𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
Masuk hari ini dah dua minggu sejak Ayeena pulang dari kampung. Masih juga tidak dapat digambarkan perasaan Ayeena bahawa dia bakal bertunang dengan bapak rimau rawr.
Walaupun sikap tegas Aayyan dalam dewan kuliah still rawr , Ayeena kini tidak lagi merungut tentangnya malahan lebih excited untuk menghadiri kelas bersama Aayyan. Aww!
Yang paling gembira buatnya, ehek!
Beep!Beep!
Bapak Rimau Rawr🐯❤️
online
Assalamualaikum sayang abang! Good morning
Mulakan harimu dengan bismillah
Please know that I miss you babygirl hm
Can't wait to see you today
Jaga diri, jaga mata yang penting jaga hati sayang!
Untuk abang sorang jew
Abang love awak tau
Hari-hari Ayeena dihiasi dengan mesej sawit daripada Aayyan. Itu pun Aayyan dapat nombornya daripada Dhariz. Mula-mula tu kena maki berbakul juga si Aayyan tu dengan Ayeena. Mana tidaknya tiba-tiba chat 'hi sayang!'
Untungla hm, kesian author singlet.
Senyuman lebar terukir di bibir mugil milik Ayeena. "Arghhhh kenapa comel sangat ni!"
Ayeena bergolek-golek di atas katil queen miliknya, tanpa sedar dia terlajak sehingga
Gedebuk!
"Aww sakitnya!"
Pintu biliknya dikuak. Tersembul muka housematesnya.
"Wey kau ok tak? Pehal ada dekat bawah tu?" Rose mendekati Ayeena, membantunya untuk berdiri.
"Hang ka Yeen? Aku ingat ada durian luruh ka tadi ni HAHAHAH! Kuat benor bunyinya." Elmira di muka pintu gelak terbahak-bahak.
Ayeena menjelingnya sambil mengusap belakang badannya.
"Aku ingat nangka busuk jatuh!" Shayla pula sambung mengusik. Inilah definisi sebenar kawan baik jatuh bangun bersama, jatuh digelakkan bangun tidak dibantu.
"Yeen, kau dah siap? Hari ni kelas bapak rimau kau tu." Rose mengubah topik. Rose ja yang paham aku heh!
Ayeena mengangguk lalu lantas berdiri. Beg sandang diambil. Telefon yang jatuh tadi juga diambil, "Jom karang lambat pulak sampai!"
Terkebil-kebil tiga sahabatnya memandangnya. Selalunya minah ni paling tak suka kelas dengan Sir Aayyan.
"Ha apa pandang-pandang? jom la gerak!"
Ayeena berjalan ke arah pintu bilik namun ditahan Shayla. Shayla mengangkat tangannya dilekapkan pada dahi Ayeena. Ayeena mengerutkan dahi.
"Eh tak demam?" Shayla memandang Elmira di sebelahnya. Elmira mengangkat bahu. Ayeena menepis tangan Shayla.
"Apa hampa ni?"
"Dari last week aku nak tanya pehal kau excited sangat setiap hari Jumaat ni?" Rose mula melangkah mendekati mereka.
"T-takda apa apa la. Jom gerak!" Ayeena terus membolosi mereka yang lain. Ketiga-tiganya terpinga-pinga. Akhirnya mereka pun mengikuti langkah Ayeena. Karang lambat kena marah free dengan bapak rimau!
Kenapa bluetick ni? Hm
Aayyan merenung mesej yang baru dihantar kepada Ayeena. Tangan diangkat menongkatkan dagunya. Mulutnya sebek.
"Aayyan! Termenung apa lagi tu? Bihun tu tak terbang masuk mulut sendiri tau!" Tengku Dayang menggeleng kepala melihat kerenah anak bujangnya itu. Ada pula termenung di meja makan.
Aayyan tersentak lalu berdehem perlahan, dipandangnya Anrique di sebelahnya terus bibirnya mengukir senyuman. Dicuit manja pipi anaknya. Sesekali anaknya ketawa suka. Tuan Anrique Danial. Anak angkat Aayyan a.k.a anak arwah Aakif. Comel macam Daddy dia. Handsome macam Daddy dia. Bergaya pun macam Daddy dia. Kiranya semua macam Daddy dia la. Eh, biarlah aku nak promote diri sendiri. Aku hero korang sibuk ape. Gi main jejauh.
"Mana ada Aayyan termenung bonda. Ada-ada je bonda ni." Aayyan menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Sesekali matanya mencuri pandang telefon. Hmm takde chat masyuk!
"Ala bonda, biasala orang baru nak bercinta. Beginilah! Tunggu kunjungan mesej dari pujaan hati tapi sayang ngak direspon barangkali." Aariq ketawa kecil. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Aayyan.
Aayyan mendengus geram. "Kau diam!"
Aariq menjelirkan lidahnya.
"Ish, kau ni memang nak kena!" Baru Aayyan berura-ura bangun untu menyerang adiknya, Aariq, Tengku Dayang mencelah.
"Aayyan! Aariq! Tak malu ke gaduh depan rezeki hah? Depan Anrique pulak tu?"
"Aayyan duduk makan dulu." Aayyan akur arahan Tengku Dayang. Dia melabuhkan semula punggung ke atas kerusi.
Tengku Dayana memulas telinga Aariq, "Aariq ni suka sangat usik abang ni! Tak baik tau tak!"
"Ah, sakit bonda sakit, ok Aariq minta maaf! Ampun bonda ampun! Ah!" Aariq mengusap telinganya sebaik sahaja Tengku Dayang melepaskannya.
Aayyan menahan tawa melihat muka cemberut Aariq, 'padan muka loh'.
"Bonda ni sikit sikit Aayyan! Aariq pun anak bonda, kesian Aariq dianak tirikan hmm."
"Kau tu anak pungut je bangchik! Takde orang sayang kau." Dalia mengambil tempat di sebelah abangnya, Aayyan. Tak kuasa nak duduk sebelah tapir bertopengkan manusia, Aariq!
"Hello who are you? Salah rumah kau ni! Kau tu kalau aku tak suruh bonda bawak balik dulu, entah sekarang kau dah jadi anak anjing liar kat luar sana tu huh!" Ujar Aariq dengan mulut penuh dengan bihun sambil menjeling adik bongsunya itu.
Pap!
"Argh bonda ni kenapa?" Aariq menarik muncung sambil mengusap lengannya yang dicepuk oleh Tengku Dayang.
"Mulut tu kalau penuh jangan bercakap kang tercekik mati karang!"
"Allahu Akhbar! Sayang juga bonda dekat Aariq. Lebiu bonda!" Aariq tersengih dengan mulut penuh bihun. Aayyan ketawa sambil menggeleng kepala. Adiknya itu kalau tak bangang tak sah.
Bonda turut terhibur dengan Aariq, "Ish, budak ni! Kalau awek tengok ni lari terus tak pandang belakang dah. Makan gelojoh comot macam Anrique!"
Anrique terkekek-kekek seperti tahu namanya disebut. Aayyan tersenyum melihat anaknya.
"Tapi Aariq lagi comel dari si kemetot tu!" Aariq menjeling Anrique. Muka tak puas hati ditayangkan.
"Amboi kau dengan budak pun tak nak kalah!" Aayyan bingkas bangun membetulkan kedutan pada kemejanya. Dia mahu gerak ke kolej.
"Dalia, hari ni pergi dengan Aariq ya! Abang Yan ada kelas pagi ni." Dicium ubun-ubun Dalia sekilas.
"Eh, aku pun ada kelas pagi ni! Kelas kau pulak tu!" Aariq bersuara apabila dia diminta untuk menghantar Dalia ke sekolah. Aayyan menyalami tangan tua milik Tengku Dayang.
"Aayyan pergi dulu,bonda. Apa-apa call Yan." Dicium pula dahi Tengku Dayang.
"Dalia tak nak naik kereta dengan Bangchik ni!"
"Aku pun taknak tumpangkan kau! Werk jalan kaki aaa kau!"
"Tengok tu abang! Bangchik ni jahat!"
"Memang aku jahat MUAHAHAHAHAH aku jahat dengan kau je!"
Pap!
Pap!
Kedua-dua kepala mereka diketuk oleh Aayyan sebelum melangkah pergi.
"Bab* sia* jantan tak guna!" carut Aariq geram.
"Bang*ng punya abang Yan, takguna sh*t!" Tambah Dalia.
"AKU DENGAR TU AARIQ DERISH! TUAN AALIYA DALIA!" Suara Aayyan menyentakkan mereka berdua. Mereka saling berpandangan. Telinga gajah kah Aayyan itu?
Seorang lelaki bertubuh tinggi, rupa parasnya kacak, hidung mancung terletak elok, bibir kemerahan sepertinya tidak merokok, berjalan lalu mengambil tempat di sebelah Dalia. Dalia menoleh sekilas sebelum dibuang pandangan ke arah lain.
Jantung berdegup laju. Tangan dibawa ke dada sebelah kiri. Berhenti kau sekarang, jantung!
"Biar saya yang hantar cik muda hari ni." Suara garau di sebelahnya menyapa gegendang telinganya.
Aku? Naik kereta dengan dia?
Dalia menelan air liur terasa berpasir. Seperti tersekat sesuatu di kerongkongnya. Wajahnya kian berona merah.
Aariq yang melihat kegelabahan Dalia, tersenyum sinis.
"Baguslah kau datang, Mika! Tolong hantar tuan puteri kesayangan kau ni ke sekolah ya!" Aariq bingkas bangun dan bersalaman dengan Tengku Dayang. Dicium pipi Anrique sekilas.
Lelaki tadi yang bernama Mika terkedu seketika sebelum berdehem perlahan.
"Pst pst adik, selamat berdating dengan ABANG Mika!" Aariq bisik perlahan pada telinga Dalia sebelum berlari anak ke pintu utama sambil ketawa. Dalia mencarut dalam hati.
Namun bisikan itu dapat didengari Mikael. Mikael menyembunyikan senyumannya.
"Cik muda dah siap? Kita gerak sekarang nanti lewat pula." Ujar Mikael sambil tersenyum manis sehingga lesung pipitnya tersembul di pipi sebelah kirinya. Lesung pipit mamat ni ada sebelah je.
Perlahan-lahan Dalia mengangguk. Mulutnya seakan terkunci. Begitulah jadinya kalau seketul Dalia bertemu seketul Mikael. Auto bisu. Berbeza bila dia dengan Aariq.
Setelah salam dengan Tengku Dayang, mereka pun berangkat ke sekolah.
Esyraf Mikael Edward. Orang kuat Tuan Aathif, abang sulung kepada Dalia. Mikael ni lebih kurang bodyguard kepada Dalia yang diarahkan oleh Aathif sendiri. Mereka kenal Mikael sejak kecil. Tuan Aydan mengambilnya sebagai anak angkat setelah kedua ibu bapanya maut terlibat dalam kemalangan.
Semua orang tahu akan perasaan Mikael terhadap Dalia. Dalia sendiri tahu. Itu pun Aariq yang beritahu kalau tidak sampai kesudah dia tidak tahu. Dalia juga pernah menyimpan perasaan kepada Mikael tetapi tu kisah lama. Masa tu Mikael ada girlfriend, Lyana. Itu pun 4 tahun lepas. Kini, Dalia telah pun berpunya. Mikael juga sudah mengetahui akan hal itu.
Pada mulanya, Mikael cuba menjarakkan dirinya daripada Dalia. Ingin merawat hati yang lara mungkin. Akan tetapi baru-baru ni dia kembali dengan tujuan ingin menjadi semula bodyguard kepada Dalia, gadis pujaannya.
Tidak dapat diafikan bahawa Mikael sememangnya handsome. Ramai gadis yang cuba mendekatinya namun satu pun tidak berjaya. Untuk makluman semua, Mikael adalah Aariq 2.0, kembar sekepala. Walaupun Aariq berumur 20 tahun dan dia berumur 22 tahun, namun itu tidak menghalangnya untuk menjadi bangang seperti Aariq.
Kalau bersama Dalia sahaja dia pendiam. HAHAHAH comel betul!
Ting!
Ting!
Aayyan menyeluk sakunya mengeluarkan telefonnya. Dilihat lockscreennya. Senyuman ditarik nipis.
You have messages from shayang shangat
Jam di tangan dipandang sekilas, baru pukul 9 setengah. Terus dia menekan untuk membaca mesej yang diterima.
Aayyan mengigit hujung jarinya. Senyuman bahagia terlakar di wajah tampan itu.
Shayang shangat ❤️🔥
online
Waalaikumussalam, abang
Tak perlu pesan pun actually
Why?
Cuz my heart all yours
you know how to make
me crazy, dear
that's how I'm
crazy of you
eii budak kecik ni pandai eh!
Geget kang
Geget la sini-sini
Sha gigit abang balik
Sha pun ada gigi
ok enough sayang
lenguh otot pipi abang
asyik senyum je ni
Jom jumpa dalam kelas
Make sure put your
eyes only on me
Ok abang pun sama
mata tu untuk Sha sorang
je huhu
Aayyan tersenyum sendirian. Sungguh dia angau. Aayyan ketawa kecil. Comelnya bakal tunang siapa ni?
Tok!
Tok!
Tok!
Aayyan memandang ke arah si gerangan yang berani mengangkat tangan mengetuk cermin Rebeccanya. Dia berdehem perlahan sebelum menurunkan cermin. Kaca mata hitam yang dipakainya diturunkan.
"Oi, kau pehal duduk dalam kereta lama sangat! Kelas cancel ke? Kalau cancel aku nak balik tidur." Aariq bercekak pinggang di sebelah kereta Aayyan.
Rebecca tu nama untuk kereta Aayyan. Dia bagi sendiri nama tu. Aayyan melepaskan keluhan berat. Dekat rumah muka dia dekat kolej muka dia, semaklah!
Aayyan terus keluar daripada perut kereta tanpa membalas ujaran Aariq. Dia berlalu pergi meninggal Aariq di belakang. Cis, boleh dia buat aku tak wujud kat sini?
Aariq mengejar langkah Aayyan.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro