Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⛅ . 9

Aku mengunci pagar rumahku sebelum berangkat ke cafe untuk bekerja. Rumah yang berhadapan dengan rumah aku itu menjadi perhatian aku.

" Dia bangun dah ke agaknya? " aku berkata sendirian. Telefon bimbitku aku keluarkan dari poket seluar. Tiada panggilan masuk lagi pagi ini.

" Kemana pula Jaehyuk ni? Tak kan tak bangun lagi " aku cuba mendail numbernya.

Berkali-kali aku telefon. Satu pun panggilan aku tak diangkatnya. Sikit-sikit mailbox sahaja. Geram pula aku.

Nampaknya, terpaksa lah aku pandu sendiri kereta ke cafe hari ini. Memang aku kerjakan budak Jaehyuk tu cukup-cukup kalau aku jumpa dia kejap lagi.

Baru aku nak masuk dalam kereta, ada seseorang memanggil nama aku. Aku toleh kearah manusia itu.

" Ah, dia lagi.. " aku buat tidak tahu akan kehadiran lelaki itu.

" Selamat pagi kekasih lama " sapanya mesra. Aku buat-buat tidak dengar dengan sapaannya.

" Ewah. Sombong betul dia sekarang " ujar lelaki itu.

" Awak nak apa Subin-ssi? Saya dah lambat nak pergi kerja ni " ujarku bersahaja.

Lengan aku tiba-tiba dia sentuh. Aku cepat-cepat tepis.

" Jangan sentuh lah! " marahku. Subin hanya tersenyum. Dia cuba mendekati aku lagi.

" Baik awak jauh dari saya. Kalau tak saya jerit dekat sini. Jangan cabar saya Subin-ssi " aku memberi amaran padanya. Tetapi Subin berdegil.

Tiba-tiba ada satu tangan menolak Subin menjauhi aku. Dan ianya Mark Lee. Pekerja baru aku.

" Dia kata jauhkan diri kan. Tak kan itu pun tak dengar? " tanya Mark semula kepada Subin.

" Tsk. Nuguya? Oh, Yun namchin ke? " tanya Subin. Mark mendiamkan diri.

" Balik lah Subin. Jangan nak huru-harakan tempat ni " ujarku.

" So? Lelaki jambu ni ke pakwe baru awak Yun? Takde test lah " perli Subin lagi.

Belum sempat Mark mahu maju ke arah Subin, Haechan dan Jisung terlebih dahulu menahan Mark.

" Dah lah hyung. Jom kita pergi kerja " ujar Haechan menarik Mark menjauhi Subin. Subin memandang Mark dengan gaya belagaknya. Yun menjeling ke arah Subin.

" Awak cari pasal lagi, saya call polis. Remember that! " ujarku dingin.

Mark, Haechan dan Jisung masuk ke dalam kereta aku setelah aku pelawa mereka. Suasana dalam kereta sunyi sepi jadinya gara-gara kejadian tadi.

" Saya minta maaf Mark " ucapku sambil memandu. Mark menoleh ke arah aku disebelah.

" Aniya. Awak tak salah. Lelaki tu siapa? Your ex-boyfriend? " tanya Mark.

" Ne. Perangai dia memang macam tu. Sebab tu kami putus dulu " ujarku.

Sesampai di cafe, aku nampak Asahi dan Jaehyuk berada di luar cafe. Jeongwoo pula sedang menyiram pokok-pokok bunga disebelah mereka berdua.

Kehadiran kami berempat itu tidak dilayani Jaehyuk. Hanya Asahi dan Jeongwoo sahaja yang menegur kami. Aku memandang Jaehyuk pelik.

" Yah, Yoon Jaehyuk " panggilku.

Setelah Mark, Haechan dan Jisung masuk, aku terus mendekati Jaehyuk yang masih mengabaikan aku. Bahunya aku sentuh lembut.

" Yah. Sa- "

" Apa. Tak nampak saya sibuk ni? " potongnya.

Tergamam aku mendengar Jaehyuk berkata dingin dengan aku buat kali pertamanya. Aku memandang Asahi dan Jeongwoo, tetapi mereka terus mengelak bertembung mata dengan aku tika itu.

" Wah.. " ujarku berlahan. Jaehyuk sekali lagi menoleh ke arah aku.

" Hah, tunggu apa lagi? Pergi lah masuk ke dalam tu. Bukannya kerja awak tu siap kalau berdiri disini lama-lama. Oh ye, telefon saya habis bateri. So, kalau nak call ke apa ke, call Asahi dan Jeongwoo saja. Takpun, Mashiho ke Doyoung ke Junghwan ke. Itu sahaja " katanya lagi.

Serius. Memang meremang bulu roma aku sekarang tengok Jaehyuk tiba-tiba berkelakuan dingin dengan aku. Dengan itu, aku terus masuk ke dalam cafe tanpa membalas kata-kata Jaehyuk. Seram pulak aku.

Ketika aku melalui bar coffee, aku nampak kelibat Doyoung disitu. Aku terus mendekatinya setelah meletak beg aku.

" Doyoung-ah " panggilku.

" Ne noona " balasnya.

" Jaehyuk hyung kamu tu period ke? Badmood semacam je " bisikku. Doyoung menoleh ke arah Jaehyuk yang berada di luar berasa Asahi dan Jeongwoo itu.

" Tak pun. Elok je dia harini. Kenapa? " tanya Doyoung.

" Takde apa-apa lah "

Aku kembali ke bilik kerja aku. Ditenung lama-lama telefon bimbit aku.

" Ke dia saja nak kenekan aku. Acah jadi dingin bagai ni. Tunggu kau aku korek rahsia kau anak Yoon " ujarku.

Aku berjalan semula keluar dari bilik kerjaku. Baru aku nak pergi ke arah pintu, aku dapat rasakan lengan aku diraih dari belakang.

" Oh "

" Managernim " panggilnya dengan senyum manis.

" Oh ne, Jaemin-ssi? "

" Saya buatkan menu baru harini dengan Mashiho. Jom saya bagi rasa " ujarnya. Sekali lagi dia senyum tu rasa nak putus nyawa aku. Merah muka aku.

Jaemin menarik tangan aku untuk turun ke tingkat bawah. Semangat dia nak bagi aku rasa resepi manisan baru dia dengan Mashiho.

Disebalik adegan manis antara Hyuna dan Jaemin sebentar tadi dipandang hiba oleh Jaehyuk.

" Come on bro. Banyak lagi masa kau boleh fikir pasal hubungan korang berdua ni " ujar Asahi.

Jaehyuk mendiamkan dirinya. Sebuah senyuman palsu ditujukan kepada Asahi dan Jeongwoo.

To be continued..

*
*
*
*
*

im back yeorobun! update-udpate. rajin ke malas ke, Kim update juga walaupun pagi-pagi buta. hehe, enjoy lah 💗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro