5
Lana dan Haknyeon berhenti pada satu batang pokok yang lebat dengan daun lalu mereka berdua duduk di atas buaian.
"Kenapa kita ke sini?" Tanya Haknyeon. Dia tidak memandang langsung ke arah Lana.
Dengan tenang, Lana pun menarik pipi Haknyeon supaya memandangnya. "Kita nak bincang cara untuk keluar dari sini." Dia menurunkan tangannya dari pipi Haknyeon.
Haknyeon terkedu. Pipinya merah dan tangannya basah kerana peluh. "Ma.. mac.. am mana?" Percakapannya pula tergagap-gagap.
"Tu," Lana menunjukkan ke arah satu hutan yang sangat lebat. "Awak, eh maksud saya, 'kita' akan masuk dalam tu. Dan cari beberapa formula rahsia untuk buat keju!" Terangnya.
"Keju?" Haknyeon mengangkat keningnya. Sambil itu dia menggosok-gosok dagunya akibat gatal.
"Ya. Makanan utama dekat Kerajaan Elvenia ni ialah keju. Masa awak masuk sini pun dengan keju, kan?" Lana bertanya lalu dijawab dengan anggukan oleh Haknyeon.
"Macam mana masuk, macam tu juga keluar. So you're ready?" Lana menghulurkan tangannya kepada Haknyeon.
Haknyeon menyambut huluran itu dengan semangat lalu berdiri sambil menjerit, "READY!".
"Esok kita mula," Lana bingkas bangun mahu bergerak pulang tetapi dia dihalang pula oleh Haknyeon.
"Saya dah semangat, awak nak mula esok?" Tanya Haknyeon sambil mencebik.
"Yalah. Err, ramalan cuaca kata tak elok untuk kita masuk hutan hari ini." Dan seperti biasa, Lana pasti akan ada jawapan untuk setiap pertanyaan itu.
"Kalau macam tu, kita jumpa esok. Bye!" Haknyeon melambai Lana lalu berjalan pulang ke rumah.
Perjalanannya ditemani dengan kicauan burung dan juga sungai yang berwarna hijau daun. Sambil itu, dia juga riang menyanyi sambil diiringi dengan rama-rama yang berwarna-warni.
Tetapi tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Di Mahligai Elvenia.
"Ayden, saya datang ni." Lana menjenguk dari luar tingkap mahligai itu.
Seorang lelaki lengkap berpakaian seperti seorang satria datang menghampiri Lana. "Tunggu kejap. Raja Elbert ada dekat situ." Bisik lelaki itu yang dipanggil sebagai Ayden.
Lana mengangguk lalu dia pun duduk gaya mencangkung sementara menunggu Ayden.
Beberapa minit menunggu.
"Lana, jom naik." Ayden memanggil Lana. Suaranya perlahan sahaja, mungkin tidak mahu 'misi' mereka terbongkar.
Dengan segera Lana pun bangun lalu memanjat tingkap itu. Kalau mahu masuk ikut pintu depan, kantoi lah jawabnya nanti.
Setelah Lana berjaya naik, Ayden pun membawa Lana pergi ke satu bilik rahsia.
Mereka menghampiri sebuah cermin lama yang ditutup dengan sehelai kain. "Inilah cerminnya." Lalu Ayden pun mengangkat kain tersebut.
Lana yang tidak sempat mahu meneliti cermin itu cepat-cepat bersembunyi.
"Kalian buat apa di sini?"
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro