44
"Kyah.. Jebal lepaskan"
Jiae cuba merentap tangannya tapi tidak boleh.
Lengannya seperti dicengkam kuat. Dia mula meronta dilepaskan.
Jiae pandang orang yang menariknya. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian hitam.
Jiae sudah mula cemas.
Dia tidak berdaya sekarang ini.
"Tolong!!!! Sesiapa jebal dowajuseyo! " Jerit Jiae kuat.
Dia berharap yang sesiapa akan mendengarnya kerana tempat ini memang jarang pekerja dalam bakery ini lalu. Dan laluan ini sunyi.
"Awak!!! JIMIN!! " Jerit Jiae lagi.
"DIAM! "
Orang itu menekup mulut Jiae dengan kuat. Jiae sudah terketar-ketar ketakutan.
"Diam sebelum aku apa-apakan kandungan kau" Ugut orang itu
Jiae menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah berjujuran air mata bila orang itu menghalakan pistol di perut Jiae
"Je... Jeb..bal an..dwae..yeo" Rintih Jiae
Takut menguasai diri.
Dia terlalu takut sekarang ini
Jiae
This is not you.
Mana Jiae yang kuat dulu?
Lawan mereka.
Demi anak dan suami kau.
Dia ditarik kasar sehingga ke belakang bakery menggunakan pintu kecemasan.
Badan Jiae dihempas kuat di dinding bewarna kuning cair itu.
"Argh,, sakit"
Jiae sudah memejamkan matanya erat bila pistol tu dihalakan dikepalanya
Seseorang datang dari arah tepi. Bunyi kasut tumit tinggi jelas kedengaran.
Disebabkan terlalu takut Jiae hanya memejamkan matanya.
"Kerja kau dah selesai,, thanks Hyun"
Ucap seorang gadis yang berkasut tumit tinggi tu.
Gadis itu mencium bibir lelaki itu sebelum pistol mula bertukar tangan.
"Tunggu aku dekat kereta" Pesan gadis itu.
Lelaki yang bernama Hyun itu hanya tersenyum senget lalu berlalu pergi.
Gadis bertumit tinggi itu tersenyum sinis apabila melihat wajah pucat Jiae.
Jiae perlahan-lahan membuka matanya.
Dia mahu lihat keadaan sekarang ini.
Sejurus sahaja membuka matanya alangkah terkejutnya dia apabila melihat gadis yang dikenali sebagai MUSUH nya itu berdiri dihadapannya.
Dengan pakaian yang bersuit hitam. Seluar jean hitam. Nampak seperti pakaian formal. Rambut yang diikat bun.
Nampak lain.
"Yoonhye-yaa"
Jiae telan air liur kesat.
"Hye Jiae,, kau sihat? " Yoonhye mengusap rambut Jiae.
"Apa kau buat ni? " Jiae sudah terketar-ketar melihat Yoonhye yang memegang sepucuk pistol
"Apa aku buat? " Tanya Yoonhye dengan pandangan tajam.
"Untuk
bunuh
kau! " Tengking Yoonhye
Daripada usapan bertukar kepada tarikkan.
Yoonhye menarik rambut Jiae kasar.
Terbongkok-bongkok Jiae mengikut rentak tarikkan itu.
Sakit.
Seperti mahu tercabut sahaja kulit kepalanya itu.
"Arghhhh!!! Yoonhye sakit!! Jebal lepaskan!!! " Rintih Jiae
Dia malas mahu menggunakan kekerasan kerana dia fikir tentang kandungannya ini.
"Ikut aku! "
Rambut jiae ditarik dan juga diheret bila Jiae enggan ingin mengikut.
Jiae berkeras tidak mahu mengikut perempuan gila ini. Dipukul pukul lengan Yoonhye kuat.
Demi untuk menyelamatkan diri.
Jiae.
Hadapi dia.
"Kau gila Yoonhye!! Sedar Yoonhye!!"
Jiae jerit kuat sebelum menyepak kuat kaki Yoonhye . Membuatkan Yoonhye melepaskan tarikkan rambutnya.
Akibat tidak dapat seimbangkan badan kerana tumit high heels itu terpijak batu. Dia terjelopok jatuh.
Jiae terus mengambil peluang untuk tindas perempuan gila ini. Dia duduk dibelakang badan Yoonhye.
Tangan Yoonhye dipulas kebelakang. Yoonhye mengaduh kesakitan.
Pistol yang berada ditangan kanan perempuan itu pon dirampas.
Dia terpaksa berbuat demikian. Demi menyelamatkan dirinya.
Mian Yoonhye
Dia telan air liur bila Yoonhye mula meronta kuat.
Hanya ada satu cara saja untuk meloloskan diri dari perempuan gila ini. Selagi Yoonhye masih sedar dia tidak akan dapat meloloskan diri.
Jadi...
"Mianhae.. "
Bukk!!
Jiae memukul kuat kepala Yoonhye dengan pistol yang berada ditangannya.
Tidak lupa untuk menumbuk muka perempuan itu untuk beberapa kali.
Aku terpaksa.
Mianhae...
Yoonhye diam tidak berkutik.
Pengsan.
Terus Jiae bangun.. Dia berjalan mengundur kebelakang. Untuk memastikan Yoonhye betul-betul tidak sedarkan diri.
Dengan pantas dia menarik pintu kecemasan yang membawa dia keluar tadi lalu terus masuk. Dia berlari masuk.
Sesampai sahaja didepan tandas dia ternampak Jimin yang berlari kearah nya dengan muka yang jelas menunjukkan riak risau nya.
Jiae terus berlari kearah Jimin sambil tangan kirinya memegang perutnya.
Perut nya berasa sakit kerana berlari terlampau banyak.
Jiae masuk kedalam dakapan hangat Jimin. Menangis semahu-maunya di bahu suaminya itu.
Tubuh kecil milik Jiae dipeluk kemas. Jimin mencium kepala isterinya itu. Hilang sedikit rasa risaunya itu.
Dia terasa tidak sedap hati sebentar tadi kerana Jiae tidak berada di kaunter. Dia diberitahu oleh Yoongi tadi yang Jiae berlalu ke tandas.
Tapi ini sudah lama jadi dia memutuskam untuk pergi ke tandas. Setibanya dia ditandas dia melihat hanya ada seorang perempuan keluar dari tandas. Dia menanyakan kepada perempuan itu tentag keberadaan orang yang hanya didalam tandas dia berharap sangat Jiae berada didalam tandas tapi hampa dia menerima jawapan yang tidak sepatutnya
''Takda, saya sorang je yang ada dalam tandas tadi''
Jadi dia buat keputusan untuk mencari Jiae.. Cari dan cari dia lalu balik dikawasan tandas dan akhirnya dia jumpa Jiae yang sedang berlari sambil memegang perut.
"Awak pergi mana" Tanya Jimin
Jiae mendongakkan kepalanya "Ada.. Orang cuba nak culik saya... Dan Yoonhye dia nak bunuh saya. Jimin.. "
Jimin memejamkan matanya. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku.
[Ini sudah melampau] Jimin bengang dengan tindakan Yoonhye yang cuba untuk menculik isterinya
"Mianhae jiae... Saya tak jaga awak betul-betul" Ucap Jimin.
"J... Jiminnah.. Appo,ergh"
Jiae memegang perutnya itu. Terasa seperti dicucuk dengan sesuayu sahaja.
Sakit.
Itu yang dapat dirasakan.
Jimin menolak Jiae sedikit. Dia melihat perut Jiae dan beralih pada peha jiae.
Terbuntang luas matanya melihat seluar putih itu diwarnai dengan darah yang pekat itu.
"Sayang! Ppi!! (darah) " Laung Jimin
Jiae memegang lengan Jimin kuat. Tidak berdaya untuk berdiri.
"Uri... Aegi.. Awakk" Kata Jiae tersekat-sekat sebelum...
Rebah dalam dakapan hangat suaminya itu.
"Jeon Jiae! " laung Jimin
Sekarang dia tidak fikir hal lain dah.
Dia perlu hantar Jiae ke hospital secepat yang mungkin.
"Bertahan sayang.. Jebalyo"
••••••
🌴902 Words 🌴
Pendek kan chap kalini? Huhuu saja je buat pendek nak bagi suspen sikit. 🙆😂♡
Stay tuned with this book!
Hah, someone pandai tak buat poster? Kalau sesiapa yang pandai. Boleh mintak tolong tak? Tolong buat POSTER untuk citer ni. Kalau de sesiapa sudi tolong komen or pm araa 🙏😣
✨KOMEN✨
★VOTE★
♥Lots of loves from your lovely author♥
♡Araa♡
☆BYUNTAE ROOMMATE☆
♡ParkKpopperz♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro