Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 11

Suasana sunyi menyelubungi mereka berenam. Masing masing hanya diam dalam posisi memeluk tubuh yang kesejukkan dibasahi rintik rintik halus hujan.

"Diorang semua....diorang dah mati kena makan dengan ular ular tu? Apa kita nak buat sekarang? Kita kena keluar dari Pulau ni. Pulau ni bahaya!" jerit Ji Hyo menangis teresak esak. Dia buntu,terhimpit di antara maut yang sedang memburunya,bahkan turut menyasarkan beberapa orang lagi di antara mereka yang terselamat dari serangan tadi.

"Bertenang Ji Hyo! Bertenang," Baekhyun memeluk Ji Hyo erat,cuba meredakan gadis itu. Darah darah yang berlumuran pada tubuh Ji Hyo dia sapu dengan bajunya sendiri.

"Hey perempuan,kau ingat kau sorang je nak keluar dari pulau ni. Habis tu kitorang ni macam mana? Aku tak nak mati kat sini,jadi makanan ular ular tu semua," balas Kwang Soo dengan menengking Ji Hyo.

"Ni semua salah boss kau yang tak guna tu. Dasar setan. Dia yang mulakan semua ni. Dia yang bawak kami ke sini. Bila time susah macam ni,cepat je dia blah," celah Kyung Soo,naik berapi bila fikirkan si Jae Suk tu.

"Diam! Diam! Korang semua boleh tak diam dan berhenti bertekak!" semuanya terus zip mulut bila dijerkah oleh Jong Kook.

"Jangan risau,korang semua akan selamat. Ada satu cara untuk keluar dari pulau ni,"

"Cara apa?"

"Ada satu bukit kat sana tu. Kat situ ada sebuah terowong bawah tanah," Jong Kook keluarkan sehelai kertas dari poket seluarnya. Kertas bersaiz agak besar itu dibentangkan di atas tanah.

"Terowong panjang ni akan bawa kita ke pinggir pulau sebelah barat. Bila dah sampai kat sana,kita boleh mintak batuan dari nelayan nelayan yang berlayar di sekitar sana," terang Jong Kook dengan lebih terperinci. Mereka mengangguk perlahan. Itu saja ikhtiar terakhir yang mereka ada sekarang.

"Terowong tu lebih kurang 8 km dari sini. Dan untuk sampai ke sana kita kena ikut jalan sungai,"

"Macam mana terowong tu boleh ada kat pulau ni? Saper yang bina?" soal Ji Hyo.

"Dulu,pihak pengusaha memang sasarkan pulau ni untuk dijadikan pusat perlancongan mega. Semasa proses pembinaan resort resort kat Pulau ni dijalankan,ramai pekerja pekerja hilang dan mati setiap hari. Mereka diserang oleh sekumpulan ular gergasi berwarna hijau. Anaconda. Mereka cuba bunuh ular ular tersebut,tapi jumlah mereka terlalu banyak dengan saiz yang lebih besar dari manusia. Mungkin ular ular tu marah sebab habitat mereka dimusnahkan. Bila pihak pengusaha tahu tentang perkara tersebut dan terpaksa tanggung banyak kerugian,aktiviti pembinaan terus dihentikan dengan serta merta,"

"Habis tu macam mana Jae Suk boleh bina resort kat pulau ni. Dah tahu pulau ni bahaya. Memang sengaja tempah maut dengan ular ular tu," kata Baekhyun.

"Macam ni sebenarnya,Jae Suk beli salah satu resort yang separuh siap tu dengan pengusaha terdahulu dengan harga yang murah. Dia cuma perlu ubah sikit resort tu dan tambahkan ciri ciri keselamatan. Sebab tu kat sekeliling resort ada pasang pagar elektrik untuk elakkan ular ular tu masuk. Kami ingatkan semuanya akan reda,tapi tak. Anacondas semakin mengganas memburu manusia sebab kat sini takde spesies haiwan lain untuk mereka jadikan makanan,"sambung Jong Kook lagi. Meremang bulu mendengarnya. Disebalik Paradise Island yang cantik dan tenang pada pandangan mata,sebenarnya terselit bahaya yang membunuh. Patutlah ramai pemandu bot tak berani jejakkan kaki ke sini.

"Atas arahan Jae Suk,kami terpaksa kerja kat sini. Dia suruh kami bunuh ular ular tu dan jadikan makanan untuk korang semua," jujur Kwang Soo.

"Jap jap....maksudnya stick yang korang bagi kitorang makan tu stick daging ularlah?" biji mata Lay terus membulat besar.

"Ha'ah. Kitorang guna daging ular sebagai daging stick tu," angguk Kwang Soo.

Bwuerrkk! Tekak Lay terasa loya. Isi perutnya terus dimuntahkan keluar.

"Fuck! Shit! Damn it! Boss korang memang gila babi," maki Kyung Soo. Ji Hyo hanya gelak.

"Patutlah aku perasan Ji Hyo langsung tak sentuh stick tu,"

"Yup. Aku dah lama tahu pasal hal tu. Aku nak bagitahu kau tapi malam tu aku kena tangkap dengan Jaesuk dan Baekhyun yang selamatkan aku,"

"Dahh dahh,buat masa sekarang kita berehat dulu. Dah malam sangat ni. Pagi esok kita mulakan perjalanan ke terowong," Jong Kook buka beg galasnya dan keluarkan sepeket serbuk berwarna kuning.

"Ni belerang. Sapu serbuk ni kat tubuh korang. Ular tak suka bau belerang," Jong Kook serahkan peket tersebut pada Ji Hyo. Ji Hyo sapu pada kulit tangannya,wajah dan rambut. Peket tersebut beralih ke tangan Baekhyun dan yang lain.

"Korang tidurlah dulu. Aku dan Baekhyun akan bergilir gilir berjaga. Takut ular ular tu datang menyerang," sisa serbuk belerang yang masih tinggal sedikit itu Jong Kook taburkan di sekitar kawasan mereka. Hujan dah pun berhenti. Dengan memegang senapang,Jong Kook dan Baekhyun mundar mandir di kawasan sekitar.

*    *    *     *

"Hutan ni sangat luas. Untuk elakkan korang semua daripada tersesat or kena tinggal,aku nak korang jalan sama sama. Jangan ada yang pentingkan diri sendiri. Kita sekarang dalam bahaya,so setiap langkah kena berhati-hati," kata Jong Kook sebagai ketua yang akan memandu mereka jalan ke arah terowong. Seawal pagi lagi mereka bangun untuk memulakan perjalanan mereka.

"Sebagai pertahanan diri masing masing,aku akan bagi setiap seorang senjata," di tangan Jong Kook ada 3 senapang patah,pisau lipat dan pistol. Diagihkan senjata itu pada setiap orang.

"Dalam senapang ni ada 20 peluru. So pandai pandailah korang guna. Jangan bazirkan. Guna untuk kecemasan saja. Kalau nampak ular,tembak je terus," mereka mengangguk serentak dengan arahan dari Jong Kook.

Sebelum bergerak,mereka mengisi perut dengan hanya makan buah buahan yang ada dalam hutan. Air pula diambil dari akar pokok. Sekadar untuk menghilangkan lapar dan mengumpulkan tenaga.

"Kita gerak sekarang!"kata Jong Kook mula bergerak ke satu arah berpandukan peta di tangannya. Semak semak yang menghalang laluan ditebas oleh Baekhyun.

Setakat ini,mereka belum berjumpa dengan seekor pun ular. Kata Jong Kook,Anaconda tak beberapa aktif pada waktu awal pagi.

Bunyi unggas bergema mengiringi setiap langkah mereka. Sedikit memekikkan telinga.

" Haisyy,banyak nyamuklah. Aku dah tak tahan. Lambat lagi ke kita nak sampai kat sungai tu,"rungut Lay berhenti berjalan. Dia menepuk beberapa ekor nyamuk yang menghurung wajahnya. Lay tarik sedikit hoodienya. Kulit mukanya terasa berbintik dan gatal gatal.

"Sabarlah sikit," pujuk Xiumin.

Zuppp!

Seekor ular laju menyambar kaki Lay. Lay terlompat-lompat,menjerit apabila terasa kakinya digigit oleh ular itu.

"Ular! Tolong aku,"

Pishhh!

Xiumin terus melepaskan tembakan tepat mengenai kepala ulat itu. Terlerai mulut ular tersebut dari kaki Lay. Kaki Lay sedikit luka dengan kesan gigitan yang agak dalam.

"Thanks Xiumin. Kau dah selamatkan aku!"

"Yelah. Kaki kau tu,ok ke tak? Boleh jalan ke tak ni?"

"Luka sikit je. Aku ok," balas Lay. Xiumin memapah Lay untuk berjalan walaupun keras Lay menolaknya.

*    *    *   *

Zruuu!

Kedengaran bunyi aliran sungai berdekatan mereka,bererti sungai tersebut hanya beberapa meter saja dari mereka.

Lebih kurang 45 minit berjalan meredah hutan,mereka sampai di kawasan sungai.

Mereka bersorak,terus berlari ke arah pinggir sungai.

Lay menceduk air sungai yang dengan tangannya lalu dihirup. Wajahnya dicuci,untuk menghilangkan rasa gatal. Segar. Luka gigitan pada kakinya turut dibersihkan dan dibalut. Mereka berehat sekejap di tebing sungai sebelum menyambung perjalanan mereka yang masih jauh. Setakat ni tiada apa apa yang berlaku. Semuanya selamat.

"Memandangkan kat sungai ni takde bot, dan kita takde cukup masa untuk buat rakit....aku cadangkan yang kita kena mengharungi sungai ni,"cadangan Jong Kook buat diorang tersentak.

"Kau gila ke? Kot kot dalam sungai ni ada buaya,naya kita semua nanti," bantah Xiumin.

"Aku tak pandai berenang. Kalau aku lemah cam mana?" diikuti oleh Lay yang menyebelahi Xiumin.

"Sungai ni bukan dalam mana pun. Satu meter setengah. Aku dah check kawasan tebing sungai ni tadi,takde sarang buaya or kesan tapak kaki buaya pun. So,selamat,"balas Jong Kook terus terjun ke dalam sungai. Air sungai hanya paras dadanya saja. Memang tak dalam.

"See. Selamat!"

"Yelah tu!"

"Tunggu apa lagi tu? Cepatlah turun," jerit Jong Kook. Nak tak nak,mereka terpaksa jugak terjun ke dalam sungai.








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro