Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23 (KEM AKHLAK)

1 9 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________

Adam berjalan ke kelas sambil membelek telefon. Dia check aplikasi whatapps dan melihat gambar profile Lieya kosong. Mesti kena block, aplikasi intasgram juga gadis itu block. Twitter? Tak payah tanya, dah awal-awal dia block Adam sebelum lelaki itu tahu isu gambar semalam.

"Ni la perempuan, gaduh sikit block tak pun dp hitam. Tak boleh bawak bincang langsung," rungut Adam. Dia tutup phone dan letak dalam poket seluar.

Dia nampak beberapa pelajar sudah berkeliaran luar dan dalam kelas. Ada yang sandang beg masuk dalam kelas, lepak tepi tangga. Macam-macam lagi kerenah pelajar ini buat.

Adam yang sekadar membimbit buku nota yang tebal, tanpa beg bersahaja jalan masuk ke kelas. Hari ini dia datang awal dari biasa. Kenapa?

Sebabnya dia tak nak bertembung mata dengan Hayden, biar la dia berkorban bangun awal hari ini. Kalau tidak, mahu bilik tu jadi gelanggang gusti. Semalam pun dia yang naik bilik dulu dan tidur.

Pintu kelas dikuak, seperti yang dijangka pelajar lain belum masuk lagi dalam kelas. Mesti semua sedang bersiap.

Baru saja dia melangkah masuk, dia nampak Zarryn yang terbongkok mengadap meja. Perlahan-lahan dia intai gadis itu. Zarryn yang ralit menulis sesuatu dalam buku latihan addmath. Riak wajahnya juga serius ketika itu belum lagi pegang kalkulator kira jawapan.

Zarryn tidak sedar akan kehadiran Adam ketika itu, dia ralit menyiap kerja sekolah yang diberikan madame Hasnah. Tengah top speed tu dia siapkan. Dah lah masa dia first, double period lagi kau. Kalau tak garang takpe. Ini kalah beruang liar. Sekali dia jeling dah nampak macam malaikat maut. Kecut perut semua pelajar.

Adam dari tadi intai betul-betul belakang Zarryn. Pelik juga Zarryn tak sedar. Focus gila mengira.

Kakinya diatur ke tempat duduk sambil mengangkat buku tebal itu dan dihempuk pada bahu Zarryn tanpa rasa bersalah. Che 'tan' dah mula perangai dia.

"Aduh sakitlah!" satu pekikkan dari gadis itu.

Dengan wajahnya kelihatan tenang dan bersahaja, tanpa memandang Zarryn yang kesakitan akibat dihempuk, dia melabuh punggung di kerusi bersebelah Zarryn tanpa meminta maaf. Kuanghajo betul.

"Kau pikir bahu aku ini apa? Main hempuk tiba-tiba. Mulut tak reti nak minta maaf ?" bentak suaranya meninggi dengan rasa marah sambil mengosok bahunya yang sakit. Dahlah tension homework tak siap lagi.

Ini semua salah Adam! Penat membebel semalam sampai lupa homework!

Adam mencebik muka, dia menyelongkar laci meja. Ingin mencari buku addmath dan semestinya mahu tiru jawapan Zarryn. Budak pandai sebelah kita kena manfaatkan la!

"Padan muk.. "

Baru saja Adam ingin berpaling ke arah Zarryn ingin mengatakan sesuatu, matanya tertantap pada sehelai kertas. Wajah yang tenang itu jelas kelihatan terkejut apabila dia membaca isi yang tercatat.

WE'RE OVER!

Ayat berwarna merah huruf besar lagi ditulis pada kertas. Dahi Adam berkerut dengan mulut sedikit ternganga.

Seraya itu, telinganya dengar seseorang sedang gelak ketawa dengan kuat. Adam menoleh pada Zarryn dengan muka masih polos sambil tangan memegang kertas. Zarryn sudah gelak awal-awal bila dia terbaca surat itu.

Lidahnya kelu mahu memarahi Zarryn yang sedang gelak padanya. Semakin kuat Zarryn ketawa bila mereka saling berpandangan. Muka Adam betul-betul polos ketika itu.

"Enough!" kerusi ditolak kebelakang. Adam bangun dengan kertas itu digumpal. Mesti Lieya punya. Dah lah block semua aplikasi social, berhantar surat break pulak. Lieya pun satu terlebih bijak.

Kertas gumpalan itu dia campak dalam tong sampah. Sempat dia pandang Zarryn yang masih ketawa tak henti-henti dalam kelas.

Cepat Adam beredar dari situ, telefon ditarik kasar dari poket sekolah. Dia mencari nama Hayden dalam aplikasi whatapps lalu menaip sesuatu dengan geram.

________

Hayden yang dalam perjalanan mahu ke kelas mendapatkan satu notifikasi daripada Adam dan membuka mesej yang Adam kiramkan.

Jumpa aku dekat bilik boxing - AdamRizal

Dahi Hayden berkerut lantas dia menukar arah dari kelas ke bilik boxing. Dah kenapa dengan mamat ni. Kemain bergaduh semalam, hari ini nak jumpa.

_____________

Pintu bilik boxing Hayden tolak. Dia masuk dalam bilik boxing yang suram tanpa cahaya. Matanya masih mencari kelibat Adam. Buat apa dalam bilik gelap macam ni? Dia mencari suis lampu dan buka.

Usai saja lampu menyala, dia melihat Adam yang tercegat atas gelangang boxing. Adam yang tunduk kepala itu mengangkat wajah dengan renungan tajam. Dia memanggil Hayden masuk dalam gelangang.

"Kau dah kenapa?" tanya Hayden seraya naik ke atas gelanggang. Adam diam tidak menjawab. Hayden sekadar memandang Adam yang sudah mengempal tangan dengan hairan.

________

"Eh Zarryn, kau dah kenapa dah macam orang kena sampuk?" Ayshalyn yang baru sampai kelas pelik dengan Zarryn yang ketawa. Armel juga pandang dengan muka pelik, dia pandang sekeliling kelas. Mana tahu ada benda lawak.

Zarryn mengeleng kepala sambil dengan tangan terangkat tanda tiada apa-apa. Dia masih gelak ingin habis gelakan yang masih tersisa.

"Tak.. macam ni...jap hahahaha!" Zarryn yang baru menceritakan tiba-tiba menyambung gelak. Armel sudah mengaru kepala tidak gatal, Ayshalyn pula tenung je Zarryn dengan wajah keliru. Dah kenapa dengan Zarryn?!

____________

"Eh, puas hati dah?!" Adam mencengkam kolar baju Hayden dengan kuat. Terjenggil mata lelaki itu dengan urat tersembul pada lengan. Ini betul-betul geram.

"Apa ni? Puas apa?!" Hayden berusaha melonggarkan cengkaman dari Adam.

"Pura-pura tak tahu ke? Aku dah break dengan Lieya!" semakin kuat cengkaman Adam dibuatnya. Hayden mula rasa rimas akan cengkaman itu cuba menolak tubuh Adam ke belakang.

"Heh! Aku tak ada apa-apa dengan Lieya lah!" bentak Hayden. Dia tolak tubuh Adam dengan kuat membuatkan lelaki itu terundur ke belakang sedikit. Hayden melonggarkan tali leher bila rasa terjerut leher.

Pada masa sama, Yumi juga lalu kawasan itu. Dia terdengar akan suara lantang milik Hayden. Cepat dia intai, dia nampak dua kelibat jejaka sedang bertengkar dalam gelangang boxing.

"Uii benda panas! Kena upload ni," Yumi membuka aplikasi intasgram dan merakam aksi pergaduhan itu dalam mode live. Dalam masa beberapa minit saja, beratus view menontonnya. Tidak kira dengan komen kecaman dan sebagainya dalam video itu.

____________

Puas menunggu cerita lawak dari Zarryn yang dari tadi masih ketawa. Ayshalyn yang menongkat tangan memandang Zarryn hadapanya mula bosan. Armel berada sebelah Zarryn juga berasa begitu, ingin saja dia tampar pipi Zarryn. Mana tahu jadi okey tiba-tiba.

Ayshalyn mengeluarkan telefon dan memeriksa isu semasa melalui aplikasi intasgram. Dia lihat akaun laman sekolah sedang dalam mode live. Dahi Ayshalyn berkerut, live apa ya pagi-pagi ni. Tanpa berfikir panjang dia buka dan tonton video live itu.

Matanya membulat apabila melihat susuk tubuh yang memang dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Adam dengan Hayden.

"Eh korang tengok ni!" panggil Ayshalyn. Dia tarik lengan Zarryn datang dekat. Armel juga datang hampir dan tonton video itu.

"Hah.. kena.. " Zarryn mati kata, dia rampas telefon Ayshalyn. Matanya terbeliak luas, automatik dia bangun. Armel dan Ayshalyn pandang dalam keadaan terpinga-pinga.

"Bala! Adam and Hayden tengah gaduh weh!" baru dia berhenti ketawa.

"Weh tak boleh jadi ni! Jom pergi," Zarryn beredar dari situ. Armel dan Ayshalyn juga ikut dari belakang.

__________

"Kau memang sengaja buat taktahu ke? Nak larikan diri? Aku tak faham dengan kau. Kenapa dengan Lieya jugak?!" teriak Adam. Dia menolak-nolak bahu Hayden kasar.

Lelaki itu membiarkan saja, dia sendiri pening macam mana mahu jelaskan. Dia langsung tidak terlibat dengan perkara itu.

"Adam, tolonglah faham aku memang langsung tak ada hubungan dengan perempuan tu!" dia tepis tangan Adam. Lelaki itu hanya senyum sinis.

"Ouh bila kantoi, baru nak mengelak," tempelak Adam.

Hayden menyepet mata, kantoi? Kantoi apa bendanya!

"Adam.. kita discuss elok-elok. Aku tak nak fight dengan kau. Kau tengok dekat cermin, ramai orang tengoklah," kata Hayden mahu mengajak berbincang dalam keadaan tenang. Dia sedar akan pelajar lain mengerumi kawasan mereka. Semua sedang terjenguk-jenguk sebalik tingkap. Tak berani masuk. Mesti pelajar itu lalu kawasan itu dan terdengar pergaduhana antara mereka.

"Kenapa? Kau malu?" tanya Adam. Dia melonggar tali leher, dia pandang Hayden dengan renungan tajam.

Zarryn, Ayshalyn dan juga Armel baru sampai dari kelas berlari ke gelangang boxing. Sudah, ramai pelajar berada di situ. Armel dan Asyalyn memanjang leher ingin lihat keadaan dalam boxing. Zarryn pula cuba masuk dengan menolak tubuh-tubuh pelajar lain.

"Buat apa nak malu kalau rampas awek kawan sendiri!"

Buk!

Ayshalyn tergamam sambil menutup mulutnya akan reaksi dari Adam. Armel juga terbeliak mata tidak terkata. Zarryn yang cuba menolak tubuh pelajar lain turut terhenti apabila tumbukan dari Adam singgah pada pipi Hayden.

Hayden juga tidak sempat berbuat apa ketika itu. Adam memberikan satu lagi sepakan melayang kena badan Hayden. Jatuh terlentang Hayden dibuatnya. Cermin matanya juga tercampak. Meringkuk dia senak perut oi!

Adam datang hampir dan angkat tubuh Hayden supaya berdiri. Baru saja dia ingin menghadiahi tumbukan, terlebih dahulu Hayden memberi tumbukan mengena bawah dagu Adam.

Habis!

Hayden sudah hilang sabar, lagi-lagi bila Adam ajak bertumbuk dalam gelangang boxing. Semakin berkobar semangat Hayden. Adam silap tempat ajak bergaduh.

"Tak guna!" Adam membalas tumbukan. Hayden juga sama tidak mengalah. Muka masing-masing mencorak lebam.

"Apa kamu buat ni?!"

Hayden dengan Adam berhenti bergaduh, mereka pandang Sir Henry dengan rotan dan rakan-rakanya di dalam bilik boxing. Muka Sir Henry cukup bengis ketika itu. Evans juga berada disebelah dengan muka terkejut.

________

"Apa nak jadi dengan kamu berdua? Macam-macam kes!" marah Sir Henry sambil berjalan mundar mandir. Ke enam-enam pelajar itu tunduk kepala.

Pintu bilik displin dibuka, tersembul seorang pelajar dengan kertas di tangan. Kertas itu dia hulur pada sir Henry.

"Thank you," ucap sir Henry seraya mengambil surat itu.

"Saya nak kamu semua pergi kem akhlak yang akan diadakan ni! Baru aman sikit sekolah ni. And surprisingly only six of you will join this camp with other schools," kata sir Henry.

Dengar saja kem akhlak, Evans dan Zarryn terangkat muka. Masing-masing tidak setuju. Seriously?! Mereka ketua dan penolong ketua pelajar kut!

"Kenapa? Terkejut bila saya sebut kem akhlak?Kenapa kamu berdua tak leraikan pergaduhan tadi? Nak tunggu saya datang dulu baru berlakon jalankan tugas?!" hah sudah, si Henry mengamuk.

"Kamu berdua ni! Fikir jaguh sangat ke? Bertumbuk sesama sendiri ha?! " marah sir Henry pada Hayden dan Adam. Siap rotan ditunding arah muka mereka berdua.

"Sir Henry..." panggil Ayshalyn sedikit teragak.

Guru disiplin itu memaling muka mengadap Ayshalyn.

"Kenapa saya kena ikut sekali?" tanya Ayshalyn teragak-agak.

"Dah kamu tercegat dekat situ kenapa! Nak tunggu dua hero Malaya ni tumbang dulu baru nak bertindak?" bentak Sir Henry. Kali ini dia memandang Armel sambil urut dahi. Jelas nampak beban disitu.

"Kamu Armel.. ada juga tadi dekat situ, saya sendiri tak tahu kenapa kamu siap bagi sokongan lagi pada diorang... kamu nak jugak ke ikut kem akhlak?" tanya sir Henry sedikit lembut. Dia sendiri pening kenapa Armel bersorak pada Adam dengan Hayden. Dah macam competition.

Armel pandang orang lain, Ayshalyn dan Zarryn memberi isyarat mata. Jangan ikut!

Armel mengangguk kepala akhirnya dia angkat wajah pandang Sir Henry.

"Boleh ke? Kem, bunyi macam seronok. I'm in!" kata Armel dengan senyuman lebar. Serentak itu bunyi keluhan dari rakan yang lain. Zarryn dan Ayshalyn saling mengeleng kepala.

_______________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro