Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 4

"Dr.Smolder Bravestone,welcome to Jumanji! Saya sudah lama menunggu kedatangan doktor ke sini," Di sepanjang perjalanan, pemandu truk tersebut asyik cakap benda yang sama je. Naik bernanah telinga telinga abangtan dibuatnya.

"Kau ni siapa?"soal Jimin.

"Saya Nigel Billingsley sedia membantu doktor dan kawan kawan. Welcome to Jumanji,"Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

"Maaf ya encik,kat sini ada tak kedai Watson? Saya nak beli sunblock dan ubat alahan," kata Yoongi yang duduk di kerusi belakang.

"Franklin Mouse Fimbar,welcome to Jumanji!" balas Nigel Billingsley langsung tidak menjawab soalan Yoongi. Bengan Yoongi dibuatnya.

"Err....bukan mouse tapi moose,"

"Aku rasa Nigel Billingsley ni NPC iaitu character tetap dalam game. Dia sebahagian daripada permainan. Jadi apa saja yang kita tanya dia cuma jawab apa saja yang diprogramkan!"terang Jimin yang sangat expert dalam bab bab game ni.

Nigel Billingsley memang sangat peramah dan baik tapi perangainya yang suka bercakap benda yang sama tu membuatkan mereka nak je sumbat kasut dalam mulutnya.

"Captain Alex Dawson,welcome to Jumanji!"

"Dr. Shelly Oberon,welcome to Jumanji!"

"Si Cantik Ruby Roundhouse,welcome to Jumanji!" Jin rasa nak je tumbuk muka Nigel Sillibsley bila lelaki itu mencium tangannya.

"Jap,kau ni saper?" soalnya pada Hoseok. Nampak sangat Aliff Shukri ni tak famous di Jumanji. Malah kewujudannya takde siapa yang tahu. Kesian!

"Dato Aliff Shukri!"Hoseok mencebik geram.

"Sorry,tak kenal!" Hampeh gila!

"Hei,apa tujuan kitorang datang ke sini?" soal Jimin yang dari tadi lagi mahu menaya soalan tersebut.

"Kamu semua kena hapuskan sumpahan yang telah berkurun lamanya menimpa Jumanji. Dulu,Jumanji merupakan sebuah dunia hutan belantara yang aman damai. Manusia dan haiwan saling membantu antara satu sama untuk menjaga keamaan Jumanji. Seorang penjelajah terkenal iaitu Prof.Russel Van Pelt datang membawa satu rombongan ke Jumanji untuk mencari lagenda Kuil Jaguar di mana terdapatnya permata Jumanji. Prof.Russel Van Pelt telah lama menjalakan kajiannya tentang permata Jumanji dan berjaya menemui lokasi kuil tersebut. Rupa rupanya permata Jumanji terletak pada patung Jaguar. Prof .Russel Van Pelt memanjat patung Jaguar dan berjaya mengambil permata Jumanji. Permata Jumanji telah memberikan kuasa sakti kepadanya untuk memerintah seluruh dunia Jumanji. Disebabkan sikap tamaknya,dia mengarahkan semua haiwan haiwan yang menjaga Jumanji sujud padanya sebagai seorang raja. Dia menggunakan haiwan haiwan tersebut menjadi hambanya. Dunia Jumanji terus berubah,diselubungi kegelapan. Selagi permata tersebut tidak dikembalikan,Jumanji akan berada dalam bahaya buat selama lamanya. Pada suatu malam,ketika kesemua rombongan termasuklah Prof.Russel Van Pelt sedang tidur,saya nekad merampas permata tersebut darinya dan membawa permata tersebut lari. Saya menyorok,menggembara dari satu tempat ke satu tempat supaya Prof. Russel Van Plet tidak menjumpai dan mengesan saya,"panjang lebar Nigel Sillibsley menceritkan semuanya pada mereka.

"Habis tu pemata Jumanji tu kat mana sekarang," soal Jimin lagi.

Nigel Sillibsley mengeluarkan  permata Jumanji yang disorokkan di dalam bajunya. Permata tersebut terus diserahkan kepada Jimin. Teragak agak Jimin hendak mengambilnya.

"Tolong jaga permata ni baik baik. Pastikan kamu semua berjaya kembalikan permata ni di patung Jaguar.Selamatkan Jumanji dan sebut namanya.Keamanan Jumanji terletak pada kamu sekarang!" Nigel Sillibley nampak begitu mengharapkan mereka semua,seperti tugasan yang diberikan itu sangat penting.

Satu cabaran harus dipikul oleh mereka. Nak tak nak mereka kena jugak lakukannya. Kalau tidak,mereka akan terkurung di Jumanji buat selama lamanya.

"Patung Jaguar tu pulak kat mana?"

"Dr.Smolder Bravestone! Welcome to Jumanji!" balas Nigel Sillibsley dengan ucapan yang sama. Jimin menghempuk kepalanya.

Truk berhenti di satu kawasan atas bukit. Nigel Sillisley menyuruh mereka turun.

"Ambil peta ni sebagai panduan. Pergi ke pasar dan cari bahagian yang hilang," Nigel Billisley menyerahkan sehelai peta lama pada Jimin sebelum meninggalkan mereka di situ.

Mereka berada di kawasan atas bukit yang hijau dan keluasaannya seujana mata memandang.

"Yoongi,letak permata ni dalam beg kau?" Jimin menyerahkan permata tersebut kepada Yoongi. Yoongi hanya pandang permata tu tanpa sebarang reaksi.

"Asal aku pulak yang kena pegang? Kau pegang jelah," balas Yoongi sarkastik.

"Apa gunanya kau bawak beg besar kat belakang kau tu. Takan aku nak simpan batu permata ni dalam poket seluar aku?" permata hijau yang bersaiz sebesar kepala orang tu mana muat nak tarut dalam poket seluar. Dahlah permata tu berat. Kalau jual kat Dato Sri Vida,berapa agaknya dapat!

"Yelah!" Yoongi buka begbacknya dan masukkan permata tersebut.

"Aku rasa kita kena selamatkan Jumanji," Jimin bersuara. Semua memandang ke arah Jimin. Jimin nampak betul betul bersemangat.

Geng geng mak cik mak cik bawang terutamanya Jin dan Hoseok mula mengumpat Jimin.
"Eleh,Jimin tu acah je lebih. Kau ingat lagi tak dulu dia terkencing dalam seluar sebab kena kejar dengan tenuk. Dahlah kaki Jimin sama pendek dengan kaki tenuk," Jin membisik pada Hoseok.

"Haah,aku ingat. Masa tu lawatan sekolah kat zoo negara kan. Jimin nampak bodoh sangat masa tu. Kat dalam hutan ni,bukan setakat tenuk je ada harimau pun ada sekali," balas Hoseok.

"Kuat betul korang duk mengata aku," diorang berdua tak sedar yang Jimin pun boleh dengar diorang mengumpat di belakang.

Jin dan Hoseok tersengih sengih macam biawak busuk.

"Ok,jom kita mengembara," Semangat suwadaya Jimin berkobar kobar. Peta yang diberikan oleh Nigeo tadi dibuka. Terus putus semangat Jimin bila melihat peta tersebut kosong. Tiada sebarang lakaran ataupun tulisan.

"Tak guna! Kita dah kena tipu! Ni bukan peta tapi kertas kosong," Jimin tunjukkan kertas tersebut pada kawannya. Diorang dah mula menyumpah seranah Nigel.

"Jap,bak sini peta tu!" kertas di tangan Jimin itu dirampas oleh Jung Kook. Jung Kook membetulkan kaca matanya,meneliti satu persatu kertas tersebut.

"Aku boleh nampaklah peta ni,ni bukan kertas kosonglah," kata Jung Kook teruja.

"Biar betul kau ni,"

"Ha ah,ni bukannya kertas kosong bodoh,"

"Jung Kook,kau ada kebolehan kortografilah. Maksudnya bukan Jung Kook sorang je ada kebolehan,kita semua pun ada jugak," teka Jin.

"So,tentu ada cara nak akses kebolehan tu. Cuba cari kat tubuh korang,mana tau jumpa butang akses," Jimin mula membelek tubuhnya atas bawah. Tangan Jimin terlanggar pada dadanya. Satu skrin besar muncul di hadapan Jimin.

DOKTOR SMOLDER BRAVESTONE
(Park Jimin)
Kelebihan:
-tak gentar
-pandai mendaki
-pantas
-bomberang

Kelemahan:
tiada

"Hebat sia! Jimin macam mana kau buat skrin tu muncul," soal Jin dah tak sabar nak tahu kelemahan dan kebolehannya.

"Errr....hyung tekan je dada hyung,maksud Jimin tekan bonjolan gunung kecil yang comel tu kat dada hyung," explain Jimin agak susah sebab Jin sekarang dah jadi perempuan. Lagipun,Jin ni jenis lembap sikit.

"Kalau hyung tak faham biar saya yang tolong tekankan untuk hyung," tangan Namjoon mula menggatal ke arah dada Jin yang montok itu. Jin menampar tangan Namjoon.

"Tak payah mengarut!" Jin tekan dadanya. Skrin seperti tadi muncul. Yang lain pun tekan dada masing masing.

RUBY ROUNDHOUSE
(Kim Seok Jin)
Kelebihan:
-karatae
-t'ai chi
-alikido
-pandai menari

Kelemahan:
-bisa

FRANKLIN MOOSE FIMBAR
(Min Yoongi)
Kelebihan:
-zoologi
-pembawa senjata

Kelemahan:
-kek
-kepantasan
-kekuatan

DR.SHELLY OBERON
(Jeon Jung Kook)
Kelebihan:
-kartografi
-arkeologi
-paleontologi

Kelemahan:
-

KAPTEN ALEX DAWSON
(Kim Namjoon)

Kelebihan:
-penembak tepat

Kelemahan:
-lintah

DATO ALIFF SYUKRI
(Jung Hoseok)
Kelebihan:
*tidak dapat dikesan*

Kelemahan:
*tidak dapat dikesan*

Hoseok menepuk kepalanya,berasa sangat sayu mengenakan nasib malang yang menimpanya. Jeles sia! Kawan kawannya yang lain semuanya apa special power masing masing dan Hoseok....hahaha habuk pun takde.

"Yahhh,tengok ni. Peta ni berubahlah!" Jung Kook yang sedang teliti memeriksa peta itu menjerit. Mereka terus mendapatkan Jung Kook.

"Tak banyak maklumat sangat pada peta ni. Kejap ia berubah. Kita sekarang kat kawasan The Mainting Roar. Kat sini pulak lubuk badak air,tempat yang kita mula mula sampai tadi. Sekarang,kita kena pergi arah sana,tempat pasaraya. Kita kena cepat dapatkan bahagian peta yang hilang ni," terang Jung Kook mentafsir peta itu memandangkan kawan kawannya tak nampak lakaran lakaran pada peta itu.

"Aku rasa kita dah berjaya lepasi level 1. Now,kita dah masuk level 2. That means,makin banyak halangan yang kita kena tempuhi," ujar Namjoon.

Vvrrooommm!

Bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi mula bergema di sekeliling mereka. Masing masing memandang satu sama lain.

"Bunyi apa tu wei?" Hoseok segera memeluk lengan sado Jimin.

Boommmm!!!

Satu tembakan dilepaskan ke arah mereka dari arah belakang. Nasib baik mereka sempat mengelak. Bila mereka menolehkan kepala ke arah belakang,muncul sekumpulan geng motosikal yang lengkap bersenjata meluru laju ke arah mereka dengan masing masing siap memegang pistol dan bazuka di tangan.

"OMG!"Beberapa das tembakan lagi dilepaskan ke arah mereka.

"Lari!!!" teriak Jimin. Bila dia pandang semula ke hadapan,kawan kawannya dah pun lesap,terlebih meninggalkannya di belakang. JAHANAM PUNYA KAWAN!

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro