Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2

Ayeena menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk miliknya. Mata dipejam dan cuba mengingat kembali apa yang berlaku dalam office bapak rimau rawr petang tadi. Haih.

*Flashback*

Ayeena menapak masuk ke dalam office milik Sir Danish a.k.a Aayyan. Wah! Terpana Ayeena melihat dekorasi pejabat tersebut. Simple but cozy. Bukan bisye bisye taste bapak rimau ni. Rawr! Classic gitew!

'Fuh, cantiknya budak ni.' Aayyan menggumam perlahan.

Ayeena melihat Aayyan dengan pelik. Ape ke bende ko ni cakap dengan nyamuk ke?

Aayyan berdehem setelah kembali ke alam nyata. Tadi dia berada di alam berangan.

"Saya suruh awak datang sini lepas kelas tadi! Sekarang baru nampak batang hidung huh!" Ujar Aayyan bersama hujung bibir sedikit terangkat. Anak mata grey Aayyan menikam tepat pada mata hitam likat Ayeena. Dia menelan air liur. Gulp!

"Sorry sir! Saya makan dulu tadi." Aku tersengih janggal. Ayeena teringat sebelum datang sini dia ralit berborak dengan Aariq. Aariq la yang mengajaknya makan dulu katanya takut pengsan la apa la.

Aayyan menjeling tajam ke arah Ayeena sekilas dan terus membelek kertas kerjanya.

Hampir 10 minit Ayeena berdiri di situ. Aayyan pula senyap je. Ada masalah apa sebenarnya ni? Dah la jemput duduk.

"Okay you may go now!" Matanya still pada kertas kerjanya. Langsung tak tengok muka Ayeena yang cantik kalah neelofa ni.

Wait?! Dia panggil aku sebab nak jeling aku je ke ni?

"Wait! Sir panggil saya atas urusan apa ya?" Muka Ayeena menahan marah. Merah. Kecik besaq kecik besaq aku tengok bapak rimau rawr ni.

"Saje."

What the?! Memang sah dia ada masalah dengan aku.

"What do you mean by saje huh?! Sir saja nak pekena saya ka?" Naik satu oktaf suara Ayeena. Aii geram ni geram. Boleh pulak dia main-main dengan Ayeena Danisha.

"Haah saje je saya panggil awak datang sini. Dah pergi balik sana!" Jari telunjuknya ditunjuk ke arah pintu pejabatnya.

Ayeena terus melangkah keluar tanpa menoleh. Dalam hati mencarut tak terkata. Tak guna.

*End flashback*

' Bapak rimau rawr, just wait and see! '

Aayyan tergelak kecil melihat Ayeena pergi.Dia menggeleng sambil tersengih. Such a cute girl!

Tok!

Tok!

Tok!

"Come in!" Aayyan berdehem perlahan sebelum kembalikan muka bekunya.

Bunyi pintu dikuak dari luar. Terpancul muka seketul Hadi. Cis! Ingat Ayeena patah balik tadi.

"Bro, busy ke?" Hadi mengambil tempat di hadapan Aayyan.

"Busy la jugak. Ha apehal kau datang sini? Nak apa?" Aayyan tidak memandang wajahnya. Aayyan sibuk membelek kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya.

"Saje. Aku datang nak tanya kau something. Hehehe." Aayyan memandang wajah Hadi berserta kerutan di dahi.

"Ayeena datang sini tadi kenape ek? Dia ada buat masalah ke? Dia tu budak baik. Kau jangan memacam Yan. Kau buat apa kat dia huh? Ingat Yan dia student kita tu. Kau ada buat apa-apa tak elok dekat dia ke Yan?"

Terkebil-kebil mata Aayyan memandang wajah Hadi. Bangang apa dia ni.

"Oi satu-satu lah tanya tu!" Aayyan mencerlung tajam ke arah Hadi. Dia tersengih macam kerang hangit.

"Aku saje je curi masa dia. Dia yang nak cabar aku sangat. Tak pernah dalam sejarah hidup aku ada orang berani lawan cakap aku. Minah tu leklek je lawan aku." Aayyan mengepal tangannya sambil teringat kejadian dalam kelas pagi tadi. Aku malu!

Hadi ketawa besar mendengar penjelasan Aayyan.

"Kau ni Yan macam budak darjah 1. Takkan sebab tu je kau balas dendam huh? Ya ampun sahabat!" Hadi menepuk dahi. Sambil ketawa lagi.

Mat, pai hati kau ketawakan aku! Syedih la camni! Aku malu tau tak! Sob sob sob. Maruah aku mat!

"Biarlah. Asalkan aku puas hati. Baru dia kenal sapa Aayyan Danish." hujung bibir Aayyan terangkat. Smirk cikit!

"Gaduh-gaduh kang terlekat jadi jodoh. Dah la nama kau dengan dia lebih kurang. Ayeena Danisha. Aayyan Danish. Macam ada bau nasi minyak." Hadi ketawa terbahak-bahak. Amboi kau suka eh!

Dalam diam, Aayyan mengukir senyuman.

"Dah pergi keluar! Aku sibuk ni." Aayyan menjeling Hadi sekilas. Hadi menghabiskan sisa tawanya dan berlalu pergi.

"Ish ni aku malas ni! Mana si Hakeem ni? Kata nak pukul 9 nak gerak sekarang dah pukul 10." Ayeena melihat jam di tangan.

Sudah sejam berlalu, namun kelibat Hakeem masih belum kelihatan. Elmira yang tadi meminta diri ke kedai serbaneka untuk beli minuman kini mendekati Ayeena di dalam kereta Honda Civicnya.

"Yeen, Keem tak reply ka?" Ayeena yang perasan akan kehadiran Elmira terus menoleh dan menggeleng.

"Keem ni memang la! Panaih (Panas) betui aku dengan mangkuk ni." herhhh

"Sabaq Yeen! Hang pun tau Keem tu lagumana (macam mana)." Elmira tenangkan Ayeena. Muka Ayeena jangan cakap la. Dah cemberut macam nak telan orang ja gayanya. Gulp!

Selang beberapa minit, Hakeem berlari ke arah mereka.

"Yeennnn sayangggggg! Sorry lambat heheheh." Hakeem tersengih menayangkan gigi putihnya sambil jari mengangkat peace.

"Sayang kepala anjing loh! Kang kaki aku melayang dekat muka hang baru tau!" Ayeena menjeling Hakeem.

"Garangnya sayang ni! Rawr!" Terkekek Hakeem gelak. Kau pikir lawak ke tapir huh?

"Dah jom gerak nanti sampai sana sayup pulak." Ajak Elmira.

Nasib hang baik mat! Kalau tak aku dah siat-siat kulit hang herh!

Disebabkan rasa bersalah, Hakeem offer nak pandu kereta Ayeena. Ayeena pun setuju je la dah ada orang nak pandu kan. Dia keluar dari perut kereta dan masuk melalui pintu sebelah penumpang.

Selepas menghantar Elmira di rumahnya, Ayeena dan Hakeem pulang ke rumah. Rumah mereka sebelah-sebelah sahaja. Sepupu kan.

Tiba sahaja di perkarangan rumah banglo milik keluarga Ayeena, mereka disapa dengan kereta 4 buah kereta asing yang terparkir di hadapan rumah.

Aik kereta sapa pulak ni? Umi ada buat open house ka camna? Tu kereta Along! Yang lain tu kereta sapa? Ada kenduri ka? Wait?! Takkan ada orang mati kot?

Terhenti lamunan Ayeena apabila Hakeem memetik jari dihadapan wajahnya.

"Sayang oi taknak turun ka? Dok termenung apa lagi! Cepatlah Yeen! Aku lapaq ni."

Ayeena mengangguk dan terus keluar dari perut kereta.

Dia menyapa Pakcik Mad. Pemandu babah. Pakcik Mad tunduk hormat kepadanya. Ish segan pulak!

"Babe, hang rasa sapa mati?"

Di hadapan pintu rumah, Ayeena menahan lengan kekar milik Hakeem. Berlapik ok. Dia pakai kemeja lengan panjang.

"Hang merapu apa huh? Jom masuk." Hakeem terus menolak bahu Ayeena, memaksanya berjalan ke pintu rumah.

Salam diberi. Pintu dikuak dari dalam.

"Waalaikumussalam sayang umi dah sampai. Jemputlah masuk adik dengan Hakeem. Mesti penat drive jauh kan."

Ok yang ni pelik. Ape kehei nya umi ni bersayang sayang dengan aku.

Ayeena memandang Hakeem di sebelahnya. Hakeem terus salam tangan umi dan diikuti dengan Ayeena. Puan Diana menarik Ayeena ke ruang tamu. Umi rindu aku sangat ke ni?

Terbuntang mata Ayeena melihat ramai berkumpul di ruang tamu rumahnya. Semua mata disitu memandangnya sambil tersenyum. Aku je ke yang rasa seram dengan senyuman tu? Ayeena menilik setiap wajah. Babah, umi, along, kaklong, avyana comel, angah. Eh angah balik naik apa? Lantak dia la.

Ayeena mengalihkan pandangan ke arah tetamu. Dia menilik wajah-wajah tersebut. Oh ada maklong, paklong, pakcik dan makcik tak dikenali, Sir Aayyan dengan Aariq. Oh diorang rupanya.

Eh, kejap! Wait?! What?!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro