Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

Usai menunaikan solat Isyak, Ayeena membaringkan tubuhnya di atas katil.

Ah, penatnya! Finally tamat juga semester ni. Macam-macam dugaan dalam menempuh semester kali ini. Assignment jangan cakap la memang bertimbun. Stress juga dibuatnya.

Nasib baik kelas hari Jumaat menjadi penenang jiwa dan raga. Ehek! Tambah-tambah pula dapat wink daripada bapak rimau rawr setiap kali tamat sesi kuliah. Ei, syukanya! Gedik hang ni Ayeena!

Kini, barulah seketul Ayeena dapat berehat dengan tenang. Satu keluhan kecil dilepaskan. Mungkin... tenang. Mungkinkah?

Beep! Beep!

Bunyi mesej masuk menyentakkan lamunan Ayeena. Mata yang dipejam kini dicelik. Tangan malas-malas mencapai telefon lantas dibuka mesej yang baru diterima.

Bapak Rimau Rawr🐯❤️
online

Assalamualaikum Sha
Sayang, are you okay?
Kenapa bluetick abang hm?

Waalaikumussalam abang
sabaq la Sha baru nak typing
gelojoh sangat pasaipa

hehe sajew
sayang

ya kenapa? ada apa? nak apa?

Amboi garunk rawr

HAHAHAHAH
cepat la nak cakap apa?

Nak vidcall boleh?

Okay boleh jom

Incoming video call from Bapak Rimau Rawr

Amboi laju! Ayeena berdehem perlahan sebelum slide to answer. Dia bangun daripada pembaringan dan duduk bersila di atas katil.

"Ehem Assalamuaikum dinda." suara serak basah milik Aayyan menyapa lembut gegendang Ayeena. Senyuman lebar menghiasi muka tampan itu.

"Waalaikumussalam kanda." lembut Ayeena menjawab salam Aayyan. Kedengaran suara dalam talian sana tergelak suka. Suka eh rimau ni? Nasib gelak pun hesmes!

Sebenarnya Ayeena turn off camera HAHAHAHAH dia malu-malu anjink. Mohon readers sepak dia berjemaah!

"Sayang on lah camera kenapa off? Abang is rindu hm!" Suara Aayyan lembut memujuk Ayeena untuk menturn on camera.

Oh my! Jantung jangan macam ni. Berhenti sekarang. Jangan durhaka pada tuan. Kang aku cabut tukar jantung ironman karang!

"Hello? Sayang are you there?" Aayyan bertanya lembut. Keningnya dijongketkan.

Ya Allah, sungguh hamba mu ini lemah lagi longlai. Skru lutut rasa nak tertanggal!

"Sha!" Naik seoktaf suara Aayyan. Tachod!

Auto berhenti lamunan Ayeena. Tangan terus menturn on camera. Dia tersengih menampakkan gigi sebaris. Aayyan menghela nafas lega.

"Ada pun. Sha buat apa tak layan abang tanya tadi?" Bibir Aayyan menguntum senyum.

"Sha tertidur tadi hehe sowwy." Ayeena mengerdip matanya. Aayyan tergelak kecil.

"Comel la Sha ni! Boleh tertidur ya!" Aayyan menggeleng kepalanya sambil mengurut pelapis dahinya. Ayeena masih tersengih.

"Sha, abang nak tanya ni." mula masuk serious part.

"Tanya apa tu?"

"Sha betul-betul terima nak jadi tunang abang kan?"

Ayeena terdiam. Baru teringat lagi beberapa hari mereka akan mengikat tali pertunangan. Air liur ditelan kasar. Perlahan-lahan kepala dianggukkan.

"Are you sure sayang? Kalau Sha belum bersedia kita tangguh dulu. Abang okay je."

Gila nak tangguh persiapan dah siap bagai. Dengan pantas Ayeena menggelengkan kepala.

"No, kita proceed. Sha tak nak tangguh." Lancar keluar daripada mulut Ayeena. Eh, kenapa nampak macam gatal sangat aku ni?

Aayyan ketawa melihat reaksi Ayeena. "Okaylah kalau Sha dah cakap macam tu. Tak shabarnya lagi 5 hari je sayang and then we just have one step closer." Aayyan tersenyum lebar manakala Ayeena tersenyum sipu malu.

"Ok lah Sha pergi la rehat esok nak gerak balik kampung kan?"

"Haah. Jap abang!" Dahi Aayyan berkerut.

"Yes, sayang kenapa?" lembut sungguh suara Aayyan. Kejap jangan cair lagi Ayeena!

"Nanti time majlis tu abang ada tak?"

"Nope! Kita takkan jumpa sampai nikah. Kecuali kalau terserempak dekat kolej."

Ayeena agak terkesima namun reaksinya ditahan. Macam mana nak tanggung rindu? Kenapalah orang tua-tua buat adat macam ni? Tau tak rindu itu berat.

"I know you gonna miss me. Same goes to me dear!" Aayyan menghadiahkan senyum manis buat Ayeena. Ayeena mengangguk faham. Muka pudar tanpa senyuman.

"Okay sweetheart. Time to sleep. Abang tahu Sha penat. Bye Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Aayyan sempat membuat flying kiss. Ayeena tergelak kecil.

Ayeena membuka telekung dan melipatnya dengan kemas sebelum kembali baring di atas katil.

Setelah bervidcall bersama kesayangan, Aayyan melangkah masuk ke dalam biliknya. Dilihat Anrique sedang bermain sambil ketawa di dalam baby cot. Alahai comelnya anak daddy!

Diambil Anrique dan didukungnya, "You're gonna have mummy soon! Yeay! Eh, daddy yang saited pehal!" Aayyan ketawa sambil menepuk punggung anaknya sehingga tertidur. Anrique kembali diletakkan ke dalam baby cot.

Klak!

Pintu dikuak.

"Aayyan aku nak tidur dengan kau boleh?" Aariq menenyeh matanya. Dengan pyjama ultramannya. Astaga ini anak!

"Eh, pehal kau?"

"Aku rindu nak peluk kau." Aariq terus melangkah masuk ke dalam bilik. Bibir dijuihkan. Lantas dipeluknya Aayyan.

"Woi, badan kau panas pehal?" Aayyan menolak Aariq agar menjauhinya. Wajah Aariq cemberut. Mata sudah mula berkaca-kaca. Tunggu masa kolam air mata pecah.

Aayyan melepaskan keluhan berat. Aayyan menarik Aariq ke dalam pelukannya. Tersedu sedan Aariq dalam pelukan hangat abangnya. Tangan Aayyan naik mengusap rambut perang adiknya. Air mata yang ditahan kini banjir.

"Hiks kau marah aku hiks. Hiks aku nak hiks tidur dengan kau je hiks." Aayyan tersenyum mendengar bait ayat Aariq.

"Tak, aku tak marah kau. Aku tanya je. Dah janganlah nangis." Aayyan memujuk lembut.

"Kau dah hiks tak sayang hiks aku kan?" Aariq mengeratkan pelukan abangnya.

Aayyan tergelak kecil. "Aku sayang kau lah. Kau adik aku."

"Kau ni ingat kecik-kecik demam dulu je manja, sampai ke besar nak manja. Haih dah pergi baring sana. Aku pergi ambil ubat kejap."

"Kau tak tinggal aku kan bang?"

"Tak aku tak tinggal kau."

Aariq menuju ke arah katil bersama bantal busuk di tangan. Air mata dikesat dengan tangan. Badan dibaringkan.

Aayyan menggeleng perlahan. Aariq, Aariq, dari kecik sampai besar tak berubah! Asal demam je cari aku. Time sihat maki aku.

Aayyan berlalu untuk mengambil ubat di dapur. Dalam bebebrapa minit dia kembali bersama ubat dan segelas air.

"Aayyan hiks Aayyan aku nak kau hiks." Aariq merengek macam budak lima tahun.

"Ya, aku ada ni. Bangun kejap makan ubat ni." Aariq patuh akan arahan Aayyan.

"Cengengnya adik aku ni. Kau stress sangat ni. Stress final exam aritu eh?"

Aariq mengangguk perlahan. Aayyan senyum lalu mengusap manja kepala adiknya. Rambut Aariq yang serabai dibetulkan.

"Dah pergi tidur. Aku nak simpan gelas ni."

Aayyan berdiri dari melutut sebentar tadi. Tangannya disambar oleh Aariq. Aariq menggeleng perlahan.

"Jangan la tinggal aku lagi."

Aayyan memegang tangan Aariq. "Ye la aku teman kau." Aayyan membaringkan tubuhnya di sebelah Aariq. Terus Aariq masuk ke dalam pelukan Aayyan. Berbantalkan lengan Aayyan.

"Pehal ketiak kau masam, Yan?" Terangkat kening Aayyan.

"Tch, kau ketiak masam ni juga kau nak peluk kan? Kang aku sepak kau keluar dari bilik aku baru tahu."

Ada ka patut hina ketiak aku yang harum semerbak ni!

Tiba-tiba tangisan Aariq berkumandang. Membulat mata Aayyan.

"Woi, jangan nangis terjaga anak aku nanti! Okay, aku tak marah aku guraw." Aayyan menepuk punggung Aariq perlahan. Kalah Anrique budak ni!

Setelah beberapa minit, bunyi dengkuran kecil daripada Aariq. Aayyan tersenyum sebelum mencium dahi bersih adiknya itu.

Semoga kau sihat esok,budak!

"Yeen, kau dah siap?"

Ayeena mengangguk yakin. "Dah."

Ayeena menarik luggagenya dan mengangkat masuk ke dalam kereta milik Aayyan.

Eh, kereta Aayyan? Rebecca? Yes, Rebecca la tu!

Setelah dipaksa oleh Aayyan kali ke-19 baru Ayeena setuju untuk dihantar pulang ke kampung. Aayyan keluarkan aura rimau dia mahu tak takut si Ayeena.

Ayeena menjeling sekilas Aayyan di dalam kereta, Aayyan sedang membetulkan rambutnya sambil menilik cermin. Shades dipakai. Aww so hotssss!! Tapi sayang tak gentlemen langsung, ada ka patut bagi aku angkat luggage sendiri hm.

"Sir tak nak turun ke tu?" Shayla mengendap cermin kereta Aayyan.

"Dia segan la tu." Ayeena menarik lengan Shayla . Bukan boleh dibiarkan kang minah ni gi ketuk Rebecca ni, tak ke angin rimau dalam tu!

"Apa pun semoga korang berjalan lancar. Tahniah Yeen!" Shayla memeluk Ayeena. Huhu rasa sebak bersarang!

"Thanks babe!" Ayeena membalas pelukan Shayla.

Tinggal Shayla sahaja yang belum pulang ke rumahnya yang di Johor. Petang ni baru dia balik. Rose dengan Elmira awal-awal lagi dah balik. Lepas habis paper semalam lagi. Mereka sedia maklum tentang majlis pertunangan Ayeena dengan Aayyan. Malam sebelum last paper, Ayeena berterus terang. Alhamdulillah dapat respond yang positif. Malah masing-masing mengucapkan tahniah. Ingat nak kena terajang ke apa kan?

"Dah tu cik abang tunggu lama pergi sana!" Shayla menolak tubuh Ayeena. Pintu dibukanya. Ayeena masuk ke dalam perut kereta dan menurunkan cermin.

"Jaga diri, Shay! Jumpa next sem."

"Baik Yeen. Sir jaga kawan saya elok-elok. Kalau sir sakitkan hati dia, saya upah gangster pukul sir sampai lunyai." ugut Shayla.

Aayyan ketawa kecil dan mengangguk perlahan. Ayeena di tepi dipandang sekilas. Senyuman terbit di muka kacak itu. Kereta terus meluncur laju gah di atas jalan raya.

Ayeena meregangkan ototnya sebelum menoleh ke arah kerusi penumpang sebelah belakang.

"Arghhh hantu!"

Ayeena menekup mulutnya.

"You ni bising la babygirl!" Aariq mengambil bantal busuknya menekup mukanya. Harap tak mati kelemasan lah ye!

Kang tak pasal masuk metro muka depan, seorang lelaki hesmes maut setelah menekup muka sendiri dengan bantal busuknya.

Ayeena mengurut dadanya. Ingat hantu tadi!

Aayyan di sebelahnya ketawa. Ayeena menjelingnya sekilas.

"Abang tak bagitau pon ada Aariq sekali?"

"Aariq demam. Dia kalau demam tak boleh berenggang dengan abang. Terpaksalah abang heret dia sekali balik kampung." Mata Aayyan tertumpu pada jalan raya sesekali dia mengerling ke arah Ayeena.

"Manjanya dia. Comel!" ujar Ayeena sambil tersenyum melihat Aariq. Dengan cool fever ditampal di dahi. Muka cemberut. Baju terselak nampak perut. Yang paling penting, bantal busuk legend. Adoi!

"Aipp sayang! Comel sayang tu abang sorang je ye." Aayyan merengek membuatkan Ayeena tersenyum.

"Sayang?"

Ayeena hanya membalas 'hmm'.

"Did I tell you?"

Terangkat kening Ayeena. Tak faham.

"You look so beautiful today! Make me fall in love again and again rawr!"

Ayeena menunduk malu. Wajah berona merah padam. Malu titew!

Bibir Aayyan melakar senyuman melihat wajah Ayeena yang macam tomato ceri. Comel!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro