𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
"WHAT?!!"
Bergema suara Ayeena dalam rumah banglo milik Encik Azeem. Tidak dapat dikawalnya.
Susah untuk diterimanya. Awal pagi dia diminta untuk pulang ke kampung. Puan Diana kata ada benda yang nak dibincangkan. Dia pun musykil tiba-tiba ada benda nak bincang.
Sepatutnya dia beransur pulang ke kampung petang ini, disebabkan ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan, dia terpaksa pulang pagi ini.
Begitu banyak kejutan yang diterimanya setelah tiba di kampung. Yang pertama, rumahnya ditandang oleh keluarga Tuan Aydan dan juga keluarga bakal mertuanya.
Yang kedua, mereka ingin menukar pengantin lelaki. Henry ingin mengundurkan diri.
Yang ketiga, pengantin yang bakal menggantikan Henry itu adalah Tuan Aayyan Danish. Sumpah cannot brain!
Yang keempat, Aayyan berkeras menolak cadangan itu. Ikutkan hati Ayeena pun dia tak hingin.
Ok, ini dikira pelamin anganku musnah! Persoalannya, di mana Henry sekarang ni?
Dari awal perbincangan, kelibat Henry tidak muncul-muncul. Kenapa Henry tegar melakukan begini?
Ayeena mengurut pelipis dahinya. Apa yang akan jadi kepada maruah keluarganya nanti? Majlis bakal berlangsung esok. Pengantin pula dah lari entah ke mana tanpa penjelasan.
Kata mommy Henry, Henry belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami. Habis tu selama ni kenapa dia cakap dia tak sabar?
Sungguh Ayeena buntu.
Ya Allah, maruah keluarga aku akan tercalar sekali lagi! Kenapa berat sekali ujianmu?
"No, Aayyan takkan kahwin dengan dia!" Aayyan membangkang cadangan ayahnya, Tuan Aydan.
"Kita kena tolong selamatkan maruah keluarga Uncle Azeem. Yan tolong dengar cakap ayah kali ni sahaja ayah merayu dengan Aayyan!" sayu suara Tuan Aydan memujuk Aayyan.
"Tapi kenapa Aayyan? Henry mana? Kenapa Aayyan kena jadi kambing hitam." sungguh Aayyan juga keliru tetiba kena jadi pak sanggup bagi menjaga air muka orang lain.
Patutlah bonda beria ajak aku datang sini, kelentong katanya nak melawat kawan lama la apa la, rupanya nak minta jadi kambing hitam. Tch!
Aayyan memandang tajam ke arah Ayeena yang menunduk. Dilihatnya air mata gadis itu mula membasahi pipi.
Dia meraup kasar rambutnya. Arghhh stress!
"Kalau kau tak nak kahwin dengan Ayeena, biar aku je la kahwin dengan dia!" selamba Aariq di sebelah Aayyan bersuara. Dia sengaja memprovok Aayyan.
Ya, dia seorang je tahu, Aayyan masih menyimpan perasaan kepada Ayeena. Lepas kejadian bersua dengan Ayeena di majlis hari jadi anak-anak Aathif, Aayyan meluahkan kepada Aariq tentang perasaan cemburunya melihat kemesraan Henry dan Ayeena.
Biasalah Aayyan dengan Ego mana mungkin berpisah.
Aayyan beralih memandang muka Aariq. Ada yang makan penumbuk ni kang.
"Takpa la kalau Aayyan tak sudi dengan anak uncle. Uncle faham. Maafkan uncle menyusahkan Aayyan." Encik Azeem mengukir senyuman nipis.
"Bonda okay je kalau Aariq yang nak gantikan tempat Henry!" Aariq tersengih mendengar ujaran Tengku Dayang. Thumbs up diangkat.
Pantas Aayyan membantah, "No, bagi Aayyan bincang dengan Sha dulu!"
Semua di situ terkesima. Nampak macam ada harapan ni.
Encik Azeem dan Puan Diana mengangguk setuju. Aayyan meminta diri untuk keluar sebelum membuka langkah ke luar rumah menuju ke gazebo. Ayeena membontotinya.
Tanpa isyarat apa-apa, Aayyan menghentikan langkahnya secara tiba-tiba. Ayeena di belakangnya tidak sempat brek.
Yes, dah selamat cium belakang badan Aayyan! Ayeena menunduk malu. Pasaipa dia brek mengejut ni? Kan dah tercium.
Aayyan menyembunyikan senyum. Dia berdehem sebelum memusingkan badan mengadap Ayeena sepenuhnya.
"Kau nak kahwin dengan aku tak?" Aayyan memandang tepat ke arah Ayeena.
"Ermm macam mana nak cakap eh." Ayeena menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aayyan menggeleng perlahan. Ish, budak ni nak cakap nak, taknak cakap la taknak!
"NAK KE TAK NAK?" jerkah Aayyan membuatkan bahu Ayeena terhinjut sedikit.
"K-kalau ikutkan hati memang tak nak! Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, nak ja la!" ujar Ayeena perlahan. Hujung bajunya dipintal.
"Sekali lagi aku tanya nak kahwin dengan aku ke tak?" Aayyan mengulang soalannya lagi. Eh, mamat ni ada yang makan nasi lauk kaki masak lemak karang.
"Ish, ya laa nak. Haa nak kawin. Jom kawin!" Ayeena dah naik geram dengan Aayyan. Dijelingnya Aayyan sekilas. Aayyan senyum senget.
"Okay, so perbincangan kita stop dekat sini. Kita kahwin. Muktamad. Titik. Fullstop. Kalau kau cuba-cuba nak lari siap kau!" Aayyan menyeluk kedua tangan ke dalam poket.
"Eleh, entah-entah dia yang lari." rungut Ayeena perlahan.
"Aku dengar tu! Lain kali cakap dalam hati." Aayyan meninggalkan Ayeena di situ. Dia bergerak masuk ke dalam rumah.
Ayeena mendecit geram, "Memang aku nak hang dengaq pon!"
"Ayeena."
"Hmm."
"Andai suatu hari nanti saya pergi, saya nak awak kuat eh!"
"Apa maksud awak ni? Awak jangan merepek boleh tak?"
"Saya serius ni. Mana tahu kita tak sempat kahwin."
"Henry, stop it! Saya tak suka la awak cakap laguni."
"Kita tak tahu apa akan jadi kan? Macam-macam boleh jadi. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan!"
"Awak dengar tak ni, Ayeena?"
"Ha dengar la ni."
"Good! Andai kata saya bukan jodoh awak, awak carilah lelaki yang terbaik, lebih baik daripada saya. Jaga dia. Sayangkan dia. Cintakan dia. Walau apa pun jadi, hormat dia sebagai suami awak. And paling penting lupakan saya."
"Mustahil untuk saya lupakan awak, Henry."
"Awak kena cuba sayang! Kesian suami awak nanti isteri dia cintakan lelaki lain."
"Awak tak nak kahwin dengan saya ka hah? Asyik merepek dari tadi ni pasaipa?"
"Eh, mestilah nak! Gila tak nak kahwin!"
Air mata jatuh membasahi pipi gebu Ayeena. Perbualannya seminggu lalu dengan Henry bermain di fikiran. Kali terakhir melihat Henry seminggu lepas sebelum Henry berangkat ke France. Patutlah tak contact seminggu, ingatkan sebab adat, rupanya nak lari tak nak kahwin. Ish, something wrong somewhere!
Lamunan Ayeena terhenti apabila disergah satu suara garau. Laju tangan mengesat air mata.
"Ehem, bakal kakak iparku!" Aariq mengambil tempat di sebelah Ayeena.
Kebetulan dia dari rumah opah Ayeena ingin mengambil angin malam, ternampak seketul Ayeena keseorangan di gazebo. Malam ini dia sekeluarga tidur di rumah Puan Ruziah, untuk majlis esok rasa macam ada vibe rombongan pengantin sikit.
Dia perasan Ayeena banyak diam selepas perbincangan siang tadi sehinggalah majlis berinai sebentar tadi. Mungkin masih tidak dapat terima kenyataan lagi. Mungkin juga masih terkejut.
"Er Aariq, you belum tidur lagi?" Ayeena melarikan pandangan ke arah lain. Takut Aariq perasan akan matanya yang merah akibat nangis sebentar tadi.
"Tak payah malu. I nampak you nangis dari tadi lagi."
"Kuat kan jodoh you dengan Aayyan. I pun tak sangka masih ada peluang untuk korang bersama." Aariq tersenyum tenang.
"Aariq."
Aariq menoleh kepala memandang Ayeena.
"Mayra tahu tak pasal ni?"
Aariq mengerutkan keningnya, "Mayra tu sape eh?"
"Oh, Ariana Humayra hehe I panggil dia Mayra."
"Kenapa dengan perempuan miang tu?"
Ternaik kening Ayeena.
"You tak tau ka? Aayyan tu boyfriend dia."
Makin berkerut muka Aariq.
"Eh, bila masa pulak? Aayyan tu bercinta pun tak reti."
"Tapi-" baru sahaja Ayeena ingin berkata, Aariq memintas.
"You know what, Aayyan still love you! I tak tipu you, Yeen! Hati dia ada you sorang je. I can tell from his eyes, cara dia pandang you. He miss you a lot. But his ego denied it."
Terkedu Ayeena. Aayyan still sayang aku? Aku mimpi ka ni?
"You pun tak payah tipu I. I know both of you still love each other. Still need each other. Your eyes couldn't lie me."
Ayeena pantas menggeleng, "I love Henry, only him!"
Aariq ketawa kecil. Lah pehal gila?
"You such a cute liar, you tahu tak you manusia yang paling tak pandai menipu! Trust me you masih cintakan Aayyan, I berani potong kuku."
Ayeena mencebik, "Setakat potong kuku, I pun boleh! Cuba la potong kaki ka telinga ka."
Aariq ketawa suka, "Buatnya you dah takde hati dekat Aayyan, I juga yang cacat!"
Ayeena turut ikut ketawa.
"Ehemmm!!"
Tawa mereka terbantut. Mereka toleh ke arah pemilik suara deheman sebentar tadi. Air liur ditelan kesat.
"Sha, masuk tidur! Esok kita busy." Aayyan berpeluk tubuh memandang ke arah dua ketul manusia itu. Ayeena memandang Aariq. Aariq mengangguk perlahan.
Ayeena bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Sempat dia titipkan pesanan, "Good night abang! Jumpa esok."
Aayyan hanya membalas anggukkan kecil. Setelah memastikan Ayeena telah masuk ke rumah, terus kakinya menapak mendekati Aariq.
Bahu Aariq ditepuknya perlahan, "Kau bual apa dengan Sha?"
Aariq tersenyum sungging. Aayyan is being jelly-jelly ehek!
"Aku cakap kau tak nak kahwin dengan dia, so aku je la jadi pengantin esok!"
Membulat mata Aayyan, "Kau merepek apa ni?!"
Pecah tawa Aariq melihat reaksi Aayyan.
"Aku gurau la. Aku cuma tanya dia sama ada dia masih sayangkan kau ke tidak?" Aariq cuba memancing minat Aayyan. Ini adalah cara untuk lihat Aayyan masih nak pertahankan ego atau tak.
"Dia jawab apa?"
"Eh, berminat nak tahu nampak? Curious ke tu bang?" Aariq mencuit pinggang Aayyan. Aayyan menjelingnya.
"Aku tanya dia jawab apa?" suara Aayyan mendatar.
Aariq mengusap dagunya. Kalau aku bagitahu yang Ayeena mengaku dia love Henry tadi, agak-agak mamat ni bunuh diri tak?
"Dia tak jawab. Tapi aku yakin dia masih cintakan kau!"
Ayeena masih cintakan aku? Betul ke ni? Tapi kenapa dia bertunang dengan Henry?
"Ye ye je kau ni!"
Aariq mencebik, "Lantak kau lah. Esok first night kau tanya la sendiri. Tak perlu pakai mulut takpa."
Aariq menjongket kening beberapa kali.
"Abis tu pakai apa bodol?"
"Kau tak payah nak inesen sangat! First night tu kau terkam la dia kalau dia rela tu faham-faham aa kau! Takkan aku nak kena demo dulu kot. Aku okay je. Esok aku tunjuk demo dengan Yeen kau relax layan je kat tepi ocey tak ocey?"
"Bab* kau, Riq! Gila apa aku nak bagi kau main dengan bini aku?!"
Pecah tawa Aariq melihat wajah Aayyan kian berubah merah menahan marah.
"Aku gurau je la si*l. Gila ke apa aku nak try bini kau?! Kalau kau tak tumbuk aku pun, rasanya Yeen dah tendang aku sampai mandul!"
Aayyan melepaskan tawa. Dia pun tak pasti kenapa dia tiba-tiba rasa cemburu tak menentu. Kepala digelengkan.
"Bro, tadi kan, Ayeena ada tanya aku."
Aayyan terus mengalihkan pandangan kepada Aariq. Dibiarkan Aariq meneruskan ayatnya.
"Dia tanya aku, Ariana tahu tak pasal korang nak kahwin ni? Kau bagitahu apa dekat dia si*l? Dia cakap Ariana gilfriend kau."
Aayyan mengeluh perlahan, "Ariana memang girlfriend aku pun."
Terbuntang mata Aariq. Aku salah dengar kan?
"Aku tak tahu la kalau Ariana tahu ni macam mana. Aku tak bagitahu dia lagi. Aku keliru, Riq! Aku tak tahu hati aku milik siapa. Aku ada ajak Ariana kahwin."
"Kau gila ke anjink? Habis tu Ayeena kau nak campak mana bangang? Kau ingat semua perempuan suka bermadu ke?" Aariq menepuk dahi. Bodoh lahai abang aku ni!
"Mana la aku tahu aku kena kahwin dengan Sha. Kalau aku tahu, aku tak ajak Ariana kahwin. Gila apa diorang sepupu kot. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak kecewakan Ariana. Dah 2 tahun dia tunggu aku. Setia dengan aku."
"Ye ye je tu setia. Dulu dengan Dhariz pun dia curang. Jap cakap pasal Dhariz. Dia tahu tak kau nak kahwin dengan adik dia ni? Tak marah ke jantan keparat tu?"
"Esok pagi baru dia balik. Sebelum majlis. Nak tak nak dia kena terima la nak buat macam mana."
"Aayyan, kau sayang Ayeena lagi?"
"Kau tahu jawapan dia Riq! Aku sayang dia tapi aku masih tak dapat maafkan apa yang dia buat dulu."
"Kalau terbukti dulu tu dia tak bersalah macam mana? Kau maafkan tak?"
"Mestilah aku maafkan dia kalau dia tak salah."
Aariq mengangguk. So, sekarang Ayeena perlu buktikan benda tu dekat Aayyan!
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro