BAB 52 (HURT)
2 1 / 0 6 / 2 0 ❤️
note; feel free to listen to the song above while reading, just click it. xoxo💋
____________________
Jantung berdegup kencang. Segala pergerakan kaku bagaikan lumpuh. Tak mampu juga untuk berkata. Mata masih terhala pada lima figura itu. Atau lebih tepat, pada Ayshalyn.
Hanya gadis itu menunduk kepala tidak melihatnya. Tiger terpaku lagi. Beberapa ketika kemudian, laju dia mengangkat kaki keluar dari sangkar. Sorakan penonton terhenti, kamera dihalakan mengekori Tiger yang sedang menapak menuju ke arah seseorang. Semua penonton memberi tumpuan pada Tiger dan seorang wanita bertopi.
Riak wajah Hayden tergamam, dia tidak tahu bagaimana Ayshalyn dan yang lain berada di situ. Apa yang pasti Ayshalyn sememangnya berasa terkilan dengannya.
"Ayshalyn.." Teragak-agak Hayden menyebut nama gadis itu. Namun tiada balasan. Ayshalyn langsung tidak membuka mulut. Malah dia mengundur beberapa langkah tidak mahu dekat dengan Hayden. Dia memegang erat lengan Zarryn. Rakannya itu hanya mampu menggosok belakang supaya dapat menenangkan Ayshalyn.
Hayden tersentak akan perubahan dingin Ayshalyn. Ditoleh sekilas lalu ke arah yang lain. Semua memandangnya dengan riak wajah serius dan tidak percaya. Adam sudah mengetap bibir, rasa diperbodohkan.
"Ayshalyn.." sekali lagi Hayden menyeru gadis itu dengan perlahan. Tiada jawapan. Gadis itu diam membisu. Hayden menelan liur dan sekali lagi dia memandang sekelilingi. Kamera, penonton memberikan tumpuan padanya.
Hayden mengalih pandangan ke arah Ayshalyn dan tanpa diminta, jari jemari gadis itu digenggamnya. Dia menarik Ayshalyn keluar dari situ. Kali ini Ayshalyn tidak membantah. Hanya mengekori sahaja lelaki itu.
Hayden menariknya bersembunyi di tempat terpencil di belakang dewan. Bersebelahan bilik menunggu. Ayshalyn menepis tangan Hayden.
"Ayshalyn.. sa.." kata-kata Hayden tersangkut. Tak tahu nak mula macam mana. Dia meraup muka kemudian menatap Ayshalyn yang masih menunduk kepala. Perasaan serba salah mula menyelinap dalam diri. Sungguh, dia tidak tahu bagaimana cara menjelaskan perkara ini. Buntu!
"Hayden.."
Ayshalyn mengangkat muka yang kemerahan. Mata saling berpandangan. Mata Ayshalyn sudah berkaca hanya tunggu saat untuk tumpah. Hayden mula cemas melihat Ayshalyn mahu menangis. Dia memegang bahu Ayshalyn. Dia ingin menjelaskan segalanya namun lidahnya kelu. Suaranya tersekat bagai ada yang menahan.
"Sayang.."
"Awak tipu saya."
Dada Hayden dipukul Ayshalyn seraya air mata tumpah. Lelaki itu hanya membiarkan saja. Dia menatap wajah Ayshalyn seraya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Ayshalyn menangis. Hatinya juga hancur.
Kelopak mata dipejam seketika, air mata tidak putus mengalir.
"Awak bodohkan saya."
"Saya percayakan awak."
Sekali lagi dada Hayden dipukul. Pipinya mula basah dengan air mata. Badan Hayden sedikit tergerak kesan pukulan itu.
"Tapi awak? Pernah tak fikirkan perasaan saya?" Bentak Ayshalyn sambil memukul badan lelaki itu. Dia benci lelaki itu, dia benci Hayden Ziyad!
"Now I know, Tiara tu siapa pada awak." air mata semakin lebat bila teringat kelakuan Tiara sebentar tadi. Memeluk Hayden? Memang sesuatu yang tak pernah terlintas dalam fikirannya. Benar melampau! Ditatap wajah polos Hayden yang lebam dan bengkak.
"And I'm just nothing to you!"
Ayshalyn mengalih pandangan sambil mengesat air mata. Dia memejam mata, tidak sanggup memandang muka sugul Hayden. Lelaki itu menggeleng, menafikan. Sesaat kemudian, Ayshalyn memberanikan diri menatap lelaki itu.
"You.." kata Ayshalyn tersekat, bibirnya terketar mahu menghabiskan ayat. Dia mengepal jari jemari cuba mengumpul kekuatan.
Hayden tatap wajah gadis itu. Ingin saja dia menyapu air mata yang mengalir itu. Namun apakan daya, dia tidak boleh melakukan itu sekarang. Ayshalyn tidak suka akan sentuhannya.
"Siapa awak sebenarnya, Hayden Ziyad?" Ayshalyn mendongak kepala melihat jejaka itu. Mata Hayden redup.
"Sayang please..." rintih Hayden.
"Don't call me that!" Ayshalyn memandang Hayden tajam.
Hayden tersentak. Mata kembali redup memandang wajah kesayangannya. Tolong izinkan dia jelaskan segalanya. Dia merenung sepasang mata gadis itu. Air mata Ayshalyn masih tidak putus. Bahunya terhinjut. Hatinya terluka, diperbodohkan dengan lelaki yang dia percaya selama ini.
Baru sahaja dia ingin membuka mulut kembali, kelihatan seorang gadis datang menghampiri mereka. Tiara. Gadis yang merangkul tubuh Hayden tadi. Mata Ayshalyn semakin pedih. Hati semakin dicengkam.
"Hayden, coach panggil kau. We need to go." Ujar Tiara menapak ke arah Hayden dan Ayshalyn.
Dia kerling Hayden yang beku. Tiada respon hanya matanya tertumpu pada Ayshalyn ketika itu. Tiara menarik nafas dalam seraya memaut lengan lelaki itu.
"Excuse us dear.." kata Tiara mempamit diri. Dia menarik Hayden masuk dalam gelanggang kembali.
Ayshalyn hanya memandang kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Buat kali kedua, hatinya hancur. Buat kali kedua, dia nampak tangan Hayden ditarik Tiara meninggalkan dirinya keseorangan. Dan kali ini, Hayden langsung tidak menepis mahupun menolak.
Sakit. Sangat sakit.
"How could you..."
Perlahan-lahan Ayshalyn duduk bercangkung memeluk lutut. Dia menangis teresak-esak tanpa peduli sesiapa. Hatinya remuk disebabkan seorang lelaki. Terhinjut-hinjut bahunya akan tangisan kuat. Rasa sakit itu sangat sukar untuk dibendung. Sangat mencengkam dada!
Tidak lama itu, dia terasa belakangnya digosok. Ayshalyn mengangkat muka. Kelihatan Zarryn di sebelahnya sambil menghadiahi senyuman manis manakala Armel di sebelah kirinya. Adam dan Evans dihadapan cuba tersenyum manis memujuk.
Mata Ayshalyn kembali hangat. Dia terlupa bahawa dia masih memiliki orang yang masih sayangkan dia. Ayshalyn kembali menangis. Armel memeluk tubuhnya manakala Zarryn cuba memujuk.
Don't Worry Ayshalyn,
Even if you lose one pearl, you still have four more diamonds. You still have us...
________________
Pintu rumah dibuka dari luar. Seorang lelaki menjenguk sedikit leher tertoleh kanan dan kiri. Dia bimbang jika 'singa' belum tidur lagi. Dengan berhati-hati dia menapak masuk dalam rumah. Pintu ditutup perlahan takut berbunyi sehinggalah..
"Baru reti nak balik, Hayden?"
Hayden tersentak mendengar suara lantang dari Hajah Kamsah. Teragak-agak dia menoleh ke arah neneknya, Hajah Kamsah yang duduk di kerusi sambil memegang buku majalah berhadapan pintu. Sememangnya menunggu Hayden pulang ke rumah.
Buku majalah dihempas ke atas meja. Hajah Kamsah bangun dari tempat duduk menghampiri Hayden dengan riak wajah garang.
"Nenek dapat call dari cikgu dua hari lepas, cikgu cakap kamu dah 2 minggu tak masuk kelas!" Hayden terdiam. Dia tahu neneknya berkata benar. Sudah tentu gurunya akan menelefon memberitahu isu tersebut.
"Dan nenek tahu sangat, apa yang kamu buat." Hajah Kamsah berhenti menapak, dia memegang pipi cucu lelakinya itu. Ditilik seketika wajah bercorak lebam dan luka itu.
"Kamu pergi fight dengan siapa pula kali ni?" tanya Hajah Kamsah memandang Hayden. Dia mencerlang renungan tajam. Hayden menelan air liur, dia takut melihat wanita separuh umur itu.
"Nenek, abah dan umi kamu dah bincang. Kamu akan ditukarkan ke Turkey!" kata Hajah Kamsah tegas. Mata Hayden terbuka sedikit.
"Hah?" Respon Hayden keliru.
"Kamu akan ditukarkan ke Turkey! Dan kali ini, kamu akan masuk ke salah sebuah kolej dekat sana."
"Tapi nek.."
"Krpaya samajhate hain, Hayden. kaee baar doharaane ke lie aalasee!" ambik kau. Kan Hajah Kamsah dah tersasul cakap hindi dia. Marah sangat tu sambil bercekak pinggang lagi.
Hayden memandang Hajah Kamsah tanpa berkelip kemudian dia menggeleng kepala. Dia tidak mahu mengikut perintah neneknya kali ini. Tambahan lagi, dia akan menduduki peperiksaan akhir dan akan bergraduasi lebih kurang 2 bulan lagi. Sudah tentu dia tidak mahu.
"No! Hayden takkan setuju!" bantah Hayden sekeras-kerasnya. Terus dia mendaki anak tangga mahu ke bilik. Satu ayat keluar dari mulut Hajah Kamsah membuatkan langkahnya terhenti.
"And one more thing Hayden, kamu akan pergi ke sana 6 bulan awal for the language learning. So, bersiap sedia sebelum kaki nenek sendiri melangkah ke bilik pejabat sekolah ambil borang berhenti." ugut Hajah Kamsah. Dia nampak reaksi muka marah Hayden. Namun dia nekad, apa yang berlaku sekali pun. Dia tetap akan menghantar cucu lelakinya itu jauh dari sini. Di sana nanti, dunia MMA dan boxing tidak mengenali siapa Hayden mahupun Tiger!
Hayden tidak memberi sebarang respon, dia terus menapak naik ke atas masuk ke bilik.
Terus dia masuk dalam bilik air dan membasuh muka. Rasa pedih pada permukaan muka apabila terkena air. Dia mengangkat muka merenung wajah di cermin. Lebam, bengkak dan plaster kecil dilekatkan pada pipi.
Kaki diatur ke arah katil kemudian badan dihempaskan di situ. Telefon bimbit dalam beg diambil. Dia melihat gambar Ayshalyn yang menjadi wallpaper pada skrin rentak telefonnya itu.
"Awak tipu saya.."
Ayat yang berselang seli dengan tangisan Ayshalyn kembali berlegar dalam kepala. Sungguh, rasa serba salah semakin menebal. Hayden menekup muka sambil meraup rambut. Dia mula naik rimas dengan keadaan sekarang. Ditatap sekali lagi gambar itu. Dada seperti ditumbuk. Sakit. Pedih. Terasa air mata laju mengalir. Dia juga tidak mampu menghadapi situasi ini.
I'm sorry sayang...
____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro