Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 : 10

Selesai sahaja makan malam antara aku dan Younghoon sebentar tadi, Younghoon memujuk aku untuk menemaninya duduk santai dibalkoni tingkat 4 iaitu kawasan kediaman mereka sekeluarga. Aku hanya ikutkan sahaja karenahnya.

" Terima kasih sebab sudi terima pelawaan saya untuk dinner tadi " ucapnya.

" Ah, awak pun. Terima kasih sebab sudi belanja saya. Dah lah makanan sini mahal belaka. Suka susahkan diri awak " kataku pula.

Kami berdua berjalan mendekati sebuah meja yang agak jauh dari arah cermin balkoni.

" Tengok sana " ujarnya sambil menunjuk kearah suasana cahaya bangunan bandar Seoul itu.

" Wah, cantiknya " ujarku. Aku memegang kedua belah tanganku sambil memandang ke luar cermin.

" Jom lah kita duduk-duduk dulu. Kenyang lagi makan tadi " kata Younghoon. Aku sekadar mengangguk dan ikutnya duduk sekali.

" So, macam mana kerja dekat sini? Okay ke tak? " tanya Younghoon.

" Keadaan semuanya masih baik-baik selagi ayah awak yang jaga hotel ini " kataku dengan senyuman. Younghoon tertawa.

" Tidak lama lagi, appa akan bersara juga, Hye. Dia dah tua. Mana mampu nak teruskan kerjaya dia. Mana tahu, mungkin awak pula yang akan ganti tempat dia " kata Younghoon. Membulat mata aku.

" Apa lah awak ni. Saya mungkin akan berhenti juga kerja sini. Tu, dekat Jeju tu. Sudah dalam proses nak baik pula semula. Saya mungkin akan berpindah disana suatu hari nanti " kataku.

" Tidak mengapa. Selagi awak ada rasa semangat nak bekerja, teruskan saja. Jangan fikirkan beban yang menganggu tu " ujarnya dengan nada separuh semangat. Aku hanya tertawa dalam hati.

Aku curi-curi pandang Younghoon ketika dia sedang rancak bercerita kisahnya ketika belajar di Jepun dahulu. Aku pula sudah terbang ke alam angauan.

Entahlah, sejak dia pulang kesini, aku rasa lain macam sangat. Rasa yang dah lama aku tak rasa. Iaitu, rasa selesa dan tenang. Hanya ada pada dia seorang. Aura dia kuat sangat sampai boleh buat aku angaun kekadang.

" Awak pula macam mana? " tanya tiba-tiba. Gelabah lah aku. Tak dengar apa dia cakapkan.

" A-Apa dia? Maaf saya tak fokus " kataku sambil menggosok lenganku yang tertutup itu. Younghoon tiba-tiba saja menanggalkan jaketnya dan dia sarungkan kebahu aku. Omo! Badumpp!! Jangan masa ni wahai jantung. Control-control!

" T-Thanks " ucapku dengan malu yang tak terkata. Gentle weh!

" Soalan saya tadi, hubungan awak dengan teman lelaki macam mana? " tanyanya semula.

" Ah itu. Kami dah putus seminggu yang lalu. Masing-masing dah buat haluan sendiri, mungkin. Saya rasa macam saya je yang beria dalam hubungan kami waktu tu. Tak sangka, dia tikam belakang saya macam tu je. Salah saya juga sebab degil tak dengar cakap Kim. Kalau saya tahu semua tu nak terjadi, saya takkan terima pujukkan lelaki tu. Lagipun, saya sekarang cuba untuk lupakan dia dan segala kisah kami " balasku dengan nada yang muram.

" Oh, yeke. Maafkan saya sebab tanya soalan macam tu. Maaf-maaf " ujarnya sambil bow berkali-kali padaku.

" Eh, takpe-takpe. Saya tak kisah pun " ujarku.

" By the way, awak pula? " tanyaku ingin tahu. Younghoon terdiam mulanya. Lepastu dia mengeluh. Mukanya berubah muram. Alamak, ada salah ke dalam soalan aku tadi? Tak kan?

" Saya ada jumpa seorang gadis ni. Dia orang korea juga. Kami satu kelas. Saya kenal dia masa sem pertama lagi. Cantik, tinggi, manis, comel, bijak dan sebagainya. Tapi... " Younghoon memberhentikan kata-katanya.

" Dia reject awak? " tanyaku. Younghoon memandang aku.

" Tak. Kami dah bertunang sebulan yang lalu " kata Younghoon. Zzup! Prakk!! Jap, kenapa aku rasa kecewa tiba-tiba ni. Sabar Hye, sabar.

" T-Tunang? " tanyaku lagi. Dia mengangguk.

" Ya, tunang. Tapi tulah. Kami ada perselisihan faham selepas sebulan tunang. Parents dia nak kami cepat langsungkan perkahwinan ni. Tapi, dia tak nak. Dia kata, dia masih tak ready nak kahwin. Masalahnya, saya dah hantar duit dekat keluarga dia dan segala hantaran semua dah ready. Kalau nak tangguh lagi, sampai bila hubungan ni nak macam ni je. Saya tak faham lah " katanya.

Aku yang rasa nak nangis tadi tiba-tiba tak jadi. Sekarang rasa nak marah pula.

" Dah tahu tak ready nak jadi isteri orang, jangan gatal sangat nak bertunang. Dasar " omelku sendirian.

" Apa? " tanya Younghoon. Aku tersengeh kearahnya lalu kepala aku gelengkan.

" Tuan Seojun tahu pasal ni? " tanyaku. Younghoon mengangguk.

" Kenapa awak tak bawa parents awak pergu jumpa parents tunang awak? Kan boleh settlekan masalah bila sesama orang tua berjumpa. Tak ada lah awak tunggu dia macam tu je. Nanti, lama-lama tak jadi terus nak kahwin " kataku.

" Parents dia okay je, Hye. Cuma dia. Dia yang banyak tangguh. Saya dah penat sebenarnya. Saya dah tak nak ambil kisah pasal hubungan ni sebenarnya. Apa nak jadi pun, jadi lah lepas ni " katanya lagi.

Aku apa lagi, tersenyum sampai ketelinga lah jawabnya.

" Tak mengapa. Saya ada dengan awak. Awak relaks je, okay. Tak payah fikirkan sangat pasal tu " pujukku. Younghoon memandang aku lalu tersenyum.

Tidak lama selepas itu, kami berjalan pulang ke bilik masing-masing. Aku happy sangat rasanya malam ini.

Aku cuba untuk buat kau selesa dengan aku, Younghoon.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro