Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1

"You cakap apa?" Aariq terkebil-kebil. Sumpah comel. Baru Ayeena perasan dia cakap loghat kedah.

"Er Aariq, Yeen dengan Elmira ni orang Kedah. So memang diorang cakap macam tu." Shayla menerangkan kepada Aariq. Aariq hanya membuat mulut 'o' tanda faham.

"Kau kenal dia ke Yeen sebelum ni?" Tanya Rose kepada Ayeena.

Ayeena menggelengkan kepala.

"You pasti you tak kenal dia?" Aariq pula bertanya kali ni.

Ayeena mengangguk.

'But he knows you!' getus hati Aariq.

"Ntah-ntah bapak rimau kau tu syok kat kau tak Yeen." Teka si Shayla.

Ayeena mencebik. "Mustahil la kalau suka buat apa jeling aku macam nak bunuh aku? Kalau suka jeling manja sudahlah ni tak." Mereka tergelak kecil.

"Aariq, you takde kawan ke?" Ayeena mengubah topik. Malas dia bercakap pasal bapak rimau rawr tu. Buat sakit hati kitew je wak hm!

"Siapa la yang nak kawan dengan I. Semua dekat dengan I sebab harta je. Susah nak cari yang betul betul ikhlas." Wahh ayat Aariq ni nampak sadis benar.

"Chill kitorang ada untuk you." Ujar Shayla lalu tersipu. Ehh minah ni cepuk kang. Gedik eh kau.

"Yeen ku sayangggggg~" Kedengaran suara monyet mix tapir mendekati meja kami. Ayeena memandang ke arah pemilik suara itu.

"Nak apa tapir? Huh! Dari mana ni?" Ayeena menyoal kepadanya, Hakeem. Sepupu merangkap kawan Ayeena dari zaman sekolah rendah. Sekali dengan si Elmira ni. Mereka kawan dah lama.

Dia ketawa mengekek. Kening Aariq berkerut. Mungkin nak tahu sapa mamat cilaka ni.

"Sajew rindu awuckk!" Rakannya, Ahnaf di sebelah ketawa dengan telatah sahanat eh sahabatnya.

"Geli bodo! Aku luku pala satgi malu dapat sakit pon dapat. Dahh! Duduk kaih." Ayeena menjeling tajam. Memang dia punya mood sekarang nak jeling semua orang. Semua sebab bapak rimau rawr yang suka jeling tu.

Hakeem dan Ahnaf terus duduk di sebelah Aariq.

"Hi bro. Aku Hakeem ni kawan aku Ahnaf!" Ahnaf tersenyum manis. Ahnaf ni memang manis sebab dia ada dimple. Muka macam nak Korea sikit. Perfecto!

"Hi, Aku Aariq!"

"Hakeem, kau sekarang dah ada madu." Shayla tersengih macam kerang basi.

"What the ....?! Yeen hang curang belakang aku ke huh?" Hakeem memandang Ayeena.

"Bila masa aku bercinta dengan hang bongok?" Ayeena menjeling malas dia layan mamat selenga ni.

"Mana madu aku tu?" Hakeem bertanya kembali.

"Tu sebelah kau, Aariq! Hahahahah." Ujar Rose.

"Kalau Aariq aku sanggup bermadu. Sebab dia hensem. Aariq kita kongsi eh." Hakeem menjongketkan keningnya.

Aariq mengangkat thumbs up.

"Oi, ingat aku apa? Boxer hang ka? Boleh pulak nak berkongsi bagai." Ayeena mencerlung tajam ke arah Hakeem.

Mereka tertawa. Apa yang lawak setan? Ni la diorang, bila aku serius diorang akan gelak. Tak pehe teman pun.

"Yeen hujung bulan depan kau balik kampung tak?" Soal Rose kepada Ayeena.

"Balik kot. Sepupu aku nikah. Oi hanat hang balik dak? sepupu aku sepupu hang jugak?" Ayeena memandang Hakeem.

Haah Hakeem sepupu Ayeena sebelah babah. Dia anak maklong Ayeena.

"Of course balik. Kita balik sekali la senang." Ujar Hakeem. Ayeena hanya mengangkat tangan simbol 'ok'.

"Best la kan balik kampung." Ujar Elmira. Ayeena memandangnya pelik.

"Hang pon balik la pa masalahnya?"

"Aku nak simpan duit la. Hampa tau kan aku belajaq kat sini pon harap ptptn ja." Kata Elmira dengan nada sayu.

"Naik keta aku la anying! Apa guna aku sebagai kawan huh!" Ayeena memegang tangannya.

"Tapi aku dah banyak susahkan keluarga hang Yeen. Aku malu. Hang dah la kaya. Nanti orang cakap aku kikis duit hang." Elmira menunduk.

"Ish sapa yang kata hang kikis tu? Habaq mai. Mai aku pi lesing dia." Ujar Hakeem penuh gaya macam nak pi bersilat.

"Ntah hang ni. Hang kenai aku lama dah. Aku tak pernah pon ungkit semua tu. Aku ikhlas la. Dah latu gila! jangan buat aku menangis woi." Ayeena memandangnya sayu.

Tanpa dia sedar Aariq sedang perhatikannya.

'Damn bro, you got the right person!' Desis hati Aariq.

Haihlaa. Kejapnya harini dah isnin balik. Bermakna kelas Ayeena dengan bapak rimau tu. Nasib baik assignment dia dah siapkan. Ayeena masukkannya ke dalam beg sandangnya. Dia mengerling jam locengnya. Tepat pukul 8 pagi. Ayeena bersiap untuk tunggu bas ke kelas. Yes dia ada kereta. Tapi dia lebih suka naik bas dengan kawan-kawan.

Ting!

Bunyi notifikasi telefonnya. Dia membuka chat daripada umi.


"Yeen jom nak gerak dah ni." Ujar Shayla di muka pintu bilik Ayeena. Haa mereka duduk rumah banglo along belikan untuk dia dengan kawan-kawan tak jauh pun dari kolej. Sebab tu naik bas je. Bilik dia bagi sorang satu. Ye la mesti nak privacy nak video call boyprend la apa la. Alang-alang rumah ni besaq apa salahnya. Along la orang nak sewa rumah kecik ja dekat dekat dengan kolej. Dia tak bagi. Dia cakap bazir. Habis rumah banglo besaq nakram ni tak bazir. Herh.

Tiba sahaja di kolej, mereka terus menuju ke dewan kuliah. Ayeena dengan gengnya duduk dekat belakang sekali. Dia malas duduk depan. Sebab malas ngadap jelingan bapak rimau rawr tu. Mentang-mentang mata dia cantik greyish gitu tapi macam ada hijau sikit. Ahh lantaklah. Ayeena dah buat keputusan nak hadiahkan jelingan maut dekat dia kalau dia jeling lagi harini.

Ayeena nampak Aariq masuk ke dalam dewan kuliah. Terus dia melambai tangan dan menepuk kerusi di sebelahnya. Dia tersenyum dan pantas berjalan ke arah Ayeena.

"Morning Babygirl." Aariq kenyit mata ke arah Ayeena.

"Morning." Ayeena balas senyumannya.

"Siap assignment bapak rimau awak tu?" Aariq menyoal. Ayeena mengangguk. Dia menunjukkan thumbs up.

"Ehem!" Haa dia datang dengan lengang lenggoknya. Bapak rimau rawr in the house genk!

"Okay class hand in your assignment for last week!" Pergh suara dia kuat syahdu benor macam dalam dewan ni orang pekak. Rimau period ke apa rimau huh!

Semua orang berpusu-pusu berjalan ke arah meja pensyarah di hadapan untuk hand in assignment.

Ayeena dengan bangga berjalan membawa kertas assignment lalu meletakkan di atas meja pesyarah. Sempat dia mengerling ke arah Aayyan. Ya, seperti kita semua sedia maklum bapak rimau rawr dan jeling berpisah tiada.

Ayeena memberi smirk kepadanya. Aayyan mengerutkan dahinya. Ayeena pula yang memberi jelingan termautnya. Rasain lohh!

Dia menoleh ke belakang dan berjalan ke tempat duduk semula. Pergh rasa bangga siot dapat balas jelingan dia. BAHAHAHAHAH gelak setan sikit. Rasa macam baru dapat pingat emas Olympic Tokyo 2021.

'Wait?! dia jeling aku? Main kasar nampak.' Kata Aayyan di dalam hati.

"Okay semua dah hand in?"

Semua pelajar mengangguk termasuk Ayeena.

"You little girl! Dah hand in belum?!" Aayyan tenung Ayeena macam nak tembus kepala otak.

Wait?! What the?! Aku jeling kau tadi tu apa? kau tak nampak aku hand in tadi? Dia ni bangang jenis apa?! Otak aku jatuh lepastu aku nak kutip tu hilang!

"I dah hand in, sir! Are you blind sir? You can check it out my name. AYEENA DANISHA!" Ayeena berdiri dan mengexplainkannya. Eh, ayat terabur ah lantak.

Semua terlopong melihat aksi berani mati Ayeena. Ya semua sedia maklum bapak rimau rawr ni garang nak mati.

Ayeena duduk kembali. Dia melihat wajah bapak rimau dah turn into red. Rahangnya diketap. Uratnya timbul. Hahahah. Win win situation.

'Sabar Aayyan!' Desis hati Aayyan. Belum pernah ada manusia berani lawan aku macam ni. Ayeena Danisha. Siapkan mentalmu. Herh.

"Okay now we start our class."

Sempat Aayyan mengerling Ayeena yang sedang senyum kemenangan itu.

"Okay class kita stop sampai sini. Kita jumpa next week. Assigment jangan lupa! - "

Ayeena menghela nafas lega. Akhirnya kelas bapak rimau rawr nya tamat.

"- Ayeena Danisha, see you in my office now! " Ujar Aayyan a.k.a Sir Aayyan sebelum bergegas keluar dari dewan kuliah. Si Ayeena je panggil dia Bapak rimau rawr.

Ayeena menelan air liur rasa berpasir. Dia marah sebab aku bagi jelingan maut ke? Atau sebab aku cakap dia buta? Umi tolong adik huhuhu!

"Hampa (Korang) balik dulu la. Aku kena hadap bapak rimau tu." Ayeena mengemas barang-barangnya. Mereka mengangguk dan berlalu.

Ya Allah, selamatkanlah hamba mu ini!

Ayeena menapak ke bangunan pejabat yang sememangnya khas untuk tenaga pengajar. Langkah kakinya terhenti. Dia rasa tak sedap hati. Kenapa ek?

"Ehh Ayeena kan?" Ayeena menoleh ke arah pemilik suara.

Sir Hadi! Lecturernya jugak macam bapak rimau cuma dia ni mengajar subjek English Communication. Bapak rimau ajar Mathematic.

Sir Hadi ni pon hesmes. Walaupun muka dia takde mix. I guess. Muka dia nampak melayu tulen yang hensem semula jadi. Tapi sayang! Bapak rimau rawr aku lagi hesmes. Eh apa aku melalut ni!

"Ya saya Ayeena. Panggil Yeen ja, sir!" Ayeena tersenyum melihat sir Hadi.

"Awak buat apa -" Belum sempat dia tanya, bapak rimau mencelah. Ai mana datang rimau ni.

"Di, kau cakap nak solat. Pergila aku dah sudah." Ujarnya sambil menepuk bahu Sir Hadi. Potong aa rimau ni. Baru aku nak try Sir Hadi. Sudah Ayeena lecturer kau tu, setan!

Ayeena melihat bapak rimau. Rambutnya masih basah baru lepas solat kan. Muka dia kenapa nampak berseri sangat ni. Mungkin sebab baru lepas solat. Kau ni pon Yeen.

Ayeena menggeleng pantas. Dia tenung bapak rimau kembali. Lengan baju disinsing sampai ke siku. Kaki seluar dilipat sampai ke betis. Fuh mantap abis ni. Kenapa dia nampak hensem sangat harini?! Baru aku perasan dia ada sixpack. Wuishh ni kalau jadi suami aku syok ni! Eh Ayeena kau cakap apa ni.

"Oii dah puas eyes raping saya? Huh!" Aayyan mencerlung tajam ke arah Ayeena.

Cepat-cepat Ayeena mengalihkan pandangannya. Alamak kantoi! Mukanya terasa bahang.

"Mmm-mana ada." Ha asal kau gagap pula ni. Adoi!

Aayyan senyum senget.

"See you in my room now!" Tegas Aayyan dan berlalu pergi.

Ok, gais tolong sedekahkan al-fatihah kepada Ayeena Danisha ya!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro