Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌻Happy Seungwoo Day-special chapter🌻

Esok Chrismast.Esok juga merupakan hari lahir Youngmin oppa.Tapi hari ini hari yang paling special. Hari ini hari lahir husband material aku.

Aku dan Dami menjemput Dongpyo dari sekolah.Hari ini,Dongpyo hanya menghadiri kelas tambahan kerana ujian akan diadakan.Dongpyo sudah mencecah 7 tahun dan sudah bersekolah rendah.

Selepas menjemput Dongpyo,kami ke market untuk beli apa yang patut.Seperti yang dirancang.Aku dan Dongpyo ada kejutan!

                                   🌻🌻🌻

Jam menunjukkan pukul 7 malam.Tapi kerja aku tak siap lagi.

Aku termenung seketika. Fikiranku melayang peristiwa pagi tadi.Kenapa Younghee muram dan tak ada mood ya? Bukan Younghee je..Dongpyo pun tak ada mood? Kalau Dami pandai buat mimik muka,pasti dia pun akan muram jugak ye?

Han Dami.Anak kedua hasil perkahwinan aku dengan Younghee. Pengikat kasih kami sekeluarga.Kelahirannya disambut dengan sangat tragik.Aku tertawa sejenak memikirkan kali pertama Dami melihat dunia ni.

Flashback.

Aku,Younghee dan Dongpyo sedang berjalan di shopping complex.Tujuan asal kami keluar ni sebab nak cari baju baby.Tapi disebabkan sayang aku Younghee ni mengada nak makan ais krim,aku turutkan juga permintaannya.Karang ada permandangan muncung panjang ni karang.

"Nak cappucino flavour satu.Vanilla chocolate with rice and strawberry fancyland satu." pesannya kepada pelayan itu.

Aku teliti semula pesannya.Vanilla chocolate pastinya milik Dongpyo. Younghee mungkin makan strawberry flavour..tapi aku kan tak makan coffee?

"Sayang..oppa kan tak makan coffee?"

"Ye..Younghee tahu..oppa makan strawberry boleh?" katanya sambil memegang pipiku.

"Sayang makan cappucino tu ke?" dia mengangguk pelan sambil tersenyum manis.

"Aniyo! Waiter!" panggilku.

"Oppa wae?"

"Sayang tak boleh makan coffee..sayang kan pregnant?" perutnya yang besar itu aku pandang sekilas sebelum membatalkan pesanan tadi.

"Oppa..tapi kan hanya ice cream..please..Younghee teringin sangat nak makan ice cream tu."

"Aniyo..oppa tak izinkan." kataku muktamad.

Tak semena-mena dia memimpin tangan Dongpyo dan berlalu ingin meninggalkan aku.

"Sayang..nak pergi mana?" aku mencapai tangannya.

"Saya nak pergi kedai ice cream lain dengan Dongpyo." dia berlalu pergi tanpa memandang aku.

"Aish..ibu pregnant memang macam ni ye? Dulu masa Dongpyo tak de pon macam ni?" rungutku.Tas tangan milik Younghee di hujung meja aku capai sebelum melangkah ingin mengejarnya.Belum sempat aku berjalan,Dongpyo menjerit memanggilku kuat.Aku kaget.

"Appa!!!!! Omma nak keluarkan baby dahhhhhh!!!"  jeritnya.

"Apa?!"

Aku berlari ke arah Younghee yang sedang terbaring dan menjerit kesakitan.Terdapat juga orang awam yang menghubungi ambulance dan ada juga yang mengambil gambarnya.

"Sayang!" lantas badannya aku cempung.

"Dongpyo bawak beg omma dan pegang hujung baju appa. Palli!" pantas aku memberi arahan.Dongpyo juga keutamaanku.

"Nae!"
.
.
.
.
.

Aku menunggu dengan penuh debaran.Dongpyo disebelahku tidak henti menangis sejak tadi.Rambutnya aku usap lembut.

"Kenapa Pyo nangis ni? Hm.."

"Omma..dia jerit sakit tadi..huwaa..mesti omma sakit..Pyo tak nak omma sakit.."

Aku tersenyum simpul mendengar jawapannya.Sayang sungguh dia dekat omma dia ya.Kehadiran omma dan Youngmin hyung menambah debaranku.Sebentar lagi aku akan bergelar appa buat kali kedua.

"Encik Han Seungwoo." aku mendongak apabila namaku dipanggil.

"Macam mana keadaan isteri dan anak saya doktor?"

Dia tersenyum manis kepadaku.Aku memandangnya penuh berharap.

"Tahniah encik, encik dapat baby perempuan.Isteri encik selamat, cuma dia sedang berehat sebab penat tadi. Encik boleh masuk lihat baby encik." katanya tenang sebelum menunduk hormat.

Syukurla semuanya tak apa-apa.Dongpyo pula sudah hilang memboloskan diri ke dalam wad ommanya.

Deringan telefon menyentak lamunanku. Pantas aku jawab apabila tertera nama Younghee di skrin telefon.

"Appa! Ni Pyopyo.. Omma..dia jatuh tangga!! Cepat balik sekarang!!"

"Apa? Pyo tunggu appa balik."

"Okay appa! Palli!"

                                🌻🌻🌻

Aku membuka pintu kuat sebelum memandang ke arah tangga rumahku.

Mana Younghee?

"Saengil chukka hamnida~saengil chukka hamnida~saengil chukka hamnida Appa~saengil chukka hamnida~"

Mataku terbuka luas sambil otakku ligat berfikir.Jadi..

"Saengil chukkahae oppa." ucap Younghee sambil tersenyum nakal kearahku yang sedang terpaku di depan pintu rumah.Kek ditangannya disua kearahku.Dongpyo sedang elok di sebelah kanan Younghee, Dami pula sedang merangkak di atas meja kiri Younghee.

Aku melangkah perlahan ke arah mereka.Bibirku mengukir senyum, di hadapan keluarga kecilku ini,aku akhirnya mengalirkan air mata bersyukur.

                             🌻🌻🌻

Setelah selesai makan malam menyambut ulang tahunku yang ke-32.Aku membaringkan diri di katil yang empuk.Younghee yang sedang duduk di meja soleknya aku pandang tanpa kelip.

"Wae pandang Younghee macam tu?"

"Oppa happy sayang.But yang tak bestnya..." aku bergerak turun katil dan berlalu ke belakangnya.Badannya yang kecil itu aku sekat ke meja solek.

"Prank sayang jatuh tu.. oppa boleh mati terkejut tau bila dengar Dongpyo tipu oppa." aku memandangnya yang tersenyum nakal melalui biasan cermin.

"So..oppa ada terfikir satu hukuman untuk sayang." bisikku di telinganya.

"Hukuman? Arghhh!" jeritnya akibat terkejut. Badannya aku cempung lantas membaringkannya di atas katil.

"Oppa.." panggilnya manja.

Bibirnya aku cium lembut.Namun belum sempat aku memulakan langkah seterusnya, satu suara menganggu kami.

"Omma..appa..Dongpyo dengan Dami takut nak tidur....kita orang nak tidur dengan omma appa.." jeritnya.

"Alahhhh.." aku mengeluh berat sementara Younghee terkekek-kekek gelakkan aku.

Happy birthday Seungwoo!♥

One itKeep support him!♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro