganya yang menyentuhnya. Ayeena melihat perbuatan Aayyan tanpa berkelip mata.

"Adik cium tangan suami tu." Puan Diana menepuk perlahan belakang anak gadisnya itu. Ayeena tersentak lalu diciumnya tangan Aayyan.

Sewaktu bibir Ayeena mendarat di tangan Aayyan, tubuh Aayyan mengeras. Jantung berdegup pantas. Namun reaksinya dikawal. Tangan sebelah lagi dibawa ke kepala Ayeena. Dibaca sepotong doa sebelum mencium lembut dahi Ayeena.

Tubuh Ayeena terkaku apabila bibir Aayyan singgah di dahinya. Pipi mula berona merah. Selesai itu, Aayyan menarik tubuh genit Ayeena merapat ke arahnya. Dipeluk bahu Ayeena erat.

Dia menunduk sedikit lalu membisik kepada Ayeena, "Welcome to my hell, baby!"

Gulp!

Ayeena menelan air liurnya rasa berpasir. Ditenung muka Aayyan disebelahnya, riak mukanya tenang.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro