Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⛅ . 6

Suasana dalam cafe sunyi sepi kerana tiada orang yang datang. Disebabkan hari ini cafe tutup, jadi pekerja-pekerja yang lain turut cuti.

Pintu cafe ditolak perlahan dari luar oleh Hyuna. Ditemani teman lelakinya, Jaehyuk.

" Pukul berapa mereka datang cafe? " tanya Hyuna kepada Jaehyuk.

" Urm, siapa? " tanya Jaehyuk semula.

" Siapa lagi. Kawan-kawan perempuan awak tu lah " katanya dingin.

" Ah, Trio's tu ke. Mereka dalam perjalanan dah tu. Mungkin mereka datang sekali dengan Dreamies " ujar Jaehyuk.

" Okay " balas Hyuna sepatah. Jaehyuk mendekati Hyuna. Lengan Hyuna diraihnya.

" Hey, kenapa ni? Bad mood hurm? " tanya Jaehyuk lembut. Hyuna melepaskan pegangan Jaehyuk dilengannya.

" No. Saya okay je " balas Hyuna.

" Sebab semalam kan " teka Jaehyuk. Hyuna memberhentikan langkahnya. Dia memusing menghadap Jaehyuk.

" Ne " jawab Hyuna sepatah. Jaehyuk mengeluh. Sekali lagi Jaehyuk mendekati Hyuna.

" Yun. Tolong lah. Saya dah cakap banyak kali kan dekat awak yang saya dengan Kim tu sekadar kawan " ulas Jaehyuk meyakinkan Hyuna.

Jaehyuk tahu, Hyuna memang cemburu bila dia rapat dengan mereka bertiga itu terutamanya Kim. Namun sebaliknya, Hyuna tidak tahu jika Kim kini sudah bersama dengan Junkyu juga teman baik Jaehyuk. Dan disebabkan itulah, satu kesalah fahaman berlaku.

" Tapi awak pernah suka dia dulu " balas Hyuna tak puas hati. Jaehyuk hanya mampu bersabar.

" Iya betul. Tapi itu dulu. Dia pun dah reject saya dulu kan. Awak ni kenapa? Tolong lah jangan nak salah faham saja " kali ini Jaehyuk memang sakit hatinya dengan kelakuan Hyuna.

" Oh, saya je lah asyik nak salah faham dengan awak? Habis awak? Dengan kawan sendiri pun nak cemburu " balas Hyuna semula.

" Aik, cakap dekat diri sendiri ke tu " balas Jaehyuk.

" Awak ingat ye Yoon Jaehyuk. Saya masih hold lagi hubungan kita ni. Jadi, jangan nak mengharapkan sesuatu yang mustahil " tegas Hyuna kepada Jaehyuk. Jaehyuk hanya mampu terdiam.

Baru dia teringat akan status hubungan mereka berdua itu. Selama tiga tahun jalin cinta dengan orang yang masih mengantung hubungan dengannya bagaikan tiada apa-apa. Hyuna tetap dengan keputusannya itu.

Hampir sejam mereka berdua itu duduk bertekak dalam cafe. Hinggalah mereka tidak sedar akan kehadiran Dreamies dan Trio's Suweg itu tiba di muka pintu.

" Ehem " Kayla berdeham. Terus mereka berdua itu terdiam dan menoleh ke arah muka pintu.

" Oh, korang dah sampai " tegur Jaehyuk dengan wajah yang dipaksa maniskan. Kim sudah mengesyaki akan sesuatu terhadap mereka berdua.

" Ye. Baru beberapa minit yang lalu after korang bertekak " kata Kim.

" Annyeonghaseyo " sapa Dreamies. Diikuti membernya yang lain.

" Korang dah breakfast ke? " tanya Jaehyuk mesra.

" Dah baru je. Boleh dah kot kita mulakan sesi pembelajaran mereka hari ini " kata Jiee menukar topik.

" Nama saya Mark Lee. Saya member paling tua dari mereka berenam ni. Boleh panggil Mark "

" Annyeonghaseyo, saya Huang Renjun. Panggil Renjun saja "

" Saya pula, Lee Jeno. Panggil saja Jeno "

" Annyeong, nama saya Lee Haechan. Haechan nama singkatan saya "

" Annyeonghaseyo, Na Jaemin imnida. Boleh panggil Jaemin atau Nana. Selamat berkenalan "

" Saya Zhong Chenle. Pangil Chenle saja "

" Oh, annyeonghaseyo managernim. Nama saya Park Jisung. Boleh panggil Jisung. Saya paling muda antara mereka "

" Selamat datang kepada awak-awak semua. Saya pengurus di cafe ni. Awak boleh panggil saya manager Yun ataupun Yun sahaja " ujar Hyuna dengan sebuah senyuman manis.

" Selamat berkenalan managernim " ucap Dreamies serentak.

Jaehyuk membawa keluar beberapa beg kertas. Didalamnya terdapat nametag dan baju kerja untuk Dreamies.

" So, ini semua barang kamu. Boleh pakai masa bekerja sahaja. Nak tinggal dekat sini pun tak apa " ujar Hyuna.

" Ada apa-apa soalan lagi? " tanya Jaehyuk.

" Waktu bekerja macam mana ye? " tanya Renjun. Baru Jaehyuk nak jawab, Hyuna sudah memjawabnya dahulu.

" Waktu bekerja nanti saya akan update dekat kamu semua. Jadi, mulai esok kamu semua boleh datang start pukul 9:00 pagi. Saya akan ajar satu persatu stepnya " terang Hyuna lembut.

" Gaji pula macam mana? " tanya Haechan.

" Gaji saya akan bagi setiap bulan. Nanti sila serahkan account number kalian dekat saya untuk memudahkan proses pembanking " jawab Hyuna.

" Ah kau, kerja pun tak lagi dah sibuk pasal gaji " tegur Kim. Haechan menjelir kearahnya.

" Ada soalan lagi? " tanya Hyuna.

" Saya. Kerja ni nanti ada shift ke macam mana? " tanya Jisung.

" Ah shift. Ada. Cafe ni saya buka hanya dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 6:00 petang sahaja. Kiranya shift satu akan masuk dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 1:00 petang. Dan shift kedua masuk pukul 2:00 petang hingga pukul 6:00 petang. Satu shift akan mengambil selama 5 jam. Faham? " tanya Hyuna. Dreamies mengangguk.

Setelah sesi soalan jawab selesai, Hyuna membawa Dreamies pusing-pusing kawasan dalam cafe tersebut.

Jaehyuk dan Trio's hanya duduk menunggu diruangan utama.

" Yah, Jaehyuk-ah " Kim memanggil Jaehyuk. Jaehyuk memandang gadis itu.

" Korang gaduh lagi? " tanya Kim. Jaehyuk mengangguk lemah.

" Dan awak still nak pertahankan hubungan ni? " tanya Kayla. Jaehyuk sekali lagi mengangguk.

" Eh, dia ni. Bisu dah? Aku cekik kang baru tahu " tegur Jiee kasar. Menelan air liur Jaehyuk disitu.

" Ani. Entahlah. Bila Yun cuba mengingatkan semula status kami selama ni, hati saya luluh. Terasa macam saya je yang beria dengan dia. Sayangkan dia. Cintakan dia. Dah macam bertepuk sebelah tangan pun ada " ujar Jaehyuk sayu.

" Aku dah agak dah. Eii, perempuan ni. Mentang-mentang kau anak orang kaya. Sesuka hati kau nak mainkan perasaan orang erk " marahnya Kayla disitu.

" Jom unnie, kita tibai dia " pelawa Jiee kepada Kayla. Kim menyuruh mereka supaya bersabar.

" Sabar lah Hyuk-ah. Saya tahu perasaan awak " pujuk Kim lembut.

" Tengok lah tadi. Masa kita sampai tadi pun dia tak beria macam dengan Dreamies. Tu ha, gedik sangat dengan diorang apahal. Tahu di girlfriend diorang, mati dia kene tibai " kata Jiee masih tak puas hati.

" Ish budak pendek ni. Cuba bawa bersabar. Lari Haruto kau tu baru tahu " marah Kim kepada Jiee.

" Naruto? " tanya Jaehyuk.

" Haruto lah " Jiee menekan suaranya. Jaehyuk hanya tersengeh.

" So, apa plan kita? " tanya Jiee.

" Wah dia. Laju je bab-bab macam ni erk. Dasar adik monster " kata Kayla.

" Biasalah " balas Jiee berlagak.

" Okay macam ni, kita tengok je dulu cara dia layan Jaehyuk buat masa ni. Dan cara dia layan Dreamies macam mana. Selebihnya nanti, saya akan beritahu semula " ujar Kim.

" Okay kol! " jawab Kayla dan Jiee serentak. Jaehyuk hanya mampu mendiamkan dirinya.

To be continued..

*
*
*
*
*

oi oi gais! hehe, maaf kasar. Kim update lagi harini. semalam nak udpate tak ada line. hampeh bothol. abaikan typo iye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro