𝟒.𝟏
Rina P.O.V
Waktu balik tadi, kelas Tiara pergi perpustakaan. Kalau tak, sekarang ni mesti aku tak balik lagi.
Bosan pula duduk rumah. Aku buat keputusan untuk pusing satu kawasan perumahan aku.
Masa mama papa ada dulu, aku suka berkurung because of the 'perfect life' tu lah.
Setelah mengambil tudung, aku pun keluar dari rumah. Aku hanya memakai baju t-shirt dan juga seluar track. Biar simple janji tutup aurat.
Baru jalan beberapa langkah, tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang. "Asal main langgar-langgar ni?".
"Maaf, saya tak perasan." Kata lelaki itu sambil menunduk kerana mahu menutup wajahnya. Dia menyambung semula perjalanannya dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Aku merenung lelaki itu. "Lain macam." Dalam rasa syak wasangka itu, aku baru perasan yang dompet aku hilang.
"Aduhai, ni mesti mamat tu rembat ni. Woi tunggu!" Aku berlari dengan laju untuk mengejar pencuri itu.
Sebelum aku sempat dapat pencuri itu, kelihatan dia telah tumpas dulu di tangan orang lain.
"Lain kali hati-hati. Tengok, dah luka." Pesan lelaki kacak yang telah berjaya menangkap pencuri itu.
Aku pun datang mendekati mereka. "Ha, kau! Kau yang curi dompet aku tu!" Sungguh tidak sopan untuk seorang perempuan berkata sebegitu.
"Ini dompet awak ke?" Tanya lelaki itu lalu menghulurkan dompet kepadaku. Aku menyambutnya dengan penuh lemah-lembut.
Lelaki itu menoleh semula ke arah pencuri tadi. "Awak okay tak?".
Pencuri itu segera lari untuk melepaskan diri. Lelaki itu mahu mengejar pencuri tadi, tapi sempat dihalang oleh aku.
"Nasib baik tadi. Kalau tak, dah hilang dompet saya." Dengan gediknya aku berkata.
Dia hanya menganggukkan kepalanya. Baru nak kenal dengan lelaki ni, tetapi telefon dia berdering pula.
Setelah panggilannya tamat, dia datang menghampiri aku semula. "Sorry but I have to go now. Bye, see you next time!"
Aku cuma melambai hampa. Dia berlari anak menuju ke arah sebuah kereta. "Kereta mahal tu." Aku mencebik. Baru nak ngorat.
Baru kejar pencuri sikit, dah penat. Aku mengeluh. Lemahnya aku.
Aku pergi kedai aiskrim yang ada di hadapan aku. Setelah aku masuk ke dalam kedai tersebut, aku duduk di satu meja berdekatan dengan cermin untuk menikmati pemandangan luar.
Di luar kedai aiskrim itu ada satu kedai serbaneka yang agak terkenal di situ. Tetapi, yang lebih menarik perhatian aku ialah seorang lelaki yang amat aku kenali. Aku cuba untuk melegakan hati aku.
"Maybe bukan. Ish, penat sangat aku ni." Aku menggelengkan kepala.
Aku menghabiskan aiskrim aku sambil mendengar lagu.
Setelah selesai, aku berjalan keluar dari kedai aiskrim. Semasa aku nak jalan balik, aku terdengar satu suara yang amat aku kenali.
"Kau buat apa tu? Takkan itu je kerja kau?" Suara abang menerjah gegendang telinga. Aku segera mendapatkan abang aku.
"Abang buat apa dekat sini?"
Rina P.O.V end
¶:)¶
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro