Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23

Ayeena meramas jari jemari di atas pehanya. Tubir mata mula berair. Mata tidak berkelip memandang ke arah pasangan itu.

Pasangan itu kelihatan sungguh bahagia bersama baju sedondon berwarna hitam. Bergelak sakan seolah hanya ada mereka berdua.

Ayeena cuba mengumpul kekuatan bagi menghadapi semua ini. Kenapa aku lemah bila berdepan dengan dia? Aku ada Henry, aku kena move on!

Berkali-kali Ayeena mengingatkan dirinya akan hal itu. Namun, entah mengapa hatinya terlalu rapuh.

Henry yang sedar akan tingkah laku Ayeena seperti tidak senang duduk itu menapak mendekati tunangnya itu. Dapat dia lihat melalui pandangan mata Ayeena, bahawa Ayeena masih berharap pada Aayyan.

Turut dilihat daripada raut wajah Aayyan, tidak dapat dinafikan mereka berdua masih berkongsi rasa yang sama. Cuma dihalangi ego.

Of course Henry terasa. Dia cemburu. Tetapi teringatkan dia adalah tunang Ayeena rasanya dialah pemenangnya. Aayyan kalah dengannya.

Sorry, bro! She's mine!

Henry berdehem sebelum melabuhkan punggung di sebelah Ayeena. Matanya tertarik untuk melihat ke arah yang dipandang Ayeena sejak dari tadi.

Gotcha! I knew it!

Ayeena sedang memandang ke arah Aayyan dan Ariana yang berada betul-betul di meja hadapan mereka. Kelihatan mesra.

"Babygirl, are you okay hm?" Henry sengaja menekan pada perkataan 'babygirl' supaya Aayyan mendengarkan itu.

Ya, emang dengar sih! Aayyan mengetap rahangnya. Lantas dia bangun dari kerusinya.

"Awak nak pergi mana ni?" Suara Ariana sengaja dilenggokkan.

"Jom berbual dengan sepupu saya sekejap." Aayyan senyum senget sambil mata tajam menikam bola mata Ayeena. Dia berjalan seiring dengan Ariana mendekati meja Ayeena dan Henry. Kerusi di sebelah Henry ditarik dan diduduknya.

Henry tersenyum senget. Aku dah agak kau mesti cemburu, Yan.

"Bro, tak nak kenalkan ke siapa ehem ehem tu?" Henry sengaja menyimbah minyak ke dalam api.

Aayyan tersenyum namun matanya pada Ayeena, "Ni Ariana Humayra, girlfriend aku!"

Sengaja ditekankan perkataan 'girlfriend'. Ayeena membuangkan pandangan ke arah lain.

Henry yang perasan akan riak wajah Ayeena yang berubah kini mengerti mungkin dia dapat Ayeena tetapi bukan hati Ayeena. Okay Aayyan, kau menang.

"Oh, girlfriend kau. Hi, saya Henry sepupu Aayyan." Ramah Henry kepada Ariana. Senyuman lebar dihadiahkan.

Ariana membalas senyuman manis kepada Henry, "Hi, saya Ariana sepupu Ayeena."

Ternaik kening Henry. Hah, sudah drama cinta apa pulak ni main pusing sepupu sepapat ni.

Henry mengalihkan pandangan ke arah Ayeena di sebelahnya. Ayeena hanya tersenyum kecil.

"Ya, Ariana Humayra ni cousin saya, awak."

Henry mengangguk faham lantas tersenyum nipis.

"Sayang nak makan apa? Biar saya ambilkan." Henry menongkat dagu dengan sebelah tangannya sambil memandang Ayeena.

"Kita pergi sama-sama nak?" Ayeena mengajak Henry. Sebenarnya dia tidak selesa dengan cara pandangan Aayyan ketika ini. Macam nak telan orang.

Henry senyum sambil mengangguk, "Okay bro, aku dengan chenta hati aku nak pergi ambil makanan dulu cau!"

Henry dan Ayeena bergerak seiring ke khemah makanan. Aayyan menahan amarah di dalam hati. Matanya masih tajam menikam ke arah pasangan sejoli yang sedang mengambil makanan itu.

Ariana di sebelahnya diabakan. Matanya seinci pun tidak lari daripada memandang pasangan itu.

"Awak, saya lapar jom makan!" Ariana mengerdip matanya memandang Aayyan.

Aayyan masih sibuk memandang ke arah yang satu itu. Diabaikan kata-kata Ariana sebentar tadi.

"Ish, awakkkk!!" Ariana mendengus geram.

Aayyan seakan kembali ke alam nyata memandang wajah Ariana yang cemberut, "Ariana jom kahwin nak?"

Nak terjatuh rahang Ariana mendengar itu. Kemudian senyuman melebar terukir. Sememangnya itu yang dinantinya. Selama 2 tahun hubungan mereka baru hari ini Aayyan mengajaknya kahwin.

Ayeena, aku dah cakap aku akan menang.

Bersinar mata Ariana. Sedangkan Aayyan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dia berbuat demikian hanya kerana rasa dengki dan tercabar dengan Ayeena yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Kerana ego semata-mata.

"Nak nak! Seriously awak?" Ariana semakin teruja. Aura kegedikkan mula timbul.

Aayyan senyum segaris sambil mengangguk kepala perlahan.

Semakin menggeletis si Ariana. Tak sangka impiannya bakal tercapai. Oh my god!

Masih teringat lagi di awal hubungan mereka, dia sengaja mengambil kesempatan setelah putusnya ikatan pertunangan Aayyan dan Ayeena.

Dia mula mendekati Aayyan. Cuba memberi semangat. Kira macam mengubati hati Aayyan.

"Sir, tak nak bagi peluang dekat Ayeena ke?"

Dia sengaja berlakon menjadi baik seperti insan yang paling suci di abad ini. Lakonannya sangat mantap.

Dari kecil dia tidak suka dengan Ayeena, semua yang Ayeena nak mesti dapat! Ayeena cantik! Ayeena kaya! Ayeena baik!

Semua orang asyik lebihkan Ayeena. Jadi dia dengki dengan Ayeena. Abangnya, Haqir juga sikit-sikit Ayeena sikit-sikit Ayeena.

Dia juga tidak mengerti kenapa semua orang suka dengan Ayeena. Apabila dia mendapat tahu bahawa Ayeena mempunyai tunang yang hensem, serba serbi lengkap dan berharta.

Timbul niat di hati ingin merampas semua kebahagiaan Ayeena itu. Betapa irinya hatinya melihat Ayeena dan Aayyan bahagia.

Jadi, dia pasang perangkap untuk menghancurkan kebahagiaan Ayeena. Asalkan Ayeena sengsara sudah cukup bagi dia.

So, boleh agak dah kan siapa punya angkara pertunangan Ayeena dan Aayyan dulu terputus?

Musuh dalam selimut.

Setelah setahun hubungan mereka semakin dekat, Aayyan meluahkan perasaannya terhadap Ariana. Walaupun dia keliru sama ada itu cinta atau terharu kerana Ariana sentiasa ada dengannya.

"Saya pun suka awak, Sir Aayyan!"

Bermula daripada situ, tiada lagi panggilan sir. Mereka berhubungan seperti pasangan bercinta. Namun Aayyan masih ragu-ragu kerana jauh dalam sudut hatinya masih dimiliki oleh Ayeena.

Benci macam mana sekalipun, nama Ayeena sudah terpahat dalam hatinya. Susah untuk dilupakan.

Walaupun dia sudah cuba membuka hati untuk Ariana, namun rasanya masih sama. Cinta dan sayangnya masih milik Ayeena.

"Kau memang betul-betul sayangkan Henry?"

Ayeena yang sedang termenung di atas gazebo milik Tuan Aydan itu trkejut apabila disergah satu suara garau. Dipandangnya pada tuan empunya suara. Aayyan.

"Hmm Sha cintakan dia." Ayeena membuang pandangan ke arah lain. Aayyan pantas menarik lengan Ayeena yang berlapikkan baju itu.

Dicengkamnya kasar.

"Abang ni pasaipa? Sakitlah! Lepaslah!" Ayeena meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Kau tipu aku! Kau kata cinta kau untuk aku sorang je!!" tempik Aayyan. Dia tidak kisah kerana para tetamu sudah pun beransur pulang.

Ayeena senyum senget, "Abang itu cerita 2 tahun lepas! Abang lupa siapa yang tinggalkan siapa? Lupa apa yang abang kata dekat Sha dulu? Lupa siapa yang maki Sha? Hina Sha? Tak percayakan Sha? Langsung tak bagi Sha explain. Abang lupa ka hah?"

Terdiam membisu Aayyan. Perlahan-lahan lengan Ayeena dilepaskan. Ayeena memegang lengannya.

Aayyan terus meninggalkan Ayeena tanpa berkata apa-apa. Aayyan meraup rambutnya. Kusut. Perasaannya bercampur baur sekarang ni.

Sakit. Benci. Cemburu. Marah. Kecewa.

Yang paling dia nak sembunyikan,

Rindu.

Aayyan, kau patut belajar melepaskan. Mungkin dia bukan jodoh kau.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro