BAB 58 (KNIGHT'S LEGEND)
Same date❤️
________________
Satu demi satu serangan dilakukan cuba mencari mata. Begitu juga pesaing yang ingin menang. Perlawanan yang sengit, saling tidak mahu mengalah.
Ayshalyn mara dan menghunus saber, tepat pada sasaran mengena pada target.
"Halte!"
Kedua fencer itu mula membuka pelindung muka. Ayshalyn yang kepenatan melabuh punggung atas strip. Dia pandang atas, melihat penonton. Kelihatan rakannya bersorak cuba menceriakan keadaan.
Ayshalyn tersenyum senang, namun senyuman itu pudar apabila terpandang tempat kosong sebelah Evans. Tempat duduk Hayden. Nampak gaya lelaki memang itu tidak hadir menonton pertandingannya.
Dikalih pandangan ke arah lain, jari runcing mengelap bitnik-bintik peluh membasahi dahi. Dia meraup juntaian anak rambut jatuh pada dahi.
Pada masa yang sama, sebuah kereta merah berlogo kuda meluncur masuk dan berhenti di depan pintu masuk bangunan. Seorang lelaki bergegas keluar dari perut kereta dan berlari masuk.
Larian yang pantas cuba mengejar masa, dia rasakan dirinya sudah terlambat. Memang lambat!
"Ayshalyn, are you alright?" perlahan-lahan gadis yang menatap lantai itu mengangguk apabila ditanya. Dia hilang semangat kembali.
"Ayshalyn!"
"Sir, you can't enter this place."
"Please, I need to see her."
Seorang lelaki yang cuba masuk ke gelanggang ditahan oleh dua pengawal. Kuat dia cuba melepaskan diri. Ayshalyn mendongak kepala apabila telinga menangkap bunyi kekecohan.
Matanya tertancap pada lelaki yang bergelut dengan pengawal. Riak wajah lelaki itu nampak cemas dan merayu untuk masuk ke gelanggang.
"Hayden?" soalnya sendiri seolah tidak percaya. Hayden datang ke sini?
Bahunya terasa disentuh.
"Ayshalyn, the game is about to start.." Ayshalyn berpaling arah coach Adrew yang mengarahnya bersedia.
Hayden yang perasan akan Ayshalyn mula bangkit dari tempat duduk terus menolak tubuh pengawal itu. Tanpa berlengah masa lagi, dia berlari mendapatkan Ayshalyn.
Lengan Ayshalyn disambar dan Hayden menarik tubuh ramping gadis itu supaya mengadapnya.
Gadis yang baru ingin bangkit itu terkejut, matanya membulat luas. Cuping telinganya dapat mendengar hembusan nafas lelaki itu. Sangat dekat, kerana dia sekarang berada dalam pelukan Hayden.
Yumi yang tengah bercakap terhenti, mulutnya terlopong luas. Nayla pula merakam satu agedan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dalam sekelip mata pasangan itu menjadi tumpuan penonton. Terutama rakannya sendiri yang terkesima dan terkaku akan perbuatan Hayden meluru menarik Asyalyn dalam pelukannya.
"Hayden, let me go." pinta Ayshalyn cuba menolak tubuh Hayden apabila dirinya menjadi tumpuan. Namun apakan daya, dia tidak mampu melawan kudrat lelaki itu. Dakapan Hayden sangat erat.
Hayden tidak menjawab namun dakapan itu semakin kuat membuatkan Ayshalyn sukar bernafas. Sangat erat seolah tidak mahu lepaskan.
"I'm sorry,"
Ayshalyn menelan liur apabila mendengar luahan Hayden. Kaku.
"I know I was wrong.." luahnya sekali lagi dengan penuh kekesalan.
Ayshalyn terkedu, tidak menyangka ayat itu keluar dari mulut Hayden. Mata lelaki itu berkaca dan setitis air mata jantan tumpah mengalir di pipi.
"Awak, ramai orang ni. Orang tengoklah.." Ayshalyn menolak lembut bahu Hayden.
"Saya bodoh. Saya pengecut. I was trying to run away from problems.." katanya lagi dengan tangisan halus. Ya, dia menangis. Tidak peduli reaksi orang sekeliling.
"I was..selfish."
Ayshalyn menggeleng. Setiap kata-kata itu menyeksa diri. Ditolak sekali lagi bahu Hayden dan kali ini lelaki itu melepaskan pelukan. Mereka saling menatap wajah. Bebola mata Hayden mula merah dihiasi air mata yang bertakung.
"Please Hayden jangan cakap lagi. Don't cry," ucao Ayshalyn menatap wajah sugul lelaki itu. Dia tidak sanggup lihat keadaan Hayden sekarang. Mana lelaki yang gagah itu?
"Sayang, I'm truly sorry. Please give me second chance. Baiki semua ni. Baiki hubungan kita," rayu Hayden dengan bersungguh. Menyedari kesalahan yang dilakukan. Dia perasaan mata Ayshalyn juga mula berkaca.
"Don't cry. Its worsen mine." pujuk Hayden, dia tidak sanggup melihat gadis itu menangis. Rasa bersalah mula berganda.
"Ayshalyn.."
Sekali lagi lengan gadis itu ditarik Hayden. Lelaki itu menarik lembut kepala bersandar di dadanya. Mata Ayshalyn kembali pedih dan hangat. Kali ini, Ayshalyn tidak meronta mahu melepaskan diri, malah sepasang tangan merangkul tubuh lelaki itu.
Rasa rindu yang teramat mengira lelaki itu meninggalkan dirinya. Air mata mengalir tidak henti. Dia menangis di dada lelaki itu. Bukan kerana sedih tapi tidak tahan menampung kegembiraan. Hatinya bahagia melihat Hayden berada disisi.
"Ayshalyn, jangan menangis!"
Tiba-tiba satu suara menerjah, Armel melontarkan kata-kata semangat.
"Come on girl, you can do it!" Kali ini Evans pula memberi sokongan padu.
"Bùyào zhème kuài jiù fàngqì, wǒmen kěyǐ zuò dào! Nín bìxū yíng, nín." Tan Yik Lan juga turut buat perkara sama.
"Kitak boleh polah ya!" tanpa diduga, Nanelia Ivanna berteriak.
"Hei! Dah dah la tu. Sakit mata woi!" dan tak lain lagi suara itu milik Adam, dari tadi dia merinjis air arah pasangan itu.
"Dah stop crying, sayang." suara Hayden seperti membisik. Rambutnya terasa diusap.
Perlahan-lahan Ayshalyn menjarakkan diri antara mereka. Hayden menghadiahi senyuman manis seraya menyeka air mata Ayshalyn.
"Buruk." Selamba badak Hayden menyakat membuatkan mata Ayshalyn terbuka luas. Tadi minta maaf, tiba-tiba kutuk dia. Kurang gula betul!
Hayden ketawa kecil begitu juga Ayshalyn turut ketawa seraya menampar bahu lelaki itu. Bongok.
"Fencer, time's running.." tegur Coach Adrew dari tadi menyaksikan adegan pasangan itu. Ayshalyn mengangguk dia pandang Hayden kembali.
"I need to go," ujarnya lembut.
"Make sure you win." Pesan Hayden seraya mengalihkan juntaian rambut menutupi separuh muka.
"I'll wait here until you finish. Go Knight!" sambung Hayden sekali membuatkan gadis itu tersenyum.
Hayden mula bangkit mengundur langkah keluar dari gelanggang. Ayshalyn pula melangkah arah strip. Pelindung muka disarung bersedia meneruskan perlawanan.
Pertandingan yang berlangsung sangat sengit. Kedua fencer itu terikat pada markah yang sama. Pengadil membuat keputusan untuk melakukan satu lagi pusingan rawak.
"Kau rasa Ayshalyn boleh buat tak?" tanya Armel pada Zarryn.
"Aku percayakan dia." hanya itu balasan Zarryn menguatkan semangat.
Semua warga WCIS merasai debaran, adakah mereka akan menjulang trofi hari ini? Squad junior fencer mula memegang tangan satu sama lain. Mereka mengharapkan sebuah kemenangan.
Begitu juga coach Adrew tidak henti berdoa. Hayden berdiri hadapan pintu turut berharap benda sama. Dia yakin Ayshalyn boleh buat.
Nafas ditarik dalam-dalam cuba tenangkan diri yang dikuasai debaran. Pengadil memandang Ayshalyn bersilih ganti fencer pihak lawannya.
"En garde!"
Tangan memegang kemas saber. Hanya riak wajah serius terpancar. Semua penonton memberikan tumpuan.
"Allez!"
Terus kaki mara ke depan menusuk pedang ke arah sasaran. Go!
________________
Ayshalyn dapat membaca taktik terus melompat seraya menghala saber ke arah pihak lawan. Masa seakan bergerak perlahan, semua penonton menyaksikan satu libasan saling membalas serangan. Kedua fencer itu melakukan serangan secara serentak.
Srap!
Hujung saber mengena bahu kiri.
"Halt!" jerit pengadil berhentikan pertandingan. Ayshalyn menarik nafas termengah-mengah sedikit terkejut. Perlahan-lahan dia alihkan saber.
"Ladies and gentlemen!"
"Pertandingan saber perseorangan dimenangi oleh Ayshalyn Emane!!"
Penyokong mula menjerit kegembiraan. Squad junior fencer mula berpelukan satu sama lain dan melompat. Mereka menang!
"Yes!!" teriak Zed menunjuk gaya puas hati. Que dan Zariel dengan suara kuat macam speaker mula berteriak gembira.
Laju Ayshalyn Emane mengalih pandangan apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang. Tidak percaya dengan keadaan sekarang. Dia menang! dia berjaya tewaskan pihak lawan. Dia dapat tunaikan janjinya pada fencer lain dan coach Adrew.
Lagu This Is What You Came For dipasang meriahkan suasana. Serentak itu bunyi confetti dilepaskan dan terbang ke udara. Satu senyuman bahagia terserlah di bibir. Dia menoleh arah ke Hayden di depan pintu menguntum senyuman. Lelaki itu tanpa kot dan lengan baju dilipat paras siku sedang melangkah ke arahnya sambil mendepakan kedua tangan.
Senyuman manis semakin lebar. Tanpa berkata apa-apa, Ayshalyn menanggalkan pelindung muka. Saber terlepas dalam genggaman dan berlari menerpa ke arah Hayden. Dia melompat dan mendakap lelaki itu. Hayden menyambut dan membalas kemas pelukan.
Sekali lagi pasangan itu berpelukan di atas strip dan menjadi tumpuan. Hayden menjerit gembira. Dia tahu Ayshalyn boleh menang. Diangkat tubuh ringan gadis itu sedikit keatas tidak menjejak strip.
Mr. Benezet menurunkan cermin matanya apabila melihat babak itu. Kemudian dia tersenyum sebelum melurut cermin mata naik ke atas kembali. Interesting.
"Kau pegang aku Evans, pegang aku!" lenting Adam mula memanjat pagar menjadi penghalang antara penonton dan gelanggang. Elok je mereka buat babak Hindustan sekali lagi. Yang lain pun satu, pengawal mana pengawal? Tak reti nak halang ke. Berbulu mata Adam tengok babak menjolok mata tu.
__________________
Sebuah bas bergerak masuk dalam perkarangan sekolah. Fencer yang menyertai pertandingan itu disambut meriah oleh pihak sekolah. Nasib menyebelahi mereka, Squad junior Fencer juga berjaya mendapatkan pingat emas. Salah seorang fencer menjulang tinggi piala emas sebaik sahaja turun dari bas. Siap terlompat-lompat lagi.
Ayshalyn yang menyarung topi di kepala hanya ketawa kecil melihat gelagat juniornya. Malam itu, pihak sekolah mengadakan majlis besaran menyambut kejayaan. Knights semua bergembira dan diceriakan oleh group boy band. Siapa lagi kalau bukan Zed, Zariel, Que dan dua lagi ahli kumpulan muzik mereka.
Bernyanyi, meriah dan gembira. Hanya itu sahaja dapat diungkapkan suasana majlis. Terima kasih padaNya kerana memberikan kebahagiaan pada mereka.
______________
To Be Continued...
Nota kaki lagi; Sila jangan stress2 lagi dah. Sis dah penat menghadap kecaman. Hahaha. Hari ni i is kesian dengan anak2 yg bakal masuk asrama dan menghadapi tekanan dan dilema dengan cerita ni. Hohoho.
Thanks for the time that you have spent!
xoxo😉💕.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro