Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10

"Humayra!"

Laung Ayeena dari luar rumah setelah tiba di perkarangan banglo Encik Azeem. Aayyan menepuk dahi melihat telatah Ayeena.

"Sha, cuba bagi salam dulu." Ayeena tersengih kepada Aayyan yang menggelengkan kepala.

"Hehe, Assalamualaikum~ humayra aku dah balik ni!"

"Waalaikumussalam. Aku dekat gazebo ni ha!" Terus Ayeena berlari ke arah gazebo meninggalkan Aayyan di belakang.

Aayyan mengikuti langkah Ayeena.

"Humayra, rindunya dekat hang!" Ayeena memeluk sepupunya, Humayra. Humayra tergelak kecil.

"Ish, masamnya bau kau, Ayeena! Ada hati nak peluk aku bagai. Werk!" Humayra melepaskan pelukan. Cemberut muka Ayeena.

"Hang ni ada yang makan kaki satgi ha!" Ayeena mengguling biji mata.

"Aku gurau je la. Kau ni ~ eh sape handsome guy ni, Ayeena?" Ayeena menoleh sekilas ke sisinya, Aayyan tersenyum janggal. Terlupa pulak ada mamat ni sekali!

"Saya Aayyan, bakal tunang Ayeena." pendek saja namun dapat membuat hati Ayeena berbunga-bunga. Ayeena tersenyum kecil.

"Ala, baru nak try. Kau dapat dulu. Hm." Ayeena menepuk perlahan lengan Humayra.

"Jangan macam-macam eh, ni aku punya muahahahahah!"

Berbahang muka Aayyan. Segan apabila Ayeena mengakui Aayyan adalah miliknya.

"Abang!"

Aayyan berdehem perlahan. "Hah sayang nak apa?"

Ayeena menepuk dahi. "Sha tanya abang kenapa muka merah? Panas ka? Pi la masuk rehat petang ni nak balik KL dah."

Aayyan mengangguk lalu memberi senyuman manis. "Abang masuk dulu ya. Sayang jangan lama-lama dekat luar, panas ni! Nanti demam pula." Pesan Aayyan sebelum membuka langkah masuk ke dalam rumah.

Ayeena tersenyum simpul. Malu-malu anjink! Eh, kejap Humayra ada dekat sini! Mesti dia dengar tadi! Ah malu!

Ayeena menoleh melihat Humayra yang sedang merenung dirinya.

"Bukan main kau ya! Siap bersayang-sayang bagai." Humayra melepaskan tawanya.

"Dia yang panggil macam tu, bukan aku." Merah-merah tomato muka Ayeena.

"Dulu bukan main Abang aku kau reject mentah-mentah. Tak nak bercintalah apa lah. Ni tup tup nak tunang dah."

"Aku tak bercinta la dengan Aayyan. Baru ja kenai."

Membulat mata Humayra memandang Ayeena.

"WHAT?! Baru kenal nak tunang dah? Kau biar betul, Ayeena."

"Betul la apa hat tak betulnya. Yang tak betul tu hang. Ok la lepas kahwin bercinta la takda masalah haih."

"Abang aku yang kau kenal dari kecil pun kau reject. Ni baru kenal dah nak tunang?!"

"Abang hang tu sebab aku dah anggap macam abang aku sendiri. Ish hang ni berapa kali aku nak cakap."

"Kiranya abang aku tak tahu lagi lah ni eh?"

"Mana aku tau, biarlah dia tau ke tak bukan masalah aku!"

"Kalau tahu ni mau menonggeng sebulan orang tua tu, dia dah lah bagitahu mama aku dia nak pinang kau lepas habis belajar."

"Hang bagitau abang hang suruh dia simpan ja la niat dia tu, aku dah berpunya."

"Eh, aku taknak masuk campur ye! Ni aku datang nak cakap sikit dengan kau."

Humayra kembali serius. Ayeena menjongketkan keningnya.

"Aku dapat sambung belajar master dekat kolej kau. Aku nak tumpang rumah kau boleh kan?"

Bersinar mata Humayra seperti kucing mintak whiskas.

"Boleh ja weh. Rumah tu banyak bilik. Aku lagi suka kalau hang duduk dengan aku."

"Segan jugak aku je paling tua dalam rumah tu."

Humayra ni muda 3 tahun daripada Dhariz. Kiranya umur dia 23 tahun. Beza dengan Ayeena 4 tahun.

"Umoq ja tua perangai cam budak tadika heh!" Ayeena menjeling Humayra. Terhambur tawa Humayra.

"Bila hang nak pi KL?"

"Lagi 4 bulan maybe."

"Nanti roger aku. Ni aku nak tanya sikit?"

Humayra menoleh pandang wajah Ayeena.

"Hang betul-betul takda perasaan dengan angah aku dah ka? Jujur dengan aku kaih."

Humayra melepaskan keluhan. "Kan aku dah cakap. Aku dah tawar hati dengan Abang Riz sejak dia pergi Itali dulu. Dia gantung aku tak bertali. Lagipun dia dah tak suka aku. Macam tadi senyum pun tak."

"Angah aku tu nampak ja macam tak peduli, tapi dalam hati dia masih harapkan hang. Aku kenai sangat perangai jibon tu. Hang first love dia? Mana mungkin dia lupa."

"Dah la malas la cakap pasal tu. Kita tukar topik jom. Ha kita cakap pasal bakal tunang kau."

Ayeena laju menggeleng, tangan di silang tanda 'X' . Kalau buka cerita pasal Aayyan kang ada yang mula la nak berbunga.

Humayra ketawa terkekek-kekek.

Aayyan melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Dhariz yang sedang baring. Satu keluhan besar dilepaskan. Matanya dipejam. Memori bersama Ayeena menyapa dan dimainkan semula dalam ingatan. Satu senyuman terukir di bibir.

Dhariz bangun daripada pembaringan. Jaraknya di dekatkan dengan Aayyan yang tersenyum sendirian sambil mata terpejam. Dah gila agaknya kawan aku ni?

Keningnya bertaut. Timbul satu idea jahil di benak fikirannya. Hehe! Show time!

Tangan kirinya perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam T-shirt Aayyan. Perlahan dia mengusap abs Aayyan. "Abang Aayyan hm~" suara sengaja dikepitkan.

"Sha, jangan macam ni kang ada yang kena terkam nanti ha."

Dhariz menahan tawanya. Tanggannya ligat mengusap badan Aayyan.

Aayyan menangkap tangan tersebut. Digenggam lama. Dhariz terkedu. Ahh kantoikah? Ditariknya Dhariz ke dalam pelukannya.

"Sayang kenapa badan sayang besar ni?" Aayyan mengeluh perlahan.

Tawa Dhariz hampir terlepas mendengar keluhan Aayyan. Sial miang jantan ni!

"Astagfirullahalazim~ Abang Aayyan! Angah!"

Aayyan membuka mata melihat Ayeena sedang berdiri di hadapannya. Terkedu seketika. Kening berkerut.

Kalau Ayeena dekat depan ni, maknanya maka sekiranya jadi bagaimanakah siapakah di pelukannya di saat ini?

Perlahan-lahan kepalanya direndahkan melihat si gerangan dalam pelukannya.

"Cak! Peace!"

Aayyan terkejut lalu menolak Dhariz jatuh daripada sofa. Dhariz mengusap punggungnya.

"Sakitlah bab*! Cakap la awal-awal kalau nak tolak aku."

Dhariz lantas mengambil tempat di atas sofa duduk di sebelah Aayyan. Aayyan mengambil satu bantal menjadikan penghadang sempadan Dhariz dengannya. Risau dicabul lagi!

"Abang buat apa dengan Angah siap berpeluk bagai? Pelik-pelik ja hampa ni."

Ayeena dah mula cekak pinggang. Aayyan sedikit menunduk.

"Abang ingat Sha tadi. Tu yang abang terpeluk." Selamba Aayyan. Sekarang ni muka Ayeena pula rasa panas macam nak rendam dalam kolam ikan uminya. Humayra di sebelahnya menahan tawa.

"Kalau tu adik aku, dah lama aku tetak dia pakai parang, belum kahwin nak peluk anak orang! Dua-dua sama gatal."

Dhariz menjegilkan biji mata ke arah Ayeena.

"Eh, adik pulak yang kena."

"Ntah, kau yang cabul aku. Tak suci dah aku hm. Aku nak bagi Sha yang rasmi ni pehal kau pulak yang rasmi? Kena samak ni!" Aayyan meluahkan ketidakpuas hatinya.

Dhariz mencebik. "Hang tu pehal senyum sambil tidur? Gila? Dah la pervert!" Aayyan menekup mulut Dhariz daripada meneruskan kata-katanya. Dhariz menampar-nampar lengan kekar milik Aayyan.

"Sha, pergilah berbual dengan Humayra dulu. Abang nak bincang dengan angah kejap."

Dhariz menjeling tajam wajah Aayyan. Angah ye?

Ayeena mengangguk. "Okay kami pi dapur dulu. Abang nak minum apa-apa? Nak kopi?

"Sha, abang nak susu!"

Semua mata membulat memandang tepat ke arah Aayyan. Dhariz pun terkezut gais.

"Eh, maksud abang nak minum kopi susu." Aayyan tersengih. Ayeena dan Humayra menghela nafas. Tertanjat kita!

Ayeena dan Humayra berlalu ke dapur meninggalkan Dhariz dan Aayyan di ruang tamu. Aayyan melepaskan tangannya daripada mulut Dhariz.

Dhariz memandangnya tajam. "Hah kau pehal pandang-pandang? Nak gaduh?"

"Ha memang aku nak gaduh! Bukan main gatal hang harini. Peluklah, susulah."

Aayyan menampar bahu Dhariz. "Setan! Slow sikit suara tu. Sha dengar nanti mati aku!"

"Biaq hang mati, bab* sangat perangai! Depan aku hang mintak bukan-bukan dekat ADIK aku! Cilaka punya kawan!" Dhariz menjeling tajam.

"Ala tu pun nak kecoh kau ni! Nanti dah kahwin lebih daripada tu aku akan minta!" Aayyan memberi senyum nakal.

"Hanatnya hang ni! Tak kahwin lagi dah pasang niat gatal. Kesian adik aku bakal suami dia bernafsu kuda belang!" Dhariz menggeleng kepalanya. Terhambur tawa Aayyan melihatnya.

"Jemput minum, Aayyan, abang Riz." Humayra menghidangkan air kopi susu kepada Aayyan dan Dhariz.

"Terima kasih." Aayyan mengucapkannya terlebih dahulu.

"Hang letak racun tak dalam ni? Mana tau nak aku mati awai." Kata Dhariz tanpa memandang muka Humayra. Aayyan memandangnya pelik. Orang bagi minum lah, nak pertikai kenapa? Tapi kalau ada racun dengan aku sekali mati kan? Tak sempat kahwin nanti.

Dapat dilihat raut wajah Humayra beriak kecewa, "Takkanlah Mayra nak racun abang. Sampai hati abang tuduh Mayra macam tu."

"Nasib aku sampai hati ja, kalau sampai kaki tadi? Mau hang dah melekat kat dinding sana! Lagi satu aku tak tuduh, aku tanya ja ha kan ada beza tu."

Humayra terus berlalu pergi.

"Tau takut. Nasib tak terangkat kaki tadi." Dhariz berkata perlahan. Aayyan di sebelahnya terkebil-kebil.

"Kau pehal kasar dengan perempuan macam tu?"

Dhariz mengambil secawan kopi. Dihirupnya sedikit. Sedapnya!

"Suka hati aku lah!" Diletakkan kembali cawan tersebut di atas meja.

"Aku tengok dia baik je. Pehal kau tak suka dia?" Aayyan menghabiskan air kopinya sehingga licin. Sedapnya air tangan bakal isteri! Ehek!

"Don't judge a book by it's cover bro!" Dhariz mengambil telefonnya dan mulalah sesi mengscroll tiktok.

Cawan yang kosong diletakkan kembali di atas meja, "Wah speaking eh kau! Bukan main. Apa-apa je la. Tu masalah kau bukan aku. Yang aku fikir sekarang adik kau. Hehe."

"Fikir fikir jugak, hang buat perangai miang macam tadi tu aku sekeh hang!" Terkekek-kekek Aayyan ketawa melihat muka garunk Dhariz.

"Baiklah angahku sayang!"

"Geli anja*! Jangan panggil macam tu sia*!"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro