11
"Apa kamu buat di hujung perkampungan tu?" Tanya Raja Elbert kepada Lana.
Lana cuba untuk tidak menunjukkan wajah gerunnya apabila mendengar suara kasar Raja Elbert. "Saya tak buat apa-apa pun di sana. Saya nak lihat kawasan kerajaan ini," Lana menjawab dengan lancar.
"Seorang diri?"
"Yalah. Dengan siapa lagi saya mahu ke sana," Lana menjawab lagi.
Raja Elbert merenung mata Lana. "Baik kamu beritahu saya, kamu ke sana dengan siapa?"
"Saya pergi ke sana dengan Ayden." Seperti dipukau, Lana menjawab dengan jujur. "Kami ingin menggunakan cermin ajaib yang ditunjukkan oleh Tuanku semalam." Lana menambah lagi.
Raja Elbert mengelipkan matanya dan pada masa yang sama Lana juga pengsan.
"Berani mereka berdua membawa lari cermin ajaib kerajaan ini. Letak gadis ini di dalam penjara. Pengawal yang lain, saya arahkan kalian untuk cari Ayden. Sekarang!"
"Kanda, bagaimana cermin ajaib itu boleh dibawa lari?" Tanya Permaisuri Shailene. Mukanya jelas menunjukkan rasa gelisah. Jika cermin ajaib hilang, akses ke negara lain tidak dapat dilakukan. Banyak kepentingan cermin itu buat Kerajaan Elvenia.
"Dinda jangan bimbang. Cermin ajaib kita selamat disimpan di dalam loker bawah tanah. Saya sengaja mahu memberi pengajaran buat mereka berdua." Raja Elbert tersenyum manis kepada isterinya.
"Cerelia! Awak di mana?" Haknyeon berjalan dengan perlahan menuruni jalan yang lurus ke bawah.
"Saya di sini."
"Sini mana? Kenapa dengar suara je? Orangnya takde pun." Haknyeon mengomel sendiri. Makin jauh perjalanannya, Cerelia masih tidak kelihatan.
Haknyeon terduduk. Dia takut. Dia seorang sahaja di dalam 'gua' itu. "Cereliaa!!!" Jerit Haknyeon dengan kuat.
"Eh, awak ni janganlah jerit. Saya ada dekat atas saja tadi," dan muncullah Cerelia yang menurunkan sayapnya.
"Kenapa awak terbang? Memanglah saya tak nampak awak," Haknyeon mencebik. Mentang-mentang ada kemudahan sayap, bolehlah dia terbang sana sini. Sementara dia pula penat berjalan dari tadi.
"Maafkan saya. Baiklah, saya akan jalan bersama dengan awak. Okay?" Cerelia menghulurkan tangannya.
Haknyeon menyambut tangan Cerelia itu lalu mereka jalan sehinggalah mereka iba di hujung gua.
Tok tok.
Cerelia mengetuk pintu kayu yang berada di hujung gua itu. "Sini lah tempatnya."
"Kita nak ambil apa di sini?" Tanya Haknyeon.
"Air mata kelawar," Jawab Cerelia selamba. Haknyeon sudah menunjukkan muka pelik. Kelawar ada air mata ke? Nama pun alam fantasi, biarlah pelik-pelik pun. Asalkan aku dapat balik. Bisik hati Haknyeon.
Pada masa yang sama, pintu kayu yang diketuk Cerelia tadi telah terbuka. Cerelia menarik tangan Haknyeon lalu mereka masuk melalui pintu itu.
"Selamat datang, Tuan Puteri. Tuan Puteri duduklah dahulu. Biar saya ambilkan air mata itu untuk Tuan Puteri." sapa seorang makhluk. Pada pandangan mata Haknyeon, makhluk itu serupa bentuknya dengan seekor tapir. Tapi bezanya tapir ni boleh berjalan dengan dua kaki dan tangannya boleh bergerak seperti tangan manusia.
"Tidak mengapa Mack. Saya boleh ambil sendiri," Cerelia segera bangun lalu ditarik juga Haknyeon.
Mack tidak sempat untuk menghalang. Dia hanya memerhatikan Cerelia dan Haknyeon dari jauh. Lagipun perintah sudah diterima olehnya perintah untuk membiarkan Cerelia membuat segala kerja sendiri dari istana.
"Saya tak nak jumpa kelawar!" Kata Haknyeon, dia menarik tangannya dari Cerelia. "Encik Haknyeon, kelawar di kerajaan kami berbeza dengan kelawar di kerajaan awak ya. Kalau awak tengok kelawar di sini, pasti awak rasa nak bela satu." Cerelia menarik semula tangan Haknyeon memasuki satu taman.
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro