𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
"Yeen dengan Keem balik KL esok ka?" Puan Ruziah a.k.a opah Ayeena melabuhkan punggung di sebelah Hakeem.
"Haah opah." Lantas Hakeem baring dan meletakkan kepala di atas riba Puan Ruziah. Rambutnya diusap manja oleh Puan Ruziah. Kakinya menyepak perlahan Ayeena yang duduk di hujung kakinya. Sambil memberi senyuman jengkel, 'Opah sayang aku, hang ada?'
Ayeena yang tengah melantak karipap itu tersentak lantas mengguling mata. Kaki Hakeem ditamparnya. Sepak-sepak, kang aku kepak kaki baru tau.
"Auuuu! Opah tengok Yeen dia tampaq kaki Keem." Hakeem mencebik perlahan. Ayeena tampar kakinya sekali lagi. Ambik hang!
Puan Ruziah tergelak kecil melihat cucu-cucunya.
"Kaki tu jaga sikit Keem!" Suara garau Dhariz menyapa pendengaran mereka. Dhariz yang baru kembali dari tandas itu melabuhkan punggung di sebelah Ayeena. Kaki Hakeem ditolaknya jauh.
Ayeena senyum kemenangan, dia smirk satu kali dekat Hakeem. Werk aku ada angah!
"Aku sorang ja boleh sepak Yeen!" Dhariz ketawa kecil.
Riak wajah Ayeena berubah mendung. Tak guna punya angah! Hakeem ketawa terbahak-bahak melihat muka cemberut Ayeena.
Pak!
Pak!
Kepala Hakeem dan Dhariz diketuk. Tawa mereka terhenti. Kini Ayeena pula yang menahan tawa.
"Bagus hang dah tolong ketuk pala depa ni. Baru aku nak ketuk tadi. Ada ka patut mengusik anak dara lagu tu." Puan Ruziah geleng kepala sambil tersenyum.
Si dia mengambil tempat di hadapan Puan Ruziah. Mukanya tidak lekang daripada senyuman.
"Tu la tu opah. Dua orang tu asyik mengusik Ayeena je."
"Hang pi mana tadi? Aku keluaq dari rumah hang takda."
"Qir jawab call tadi dari KL. Hal office."
Puan Ruziah hanya mengangguk tanda faham. Lalu dia berborak pula dengan Dhariz dan Hakeem.
Qir? Ya lelaki itu Haqir. Aiman Haqir.
Haqir memandang wajah ayu milik Ayeena. Ayeena melarikan anak mata apabila bertembung dengan anak mata Haqir. Jangan Ayeena, ingat abang Aayyan sorang ja!
Haqir menyembunyikan senyuman melihat Ayeena yang seperti cacing kepanasan setiap kali mata mereka bertembung.
"Boleh tak kalau abang yang hantar Ayeena balik KL? Abang pun satu jalan nak balik sana." Haqir menghadiahkan senyuman manis. Kalau time single dulu mungkin Ayeena akan menggelupur atas tanah, tetapi kini dia tunangan orang.
Bukan setakat Ayeena sahaja yang terkejut, Hakeem yang sedang baring pun terus duduk tegak, Dhariz dan Puan Ruziah juga menghentikan perbualan. Mata semua terarah kepada seketul Haqir.
Haqir terasa janggal, dia mengusap belakang lehernya perlahan sambil tersengih.
"Tapi Yeen ni tunang orang, Qir!" Puan Ruziah mula bersuara sedikit tegas. Bukannya dia tidak tahu Haqir sudah lama menyimpan perasaan kepada Ayeena. Haqir sedikit menunduk.
"Ntah hang ni. Hakeem ni ada, biaq (biar) dia balik dengan Hakeem." tegas Dhariz.
"Betul. Lagipun Aayyan yang amanahkan aku hantar tunang kesayangan bidadari kayangan angkasa lepas bima sakti dia ni dengan selamat." Hakeem kembali baringkan kepala di riba Puan Ruziah. Ish Haqir ni, tanjat boboy. Yang bulan-bulan je la.
Ayeena masih lagi tergamam. Ini kalau Aayyan tahu ni mamat Haqir ni dah selamat mendarat 6 kaki dalam tanah, seram.
Tidak dinafikan Haqir turut mempunyai tubuh badan yang menjadi pujaan ramai. Tegap. Namun tidak boleh layan seorang Tuan Aayyan Danish. Haqir mempunyai ketinggian paras hidung Aayyan. Tubuh badan Aayyan pula lebih tegap berbanding Haqir. So, kalau bergasak boleh tahu siapa akan menang.
"Qir gurau je la. Korang ni." Haqir ketawa kecil. Yang lain pun turut menyambut tawanya. Kang hambar kesian pulak.
Ayeena seorang sahaja yang rasa tu bukan gurauan sebenarnya. Dia hanya tersenyum kecil.
"Nasib baik hang melawak main ja. Kalau betul tu, mampuih hang kena terajang dengan Aayyan. Tau-tau sampai alam barzakh! Bubye tata titi tutu." Semua di situ ketawa mendengar ayat Hakeem. Ayeena diam-diam menyetujui kata-kata Hakeem.
Bibir Haqir melakarkan senyuman segaris apabila nama Aayyan diutarakan.
Sudah dua minggu semester 4 bermula. Semester kali ni subjek sedikit berbanding semester lepas, namun satu sahaja kurang. Semester kali ini tanpa bapak rimau rawr. Aayyan tidak mengajar untuk pelajar semester 4. Maka mereka berdua jarang berjumpa.
Pada awalnya Ayeena kecewa la juga. Tetapi nak buat lagumana. Takkan nak heret Aayyan ke hulur ke hilir.
Tambahan pula, sejak kebelakangan ni Aayyan selalu sibuk dengan program mentor menti bersama pelajar master. Lagilah jarang berjumpa.
Ayeena mengeluh perlahan sebelum mengaktifkan telefonnya untuk melihat kalendar. Esok jumaat, hari lahir Aayyan. Hari yang sama juga Ayeena tiada kelas.
Wah, boleh buat surprise ni! Hmm nak beli hadiah apa eh?
"Tanya angah la mesti angah tau." gumam Ayeena perlahan. Lantas dicari nombor Dhariz dalam kenalannya. Didail.
Selang beberapa saat, panggilan diangkat.
"Assalamualaikum angah!"
"Waalaikumussalam. Why princess ? Anything I can help you? Cepat sikit angah tengah meeting ni!" Suara Dhariz membisik.
"La ya ka? Angah busy ka tu? Adik nak ajak angah keluaq cari hadiah untuk Aayyan. Hmm." Suara Ayeena mengendur.
"Nanti abih meeting, angah ambik adik ok?" Dhariz terpaksa memujuk Ayeena.
Terus bersinar wajahnya.
"Okay angah! Love you!" Ayeena menjerit suka.
Dhariz ketawa kecil, "Dah, angah call balik nanti."
Dhariz mematikan panggilan. Telefon diletakkan semula ke atas meja.
"Sorry you, anak kucing I mengidam nak makan babyshark. So boleh kita teruskan?" Dhariz mengenyitkan mata ke arah gadis di hadapannya itu. Gadis itu tergelak kecil sambil menutup mulut.
Dhariz hanya tersenyum senget. Pakai macam badut sarkas ada hati nak jadi girlfriend aku? Lambertttt lagiii. Dengan make up macam hantu kak limah. Kalau tampaq muka tu bukan jerebu satu malaysia, satu bumi pun boleh jadi ni.
"You ni kelakar la baby!" Gadis itu menepuk perlahan bahu Dhariz. Dhariz memandang bahunya yang ditepuk tadi. Wahai bahu balik nanti I samak you! Don't worry!
Suasana di dalam kereta agak janggal. Ayeena memilih untuk mendiamkan diri. Jari jemari di riba diramasnya. Angah tak guna! Tunggu la aku report dekat Aayyan!
Ayeena mencarut di dalam hati.
Bunyi deheman menghentikan lamunannya. Dia menoleh ke arah pemandu.
"Ayeena okay? Abang minta maaf. Kalau Ayeena rasa tak selesa dengan abang. Dhariz tiba-tiba minta tolong abang teman Ayeena. Dia ada blind date." Ujar Haqir tanpa menoleh ke arah Ayeena.
Ya, sebab tu la Ayeena tengah angin sekarang. Sudahlah tipu kata tengah meeting, lepastu pandai-pandai suruh si Haqir ni teman dia. Baik ajak Aariq dengan Hakeem daripada mamat ni. Cringe gila woi.
Ayeena tersenyum kecil, "Eh takpa. Ayeena tak salahkan abang pun."
Ayeena membuang pandangan ke luar tingkap. Tiba sahaja di Pavillion, mereka berjalan masuk namun Ayeena melajukan langkah. Dibiarkan Haqir di belakang. Haqir hanya mengikuti langkah Ayeena.
Mereka tiba di sebuah kedai tali leher. Ayeena mengambil dua tali leher. Satu berwarna maroon bercorak polkadot putih. Satu lagi stripe black and white.
Ayeena menilik. Hm, yang mana cantik eh?
Sedang Ayeena ralit, tangan Haqir menarik lembut lengannya membuatkannya menghadap lelaki itu. Haqir menarik tali leher itu dekat dengan tubuhnya. Dia menilik satu per satu.
Ayeena masih tergamam membisu tanpa berkata.
"Hm abang rasa yang ni sesuai untuk Aayyan." Haqir kembali memandang wajah Ayeena sambil menunjuk tali leher berwarna maroon polkadot putih.
Baru dia perasan dia belum melepaskan pegangan pada lengan Ayeena. Patutlah gadis itu terdiam seribu bahasa.
"Ops sorry Ayeena abang tak perasan." Lantas pegangan dilepaskan. Ayeena laju terus menuju ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.
Haqir memaki dirinya sendiri, 'Bodoh kau Qir!'
Tanpa mereka sedar ada dua pasang mata melihat tajam ke arah mereka.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro