BAB 35 (A-TEAM)
0 2 / 0 6 / 2 0❤️
________________
"This is our school's café," kata Kensley dengan mesra sambil tersenyum. Café yang bertemakan barat klasik diperhati. Pelajar lain yang beratur macam budak kecil itu hanya menganggukkan kepala.
Adam memandang segenap sudut kawasan. Papan kapur café yang tentera makanan, meja yang muat empat orang sahaja dan kelihatan beberapa pelajar sedang belajar menggunakan ipad dalam café itu. Suasana juga keadaan cafe itu lebih kurang dengan sekolahnya. Tiada beza sangat.
"Biasa je," komen Adam. Dia tidak berminat dengan keadaan sekitar sekolah ini.
"Diam la," Zarryn menyiku perut Adam supaya diam. Ada ke cakap macam tu. Nasib baik diorang tak faham.
"Let's go to the next place," ajak Aiden. Dia dan Kensley ditugaskan untuk menunjukkan kawasan sekolah pada hari ini kepada pelajar baru.
Pelajar lain membuntuti Aiden dan Kensley dari belakang. Mereka lalu di antara laluan taman dan kelas. Setiap dinding digantung gambar pelajar yang mempunyai pangkat masing-masing. Bukan itu sahaja, terdapat juga almari kaca yang tinggi dipenuhi dengan pelbagai jenis trofi.
Nampak gaya pelajar sekolah ini memberikan persaingan sengit. Mata Evans tertancap satu gambar sekumpulan pelajar yang tergantung.
Pelajar berpakaian kemas uniform sekolah bergambar dengan beberapa guru. Satu tulisan tertulis hujung gambar.
'A-TEAM'
Dia mengukir senyuman tersirat, sempat dia mengerling ke arah Kensley dan Aiden. Mereka ada sekali dalam gambar itu. Something interesting will happen.
____________
Seorang gadis sedang menjamu selera di kantin. Dia kelihatan sendiri tanpa kawan.
"Hey my pretty Madison!" tegur seorang lelaki seraya duduk di sebelah dan memeluk bahu gadis itu. Anak mata Madison dicerlang tajam ke arah Lucas yang senyum manis padanya.
"Get off!" Madison menolak Lucas supaya mempunyai jarak antara mereka. Tidak lama itu seorang gadis rambut ikal mayang datang duduk di hadapan Madison. Beberapa pelajar lelaki memerhati dari jauh mungkin berkenan akan kecantikan gadis itu. Jalan pun bergaya macam model.
"Why are you late today?" tanya wanita itu. Prihatin.
"Since when you're taking care about me, Lexi?" soalan dikembali soalan, Madison langsung tidak berminat akan pertanyaan Lexi. Dia nampak lexi tayang muka menyampah.
"Whatever.. anyway, do you already grab the dress for tonight?" tanya Lexi lagi dengan sebelah kening terjungkit.
"Yeah, but I'm freaking tired to be part of the party," kata Madison menguis broccoli dalam dulang.
"Why? You must look sexy tonight," usik Lucas mengigit bibir datang rapat, dipandang Madison semacam. Tali leher terasa ditarik kuat. Wajah dia dan Madison hanya berapa inci sahaja.
"Get away from me!" kata Madison dengan dingin kemudian Madison menolak bahu lelaki itu ketepi.
Lucas mengangguk kepala mengerti sempat dia jeling-jeling dengan muka tak puas hati. Nak bergurau pun tak boleh. Lexi memandang Lucas dengan riak wajah tegang, memarahi dalam diam. Takkan dengan kawan nak try jugak. Come on lah.
________
Ayshalyn menatang dulang makanan mencari meja kosong. Dulang itu diletakan di atas sebuah meja panjang. Tidak lama itu, Armel muncul dan melabuh punggung sebelah Ayshalyn. Dia sedang menghirup susu strawberry.
Kemudian Zarryn pula datang berhimpit. Di hadapan Ayshalyn, terdapat tiga mamat tu dan beberapa pelajar lain turut berada di situ. Mereka makan sekali.
Armel memandang seorang gadis bertudung duduk sebelah Adam. Iman Sarimah namanya. Dia sedang ralit menatap telefon. Makanan dalam dulang langsung tidak diusik. Apa yang membuatkan gadis itu leka?
"Man.. kau tengok apa?" tanya Armel memandang ke arah Iman Sarimah. Gadis itu tidak menjawab, suara Armel perlahan sangat ke tadi?
"Iman kau dengar tak?" tanya Armel menguatkan sedikit suaranya. Kutlah perlahan betul tadi sampai si Iman tu tak dengar.
Adam memanjang leher ingin mengintai apa yang dipandang dan dibuat Iman itu.
"Fuyo.. 10 kills! Hebat la kau!" kata Adam dengan teruja serentak itu dia menepuk bahu Iman, berasa bangga dengan gadis itu. Proud gila!
Tergerak-gerak badan Iman apabila bahunya ditepuk Adam. Kuat pulak tu!
Iman mula hilang focus pada game. Dah la tengah tembak musuh masa tu. Adam pulak datang tersengel-sengel macam kucing. Hesh! Satu paparan jelas tentera pada skrin telefon
'Better luck next time!"
"La Man! Asal mati awal?!" satu suara merangkap ahli sepasukannya berbunyi dari dalam telefon. Adam menjarakkan dirinya daripada Iman.
Kedengan seperti orang mengeluh. Iman dah angkat muka bagi jelingan maut pada si pengacau dia tadi. Adam dah teguk liur. Mereka saling memandang satu sama lain sehinggalah..
"Dah kenapa kacau aku main!!" satu tamparan singgah di kepala Adam.
Terbuntang mata Adam terperajat akan tamparan dari Iman Sarimah. Tertolak sedikit kepala ke depan dek tamparan itu. Garang macam Zarryn!
Ayshalyn, Armel dengan Zarryn juga terkejut. Mereka tidak menyangka akan tindak balas Iman. Ingatkan wanita melayu tapi lain pula jadi. Haha.
"HEHEHEHEHE!" satu gelakan campur hilaian daripada Nanelia Ivanna. Budak dorm Krypton. Dia sedikit pendiam tapi bila gelak kalah cik ponti. Lagi-lagi bila dia senyum, cantik tapi seram kau tahu!
"Kau kena ingat Adam.. bukan Zarryn je garang tau tapi perempuan lain pun sama leh," kata Tan Yik Lan dengan slang cina. Muka pokerface sambil geleng kepala. Sebelahnya Kim Eun jung mengangguk kepala.
"Pfft.." Armel menghambur gelakkan. Dia menyokong pendapat lelaki berbangsa cina tadi. Ayshalyn turut tersenyum sambil menguis-guis makanan.
"Padan muka.." kata Zarryn nada pelahan tapi dapat di dengari Adam. Lelaki itu mengangkat kepala seraya tangan mengosok kepala. Dia memandang Zarryn dengan muka geram, kemudian pandangan beralih pada Iman sarimah.
Siap jeling lagi amboi garangnya. Tapi Sarimah buat bodoh je, pura-pura tak nampak.
________________
"So tonight, your partner is Ayshalyn right?" tanya seorang gadis sambil memegang buku papan tulis. Sempat dia menyelit rambut di cuping telinga sebelum menulis. Gadis itu mencatatkan nama model yang akan berjalan sambil menggayakan baju traditional negara masing-masing di pentas runway malam ini.
Ya, malam ini sekolah tersebut adakan satu majlis untuk meraikan kedatangan 10 pelajar Malaysia ke situ. Mereka dikehendaki memakai baju tradisional bagi memperagakan di hadapan pelajar tempatan lain. Tapi, bukan kesemua 10 pelajar itu menjadi model tak bertauliah. Hanya beberapa orang.
"Yeah of course," jawab Hayden. Mereka berbual di loker antara laluan pelajar.
Ayshalyn menapak ke arah Hayden yang sedang berbual dengan seorang pelajar perempuan.
Dia berdiri sebelah Hayden mengadap perempuan itu dengan riak wajah biasa.
Sempat dia memerhati penampilan gadis itu, kemas berpakaian baju sekolah dengan rambut panjang lurus membuatkan gadis itu tampak lebih cantik. Tidak termasuk lagi mekap nipis pada wajahnya.
Dia menghadiahi Hayden senyuman sambil bercakap, entah mengapa gadis itu membuatkan Ayshalyn terpegun.
Jauh berbeza dengan penampilan sendiri yang sekadar memakai baju uniform tanpa kot. Sudahlah lengan baju dilipat paras bahu. Sweater pula diikat melilit pinggang.
Dia langsung tidak memakai mekap malah rambutnya di ikat mempamerkan leher jinjang. Dia memandang Hayden yang ralit bersembang.
"Kensley.. we're getting late now," seorang lelaki bertubuh tinggi lampai mendekati mereka. Gaya rambut messy quaff segak bergaya dengan pakaian uniform sekolah. Raut wajahnya bersih tanpa sebarang jerawat, hidungnya mancung. Bibirnya warna merah tidak gelap. Lelaki itu berdiri sebelah Kensley.
"Just a moment Aiden," kata Kensley pada Aiden. Dia memandang ke arah Hayden Kembali.
"Excuse me Hayden.. Nice to meet you and hello there," sempat Kensley menyapa mesra Ayshalyn kemudian dia memaut lengan Aiden. Mereka berdua beredar dari situ. Ayshalyn memandang pasangan itu, nampak sepadan.
"Hey, tengok apa tu?" tanya Hayden. Perasan Ayshalyn dari tadi perhatikan Kensley dan Aiden.
"Hayden, may I ask you something?" Tanya Ayshalyn. Hayden hanya memandang gadis itu.
"There are two women. Perempuan pertama ni mempunyai watak comel and another one girl is rough... you know boyish. Which one do you prefer?" tanya Ayshalyn teragak-agak.
"Erm.. you," jawab Hayden seraya senyum.
"Mature girl or childish girl?"
"You," jawab Hayden lagi. Dia merenung wajah Ayshalyn dengan senyuman manis.
"Beautiful or a funny person?"
"You,"
Ayshalyn mengeluh. Dia suruh Hayden pilih apa yang ditanya bukan jawab sesuka hati. Dia memandang lelaki itu inginkan jawapan. Hayden sekadar menatapnya dengan senyuman manis.
"Serious per.."
"Sayang.." panggil Hayden dengan lembut. Dah kenapa macam inspector ni? soal siasat orang. Ayshalyn berhenti tanya, dia memandang Hayden.
Hayden menyeluk kedua tangan dalam poket kemudian membengkok sendiri badan. Dia pandang gadis itu dengan renungan.
"Even you ask me zillion times. My answer will still be the same. It is always you."
Lama juga dia tenung Ayshalyn kemudian dia mengukir senyuman. Ayshalyn pandang dia dengan muka terkejut dan merah.
Hayden keluarkan tangan dari poket kemudian dia memegang bahu Asyalyn.
"Tak kiralah sayang saya ni tomboy ke kasar ke, my answer is always you. Asyalyn Emane, you are enough for me and the most important thing that you should know is I love you. " kata Hayden. Dia ingin yakinkan Ayshalyn bahawa dia betul-betul serius.
"Sei tutto per me, Ayshalyn ti amo tanto." katanya dengan lembut dengan senyuman manis. Automatik pipi Ayshalyn kembali membahang. Dia dengar Hayden gelak kecil.
"Nak tahu tak maksud dia?" tanya Hayden. Laju Ayshalyn menggeleng tidak mahu. Malah gadis itu menapak beredar dari situ sambil memegang kedua belah pipi. Hayden dibelakang hanya mampu tersenyum lucu.
______________
Pelajar yang memakai pelbagai jenis pakaian tradisional mula menapak masuk dalam dewan utama. Ada yang memakai baju salvar bagi pelajar dari turkey. Ada yang pakai poncho, kimono dan pelbagai jenis baju.
Poster United nation general assembly digantung pada dinding, satu pentas runway diletakkan tengah dewan. Ya, malam ini sebanyak enam orang pelajar akan mengayakan pakaian trandisional di pentas runway. Sepatutnya mereka perlu menunjukan persembahan berkaitan dengan budaya. Namun disebabkan kesuntukan masa jadi mereka membuatkan keputusan mengantikan acara itu.
Adam menyelak langsir tabir dewan, matanya meliar melihat pelajar lain. Semua pakai baju gempak-gempak. Tapi tu tak penting, yang penting lepas habis majlis ni memang dia nak serbu makanan. Lapar.
"Kau intai apa tu?" Zarryn tiba-tiba muncul di sebelahnya. Dia melihat penampilan lelaki itu.
"Sampin mana?" tanya Zarryn pada Adam apabila lelaki itu hanya mengenakan sepasang baju melayu tanpa sampin.
"Ada tu. Kejap," Adam mengambil kain sampin dan mahu memakainya.
"Guys, five minutes left!" jerit seorang pelajar menyebabkan model belakang tabir mula cepat bersiap.
"Slow la kau ni," Zarryn rebut kain sampin di tangan Adam kemudian dia pakaikan pada lelaki itu. Benda kejap jadi lama kalau bagi mamat ni buat.
Adam membiarkan sahaja. Dia memerhati penampilan Zarryn. Gadis itu kelihatan cantik apabila memakai baju kurung melayu dan paling membuatkan Zarryn tampak cukup berbeza apabila dia menyarung hijab di kepala.
Nampak ayu bila dia pakai selendang. Selalunya tak ada beza dengan kak limah serabut aku tengok. Dalam diam dia perhatikan pemakaian Zarryn yang sedang mengikatkan kain samping pada pinggangnya. Segaris senyuman cuba disembunyikan.
"Alhamdulillah.. dapat hidayah malam ni," usik Adam.
Pinggangnya terasa dijerut kuat. Siapa lagi buat kalau bukan Zarryn yang buat. Dia sengaja ketatkan ikatan sampin pada pinggang Adam apabila lelaki itu cuba mengusiknya.
"Pakai sampin pun lembab," Zarryn mengangkat muka membuatkan senyuman Adam meleret.
"Habis kau, pakai tudung pun tak reti. Tahu tak dosa."
"Aduh!"
Perut Adam berasa senak, kan dah makan penumbuk Zarryn. Nak sakat lagi ke? Ada juga merangkak atas pentas runway tu nanti.
______________
Armel menunggu lif mahu turun ke dewan. Kenapa tak turun dengan tangga? Bila lagi nak turun lif sekolah London. Rasa mewah gitu.
Sedang dia menunggu lif, seorang lelaki berpakaian Royal guard datang berdiri sebelahnya. Sepintas lalu mengerling ke arah lelaki itu. Handsome! Tapi lucu bila pakai macam tu.
Lelaki itu membetulkan topi bearskin yang berbulu atas kepala membuatkan Armel tersenyum kecil. Ikutkan hati mahu dia gelak dekat situ sekarang.
"Do I look funny now?" tanyanya, dia perasan Armel menahan senyum. Laju je Armel geleng kepala nafikan.
TING!
Bunyi lift berdeting serentak itu pintu terbuka luas. Tersembul dua gadis dan seorang lelaki dalam lift. Mereka kelihatan sedang membetulkan pakaian ketika itu.
Armel mengemam bibir menahan senyum meleret. Sudah sebelahnya tadi macam royal guard Britain sekarang nampak dirndl dress pulak, seorang lagi gadis memakai dress warna merah dengan topi hitam berbunga atas kepala. Manakala seorang lelaki memakai baju warna navy blue dan suspenders pada baju.
"What are you looking for?" tanyanya dengan nada tidak senang. Armel diam tidak menjawab kemudian dia masuk dalam lif, pandang arah lain. Ya allah kuatkan semangat, sabar Armel sabar.
"And you jasper, you come?" dingin soalan dari Madison, mimpi apa mamat ni pakai macam royal guard ni? Jasper masuk dalam lif bersama yang lain.
"Nice costume Jasper, " sindir Lexi. Lelaki itu sekadar tersenyum sahaja.
____________
"Everyone, ready?" sekali lagi pelajar yang menguruskan majlis malam itu bertanya. Semua mengangguk kepala.
Semua model diminta bersedia dan keluar mengikut urutan yang ditetapkan. Ayshalyn menoleh ke arah Hayden yang datang beratur di belakangnya. Lelaki itu memakai baju melayu warna hitam, tubuhnya tegap dengan cermin mata hitam tersemat pada batang hidung mancungnya. Cuma kolar bajunya tidak dilipat elok.
"Handsome-handsome pun kolar baju tak reti nak lipat," Ayshalyn menjinjing sedikit kaki sambil membetulkan kolar baju Hayden. Manakala Hayden pula menyimpan cermin mata hitam itu pada poket baju. Dia tidak jadi mahu memakainya.
"Hah baru lah handsome." puji Ayshalyn senyum pada Hayden. Namun senyumannya mati apabila melihat mata Hayden tanpa berselindung cermin mata lagi. Cepat dia seluk dan ambil cermin mata Hayden.
"Saya tak suka awak tak pakai cermin mata. Nanti ramai perempuan terpikat dengan awak. Dah la mata awak lawa. Dan ramai lagi cantik dari saya," Ayshalyn memakaikan cermin mata hitam kembali pada Hayden. Namun kali ini dia tak berjinjing kaki pun, sebab Hayden bongkokkan sedikit badan menyamakan ketinggian antara mereka. Memudahkan Ayshalyn menyangkut cermin mata.
"Everyone has their own specialty. But I like you the most." kata Hayden membuatkan Ayshalyn terhenti seketika. Hayden mengukir senyum menampakan barisan gigi putih bersih membuatkan gadis itu turut tersenyum.
"Aku rasa diorang ada something la, macam special relationship." kata Adam pada Zarryn. Mereka dari tadi perhatikan tingkah laku Ayshalyn dan Hayden. Semacam je. Maklum lah diaorang kan stalker sejak birthday party hari tu lagi.
"Aku pun rasa macam tu juga." Zarryn bersetuju. Mesra semacam je Hayden dengan Ayshalyn tu. Jarang betul tengok Ayshalyn senyum macam tu lagi-lagi dengan lelaki.
Adam memusing tubuh mengadap Zarryn. Gadis itu perhatikan Adam yang segak berbaju melayu dengan rambut hitam sedikit kusut. Zarryn menyepet mata.
"Songkok mana?" tanya Zarryn, dia pandang sekeliling mencari songkok Adam. Dia mencapai songkok yang tersadai di atas meja.
"Tunduk sikit." arah Zarryn. Faham-faham jelah. Walaupun Zarryn ni tinggi tapi nak buat macam mana si Adam ni terlebih kalsium dari dia.
Adam menurut perintah Zarryn. Ditunduk sikit kepalanya ke arah Zarryn. Rambutnya terasa dibetulkan dengan jari jemari gadis itu. Kemudian songkok diletakkan atas kepala. Baru nampak melayu sejati lengkap dengan songkok lagi.
Zarryn simpan senyum melihat Adam yang segak dalam sepersalinan baju melayu royal blue. Handsome. Haha.
______________________
Armel yang baru sampai berlari anak-anak arah kerusi kosong. Dia duduk sebelah Evans kebetulan kerusi sebelah lelaki itu kosong. Mereka tidak menyertai acara peragawan itu. Sekadar menjadi penonton.
Tidak lama itu lampu dewan menjadi malap, hanya lampu spotlight dihalakan dan disuluh arah langsir tabir dewan. Kemudian lagu berbunyi serentak itu model-model mula keluar berjalan atas pentas runway.
"Madison, let's take a picture." pinta Lucas mengangkat telefon mahu bergambar dengan Madison.
"Not now Lucas," kepala Lucas ditolak supaya jauhi dirinya. Dia tidak mahu mengambil sebarang gambar pun malam ini. Lagi-lagi dengan pakaian macam ni.
Lucas pandang Madison, perempuan itu bagi jelingan maut. Memang tidak mahu.
Acara cat walk yang dipersembahkan model-model mengambil masa sejam, kemudian lampu dibuka kembali menerangi dewan. Pelajar boleh menikmati makanan yang disediakan pihak sekolah.
Sudah tentu Armel yang dulu pergi ke meja makan, pinggan tu penuh dengan pencuci mulut, makanan berat dan pelbagai jenis makanan. Sampai nak tumpah makanan penuh sangat atas pinggan. Perempuan ini gegarsi ke apa tengok tubuh kecik je. Tapi makan banyak. Entah-entah bela saka.
"Pardon me, I'm Marcus." sapa seorang lelaki kemas berpakaian suit dengan topi hitam panjang atas kepala. Sebelah matanya digayakan cermin mata bulat. Bagi Armel setakat ini pakaian Marcus paling okey dari yang lain.
Lelaki itu tunduk menunjuk gaya hormat kemudian menghadiahi senyuman manis pada Armel.
Pada masa yang sama yang lain sedang membuat hal masing-masing. Evans pula bersembang dengan Kensley dan Aiden. Kensley kelihatan cantik manakala Aiden pun sama segak bergaya dengan pakaian bunad.
Tak silap Kensley memang berasal Norway tapi Aiden tidak. Mungkin mereka bersepakatan mahu memakai baju sama.
Armel ketawa kecil akan lawak Marcus. Mereka berdua bersembang di luar dewan. Walaupun baru kenal tapi Armel berasa selesa bersama Marcus. Mungkin dari segi percakapan kata-kata manis lelaki itu.
"You look so beautiful tonight," puji Marcus, anak matanya merenung Armel. Senyuman Armel meleret apabila dipuji, dia memaling muka memandang Marcus. Mereka saling merenung satu sama lain.
Pelahan-lahan Marcus merapatkan mukanya pada Armel membuatkan gadis itu serba salah.
'Alamak macam mana ni?!' detik Armel sendiri, Marcus semakin dekat. Wajahnya seperti dilamun sesuatu.
'Arh pejam mata jelah,' pantas Armel memejam mata. Kenapa kau bodoh sangat Armel.
Tidak lama itu, bibirnya terasa hangat disentuh permukaan kasar dan panas. Tapi kenapa rasa pahit semacam je? Lama dia biarkan keadaan itu.
"Armel!" satu suara menyergahnya. Armel membuka kelopak mata. Dia lihat Marcus jatuh terduduk ke belakang. Dia menoleh ke kanan apabila telinganya disapa dengan nafas termengah-mengah seperti seseorang sedang menahan marah.
Evans memaling wajah ketat pada Armel, dengan tangan memegang erat buku lima. Bukan itu sahaja sebelah tangannya juga menekup bibir gadis itu.
Armel terkedu melihat lirikan mata tajam lelaki itu. Buat kali pertama dia lihat wajah Evans yang betul-betul marah. Langsung tiada senyuman. Hanya renungan tajam yang menusuk mata.
Bunyi derapan kaki seakan-akan berlari datang kemari. Dia lihat beberapa pelajar yang datang arah bertentangan mereka. Dia mengecam beberapa pelajar yang sama dalam lif tadi. Mereka semua kelihatan tergamam apabila melihat Marcus.
"What the hell is going on here?!" jerkah Madison menapak sambil mengangkat kain dress yang meleret atas lantai dengan geram merapati Evans dan Armel.
Armel mati kata, dia pandang Evans yang masih bengang. Tidak lama itu Zarryn dan yang lain turut datang dalam keadaan terpinga-pinga. Lidah Armel menjadi kelu, dia keliru dengan keadaan sekarang.
Sekali pandang Zarryn dan lain semua muka terpinga, bila pandang depan kembali, dia nampak Madison dan yang lain dengan muka serius. Aiden dengan Kensley pun ada sekali. Evans senyum sinis melihat beberapa pelajar hadapanya atau dikenali sebagai A-team.
____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro