Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[S2]005🌈

Luxurious Hotel,
Park Hyatt Seoul,Korea.

   Majlis semperna kejayaan Kim Taehyung si ipar aku berlangsung dengan jayanya. Decakkan bunyi kamera tidak henti-henti saat majlis penting ini berlangsung.

Anak-anak?

Aku tinggalkan dengan omma aku.
Nenek mereka, iaitu omma aku ingin menjaga ketiga-tiga anak aku. Alasannya, rindu dengan cucu dan kebetulan minggu ini Jungkook menginap di rumah omma. Mesti gembira omma, semua cucu dia berkumpul dalam satu rumah.

Petang tadi anak kembar aku masing²
sudah dibenarkan keluar daripada hospital. Lega hati mendengar anak kembar aku tiada kecederaan serius cuma diberikan cuti dalam beberapa hari.

Jimin dan Jihyun sudah berbaik.
Gigih juga aku lihat si Jimin memujuk anak sulungnya itu. Hah engko, pandai buat pandailah tanggung.

Nasib si anak tu tak merajuk lama-lama.

Napkin yang berada atas peha dicapai. Hujung bibir yang terasa comot dengan makanan dilap dengan penuh berhati-hati. Mata aku melilau melihat meja yang aku duduki kini hanya tinggal aku seorang sahaja.

Bebola mata menangkap Taehyung dan Jisoo melayan para tetamu. Kemudian terarah di satu sudut dimana seorang jejaka kacak lengkap bersuit hitam kelihatan rancak berborak dengan teman-temannya.

Sekumtum senyuman terlakar.
Dengan rambut blonde nya membuatkan aku geram nak gigit dia sebab kacak sangat!

Suami siapa entah tidak tahu.
Berani pula jadi kacak macam tu. Siapa ntah ajar.
Kita pula yang tergugat tengok dia.
Jibake punya Park Jimin.

“ Excuse me.. ”

Serta merta badan aku terkalih kearah kiri beradanya sang gerangan yang menyentuh sedikit bahuku yang terdedah. Mata aku terpaku melihat seorang wanita berwajah kecil dan cantik menegurku.

“ Saya ke? ” Jari telunjuk dibawa ke arah sendiri. Hairan aku kenapa wanita cantik
bak bidadari ini menegurnya?

Macam langit dan bumi rasa kerana dia biasa-biasa sahaja malam ni. Hanya memakai bb cushion, eyebrow, sedikit eyeshadow dan lipstick.

Maklumlah bersiap dengan baby 'tua'.
Sikit nak ciumlah, nak peluk lah. Tahulah siap awal, buat Instagram live lagi. Geram pulak tengok.

Wanita cantik itu memberi senyuman manis yang mempersonakan. “ Cik Jiae.. Pereka fesyen terkenal? Machi?

Aku nampak macam anak dara bujang lagi ke?  Aku ni mak dara lah, triple children lagi.😅

“ Puan Jiae. Ya saya. ” Balasku sopan. Mendengar balasan ku wanita itu menundukan sedikit badannya tanda meminta maaf.

Tapi, muka dia ni macam aku kenal.
Aku menengadah wajah merenung wanita dihadapan ini.

“ Juseonghamnida Puan, saya Aurora Kim.  ” Tangannya dihulurkan tanda ingin berjabat tangan denganku.

Keurae, Jiae Park. ” Huluran tangan kanan disambut dengan tangan kanan juga. Bibir tidak lekang dengan senyuman bak madu. Mataku menyepet ingin mengingati wajah cantik itu sebab aku yakin kami pernah bertemu.

“ Saya datang ni— ”

Sekejap!

Aku kenal dia!

“ Tunggu.. ” Cantasku laju.

“ Awak personal assistant Sungyeol bukan? ” Jari telunjuk menunjuk kearahnya. Aku pasti dia secretary cantik yang berdamping dengan Jang Sungyeol, ahli perniagaan terkenal itu.

Balasan soalan aku mendapat respon baik. Aurora menguntum senyuman manis. Seraya itu, mengangguk mengiyakan soalanku.

“ Ya sayalah Aurora Kim, saya ada hal untuk dibincangkan dengan Puan— ”

“ Just call me Jiae. ” Arahku dengan suara lemah gemalai.

“ Mengenai insiden pagi tadi— ” Terhenti ayat yang ingin dituturkan. Bibirnya dikemam seperti berat sungguh ingin berkata mengenai sesuatu hal itu.

Butiran ayat yang terbit daripada bibir Aurora membuatkan aku tersenyum. Aku tahu apa isi dan isu yang wanita elegan ini mahu menyatakan.

Sudah semestinya mengenai isu
“ Serangan budak tadika” pagi tadi.

“ Tak mengapa.. teruskan. Saya tak baham awak, Aurora. Saya juga perlukan penjelasan. ” Lontaran nada suara lembut diberikan. Ini yang aku mahukan. Penjelasan daripada pihak si anak kecil, Jang Rohui.

Aku tahu sesuatu yang berlaku mesti ada kenyataan disebalik nya. Manusia tidak akan melakukan sesuatu jika tiada sebab muhasabah atau tidak.

Baru sahaja Aurora ingin membuka mulut.
Satu suara menanguhkan segalanya. Wajah si penegur itu di pandang tatkala tangan besar itu menyentuh bahuku.

“ Hey, sayang—eh Aurora? ”

“ Jimin. ” Balasku, Kami berdua berbalas pandangan dan aku senyum kearahnya. Lengan Jimin diraih dan menyuruhnya duduk di sebelahku.

Aurora mengeluh, seperti mengeluh lega.

“Jimin.. baguslah awak ada sekali.
Boleh... saya bercakap dengan.. awak berdua? ” Pinta Aurora ragu-ragu. Nampak gugup sedikit apabila terpandang wajah Jimin. Badan dipusingkan menghadap Jimin, ternyata wajah masam mencuka diberikan.

Peha Jimin dicubit geram olehku. Patutlah Aurora gugup rupanya ada cheetah terlepas. Jimin mencebik, aku membuat muka senyum supaya muka cik shuben tidak ketat.

“ Sambung Aurora. ” Arahku.

Aurora melagakan jari telunjuk nya sambil menunduk kepala.“ Saya dan Sungyeol datang ke rumah petang tadi mahu berjumpa dengan awak berdua. ”

“ Tak manis kalau kami berdua duduk tetapi awak seorang berdiri. Duduk dulu. Kita bincang elok-elok. ” Kerusi dibahagian kiri ditepuk menyuruhnya duduk.

Aurora hanya menurut. “ Bagi pihak Sungyeol,
saya minta maaf sangat. ”

“ Sekejap, kenapa Sungyeol sendiri tidak hadir? Saya rasa awak, Aurora cuma pembantu peribadi sahaja. ” Celah Jimin, kening kirinya diangkat sedikit.

“ Saya mummy Rohui dan juga bakal isteri Sungyeol jadi tak salahkan. ”

Pernyataan yang diberikan mengejutkan kami berdua. Aku melopong tapi Jimin sempat menolak keatas kembali daguku.

“ Jeongmal? ” Soalku untuk mendapat kepastian.

Aurora mengangguk mengiyakan soalan yang tergantung tadi.

Tangan Jimin melingkar dibahuku. “ Jadi, apa punca sebenar? Saya tahu tujuan awak jumpa kami mahu memberitahu mengenai hal ini. Saya nak dengar. Sebelum saya buat apa-apa tindakan lebih baik saya bertanya dahulu. ”

Dalam hati aku tersenyum melihat sisi
matang si suami. Kalau tak, selalu nak bermanja je.

“ Huh, saya cuma nak bagitahu yang punca sebenar..  Awak berdua tahukan yang isteri Sungyeol meninggal selepas bersalinkan anak sulung mereka Rohui. Jadi sejak lahir Rohui tidak dapat kasih seorang ibu kandung walaupun saya sendiri yang menjaga Rohui siang dan malam. Bagi Rohui kasih sayang tu tak sama. ”

“ Ya, kami tahu mengenai hal itu. ” Jimin membuka suara. Aku hanya diam mendengar bait-bait ayat yang dituturkan.

“ Dia cerita semua, dia cemburu bila kembar ada seorang ibu yang sungguh penyayang walaupun sibuk berkejaran dengan masa,suami dan hal anak. ”

Dupp!

Akhirnya, aku terpempan. Seperti diri ini pula bersalah kerana menjadi terlalu sempurna sehingga kan anak-anak menjadi mangsa.

Aku hanya menundukan wajah.

“ Saya juga.. minta maaf. ” Bibirku diketap. Kini, jari jemari berlaga sesama sendiri. “ Sayang, hear this carefully... it's not your fault. Isteri abang tak buat salah apa-apa. ” Bahuku yang dipeluk ditarik rapat dalam dakapan hangatnya.

“ Betul cakap suami awak, awak tak buat salah apa-apa pun.
Awak dah buat tugas yang baik iaitu menjadi ibu yang sangat bertanggungjawab. Saya kagum. ” Ucap Aurora. Dia tersenyum manis.

“ Saya dan Sungyeol minta maaf sangat.
Esok saya dan Sungyeol bawa Rohui jumpa awak sekeluarga. ” Sambungnya lagi.

Baru sahaja Jimin Ingin membalas. Bunyi called ringtone iPhone berkumandang. Dua pasang mata tertumpu pada Aurora yang mengeluarkan Telefon bimbit.

“ Saya minta diri dulu, Sungyeol dah call. Terima kasih sudi luangkan masa bercakap mengenai hal itu. ” Aurora terus bangun dan membongkok kan badan.

“ Dae, selamat pulang. Hati-hati.” Pesanan terakhir sebelum wanita elegan itu menapak pergi meninggalkan sepasang suami isteri ini.

Seperti di tenung, aku menoleh kearah kanan. Ternyata Jimin yang merenung aku. Jari telunjuk nya mencuit hidungku. Ei, main kenyit-kenyit Mata pulak lelaki ni😂

“ Wae? ” Soalku, jarinya ditangkap dan di genggam. Bukan boleh bawak bincang
mamat ni.

Jimin mengajuk satu patah perkataan yang
di soal kepada tadi. Aku mengangkat tangan bersedia mahu menampar bahunya.

Tangkas, tangan kiriku ditangkap.
Tanganku di pegang.

“ hahaha  giyeowo” Puji Jimin sambil senyum sampai hilang anak mata. Sepet!

“ Abang datang dekat saya tadi
ada apa-apa ke? ”  Soalku. Iyalah, dia
nampak rancak berborak dengan kawan² dia.

Jimin mengusap tanganku.

“ Jom ikut abang. Kesian sayang abang ni duduk sorang². Dahlah cantik nanti kena ngorat pula. ”  Sisi rambutku diusap-usap lembut.

Jimin melakukan isyarat mata pada bahu aku. Kemudian aku melihat bahuku dan aku tersedar yang aku pakai baju yang terdedah bahagian bahu. Hidungnya dicuit.

“ Sayang baik-baik saja lah.
Trust me Mr.Park . ” Pipinya dicubit geram. Dapat cebikan daripada Jimin.

“ Jom, kalau tak abang dukung sayang. Kita duduk dekat luar je. Depan kolam renang. Abang nak manja dengan sayang. ” Pujuk Jimin dengan suara habis romantik. Jiae mencebik, kemudian dia bersetuju. Dah buat suara romantik gitu tak akan nak tolak😮. Jiae menarik tangan Jimin menuju kearah sliding door yang terbuka luas.

Sesampai sahaja di bahagian luar. Mereka memberhenti kan langkah. Jiae melihat sekeliling suasana malam.

Jiae pusing badan ke belakang
memandang suaminya yang menyeluk
tangan dalam poket seluar.

“ Kenapa nak duduk luar, sejuklah. ” Rengek Jiae. Jimin mencapai tangan isterinya, menarik lembut kearahnya supaya tidak berada dekat dengan kolam renang. Nanti terjatuh, Sia-sia sahaja mandi percuma dekat kolam.

“ Isteri abang cantik tau, muda pun muda. Badan pun cantik walaupun dah ada tiga orang anak. Awak tu abang punya. Nanti kena ngorat macam mana? Awak nak abang makan hati tengok isteri abang kena kebas ke? ” Pipi Jiae diusap lembut.

“ Biar, itu namanya walaupun anak dah tiga sayang still muda. Lagipun, sayang tak minat pun. ” Jiae memeluk tubuh apabila terasa sejuk.

Jimin memandang isterinya, laju sahaja membuka coat nya dan meletak atas bahu Jiae. “ Kalau abang yang kena ngorat, abang layan.. macam mana? ” Lengan kekar Jimin melingkar pada pinggang Jiae.

“ Abang pernah kena wrestling dengan sayang? Nanti ada masuk office semua berbalut. ” Jiae senyum senget .  Leher suaminya dipaut.

“ You know what sayang, Jeon Jiae tak kuat macam dulu dah. I'm King so my position on top and you're bottom my Queen. ” Hidung isterinya di kucup sekilas. Jimin senyum mengejek.

“ Nak sayang buat comeback
perangai sayang waktu zaman sekolah ke? ” Terbuntang mata Jimin mendengar ayat isterinya, bukan dia taktahu perangai kasar isterinya waktu zaman sekolah.

Andwae, no! ”

“ Tahu takut. ” Sengih Jiae, kepalanya di sandarkan pada bahu Jimin. Memejamkan mata menikmati haruman maskulin milik suaminya.

Oh, senang hati dapat kenakan si suami.
Jimin tersenyum apabila terpandang sanggul milik Jiae. Timbul idea nakal ingin mengenakan bidadari hati.

Perlahan-lahan jari jemari Jimin menyentuh sanggul milik Jiae. Mencari punca, dengan satu cubaan sahaja rambut panjang Jiae di lepaskan.

“ Abang! ” Perut Jimin dicubit geram!

“ Baru cantik. ”

“ Jimin, rambut sayalah! ” Jeling Jiae tajam kepada suaminya itu.

Tch, abang dah pesan dekat rumah tadi jangan sanggul. Boleh pulak sayang pergi tandas sanggulkan rambut. Sayang tahu tak ramai lelaki pandang leher sayang? Ingat abang tak perasan? ”

“ wae.. cemburu? ” Duga Jiae.

“ Jeon Jiae ialah Park Jiae.
Isteri kesayangan Park Jimin. Dah tentu abang cemburu. Takkan lah abang tak sayang isteri abang ” Pipi isteri ditekup kemudian bibir Jiae di kucup sekilas.

“ Menyampoh. ”  Ujar Jiae dengan bibir yang memuncung ke depan akibat tekupan pipi. Sampai sebutan juga tidak betul.

“ Patutnya abang buat hickeys dekat leher sayang! ” Jimin lepaskan tekupan pipi.

“ Cakap tu tak boleh kuat lagi ke? ” Perli Jiae apabila beberapa tetamu yang berdekatan dengan sliding door memandang kearah mereka.

Jimin hanya menjelir lidah. Nakal.

“ Dahtu yang awak siap kacak-kacak sampai orang lain ingat awak tak kahwin lagi kenapa? Patutnya saya tak payah panggil penggaya rambut untuk hias rambut awak. Tch. ” Jeling Jiae.

“ Untuk sayang juga kan abang
bersiap macam ni. Ke sayang nak abang pakai selekeh dekat majlis macam ni? ”

“ Keurae! Biar orang tak ngorat! ”

“ Sayang ni comel lah. Geram.
Mari sini abang nak gomol sayang. ” Akibat geram, Jimin memeluk pinggang Jiae dan mencium serata wajah kecil isterinya.

“ Hahahahha abang gelilah! Nak cium-cium sajalah tak payah nak geletek—hahahahaha ”

“ Kejaplah, bagi abang geletek sayang! ”

“ Park Jimin, stop it!

Dari satu sudut di bahagian dalam dewan, lima jejaka kacak memandang aksi pijak semut tak mati yang diciptakan khas oleh
Park Jimin dan Jeon Jiae, pasangan suami isteri terlajak manis.

“ Kau tengok pasangan macam baru berkahwin tu. Kalah aku dengan Joohyun yang baru kahwin 8 bulan ni. ” Hoseok berdecit perlahan.

“ Kau kena faham. Diorang kalau tak manis tahap potong kaki sehari tak sah. ” Seloroh Yoongi yang memandang gelas wine nya. Masak sangat dah dengan lerangai

“ Tengok mereka manis macam tu
lagi elok daripada bergaduh, tak ambik kisah hal masing². ” Ujar Namjoon.

“ geureomnyeo. ” Sokong Seokjin.

“ Betul tu, aku taknak nanti ada orang bawak bagasi tidur rumah aku. ” Jungkook menggeleng kepala. Gelas wine yang berada di tangan di sisip sedikit.


To be continued....🚘🚘🚘🚘

HARAP ADA ORG BACA LAGI CERITA NI
🙂🌺✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro