𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
Cincin belah rotan di jari manis ditenung sambil diusap. Senyuman manis terukir di bibir. Semoga Allah permudahkan segala urusanku!
Di balkoni bilik, Ayeena sedang senyum sendirian sambil tenung cincin di jari bagai hendak tembus. Dhariz yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik adiknya, tersenyum melihat Ayeena sepertinya bahagia dengan pertunangannya bersama Aayyan.
Baru sahaja dia hendak menegur adiknya, telefonnya bergetar.
Incoming call from Aayyan encem🔥....
Dhariz melangkah keluar, pintu bilik Ayeena ditutup rapat. Dhariz masuk ke dalam biliknya di sebelah.
Skrin telefon digesek, menjawab panggilan daripada Aayyan.
"Assalamualaikum bro!"
"Ha Waalaikumussalam. Ada apa call aku? Rindu?"
"Haah rindu tapi bukan dekat kau, adik kau." Aayyan ketawa perlahan. Dhariz mengguling biji matanya.
"Dahtu pasaipa call aku? Gi la call dia. Semak!" kata Dhariz dalam nada merajuk. Hm pai hati tak rindu titew?
Aayyan tergelak besar. "Bro, nak tanya sikit ni?"
Dhariz menjongket keningnya, "Apaan sih loh?"
"Adik kau tengah buat apa? Dah makan ke dia? Sihat ke dia? Mesti makin cantik kan? Agak-agak kau dia rindu aku tak? Dia-"
Belum sempat Aayyan menghabiskan ayatnya, "INGAT AKU NI POSMEN KARAT KA SIA*?! DAH TAU RINDU PI BAGITAU SENDIRI! HORMAT LA SIKIT ORANG SINGLE MACAM AKU NI!"
Aayyan ketawa terbahak-bahak. Dia dapat bayangkan muka Dhariz sekarang tengah tahan geram. Ala guraw je!
"Aku segan lah nak tanya sendiri. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat. Dahlah hensem, smart, pandai, baik hati, comel. Tolong aku eh?" Seperti yang dijangka oleh Aayyan, Dhariz mesti tengah tersenyum mendengar pujian daripadanya.
Ya, tepat sekali. Betullah ramalan Aayyan.
"Ok, baby nak I tolong ape tew?"
"Tolong kirim salam dekat adik kau!"
"Kepala hotak dia la! Itu ja ?! Kirim la duit ka kapal terbang ka. Ni salam ja??" Dhariz menepuk dahinya.
"Abistu cinta dah kirim. Adik kau dah received dah pun." Aayyan terkekek-kekek ketawa. Suka eh dia?
"Whatever lah. InsyaAllah aku tolong kirimkan salam hang tu."
Thankyou babyboy! Lebiu peciu peciu!"
Terangkat hujung bibir Dhariz. Kegelian apakah ini?
"Aku nak cakap sikit dekat hang ni. Alang-alang hang call." Suara Dhariz mula serius.
Aayyan meneguk air liurnya kasar. Kalau boleh halkum sekali ditelannya, "N-nak tanya a-apa?" Auto gagap gais
"Hm hang kena janji dengan aku satu benda."
"O-okey teruskan."
"Janji yang hang takkan sakitkan hati adik aku. Dia satu-satunya adik aku. Aku tak nak tengok langsung air mata dia keluaq (keluar) sebab hang, faham?!"
"F-faham!"
"Good! Lepastu aku nak hang jangan naikkan tangan langsung dekat dia. Aku tak pernah jentik dia sikit pun, so sapa (siapa) yang berani angkat tangan dekat adik aku tu memang kudong tangan dia aku kerjakan!"
Kesat saliva Aayyan ditelan.
"Bro kata satu je ni dah dua janji. Hehe." Aayyan bergurau untuk hilangkan rasa gementar di hati.
"Sekarang ni aku abang ka hang abang?!"
"Okay-okay kau abang aku adik ipar."
"Tau pon. Kalau ada masalah atau salah faham, duduk bincang. Jangan percaya cakap orang lain! Jangan dengar daripada sebelah pihak! Jangan menangkan ego! Aku kenal hang dah lama, Yan. Aku tau ego hang tu macam mana. Panas baran hang macam mana semua aku tau."
Aayyan terdiam sejenak. Dia tahu baran dia kadang-kadang susah nak kawal. Tetapi dia percaya dia takkan lepaskan kemarahannya pada Ayeena, gadis pujaannya.
"Sekali hang sakitkan, lukakan adik aku, aku takkan maafkan hang. Hubungan persahabatan kita pun aku sanggup putus. Jadi musuh hang pun aku sanggup. Sebab adik aku tu permata aku. Aku tak nak sapa pun buat dia menangis. Tak kisahlah hang tu kawan baik aku sekali pun."
Aayyan menghadam setiap ayat daripada Dhariz. Betapa beruntungnya Ayeena ada abang seperti Dhariz. Luarannya seperti anjing dan kucing tetapi dalam hati ada taman juga.
"Yang hang senyap pasaipa? Jangan kata hang lena pulak! Penat aku bagi tazkirah malam jumaat ni."
"Eh, aku dengarlah. Aku ingat kau nak sambung lagi tu la aku senyap."
"Dah abih. Dah aku nak tidoq bubye."
"Okay bro. Aku janji dengan kau, aku akan jaga adik kau!"
"Ingat Yan! Aku paling benci orang munafik!"
Zapp!
Menusuk ke jantung sanubari Aayyan. Kalau aku tak sengaja macam mana? Kudong la aku jadinya?
"Er okay bro. Cau!"
"Okay cau!"
Aayyan menekan butang end call. Nafas dihelakan lega. Fikirannya masih terngiang-ngiang dengan warning awal daripada Dhariz sebentar tadi! Dhariz punya baran pun tak boleh bawa bincang tu. Mau masuk ICU kena bantai dengan Dhariz.
'Sekali hang sakitkan, lukakan adik aku, aku takkan maafkan hang. Hubungan persahabatan kita pun aku sanggup putus. Jadi musuh hang pun aku sanggup. Aku takkan senang-senang lepaskan hang. Sebab adik aku tu permata aku. Aku tak nak sapa pun buat dia menangis. Tak kisahlah hang tu kawan baik aku sekali pun.'
Huh, tak dapat bayang kalau benda tu terjadi. Hm minta dijauhkan. Ya Allah, Kau peliharalah hubungan ini sehingga menjadi halal!
Sudah genap sebulan usia ikatan pertunangan Aayyan dan Ayeena. Alhamdulillah setakat ini mereka baik-baik sahaja, tiada sebarang masalah. Mungkin sekarang bahagia pada masa hadapan kita tak tahu kan. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Hari ini hari terakhir Ayeena berada di kampung sebelum pulang ke KL untuk semester 4. Esok dia akan bertolak bersama Hakeem. Aayyan? Dia tidak dapat menjemput Ayeena. Katanya ada meeting bersama lembaga pengarah kolej. Hari ini pun dia cakap dia ada meeting untuk uruskan kemasukan pelajar master.
Ayeena yang sedang membasuh pinggan di dapur, disergah Hakeem dari luar tingkap.
"Bahhh!"
"Oh mak kau pinkie!" Ayeena terlompat kecil. Nasib baik pinggan tak jatuh pecah. Ayeena memegang dadanya kerana terkejut.
Hakeem sudah ketawa tak ingat dunia.
"Sayang, jom gi rumah opah. Opah buat karipap favourite hang."
Mendengarkan itu, terus bercahaya muka Ayeena. Pantang sebut pasal karipap auto laju minah ni.
"Ha jom cepat-cepat!" Dengan sepantas kilat halilintar boboiboy, Ayeena berlari ke pintu belakang.
Hakeem tercengang melihat kelajuan 180 km/j Ayeena. Dah agak dah, kalau sebut karipap memang auto bertukar jadi Usain Bolt. Hakeem menggeleng kepalanya sebelum melangkah ke arah Ayeena.
"Let's go!" Ayeena berlari menuju ke rumah opahnya iaitu di belakang rumahnya. Dekat je nyah.
"Hang ni dah nak jadi bini orang pun perangai tak berubah. Ish ish kesian Aayyan dapat bakal bini laguni." Hakeem mengejar langkah Ayeena yang sudah jauh ke hadapan.
Ayeena hanya mengulingkan biji mata.
"Assalamualaikum opah ooo opah!" Hakeem dan Ayeena terpekik terlolong di hadapan rumah Opah.
"Waalaikumussalam kat belakang ni mai (datang) la sini."
Terus kedua mereka itu menuju ke arah belakang rumah. Sampai sahaja di belakang rumah, mata mereka disapa dengan dua makhluk di samping opah.
"Hoi Keem tenuk, adik busuk! Sini-sini makan karipap!" dah boleh agak kan siapa kan. Dhariz.
Mata Ayeena terarah pada sosok di sebelah Dhariz. Lelaki itu turut memandang ke arahnya. Apabila anak mata mereka bertembung, Ayeena terus melarikan anak matanya.
Astagfirullah jangan pandang dia lama- lama, Ayeena. Berdosa!
Hakeem yang melihat Ayeena kaku itu menarik lengan Ayeena menuju ke arah Dhariz. Ayeena masih menunduk. Hakeem menarik paksa lengan Ayeena untuk duduk di sebelahnya. Terus disambarnya karipap di dalam piring.
Hakeem menyua satu karipap kepada Ayeena. Sebenarnya dia pelik juga dengan Ayeena, selalunya Ayeena paling gembira bila nampak karipap. Ni apehal tertunduk-tunduk macam minta kaki ni?
Ayeena menyuap karipap itu ke dalam mulutnya. Nak makan pun tak senang kalau asyik ditenung mamat depan ni.
Lelaki itu masih memandangnya tanpa lepas. Bahunya ditepuk oleh Dhariz. Lantas dia tersentak. Kepalanya menoleh ke arah Dhariz.
"Jangan tenung adik aku macam tu. Kang karipap tu rasa manis pulak." Dhariz ketawa terbahak-bahak. Ayeena punya muka dah berubah jadi tomato jadian.
Lelaki itu terus menunduk. Malu. Kantoi tenung anak dara orang tak lepas.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro