
⛅ . 7
Keesokan harinya.
Seperti yang aku beritahu Dreamies semalam, mereka patut datang pukul sembilan pagi. Sebelum pukul sembilan rupanya mereka sudah terpacak dekat cafe.
Turun saja dari kereta, mereka terus menyapa kehadiran aku pagi itu. Rasa berbunga di hati.
" Yun. Jom sarapan dulu " ujar Jaehyuk.
" Okay " balasku sepatah sahaja.
" Selamat pagi cik Yun dan Jaehyuk sunbaenim " ucap Mark.
" Ye selamat pagi juga " balas Jaehyuk.
" Jom kita sarapan sekali " pelawaku kepada Dreamies. Jaehyuk disebelah memandang aku.
" Alah, sekali sekala je " ujarku perlahan dan menarik pergelangan tangan Jaehyuk. Jaehyuk hanya berdiam dan turuti sahaja.
Masuk saja kedalam cafe, pekerja-pekerja lama ku turut menyapa aku dan Jaehyuk dengan sebuah senyuman manis.
" Ceria nampak managernim hari ini " tegur Mashiho.
" Ne? Saja. Kenapa? " tanyaku. Mashiho menggelengkan kepala. Kaki aku melangkah ke kitchen bersama Mashiho untuk menyediakan sarapan untuk kami semua. Sebelum buat kerja mesti lah isi perut dulu. Baru ada tenaga kan.
Asahi dan Jeongwoo juga datang membantu aku menghidangkan sarapan pagi di atas meja. Kami bersarapan di ruangan bawah tanah.
" Mari sini. Jom kita sarapan " ujarku memanggil Dreamies. Mereka jalan terkedek-kedek ke arah aku.
Semua mula duduk mengelilingi meja makan. Makan yang sudah terhidang itu turut kami suakan ke mulut.
" Urm, sedapnya! " puji Jisung.
" Say- " kata-kata ku dipotong Jeongwoo.
" Mashiho hyung yang buatkan " sampuk Jeongwoo. Aku terus memandangnya.
Jeongwoo hanya terdiam dan menjamu makanannya dengan senyap. Asahi disebelahnya menepuk-nepuk belakang Jeongwoo.
Selepas beberapa minit kami bersarapan, Jaehyuk mula mengemas pinggan mangkuk yang baru saja digunakan tadi. Dibawanya ke sinki kitchen untuk dibersihkan.
Ketika aku sedang menerangkan cara pekerjaan cafe ini kepada Dreamies, datang lah dua orang pekerja cafe ini juga iaitu Doyoung dan Junghwan.
" Selamat pagi managernim " sapa Doyoung mesra.
" Oh, ada pekerja baru dah? " tanya Junghwan.
" Ya. Perkenalkan mereka ni Dreamies. Yang ini, Mark, Renjun, Jeno, Jaemin, Chenle dan Jisung yang terakhir. Mereka ni lah bakal pengganti kamu tak lama lagi " terangku kepada mereka berdua itu.
" Ah yeke. Awal ye jumpa peganti " kata Junghwan sambil tersenyum ke arah aku.
" Annyeonghaseyo, saya Doyoung. Dan ini Junghwan. Selamat berkenalan " ujar Doyoung kepada Dreamies.
" Dah, pergi buat kerja " arahku kepada mereka berdua. Doyoung dan Junghwan sempat tunduk hormat pada aku dan Doyoung terus menarik Junghwan untuk pergi buat kerja.
" Budak-budak.. "
" Okay, kita dimana tadi? " tanyaku pada Dreamies.
" Part menu " jawab Chenle.
" Ah ye. Untuk menu, setiap hari menu akan berubah-rubah. Contoh, harini ada mocha ais, esok takde mocha ais. Sebab kita bergantung pada bahan juga. Kalau boleh, korang mesti kene update menu harian dekat Mashiho. Dia lah incas dalam makanan tu semua. Untuk minuman, korang boleh rujuk dengan Jaehyuk dan Doyoung ye. Selebihnya keperluan cafe boleh berhubung dengan saya. Faham? " jelasku.
" Ne managernim! " ujar Dreamies serentak.
Aku meminta diri untuk pergi buat kerja aku. Dreamies pula aku serahkan kepada staff aku untuk mereka kawal.
Dalam seharian ni, aku rasa, keadaan cafe terkawal saja. Dreamies pula belajar dengan baik sekali. Tangkas dan cepat belajar. Terima kasih juga pada pekerja-pekerja lama aku yang turut membantu aku mengendali cafe ini.
Ketika aku sedang menulis report dan mengira stok barang-barang cafe, pintu bilikku diketuk oleh seseorang dari luar.
" Masuk " ujarku. Wajah Doyoung terlihat memasuki ruang kerja kecilku.
" Oh, Doyoung-ah. Masuklah " panggilku. Doyoung melabuhkan punggungnya dikerusi hadapan aku.
" Noona. Siapa yang bawa Dreamies ni ke cafe ni? " tanyanya.
" Kawan baik Jaehyuk hyung kamu tu lah " balasku bersahaja.
" Kawan baik Jaehyuk hyung? Nuguseyo? " tanya Doyoung lagi.
" Ish kamu ni. Mana lah noona kenal sangat kawan baik dia dekat Seoul ni. Pergi lah tanya sendiri. Noona sibuk nak kira stok ni " ujarku.
" Ah ne. Maafkan saya. Saya minta diri dulu " ucap Doyoung. Seusai Doyoung keluar, aku terus melepaskan keluhan kasar. Kepala aku sakit sekali.
" Kau kenapa ni Yun-ssi.. " aku memicit dahiku kuat. Sekali lagi pintu aku dikuak oleh seseorang. Dan ianya Jaehyuk.
" Chagiya? " panggilnya. Aku memandang Jaehyuk.
" Yah, nak masuk tu ketuk lah lain kali " ujarku dingin. Jaehyuk tersenyum memandang aku. Kerusi aku didekatinya. Jaehyuk berdiri dibelakang kerusi aku. Bahu aku dipicit-picitnya. Begitu juga dahiku.
" Kesian bos saya ni. Stress suka sangat ganggu awak. Takpe saya ada " ujar Jaehyuk perlahan.
Jaehyuk. Kenapa kau baik sangat dengan aku walaupun aku banyak kali sakitkan hati kau. Aku tak tahu nak kata apa. Aku tahu kau mesti terluka bila aku kata aku masih hold hubungan kita ni. Tak bermaksud aku tolak ataupun terima kau. Entah lah.
Aku berdeham seketika. Jaehyuk memberhentikan tingkahnya. Wajah aku dipandang. Aku memusingkan kerusiku untuk menghadapnya. Lalu tubuhnya aku peluk. Jaehyuk berdiri terkaku disitu.
" Saya perlukan awak.. " ujarku perlahan. Satu ukiran manis terbentuk dibibir Jaehyuk. Dia membalas pelukan aku.
" Saya disini. Apa dia tu? "
To be continued..
*
*
*
*
*
hehe, stop mengejut! Kim buat double update lagi harini. baca-baca juga, jangan lupa vote tu ditekan iye. santau online satgi. joke-joke 💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro