BAB 27 (CUTI)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin❤️🎉
2 4 / 0 5 / 2 0 💕
__________________
Selepas peperiksaan semester 1 berakhir, mereka semua akhirnya bercuti sebentar selama sebulan sebelum memulakan semester kedua nanti.
Peperiksaan mereka kali ini juga akan menentukan siapa yang layak untuk menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di London selama sebulan nanti. Hanya pelajar yang berada di ranking 10 teratas akan dipilih.
Pada cuti ini, keluarga Ayshalyn tidak lepaskan peluang untuk balik ke kampung. Ibu bapa Ayshalyn sedaya upaya mencari ruang dan masa untuk balik ke kampung. Nanti masing-masing dah sekolah, memang susah untuk balik.
Perlahan-lahan Ayshalyn angkat selak pintu jendala kayu. Kemudian jendela terbuka luas, Ayshalyn memandang sekelilingi kampung neneknya Hajah Sarimah.
Sawah padi yang menjadi permandangan kawasan rumah kayu neneknya ditenung lama. Sesekali dia menarik nafas, jiwanya tenang melihat keindahan itu.
Ayshalyn balik kampung selama seminggu ke rumah neneknya sempena cuti selepas selesai exam semester pertama. Cutinya juga agak panjang, jadi ayahnya Tan Sri Khalid bercadang mahu bercuti di kampung.
"Assalamualaikum!"
Kedengaran seperti seseorang memberi salam. Hajah Sarimah berhenti membuat kerja seketika di dapur. Dia naik ke atas dan membuka pintu.
Wajahnya kelihatan ceria apabila melihat satu sekeluarga lagi pulang ke kampung. Pakcik Adnan, anak kedua dalam keluarga Hajah Sarimah turut mengambil kesempatan pulang ke kampung.
"La Nan, kenapa tak bagitahu nak balik. Masuk-masuk," jemput Hajah Sarimah. Mereka sekeluarga menyalam orang tua itu kemudian anak-anak pakcik Adnan mengangkut barang keluar dari kereta. Walaupun keluarga pakcik Adnan tinggal di Johor juga, tapi mereka stay di bandar. Mereka juga sibuk dengan kerja masing-masing.
"Uit, Salina,"
Tegur seseorang. Salina yang merupakan sepupu sebaya dengan Ayshalyn tertoleh ke kiri dan kanan. Mencari empunya suara. Dimana? Dia mengangkat wajah pada jendela yang terbuka luas.
Kelihatan Ayshalyn bertenggek dekat jendela sambil melirik senyuman. Dia turut melambai tangan pada Salina.
Nampak gaya rumah Hajah Sarimah meriah minggu ini akan kepulangan anak cucunya.
"Kau apa khabar sekarang?" tanya Salina seraya menarik beg bagasi dalam bilik. Dia memandang Ayshalyn yang sudah terlentang atas katil.
"Aku baik je, tak ada benda menarik pun nak share," kata Ayshalyn dengan gaya malas baring atas katil. Salina mengantung tudung pada penyakut, dia duduk sebelah Ayshalyn.
"Eh, aku nak tanya kau ada plan apa-apa tak esok?" tanya Salina duduk bersila mengadap Ayshalyn.
"Tak ada," jawab Ayshalyn dengan malas. Salina menjuih bibir, baru jumpa dah nampak malas. Dia cubit peha Ayshalyn bagi tenaga itu kembali. Terpekik gadis itu menahan sakit, automatik dia bangun duduk.
"Takda.. aku takde plan lagi setakat ni," jawab Ayshalyn sambil mengosok peha. Salina tersengih nakal.
"Weh shopping jom," ajak Salina.
"On je. Tapi belanja aku makan," Ayshalyn membuat penjanjian dengan Salina. Dia kembali terlentang siap tangan didepakan lagi.
"Ish, sikit-sikit belanja. Okey la," jawab Salina mengalah, terpaksa la dia belanja gadis itu.
"Serious ni?" tanya Ayshalyn teruja. Dia bangun dari baringan. Jimat duit poket dia kali ini. Si Salina ni bukan orang susah mana pun, Setakat makan celah gigi dia je. Orang kaya katakan.
"Sebut belanja excited terus kau eh," mereka ketawa kecil. Salina merebahkan tubuh baring sebelah Ayshalyn.
______
"Hui," Ayshalyn menegur adiknya, Zed yang sedang menghadap telefon di depan tv. Zed hanya menganggukkan kepalanya.
Ayshalyn duduk di sebelah adiknya di atas sofa dan menghadap 70 inci TV. 'Huish kemain besar tv, patutlah hari tu kata rabun naik' kata hati Ayshalyn.
Tak hairan sangat sebenarnya , kerana Hajah Sarimah memang orang berpengaruh dalam kampung tu. Rumah besar pun apa nak kesah dan jangan terkejut kalau dapat tahu yang Hajah Sarimah ni ada driver dan pembantu rumah.
"Banyak-banyak channel, boxing juga kau pilih. Tak best langsung," Terus Ayshalyn menukar siaran tv kepada drama.
"Eh, bukan kau suka bergusti ke?" Salina buat gaya smirk pada Ayshalyn. Dia memang sudah sedia maklum bahawa gadis ini agak lasak sedikit berbanding adiknya si Diyyan tu.
Diyyan Sheyril lemah lembut orang ye, bercakap macam bisik dengan semut. Seorang yang introvert person. Dia bersekolah di asrama penuh. Jadi tidak hairanlah kalau jarang ada dekat rumah. Kalau balik pun berkurung dalam bilik. Macam tak wujud adik bongsu Ayshalyn ni.
"Eh eh sesedap pisang goreng nenek tadi je kau bercakap kan. Aku bagi kang," Ayshalyn menunjukkan penumbuknya. Salina hanya tersengih nakal.
Tapi, cakap pasal boxing ni, mindanya terus teringat lelaki kaca mata yang kini selalu buat hatinya tak keruan. Satu senyuman terukir pada bibir, dia peluk bantal kecil sofa sedikit erat. Cuba menyembunyi bibirnya tak henti tersenyum. Argh! Dia pun tak tahu kenapa.
Zed memaling wajah mengadap tv kembali, malas mahu layan kerenah kakaknya. Ini mesti bosan dekat kampung. Kalau tidak rumah kemain sombong macam Zed ni orang asing. Tegur pun tidak. Terserempak sekali pun, Ayshalyn buat-buat tak nampak.
"Keluar esok jom?" ajak Ayshalyn tiba-tiba. Zed memandang kakaknya dari hujung mata.
"Pergi mana?" Tanya Zed nada malas.
"Mana-mana la. Kita pergi shopping mall eh?" Kata Ayshalyn lagi sambil matanya tak lepas memandang tv. Dia sengaja ajak Zed untuk jadi assistant pegang barang je. Adiknya berfunction bab tu.
"Aysh , Salina, Zed ! turun makan ni!" Laung Puan Sri Muzifah dari dapur.
"Haa ya!" Jawab Ayshalyn lalu bangun ke dapur.
"Siapa lambat, ayam dia kena rembat!" Tiba-tiba Si Zed ni melintas dengan berlari sambil menjelirkan lidah kepada Ayshalyn.
"Hoi!" Ayshalyn turut mengejaradiknya. Laju je mereka berebut peha ayam, pingan apa semua. Yeah mereka memangdi zaman childhoods.
_______
Ting!
Gelangang boxing mula riuh akan suara sokongan dari penonton. Dua lelaki sedang bertarung dalam gelangang dengan bersungguh. Hayden yang menjadi salah seorang penonton memakai mask dengan workout hoodie tidak berlengan. kepalanya juga dipakaikan topi baseball berwarna hitam.
Dia bukan apa dia takut perkara sama diulangi lagi. Mana tahu mata-mata Hajah Kamsah cuba mengintipnya. Itu dia pakai gaiter mask daripada terkantoi. Pada cuti ini, dia turut balik ke Johor untuk bertemu orang tuanya di sini. Rindu..
Pada masa yang Salina, Ayshalyn dan juga Zed sedang membeli dalam shopping mall. Sempat lagi mereka bertiga bermain bowling. Gembira sungguh mereka bermain sehingga tidak sedar waktu juga menjelang malam.
Tidak bercampur lagi masa makan dan membeli belah. Nak pilih barang satu pun kemain lama, perempuan kan complicated.
Zed la menjadi penyakut manusia dua gadis itu. Dah macam troli barangan Zed dibuatnya. Itu untungnya bawak laki dalam shopping complex.
Zed pun tak beli apa-apa lagi, dia tidak berminat dengan barangan. Walaupun dari tadi dia tenung kasut sukan jenama Air Jordan.
"Weh kak , aku rasa nak kencing laa. Kau pergi kat kereta dulu eh. Tak tahan ni," Zed tiba-tiba bersuara apabila sampai di basement. Ayshalyn mengangguk kepala sambil mengunyah gula-gula getah. Tidak lama itu, kelibat Zed mula hilang dari pandangan.
Ayshalyn mengerling jam di pergelangan kirinya, 9:30 malam dah. Lama juga mereka menggeledah shopping complex tu sampai malam. Si salina pula tak muncul-muncul katanya mahu bayar parking. Takkan la serang kedai lagi?
Dia bersandar pada dinding sambil menunggu dua manusia bertuah itu. Airpod dia pakai pada telinga, lagu dari aplikasi spotify berdendang.
"Hai," tegur satu suara asing. Ayshalyn mengangkat muka. Dia lihat seorang lelaki segak bergaya hadapanya. Dia menghadiahi Ayshalyn senyuman.
Nasib gadis itu tidak mengabaikannya. Dia tunduk menatap telefon.
"You dengar lagu apa tu? Artis mana? mana tahu taste kita sama," tanya lelaki itu cuba mencari topik perbualan dengan Ayshalyn. Lelaki itu cuba mendekati Ayshalyn.
Ayshalyn memandang pelik ke arah lelaki itu. Tak kenal tiba-tiba tanya pasal lagu pahal.
"Hugel feat Amber," balas Ayshalyn acuh tak acuh. Lelaki tinggi berdiri betul mengadapnya, gayanya cuba mengorat.
"Artis mana tu? I've never heard them?" tanya lagi, dia pandang gadis itu semacam. Dari lirikan mata dan senyuman. Ayshalyn tahu lelaki itu gatal. Tuan kemain segak tapi miang.
Asyalyn menutup telefon, dia mengangkat wajah sambil menyilang tangan. Wajah antara mereka amat dekat ketika itu. Ayshalyn memandangnya tanpa rasa gerun.
"Mind your own freaking business," jawab Ayshalyn seraya mengangkat lutut tinggi mengena dahi lelaki itu.
Lelaki itu tersentak apabila dahinya dilutut dia meraung sakit, nasib lutut gadis itu tidak mengena mata. Kalau tak boleh buta lelaki itu.
Serentak itu kedengaran bunyi sesuatu koyak. Mata Ayshalyn terbeliak. Dia tunduk periksa peha yang terdedah akan skirt yang terkoyak. Mungkin sepakannya terlalu kuat. Lupa pula dia jadi ayu, pakai skirt hari ni.
Lelaki itu senyum miang meleret membuatkan Ayshalyn cuak. Takkan nak sepak lagi dengan skirt macam ni. Dia nekad untuk melarikan diri dari situ.
Dia berasa ada orang mengikutinya, siapa lagi kau bukan lelaki itu. Dia teruskan langkahnya. Entah kenapa dia rasa memang mamat miang tadi masih mengikutinya. Hatinya berdegup kencang. Dia mempercepatkan langkah ke kereta.
Dia mencari-cari kunci kereta di dalam beg dengan panik. Bukan kunci dia jumpa tapi coklat lain. Kunci mana kau ni!!! Time macam ni la kau nak main hide and seek dengan aku!
"Hey pretty,"
Zass! Bulu roma Ayshalyn menegak. Automatik dia berhenti mencari kunci kereta. Dia nampak imej lelaki itu terpantul pada cermin gelap keretanya sendiri.
Paling membuatkan Ayshalyn gerun bila lelaki itu senyum miang cuba merapatinya. Macam perogol bersiri. Berani je dia datang dekat, lagi-lagi bila Ayshalyn tampak panik.
"Jangan dekat. Kalau tak aku jerit sekarang." ugut Ayshalyn sudah berpeluh ketakutan. Zed mana kau! Kencing ke berak batu kau ni! Salina pun satu pergi bayar parking tak siap-siap lagi!
"I don't care." Kata lelaki itu. Pandai pulak dia cakap mat saleh. Sekolah pandai-pandai jadi perogol buat apa.
Belum sempat lelaki itu menyentuh bahu Ayshalyn, ada yang bersuara,
"If I were you, I'll think twice to touch her." Kata seseorang.
Ayshalyn mencari kelibat gerangan yang bercakap itu. Seseorang yang berseluar berwarna kelabu dan sleeveless shirt hoodie warna hitam. Mamat gym mana pulak ni! Tetapi mukanya tidak kelihatan kerana dia menutup separuh daripada hidung hingga ke bawah mukanya dengan gaiter mask. Hero Malaya mana datang tolong ni?
Hanya sepasang mata kelabu yang sangat familiar pada Ayshalyn. Macam kenal. Tapi siapa?
"Who the hell are you?" Lelaki itu kelihatan marah. Mungkin kerana lelaki mata kelabu tu kacau dia.
"Is that important? Just let go of her." Arah lelaki itu sambil memeluk tubuh.
"Oh yeah?" Tanya lelaki itu dengan nada sinis. dan bersandar pada kereta. Santai.
Lelaki mata kelabu itu ketawa sinis bila dengar lelaki itu berkata.
"Baik kau blah jangan sini, sebelum muka kau tak macam orang nanti," Dia berhenti ketawa. Lelaki itu berkata dengan nada dingin.
Dari renungan anak matanya tampak mahu menusuk bebola mata lelaki sebelah Asyalyn itu.
"Huh! Ingat aku takut?" lelaki itu dengan tiba-tiba memegang Ayshalyn. Terus menjerit histeria gadis itu ketakutan.
"Tak guna!"
Lelaki mata kelabu itu terus mengheret lelaki itu dan memukulnya tanpa belas kasihan. Ayshalyn yang melihat pergelutan itu menutup mulut. Hampir lunyai lelaki itu dikerjakan oleh lelaki mata kelabu tersebut.
Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku kalah lalu beredar dari tempat itu.
"Are you alright?" Tanya lelaki itu sambil menurunkan masknya. Mukanya berpeluh, dia tolong Ayshalyn berdiri yang seakan-akan hilang kudrat. Raut wajahnya kelihatan risau dan cemas ketika itu.
Ayshalyn tergamam, terkelu, terkejut dan segala jenis ter lah. Am I dreaming right now? Tapi, betul ke..
"Hayden?"
Terkelu Ayshalyn dibuatnya. Patutla familiar sangat mata kelabunya itu. Dia melihat muka Hayden luka dan bibirnya tercalit darah sedikit.
"Kau okay tak ni?" Tanya Hayden lagi, serentak itu dia memeriksa tangan dan muka gadis itu. Takut ada lebam pada permukaan tangan. Mana tahu, sebelum dia sampai gadis itu dah awal-awal teranjang lelaki itu.
Ayshalyn mengangguk.
"Aku.. okey," Gagap Ayshalyn dibuatnya, sekali lagi dia terkedu melihat Hayden yang tanpa kaca mata. Kacaknya! Wajahnya cukup berbeza tanpa cermin mata. Walaupun sudah beberapa kali di lihat, tetapi tetap kacak. Seperti selalu, dia terpukau dengan anak mata Hayden.
"Betul ni?" Hayden ingin mendapatkan kepastian.
"Iya aku okay. Thanks selamatkan aku. Kau tu, dengan muka berdarah-darah. Okey tak? Nak pergi klinik? Aku boleh bawakan," Tanpa sengaja dia menyentuh muka Hayden kerana terlalu risau.
Hayden senyum kelat "Aku okey. Tak ada apa lah. Sikit je ni." Dia mengelap sendiri darah yang mengalir dari mulut. Ayshalyn mengeluh, mamat ni fikir dia hero dalam drama ke? Nampak sangat sakit tu.
"Sorry kak lambat, perut ni memulas. Ni mesti kes kak letak sambal ayam banyak sang.."
"Eh Abang Hayden," Celah Zed tiba-tiba, dia baru perasan jejaka itu turut ada.
Hah, ni sekor lagi. Sekarang baru nak muncul. Kalau Hayden takde memang aku dah menderita seumur hidup la.
"Kau berak batu ke apa? Lama nak mampus!" Marah Ayshalyn sambil cekak pinggang.
"Rilek la kak. Lama sikit je. Ni kenapa muka abang berdarah-darah ni?" Zed menilik muka Hayden di depannya.
"Sebab kau la tu!" Ayshalyn masih marah. Zed mengerut kening. Apa salah dia. Melabur je pun? Hayden tersenyum saja melihat dua adik beradik itu bergaduh.
"Sorry Asyh lama. Tadi ram.. huh tiger?" kata Salina tiba-tiba muncul dengan muka keliru. Seolah-olah tidak percaya. Dia jumpa atlet boxing depan mata. Lelaki itu sangat terkenal dengan kehandalannya diatas platform boxing. Sekolah dia pun tahu akan Hayden.
Senyuman Hayden mati. Siapa pulak kenal nama stage dia ni. Ayshalyn dan Zed berpaling dengan muka keliru bersilih ganti pandang Hayden dan Salina. Tiger?
"Siapa tiger?" tanya Ayshalyn. Dia tidak kenal siapakah gelaran itu. Salina datang dekat memeriksa wajah Hayden.
"Betul la, you tiger kan? Omg tak sangka dapat jumpa depan-depan," katanya teruja, laju je dia seluk beg ambik phone. Belum sempat dia mengambil gambar, Ayshalyn tiba-tiba halang. Salina belum menjawab soalannya. Siapa tiger?
"Ish sabar la, aku nak ambik gambar dengan tiger ni," Salina menolak tangan Ayshalyn. Hayden dah muka cuak, dia naikan semula mask ke paras hidung.
"Who's tiger, him?" Ayshalyn tunding jari arah Hayden. Salina mengangguk kepala.
"Apa kau merepek ni.. dia ni Hayden, my schoolmate," kata Ayshalyn tak puas hati. Dia yakin Hayden bukan tiger. Entah nama stage siapa si Salina ni main sebut.
"No, I'm pretty sure dia tiger. Look at his face. Muka dia sebijik altet boxing tu," Salina tetap menegakkan kata.
Ayshalyn menjulingkan mata ke atas. Dia tidak percaya akan Salina. Takkan la budak nerd sekolah boleh jadi tiger si atlet boxing bak kata Salina.
Dia heret tangan Salina masuk dalam kereta. Terkial-kial gadis itu masuk. Tanpa tunggu Salina membantah, dia dah tutup pintu kereta awal-awal.
"Nice to meet you here, I'm sorry for that," kata Ayshalyn dengan lembut, sehingga dia pandang Zed, riak wajahnya berubah garang mendadak.
"Kau duduk belakang!" Marah Ayshalyn lagi. Zed hanya menayangkan muka masam tanpa mengetahui cerita sebenar. Dia masuk dalam kereta duduk sebelah Salina.
"Aku pergi dulu. Thanks sangat tolong aku tadi. Bye," Ayshalyn tersenyum dan melambai seraya melangkah ke arah tempat pemandu.
Hayden mengangguk sekali dan membalas senyum Ayshalyn. Dia lihat kereta yang dipandu sehingga hilang dari pandangan. Dia menggeleng kecil bila teringat yang dia hampir kantoi tadi. Haih..
____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro