Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13

Aayyan memarkir Rebecca di hadapan rumah banglo milik Encik Azeem. Dipandang buah hati di sebelahnya, dia tersenyum kecil melihat wajah polos Ayeena yang sedang tidur.

Tidur pun comel! Macam mana aku tak gewam!

Nasib baik belum kahwin, kalau dah kahwin tu memang pipi tembam Ayeena itu digomolnya. Dikerling pula makhluk di kerusi belakang, dia menggeleng perlahan sambil ketawa kecil.

Kan bagus tidur comel je senyap!

Baju Aariq yang tersingkap menampakkan perut diturunkan. Rambut perang Aariq diusap lembut.

Matanya teralih kepada Ayeena yang sedang mengeliat sesekali dia menguap.

Ayeena membuka mata melihat ke arah luar.

Dia menoleh ke sisinya, dilihat Aayyan sedang memperhatikannya bersama senyum senget. Ada ayaq (air) liuq (liur) basi ka kat muka aku ni? Pasaipa (kenapa) dia pandang semacam?

Dia berdehem perlahan, "Dah lama ka kita sampai?"

Aayyan geleng, "Baru la jugak. Saje abang nak bagi korang tido dulu. Kesian nak kejut."

Ayeena mengangguk mengerti, dibuang pandangan ke arah Aariq yang masih di alam mimpi ayoh pinkie. Alahai comel!

"Haip, sayang! Told you! Eyes on me! ONLY ME!" Aayyan menyilang tangan ke dada. Kepala dipaling ke arah lain. Majuk ni pujuk cepat!

Ayeena melepaskan tawa. Mulut ditutup dengan tangan supaya ketawanya tidak terlalu kuat. Kang anak singa dekat belakang mengaum!

"Abang ni comel la macam nak gigit je Sha tengok!" Tanpa sedar Ayeena menampar lembut bahu Aayyan. Aayyan terkaku dengan tindakan Ayeena.

Ayeena yang sedar keterlanjurannya mula gelabah, "Sorry Sha tak sengaja!"

Kini, giliran Aayyan pula menghamburkan ketawa. Ketawa pun hensem!

"Hoi, orang depan! Bising argh! Nak bina kilang gula bukan dekat sini. Ingat sikit orang belakang ni single lagikan sendu!"

Aayyan dan Ayeena tertunduk malu. Lupa eh ada Aariq si tenuk comel ada dekat belakang tu?

Aariq bangun dari pembaringannya. Mata ditenyeh lembut. Lengan baju Aayyan ditariknya.

"Yan, dukung aku masuk rumah." Membulat mata Ayeena mendengarnya. Seriously, besaq macam gajah minta dukung?

Aayyan mengetuk kepala Aariq. "Kau kalau ringan boleh lagi aku angkat. Ni sama besar dengan aku. Mau cacat tulang aku." Aayyan menggeleng.

Aariq senyap. Mata mula berkaca. Mulut cebik. Ayeena memandangnya pelik.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Huaaaaaaa kau tak sayang aku kan bang? Huaaaaaa Aayyan."

Pecah tangis Aariq. Hampir terjatuh rahang Ayeena. Ingat manja biasa ja sekali naa tudiaaa!

Aayyan mengusap kepala Aariq lembut. Dikucupnya beberapa kali. Ditepuk pula bahu Aariq yang teresak-esak itu.

"Hey adik abang kuat kan? Tak naklah nangis macam ni, malu dekat orang-"

Ayeena tersenyum melihat keakraban dua beradik itu. Macam ni ek kalau Aayyan pujuk anak kami nanti? Eh ANAK KAMI?? HAHAHAHAHA jauh hang menyimpang ni Ayeena.

"Kita jejaka hensem tak nangis depan perempuan."

Terus pudar senyuman di bibir Ayeena. Kalau tak masuk bakul guling sendiri tu bukan Aayyan Danish lah!

Aariq mengangkat wajahnya yang disembamkan pada bahu Aayyan tadi, air mata dikesat. Mulut masih dicebik.

"You pandang apa babygirl huh?!" Pantas Ayeena menggeleng. Terkejut dengan sergahan Aariq.

"Dah jom turun."

Baru sahaja Ayeena ingin membuka pintu kereta untuk keluar, Aayyan terlebih dahulu membukakan untuknya. Terkejut Ayeena nasib tak terkentut heh. Bila pulak mamat ni terbang mai bukak pintu kat aku?

Ayeena melangkah keluar dengan berhati-hati. Tudung yang senget diperbetulkan sedikit. Aayyan berjalan dan membukakan pintu untuk Aariq.

Aariq lantas menyambar tangan Aayyan. Digenggam erat jari jemari Aayyan. Aayyan hanya membiarkannya. Sudah biasa!

"Sha, kita masuk dulu. Beg nanti abang angkat." Ayeena mengangguk dan mendahului mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, adik pehal hang lambat hah? Aayyan hang buat apa dekat adik aku huh? Hang jangan macam-macam satgi aku buka silat, hang lari tak cukup tanah kot. Aku ni dulu-"

"Ish angah bising la! Tepi argh!" Ayeena merempuh bahu Dhariz. Balik-balik kena sembur mahu tak angin member.

Dhariz tergamam. Adik aku wakil ragbi ka dulu?

"Pasaipa adik aku tu? Period eh?" Aayyan mengabaikan Dhariz, terus mengangkat kaki berjalan ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Aariq turut mengikutinya.

"Hush, mana la aku tahu. Ke kau nak aku pergi check kan? Aku okay je."

Dhariz berlari anak ke arah Aayyan lalu meluku kepala Aayyan. Rasain loh gatal dengan adik aku sangat!

Mata Dhariz beralih pada Aariq yang sedang pegang tangan Aayyan erat. Kepala dilentok pada bahu Aayyan.

"Pehal adik hang tu? Nak mati ka? Senyap semacam." Aayyan menggeleng kepala.

"Macam biasa demam."

Dhariz mengangguk, "Aku rasa aku ada idea!"

Kting!

Idea iblis Dhariz muncul. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"No Riz, not this time! Budak ni meraung aku juga nak kena pujuk." Aayyan memincing matanya tajam ke arah Dhariz. Tau sangat kembar setan ni, kerja dia ngeprank orang je!

Dhariz mengeluh kecewa. Potong aaa!

Beberapa minit kemudian, dia mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluar. Dirakam dan diambil gambar Aariq.

Klik!

Klik!

Klik!

Dia tergelak kecil. Hodohnya muka hang, Riq HAHAHAHAH!

"Kau buat apa tu?" Aayyan mengerutkan dahinya.

"Aku ambik bahan bukti. Nanti mangkuk ni bangun mesti dia tak sedaq yang dia manja macam ni! Kalau kita cerita pun bukan dia nak percaya."

Aayyan menggeleng kepala sambil tangan mengusap rambut lebat adiknya.

"Hm send dekat aku semua tu! Nanti dia dah sihat mesti dia derhaka dengan aku. So, ada lah modal nak kenakan dia balik kan."

"Ceh ingat baik sangat tadi! Ok done!"

Aayyan menjatuhkan pandangan ke arah adiknya. Bibir mengulum senyuman. Aku sayang kau, Riq!

Meriah suasana di meja makan rumah Encik Azeem. Riuh rendah dengan suara Ayeena, Dhariz dan Hakeem yang berebut ayam goreng bahagian peha. Akhirnya, Ayeena mengalah. Peha ayam hanya ada dua sahaja. Dua-dua telah diambil oleh dua ekor tenuk itu. Dia mengambil bahagian kepak. Kepak pun kepak lah!

Encik Azeem hanya mampu menggeleng kepala sambil tersenyum. Boleh sakit otak melayan kerenah anak terunanya seorang itu.

Puan Diana hanya ketawa kecil. Suka dia melihat suasana meriah begini. Rindu zaman anak-anaknya masih kecil.

Aayyan hanya diam, tangan sibuk menyuap nasi ke dalam mulut Aariq. Ni kira nasib baik budak ni demam, kalau tak bertambah riuh suasana.

"Aayyan, awat (kenapa) tak makan?" Aayyan mengangkat kepala memandang wajah Encik Azeem. Dihadiahkan senyuman kecil.

"Kejap lagi Aayyan makan. Nak bagi Aariq makan dulu."

"Oi Riq! Pehal besaq pun abang suapkan ni?" Hakeem gelak terkekeh-kekeh dengan mulut sibuk mengunyah nasi.

Melihat mulut Aariq kian muncung, Ayeena menyiku lengan Hakeem.

Hakeem memandang Ayeena menghantar isyarat mata, pasaipa?

Ayeena membalas, aku kata diam tu diam la setan!

Hakeem angguk perlahan lalu menyambung makan.

Aayyan terpandang akan tindakan Ayeena itu. Terbit rasa cemburu dalam hati. Namun reaksinya ditahan. Dia sambung menyuap Aariq.

"Keem, aku nak tanya hang, hang tak reti balik rumah ka? Sampai nak makan pun cari rumah aku pasaipa? Kesian mak hang penat beranak kat hang, besaq-besaq sibuk nak jadi anak umi aku." Dhariz memandang ke arah Hakeem.

Belum Hakeem membalas, Puan Diana membidas. "Biaq pi la dia nak dok sini pun. Dia anak umi jugak! Umi sayang dia."

Tersungging bibir Dhariz. Anak sendiri tak cukup lagi ka nak jaga anak orang pulak?

"See, umi pun back up aku! Werk!" Hakeem menjelirkan lidah. Dhariz mengangkat jari tengah senyap-senyap namun dapat dilihat Hakeem.

"Keem suka mai sini. Ada babah, umi, angah bongok ni dan ada sayang Hakeem sorang ni!" Ujar Hakeem tersengih sambil menyiku lengan Ayeena. Nasib tak tercekik member! Hakeem ni memanglah!

Encik Azeem dan Puan Diana ketawa melihat gelagat Hakeem. Ayeena mengambil gelas berisi air lalu dihirup.

Kenapa ek rasa cam diperhatikan?

Tersedak Ayeena apabila matanya bertemu dengan mata helang milik Aayyan. Tajam menikam anak matanya. Senyuman tiada langsung terlakar di bibir itu.

Gulp!

"Eh, sayang ok tak? Apa minum gelojoh sangat hang ni? Cepuk kang!" Hakeem mengambil tisu lantas mengelap mulut Ayeena. Pandangan mata Ayeena dan Aayyan masih lagi menikam antara satu sama lain. Rasa macam terpukau.

Kali ni nampak urat hijau di tangan Aayyan kian timbul. Sebelah tangan mengepal penumbuk. Rahang pula diketap. Argh mati! Kalau penumbuk tu singgah, mau arwah!

Ayeena menepis tangan Hakeem, "Aku okay."

Sesaat kemudian Aayyan melarikan anak mata greynya. Muka dia beku tanpa secalit senyuman. Ayeena mula rasa tak sedap hati.

Mereka meneruskan makan, sesekali suara ketawa Encik Azeem dan Puan Diana kedengaran disebabkan jenaka yang dibawa oleh Dhariz dan Hakeem. Ayeena dan Aayyan hanya diam dalam dunia masing-masing.

Setelah menidurkan Aariq di dalam bilik tidur tetamu, Aayyan menapak ke gazebo di luar rumah. Dia membaringkan tubuhnya. Mata dipejam. Sungguh dia penat. Penat memandu jauh. Penat melayan kerenah manja Aariq. Baru sekarang dia dapat berehat.

Memori di meja makan tadi menyingkap dalam fikiran. Terguris hatinya melihat Ayeena bersama Hakeem. Sudahlah gadis itu langsung tidak memujuknya.

Sedang dia asyik mengelamun, "Assalamualaikum."

Suara lembut milik Humayra menyapanya. Sebelah mata dicelikkan sebelum dia bangun dari pembaringan.

"Waalaikumussalam." lambat-lambat Aayyan membalasnya. Ditilik gadis bertudung manis di hadapannya itu memandang lantai. Berkerut kening Aayyan. Muka aku dekat lantai ke?

Kening yang tidak gatal digaru.

"Awak buat apa dekat luar ni? Saya duduk sini boleh?" Belum sempat Aayyan membalas, Humayra terus duduk di sebelahnya. Namun jarak dijaga.

"Duduk dah pun tu." Aayyan membuang pandangan ke arah lain. Tidak dapat dinafikan wajah gadis itu sungguh manis, putih kemerahan kulitnya. Sekilas pandang macam ada mix. Tapi bakal tunang aku lagi cantik werk!

Aayyan berdehem. "Ada apa awak datang sini malam-malam?"

Peliklah kan malam-malam datang rumah orang?

"Saya lalu dekat sini baru balik dari surau tadi nampak awak baring sorang dekat sini. Itu yang datang tegur." Mata gadis itu masih tertancap pada lantai.

Ye la aku dengan lantai tu memang kembar muka sama!

"Tak manis kan kita berduaan macam ni." Aayyan berkata perlahan namun didengari Humayra.

Humayra tersentak, "Saya minta maaf saya cuma nak tegur awak je takde niat lain. Maafkan saya."

"Hey chill girl! Saya tak marah lah." Aayyan mengusap belakang lehernya. Kang menangis anak orang mati aku!

Pada masa yang sama, Ayeena mencari sosok tubuh seseorang di dalam rumah. Setiap pelosok rumah dia mencarinya. Dia mengeluh perlahan.

Dia ternampak Dhariz yang sedang bermain Mobile Legend di atas sofa ruang tamu. Dia mendekati Dhariz.

"Angah, nampak Aayyan tak?"

"Ish, berpisah kejap pon takkan rindu dah kot."

Mata Dhariz masih tertancap pada telefonnya.

"Betui betui la, ngah! Mana Aayyan? Dah tidoq ka?"

"Tak. Dia ada kat gazebo luaq tu. Gi aa tengok sendiri." Ujar Dhariz tanpa memandang wajah adiknya. Ayeena tersenyum mendengarkan itu.

"Angah~~"

"Hmm"

"Angah~~"

"Apa dik? Hang nak apa?"

"Hehe teman adik jumpa Aayyan dekat luaq jap."

"Ish, takkan aku nak jadi orang ketiga pulak. Taknak aku. Pi la hang."

"Takkan adik nak berduaan dengan dia. Tak manis kan tu."

Defeat!

"Tengok sebab hang, aku kalah!" Ayeena mencebik. Dah noob salahkan orang pulak!

Dhariz bingkas bangun, "Jom aku teman hampa, aku bukan percaya sangat Aayyan tu. Kang dia terkam hang."

Ayeena berjalan seiring dengan Dhariz. Langkah kaki mereka terhenti apabila dengar suara garau Aayyan sedang ketawa dengan seseorang. Suara perempuan?

Dhariz juga berasa hairan. Dia kenal suara perempuan itu. Dia menarik lengan Ayeena sebelum menyambung langkahnya.

Tiba di perkarangan gazebo, mata mereka tertancap pada dua orang sedang ketawa tak ingat dunia. Entah apa yang lawak tak tau lah. Siap bertepuk tampaq? Bakal laki aku tu?

Dhariz mengetap rahang sebelum mendekati Aayyan. Ayeena memegang hujung baju Dhariz.

"Ehemm!" Lantang suara deheman daripada seketul Dhariz. Kedua manusia itu terdiam.

Humayra kembali menunduk. Aayyan memandang seorang gadis di belakang Dhariz. Tangan gadis itu memegang hujung baju Dhariz sambil kepala ditunduk memandang kaki.

"Hang pasaipa malam-malam mai rumah orang macam ni? Sembang dengan anak teruna orang? Berduaan? Tak malu?" Dhariz berpeluk tubuh memandang Humayra yang menunduk takut.

Mata Aayyan masih lagi tertancap pada Ayeena. Ayeena langsung tak pandang muka dia. Aku ada buat salah ke?

"M-Mayra cuma tegur Aayyan je. Mayra balik dulu lah kalau macam tu." Humayra bingkas bangun.

"Ha elok pi balik sana sebelum aku bukak silat aku!" Ujar Dhariz mendatar tanpa memandang wajah Humayra.

"Ayeena aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi." Humayra senyum kepada Ayeena sebelum melangkah pergi.

Ayeena tidak membalas apa-apa. Dia masih membisu dan menunduk.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro