Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17

Shayang Shangat ❤️
online

Assalamualaikum abang
Sha keluar dengan angah harini bolehkan?

Waalaikumussalam
Boleh sayang
Take care

Tenkiuuu abang you too take care!

Bibir Aayyan mengukir senyum nipis. Sebenarnya dia rasa bersalah dengan Ayeena kerana dia terlalu sibuk dengan urusan kolej sehingga tiada masa bersama Ayeena.

Rindu? Of course rindu. Tetapi apakan daya.

"Amboi Sir Aayyan! Bukan main senyum eh."

Aayyan segera berpaling apabila disergah oleh seorang gadis. Perlahan-lahan telefon disimpan ke dalam kocek seluar.

Si gadis mengambil tempat di hadapan Aayyan.

"Oh Ariana, awak nak makan apa?" Aayyan membelek buku menu di hadapannya.

"Saya tak tahu nak makan apa. Saya order sama dengan sir je la. Hehe."

Aayyan hanya mengangguk dan memesan makanan mereka kepada pelayan restoran itu.

Moh kite flashback cikit.

*Flashback*

Sedang Aayyan kalut-kalut untuk ke surau mengejar solat zuhur, dia terlanggar seorang gadis. Aihh bagai deja vu! Dulu pun pernah terjadi sekali, cuma kali ini dia lebih cekap memegang lengan gadis itu daripada terjatuh. Berlapik ya gais. Tamau mulut netizen tuduh bebukan karang.

"Maafkan saya. Awak okay?" Aayyan melepaskan pegangan itu.

Perlahan-lahan gadis mengangkat wajah memandang lelaki itu.

"Awak?"

"Aayyan?"

Serentak mereka berkata. Masing-masing dalam keadaan kaku. Tidak tahu ingin berkata apa.

"Awak buat apa dekat sini? Belajar dekat sini?" Aayyan memulakan ayat.

"Ya saya pelajar dekat sini. Awak?" Gadis itu melihat Aayyan atas bawah. Gaya tak macam student!

"Saya lecturer dekat sini." Aayyan mengusap belakang lehernya. Sambil tersengih.

Terbuntang biji mata gadis itu, "Maafkan saya Sir Aayyan!"

Aayyan melepaskan tawa kecil melihat kegelabahan gadis itu. Teringat pula pada cik tunang yang suka gelabah itu!

"It's okay. Saya tak makan orang la. Sikit je tadi."

"Saya belanja Sir makan nak? Sebagai tanda minta maaf." Gadis itu bersungguh rasa bersalah.

Aayyan hanya mendiamkan diri.

"Saya sepupu Ayeena. Nanti pun Sir jadi sepupu saya juga."

Aayyan mengangguk perlahan, "Okay boleh juga. Saya pun tengah lapar. Awak err saya patut panggil apa ya?"

"Nama saya Ariana Humayra. Panggil saya Ariana. Humayra tu nama yang family saya je panggil." Gadis itu tersenyum manis memandang Aayyan.

"Okay so Ariana kita nak makan dekat mana?"

"Jom ikut saya!"

*End Flashback*

Tadaaaa! Maka mereka pun makan di sebuah restoran yang terletak dalam Mid Valley. Ariana kata tempat tu favourite dia.

"Er, Sir dengan Ayeena macam mana sekarang?"

Terangkat sebelah kening Aayyan mendengar soalan itu. Kenapa tanya pasal aku dengan Ayeena pulak ni?

"Macam biasa la. Kenapa?"

Ariana mengangguk kepalanya, "Sebab abang saya selalu cakap dia keluar dengan Ayeena lately ni."

Ariana sambung menyuap makanan ke dalam mulut. Manakala sudu dan garfu Aayyan dilepaskan jatuh ke dalam pinggan. Matanya tajam memandang gadis di hadapannya itu.

"Siapa abang awak?"

Ariana memanggung kepala memandang Aayyan. Anak mata Aayyan tajam menikam anak matanya. Gulp!

"Err Aiman Haqir."

Sebelah tangan Aayyan mengepal penumbuk. Sebelah lagi mengambil gelas air lalu diminumnya. Relax, Yan!

"Ada bukti ke dia keluar dengan tunang saya?"

Ariana terkedu dengan soalan yang dituju kepadanya itu.

"Er saya er saya tak tahu Sir!"

Melihat gadis di hadapannya itu seakan mahu menangis, "Sorry saya takde niat nak takutkan awak. Saya tahu awak tak salah."

Ariana mengangguk perlahan. Kemudian matanya tertancap pada sebuah kedai berdekatan. Namun yang menjadi tarikan bukan kedai itu tetapi pelanggan itu.

"T-tu bukan Ayeena ke s-sir?"

Terus kepala Aayyan menoleh mencari sosok yang ditunjuk Ariana itu. Terbuntang matanya melihat adengan panas yang dilakukan pasangan di dalam kedai itu.

"Tu abang saya, Haqir!"

Ariana terjerit kecil apabila terkejut melihat wajah lelaki itu.

Darah Aayyan sudah menggelegak. Panas.

She's liar!

Aayyan bingkas bangun dari kerusi meletakkan beberapa keping not RM50, "Jom saya hantar awak balik. Saya ada kerja."

Aayyan terus pergi meninggalkan Ariana yang terpinga-pinga. Satu senyuman terukir di bibir Ariana.

Agak- agak senyuman kelat ke? Ke sinis?

Sudah masuk 2 minggu, Aayyan dan Ayeena tidak berhubung. Ayeena ada juga whatsapp dan call Aayyan. Namun tiada tanda-tanda yang Aayyan akan menjawab dan membalas mesej.

Mana abang pergi ni?

Sedang Ayeena ralit bercekerama melayan gundah gulana di hati, dia terdengar pintu bilik Ariana ditutup. Oh ya, Ariana memang tinggal di rumah Ayeena sekarang.

Terus dia bangun dari pembaringan. Kepala ditojol keluar melalui celahan pintu.

"Oi hang nak pi mana lawa-lawa?"

Ariana menoleh memandang Ayeena. Gulp!

"Er aku nak keluar jumpa kawan kejap hehe."

Ayeena mengecilkan mata, "Hang dah ada boyprend ka Mayra? Asyik keluaq ja lately."

"Eh mana ada la. Kan aku kata kawan." Laju kepala Ariana menggeleng.

Ayeena ketawa kecil. Tahu takut!

"Ya la balik awai sikit nah anak dara!"

Ariana hanya mengangkat tangan simbol ok. Dan berlalu keluar.

Ayeena masuk semula ke dalam biliknya. Dia membaringkan badannya. Ish bosannya!

Ting!

Ayeena mendapat idea. Why not aku pi shopping, dah lama ni tak pi ni! Tapi nak pi dengan sapa?

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu. Ayeena memandang, menanti wajah siapa yang akan muncul di muka pintu itu.

"Babe, bosanlah ada idea tak nak buat ape?" Cing muncul seketul Rose.

Ayeena tersenyum memandang Rose. Rose pula berkerut habis satu muka. Pehal minah ni?

"Ala kau ni Yeen! Patah kaki aku teman kau shopping ! Bila nak habis ni ? Dah berapa jam kita shopping? Ni tak cukup lagi ke?" Rose membebel tanpa henti. Mahu tidaknya, seluruh kakinya dah lenguh ke hulur ke hilir menemani Ayeena. Ayeena kalau dah start shopping maka susahlah nak berhenti.

"Lepasni aku belanja hang starbuck nahh! Alaa siannya anak mummy ni." Ayeena memujuk Rose yang lagi muncung itu. Terus bersinar mata rose mendengar rasuah daripada Ayeena. Pantang sebut belanja. Laju je eh.

"Okay mummy! Mummy nak beli apa lagi ni? Jom situ belum masuk lagi!" Rose terus berjalan meninggalkan Ayeena di belakang. Ayeena menggeleng kepalanya.

Selesai sahaja urusan membeli belah, mereka ke Starbuck seperti yang dijanjikan oleh Ayeena. Langkah sahaja masuk ke dalam Starbuck, mata Ayeena disapa dengan dua gerangan yang sedang bergelak tawa berdekatan kaunter. Kakinya berhenti melangkah.

"Yeen, kau kenapa?"

Ayeena menggeleng. Matanya masih tertancap pada dua sosok itu.

"Takda apa. Aku rasa kita beli yang drive thru ja la. Dah lewat ni." Ayeena segera berpusing ingin melangkah keluar.

Belum sempat dia membuka langkah, tangan Rose menariknya semula.

"Tu bukan tunang kau ke, Sir Aayyan? And that girl-"

Rose memicing mata ke arah pasangan bahagia itu. Matanya terbeliak apabila nampak wajah si gadis. Tangan naik menekup mulut.

"Yes cousin aku, housemate kita! Ariana Humayra!" Ayeena mengeluh perlahan. Sejujurnya hatinya cemburu namun segera ditepis. Mungkin diorang kawan.

Rose memandang Ayeena, "Kau okay ke ni Yeen? Nak serang tak?"

Ayeena laju menggeleng. "No, hang toksah buat gila. Depa takda apa-apa la. Aku yakin dengan Aayyan. Dah jom balik. Kang dia nampak aku, dia marah pula. Aku keluar tak bagitau dia tadi."

Ayeena membuka langkah kaki diikuti Rose di sebelahnya.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro