Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24 (ARRIVED)

Same date❤️
_______________

Pagi itu seperti yang dirancang dalam jadual. Enam pelajar WCIS yang menyertai kempen akhlak tunggu di pintu pagar sekolah. Sepatutnya bas sampai 10 minit lalu, tapi enjin bas sampai sekarang tak dengar-dengar. Mesti driver bas itu melayu sejati.

Zarryn yang duduk bercangkung kerana penat sambil menyemak akaun laman sekolah melalui telefon.

SIX KNIGHTS INVOLVED IN MORAL CAMP! AND FOR THE FIRST TIME, LEADER AND ASSITANT LEADER ALSO PARTICIPATED!

Terus Zarryn menjeling Adam bila baca artikel dalam laman social sekolah. Ini semua salah mamat tu! Tak pernah ada sejarah ketua dan penolong ketua pelajar masuk kem akhlak! Kem akhlak tahu tak?!

Adam yang berdiri sambil menyepak batu kecil terasa direnung menoleh pada Zarryn. Dia menjuihkan mulut membalas jelingan maut Zarryn. Dah kenapa, nak gaduh ke?

Sebuah kenderaan berat pacuan 4 roda tiba di sekolah WCIS. Mereka berenam pandang je bas sekolah warna kuning dengan aircond semula jadi. Hah gempak lah, tempat kem bukan dekat. Aku rasa semua macam sosej panggang.

Yang paling menyebabkan mereka berenam tak selesa, bila pelajar sekolah lain yang sudah ada di dalam bas duk mengendeng tepi tingkap terjenguk-jenguk luar tingkap. Dah macam keluar dari gua, tak pernah tengok orang ke?

Pintu bas terbuka luas, Adam bergegas naik dengan beg galas senderhana.

"Eh, ladies first," Zarryn menarik baju Adam sebelum lelaki itu naik bas. Adam pandang muka zarryn tak puas hati lalu pasrah dia mengundur langkah. Zarryn pula balas dengan jelir lindah, selamba je dia naik bas dulu as first person.

Lepas Zarryn naik, cepat-cepat Adam naik. Nampak tempat kosong tepi tingkap terus dia duduk. Yes! Dapat juga tempat dia nak.

Kemudian Evans dan Hayden naik. Nampak saja muka Evans yang baru naik atas bas seperti mencari tempat duduk, cepat-cepat Adam tarik lengan lelaki itu duduk sekali. Biar je Hayden duduk belakang seorang. Maklum la seat bas ni dua seat je. Say bye Hayden!

Zarryn pula duduk sebelah Armel. Hayden duduk belakang dengan seat sebelah masih kosong. Aysyalyn sebagai orang terakhir naik.

Semua penumpang pandang dia, Ayshalyn pura-pura tak nampak. Dia betulkan topi tersarung atas kepala dan duduk pada kerusi kosong. Seat Ayshalyn dan Hayden masing-masing sebelah kosong. Takkan nak duduk sekali kan.

Tempat kem diadakan pada kawasan berbukit. Bersesuaian dengan aktiviti yang bakal mereka jalankan. Aktiviti apa pun diorang tak tahu, tak dapat lagi jadual.

Setelah hampir sejam perjalanan, bas itu singgah pada sekolah yang terakhir untuk peserta kem. Armel jenguk luar tingkap, beberapa orang naik. Semuanya lelaki.

Ayshalyn sedang menukar lagu dalam aplikasi spofity. Dia dengar lagu melalui airpod terbantut bila nampak dua kaki berdiri hadapannya. Dia angkat muka, seorang lelaki bertubuh gempal. Dia mengerling tempat duduk kosong sebelah Ayshalyn. Sudah!

Bukan Ayshalyn tak suka, tapi dia rasa tidak selesa. Nak buat macam ni? Arhh pura-pura tidur. Cepat dia tutup mata. Nasib baik seat sebelah dia jadikan 'cabinet' sebagai tempat letak beg sandang. Jadi mungkin lelaki itu akan beredar dan cari tempat lain.

Tapi terasa tempat duduk disebelahnya diduduk seseorang. Mungkin lelaki itu betul-betul mengambil tempat sebelah Ayshalyn. Kalau betul mamat tadi memang tak selesa la.

Perlahan-lahan Ayshalyn buka mata bila rasa seseorang duduk sebelahnya, namun jangkaan Ayshalyn salah. Kerana lelaki yang disangka Ayshalyn tadi duduk seat lain manakala yang disebelahnya ialah Hayden. Si mamat berkaca mata.

"Nah, your bag," Hayden hulur beg yang sengaja Ayshalyn letak di seat sebelah. Beg itu Hayden letak atas peha Ayshalyn yang masih terkedu. Hayden senyum nipis pada Ayshalyn lalu dia memejam mata sambil memeluk tubuh.

"Evans kau tengok apa tu?" tanya Adam mengintai telefon Evans. Tengok porn eh? Haha.

"Aku tengok jadual camp kita la," Adam membuka mulut ber'ooo', dia turut membaca jadual yang baru dihantar dari Sir Henry. Hantar dekat Evans je, cis tak adil betul sir ni.

Adam terbaca salah satu aktiviti yang bakal dijalankan.

-NIGHT WALK

"Night walk?" Dia pandang Evans mintak penjelasan. Lelaki itu sekadar menjungkit bahu sambil mencebik muka.

______

"Arghhhhhh," Adam mula mengeliat, lenguh hampir separuh sehari duduk dalam bas. Dah la panas, nasib tak masak je sorang-sorang penumpang tu.

Dia lihat keadaan sekeliling, hutan dan kawasan berbukit. Cuma kawasan yang mereka menetap seketika itu tanah rata la. Gila nak berbukit, mahu tergolek jatuh.

"Adam, ni ambik beg kau," Evans mencampak beg sandang Adam atas dada lelaki itu. Teruja sangat turun bas sampai beg sendiri tertinggal.

"Eh main campak je, nasib baik aku sempat sambut," rungut Adam sambil dia membersihkan beg takut kotor.

Selesai semua pelajar ambik beg, mereka berjalan ke ruang utama kem. Mereka diminta beratur mengikut barisan.

Seorang lelaki bertubuh sasa dengan beret di kepala datang berdiri hadapan mereka. Dia juga mengenakan pakaian bercorak hijau dengan kasut bot hitam. Okey straight to the point, dia askar.

"Kamu semua tahu tak kenapa kamu semua datang sini!?" uish baru permulaan ucapan sudah teriak. Terkejut titew. Muka lelaki itu sungguh bengis lebih seram dari sir henry.

"Tahu tak?!" soalnya sekali lagi.

"Tahu.." lemah saja suara dari pelajar.

"Apa saya tak dengar!"

"Tahu!!" serentak pelajar itu menjerit.

"Saya tak mintak jerit pun!" eh dia ni, aku tibai baru tahu. tadi tak dengar sangat, bila dah terjerit marak pula. Detik adam dalam hati.

"Saya kapten Firdaus, selaku ketua fasi kamu semua semasa kem akhlak ni. Jadi saya akan awasi kamu. Saya pesan awal-awal jangan main langgar peraturan yang saya tetapkan. Faham!" Kapten Firdaus memberikan amaran pertama. Semua pelajar diam membisu, faham ke tak. Aku tak pasti la tu.

"Baik lah, disebabkan hari dah petang, kamu semua dirikan khemah dahulu. Pukul empat petang saya nak kamu semua dah ade dekat sini. Faham!?"

"Faham!!"

"Bagus, dah kamu semua boleh beredar," Kapten Firdaus mengizinkan semua pelajar beredar situ.

Evans dan Hayden cuba mendirikan khemah, setiap khemah muat tiga orang. Jadi terpaksa lah Hayden dan Adam tidur sekali walaupun tak sebulu. Adam pula? Dia dah lari awal-awal tak nak jumpa dengan Hayden. Biar je dua orang tu siapkan khemah sendiri.

"Eh, kau tak de keje lain ke?" tanya Zarryn sambil dia yang sibuk paku kaki khemah dari tadi terasa terganggu akan kehadiran Adam. Aku rasa khemah diorang dari tadi tak berdiri. Yang mamat ni sibuk datang sini kenapa?

"Ala, Hayden ada dekat situ. Aku taknak la jumpa dengan dia. Lagipun hidup aku tak lengkap kalau tak kacau kau," kata Adam sambil tersengih. Dia duduk bercangkung sebelah Zarryn.

Si Armel dengan Ayshalyn pula duduk bahagian penjuru khemah. Sedang pacakkan tiang kaki khemah dalam tanah.

"Eh mengada, tak aman kehidupan aku. Lagi-lagi kau ada tahu tak?" Zarryn duduk bercangkung sambung memaku tiang khemah.

Adam menoleh pada gadis itu sambil mengemam bibir. Ingin membantah, namun dia mengambil keputusan untuk lihat saja gadis itu membuat kerja. Dalam diam dia tenung muka Zarryn lama-lama.

"Eh Zarryn, kau pakai makeup ke? Bukan ke dalam camp ni tak boleh pakai makeup?" tanpa izin Zarryn, Adam mencubit pipi gadis itu. Dia ingin rasa jika ada kesan tompokan makeup pada pipi Zarryn. Pasal cubit tu, dia memang sengaja. Kalau boleh dia nak cubit lagi kuat.

"Adoi sakit la!" Zarryn menepis tangan Adam dan gosok pipi yang merah. Sakit tahu tak!

Adam mengosok permukaan ibu jari, tiada rasa kesan debu makeup pun.

"Eh cantik sikit eh. Selama ni kau tengok muka aku lain ke? Aku naturally beautiful tau! Mana pakai makeup semua ni, lagipun aku ni ketua penolong pelajar takkan nak langgar peraturan sekolah!" marah Zarryn pada Adam. Natural beauty sangat, patut lah muka ada iras makcik kantin. Makcik kantin lagi lawa kau hado?

Zarryn perasan Adam masih tenung dia.

"Eh pergi-pergi sana. Sibuk je," cepat dia tolak tubuh Adam. Lelaki itu bingkas bangun seraya tersengih tanpa sebarang kata.

"Sakit pipi aku.." gumam Zarryn memerhati lelaki itu pergi dari situ, mana tahu dia datang balik. Tak makan saman betul. Zarryn menyambung memaku tiang khemah.

__________________

Hari pertama kem berlangsung, pagi itu semua pelajar bangun 5 pagi lagi. Solat subuh berjemaah dan sarapan pagi. Dalam pukul 8 pagi semua pelajar berkumpul ruang utama. Adam, Evans dan Hayden sudah ada beratur.

Namun Armel, Ayshalyn dan Zarryn belum sampai lagi. Kapten Firdaus sudah tercegat menunggu sambil mengerling jam tangan.

"Mana diorang ni, ni la perempuan. Aku rasa letak kain telekung je pun," rugut Adam. Evans sudah memanjang leher mencari kelibat tiga manusia itu.

"Hah tu, sampai pun,"

Kelibat tiga gadis itu muncul dari kawasan khemah. Fulamak sorang-sorang jalan datang ruang utama. Ada gaya masing-masing, macam nak jalan atas red karpet.

Zarryn berjalan dengan savage sambil flip hair, Armel pula berjalan sedikit terlompat kanak-kanak manakala Ayshalyn bertopi berjalan dengan swag dia. Berjalan kemain slow motion macam dalam tv.

"Dah pukul berapa ni!"

Terhinjut bahu mereka bila kapten Firdaus menjerit lantang memarahi Zarryn dan yang lain. Lewat 5 minit je pun, tak boleh sabar betul kapten askar kita ni.

Cepat mereka berlari masuk barisan. Adam pandang Zarryn dengan muka mengejek. Padan muka, berjalan kemain lagi kan dah kena marah.

Kapten Firdaus berdiri tegak mengadap mereka sambil letak tangan belakang. dah macam nak kawad, tangan tu kemain gaya 'rehat diri'.

"Kamu semua beratur dalam group masing-masing cepat!" arah kapten Firdaus dengan tegas. Laju je kaki pelajar bergerak ikut arah. Semua dah macam robot. Zarryn, Armel dan Ayshalyn satu group.

Semalam mereka diagihkan group. Setiap group ada enam ahli. Jadi jangan hairan kalau 3 lagi manusia tu masuk group sama.

Adam sejak semalam lagi tak suka. Kapten pun satu kenapa tak agih peserta ikut nama ke apa, dia dahlah tak sebulu dengan Hayden ni. Lagi-lagi si Zarryn ada sekali.

Bukan itu saja, telefon mereka juga kena kebas. Maklum la kem lagi-lagi akhlak mana boleh bawak phone. Mandi pun jarang sekali kerana kurang kemudahan. Sekarang pun mereka belum sempat mandi lagi.

Mereka bergerak dalam barisan macam kanak-kanak mengekori Kapten Firdaus. Kapten Firdaus bawa peserta ke kawasan training.

Ma aii, siap ada jaring, tempat memanjat, tayar yang telah disusun dan pembentung besar lagi. dah macam tempat training askar aku tengok. Rasanya ni kem akhlak bukannya kem askar.

"Sebagaimana kamu semua tahu, kita dekat kem akhlak. Jadi kamu akan di uji dengan ketahanan fizikal, rohani dan jasmani,"

"Jadi saya nak kamu merangkak, panjat dan lepasi semua halangan ni! Group mana yang paling cepat akan diberi markah! Ingat kita dalam kem, kalau laki jangan jadi pondan yang perempuan jangan manja!"

Dengar saja merangkak, Adam sudah mengosok lengan. Ada ke patut minta merangkak, nasib tanah kering cuba bayangkan basah. Tak ada beza dengan kerbau berendam.

Namun lain pula yang jadi bila kapten Firdaus kembali dengan wayar air, dia sembur tanah supaya basah dan berselut.

"Ni memang betul-betul macam kerbau," dia nampak beberapa lagi fasi datang dengan cebok dan baldi berisi air. Apa la dosa kau Adam sampai kena mandi dalam selut ni.

"Guys, aku rasa baik kita.."

"Kita kena menang, jom!" potong Zarryn dengan bersemangat, dia calit muka dengan selut. Macam muka askar gitu. Adam pandang semua, macam ready nak pergi. Armel? dia dah cop tempat paling depan sekali. Teruja yang tak boleh bincang.

"Wait, tanah berlumpur kut.. korang nak ke. No I said no!" Adam bantah dengan tangan sekali dia silang bentuk pangkah.

Zarryn dan Evans pandang satu sama lain, macam boleh baca fikiran satu sama lain. Tak lama tu, dia pandang kembali ke arah Adam dan mereka heret tangan Adam macam gaya polis bekas jenayah ke tempat mula. Dah macam meroyan Adam mahu melepaskan diri.

Ayshalyn ketawa kecil dia letak topi bawah pokok, yelah taknak topi kena lumpur. Hayden menunggunya dan mereka pergi sekali.

Aktiviti pertama bermula, Armel dan Zarryn mendahului. Mereka langsung tidak kesah akan lumpur yang comot itu. Semua bersemangat macam askar merangkak, panjat jaring.

Adam mula macam siput sedut merangkak, paling dia tak suka bila kapten Firdaus sengaja sembur air pada tubuhnya.

"Cepat sikit! Semua ahli group kamu dah siap. Jangan lembik sangat!" kapten Firdaus sembur air kena tubuh Adam agar lelaki itu cepat bergerak.

Setelah meredah halangan pertama, aktiviti kedua berlangsung. Mereka berkumpul kawasan tasik buatan. Sengaja pihak tempat ini menyediakan kolam buatan khas untuk aktiviti.

Beberapa fasi berpakaian jaket keselamatan turun dalam air. Dan melakukan acara corak dalam air. Ala yang macam bulatan tu.

"Siapa yang nak buat?" tanya kapten Firdaus.

"Saya!" jerit zarryn, tapi dia angkat tangan Adam tinggi-tinggi.

Adam pandang muka Zarryn dengan mengetap bibir. Zarryn tersengih-sengih jahat. Mahu tak mahu terpaksa la lelaki itu masuk dalam air ikut serta.

Aktiviti bertukar dengan acara renang biasa. Pelajar diminta memakai jaket keselamatan untuk berenang merentasi arus air sepanjang 1 km tasik buatan itu.

Armel mencari jaket keselamatan yang sesuai dengannya. Namun semua saiz besar belaka.

"Kau tak pernah pakai safety jacket ke apa?" tanya Evans seraya membetulkan jaket keselamatan yang disarung pada tubuh Armel. Dia mengetatkan jaket itu supaya padan dengan tubuh kecil gadis itu. Tak ada la nanti jacket ni terampung sendiri tanpa orang. Yelah jacket longgar mesti tercabut bila kena arus air.

"Thank you Evans!" kata Armel senyum gembira, dia berlari anak-anak ke jambatan kecil untuk lompat masuk air. Evans hanya mengeleng kepala dengan muka serius dia jalan ke tempat sama.

Satu persatu pelajar terjun dalam air. Adam yang berdiri mahu lompat bergaya. Macam atlet diving tu la. Kemain lama dia berdiri nak terjun.

"Eh cepat la!" Zarryn menolak tubuh Adam membuatkan lelaki itu jatuh dalam air. Terkapai-kapai Adam menyelamatkan diri nasib tak lemas.

"Woi!" Dia renung Zarryn dengan tajam. Zarryn pula lambai tangan gaya diva dengan senyuman sinis.

Armel yang baru sampai ke garisan tamat, dia terkapai-kapai mahu naik tebing darat. Jacket keselamatan berat akan air.

"Meh sini,"

Dia pandang Evans sedia hulurkan tangan untuk tolong. Armel teragak-agak mahu terima huluran tangan itu. Dia dengar Evans mengeluh kecil.

Lalu jaket Armel terasa ditarik dan seret atas darat dengan mudah. Macam budak kecik, tak tahu la sama ada Armel itu ringan atau Evans sendiri yang kuat.

"Naik sendiri pun tak boleh.." Evans tepuk tepuk tangan kesan kotoran dan dia tinggal Armel yang masih terkedu. Terbaring tebing darat macam paus terdampar. Dia tarik aku macam tu je?!

___________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro