Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

Haknyeon dan Lana duduk bersama di atas satu kusyen. Haknyeon yang berasa janggal cuba untuk duduk jauh sedikit dari Lana. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa malu. Lana pula kelihatan gementar seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

Tidak lama selepas itu, mereka didatangi oleh seorang lelaki berpakaian seperti Putera James di dalam cerita Sofia the First. Memakai vest lengan pendek berwarna coklat serta mahkota di atas kepalanya.

"Datang lagi kamu ya." Tegur lelaki itu kepada Lana. Lana hanya tersenyum kelat. "Apa hajat kalian ke mari?" Tambahnya lagi.

"Encik ni siapa?" Haknyeon bertanya. Pelik betul dengan pakaian manusia pada kerajaan ini. Tak moden langsung. Gaya macam di dalam kisah dongeng.

"Saya ialah Raja di Kerajaan Elvenia, Raja Elbert." Jawabnya dengan bangga.

"Elvenia? Dekat Korea takde pun nama kerajaan macam tu." Haknyeon menggaru kepalanya.

"Nampaknya kamu tak sedar lagi ni." Raja Elbert membetulkan posisi duduknya. "Sekarang ni, kamu telah termasuk ke dalam alam kayangan iaitu Kerajaan Elvenia." Dia berhenti seketika untuk melihat reaksi Haknyeon.

"Macam mana saya boleh termasuk dalam ni?" Haknyeon bertanya.

"Soalan yang bijak. Semalam, ada tak orang yang bagi awak sepotong keju?" Raja Elbert itu memulakan sesi soal jawab bersama Haknyeon.

"Ada," Haknyeon mengangguk dengan laju. Mukanya kelihatan tertarik dengan soalan Raja Elbert kerana beliau dapat mengagak apa yang terjadi kepadanya semalam.

"Keju itulah yang membawa kamu ke sini." Terang Raja Elbert dengan tenang. Manakala Haknyeon pula sudah menutup mulutnya tidak sangka.

"Jangan terkejut. Setiap jalan masuk, pasti akan ada exitnya," Raja Elbert tersengih sambil mengayunkan tongkatnya.

"Macam mana?" Haknyeon sudah melutut di hadapan Raja Elbert.

"Tetapi tidak semudah ABC." Beliau mengangkat keningnya mahu meminta kepastian Haknyeon.

"Lautan api sanggup saya redah untuk keluar dari sini!" Balas Haknyeon bersemangat.

"Bagus, ini yang saya mahu. Cara yang pertama-" Kata-kata Raja Elbert dipotong oleh Lana.

"Tidak mengapa. Biar saya yang terangkan pada dia. Terima kasih, Tuanku." Lana menarik tangan Haknyeon untuk beredar dari mahligai itu.

Dalam perjalanan keluar, terdapat satu cermin ajaib. Sejurus selepas Haknyeon dan Lana melintasi cermin itu, ia memaparkan satu potong ayat yang tertulis, 'penipuan bukan caranya.'

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro