Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Keadaan dalam kereta hanya sunyi sepi. Baru 5 minit perjalanan dari rumah Jaemin, aku sudah ngantuk bagai nak gila.

Aku memandang ke kiri dan kanan. Kelihatan juga Jaemin yang fokus pada pemanduannya. Aku bosan, aku mahu putarkan radio, tapi takut pula.

Nak pandang ke luar tingkap, makin ngantuk adalah.

"Sesuatu menganggu kau, sayang?" suara Jaemin memecah keheningan.

Aku memandangnya. Sudah seminggu aku tinggal bersama Jaemin. Dia semakin berlembut, eh dia memang berlembut pun dengan aku. Tapi aku lebih nampak keikhlasannya sekarang. Takkan sebab aku nampak dia menangis haritu.

"Sayang?"

"A- nae..?

"Eo, aku tanya kalau kau okay. Kau nampak gelisah."

"O- saya okay."

"Jadi, kenapa kau gelisah?"

"Saya bosan, dan mengantuk."

Kami kemudian berhenti di lampu isyarat merah. Dia mengusap rambutku pelan, sambil menayangkan senyuman manis.

"Tidurlah, nanti dah sampai aku kejut kau."

Aku seakan terpukau dengan senyumannya. Tanpa sedar, dia sudah mengucup pipiku sekilas.

"Sleep well sayang. I will sing for you."

Tatkala lampu bertukar hijau, dia meneruskan pemanduan. Sayup-sayup dia menyanyikan lagu romantik, sebelum aku hanyut sepenuhnya dalam alam mimpi.

.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro