☁️. 24
Dalam aku menangis di dalam tandas seorang diri, kedengaran bunyi announcement dari pengarah Baekhyun. Mesti pasal semalam.
Aku kalau boleh sekarang ni aku nak duduk je terperuk dalam tandas. Tak nak berhadapan dengan boyfriend Dreamies aku.
Aku tahu mereka semua sudah berjalan masuk ke dalam dewan tika ini. Aku? Aku takut nak keluar sekarang. Haechan dah kene pukulan aku. Jaemin aku berkasar. Jeno pula aku marahkannya. Siapa lagi lepasni. Aku takut..
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi girang. Menandakan ada panggilan masuk. Aku lihat namanya yang tertera itu adalah nama Renjun. Aku abaikan panggilannya.
Setelah puas berjam juga aku bazirkan air mata aku, aku gagahkan diri untuk keluar dari tandas. Aku menjengukkan kepala ke luar tandas. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Selamat tiada penghuni di tingkat bawah ni.
Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari tandas dan menuju ke kelas aku terlebih dahulu. Ada lah beberapa orang saja yang ada dalam tu. Aku meletakkan beg aku dimeja.
" Eh, Yun. Kau tak masuk dewan ke? " tanya Hara rakan semeja Kim.
" A-Aku dari dewan lah. Sampai tadi aku terus bawak beg. Lupa nak masuk kelas dulu " tipuku. Hara sebodoh itu mudah percaya.
Tanpa melengah, aku berjalan keluar dari kelas dan melangkah ke destinasi seterusnya iaitu dewan utama. Sampai dimuka pintu, jantung aku berdegup laju. Berkali-kali aku menarik dan menghembus nafas. Aku tolak pintu dewan dan masuk ke dalam.
" Maaf lewat.. " ujarku kepada pengarah Baekhyun sambil tunduk hormat. Aku perasan Dreamies memandang aku sekali gus. Wajah mereka tampak risau akan keadaan aku sekarang. Dengan mata bengkak. Hidung merah angkara menangis sepuas hatinya.
Aku mulanya nak duduk dengan Chenle. Tapi tak jadi. Memandangkan Kim duduk dengannya sekarang. Aku mengambil tempat duduk paling belakang sekali. Aku tak mahu angkat wajah aku untuk membalas renungan Dreamies.
Segala yang pengarah Baekhyun cakap di hadapan aku type di dalam telefon sahaja. Dia tanya, aku jawab sepatah beserta dengan senyuman fake.
" Baiklah. Dapat semua? " tanya pengarah Baekhyun. Mereka menjawab dengan serentak. Aku hanya berdiam diri disitu.
Tiba-tiba ada sesuatu yang menerpa aku. Ianya sticky note. Aku tahu milik siapa. Siapa lagi kalau tak bukan, Park Jisung. Aku mengangkat wajah untuk mencari keberadaannya.
Yang dicari lain, yang ditatap lain. Bertembung pula mataku dengan Chenle tika itu. Aku terus mengalihkan pandangan. Sticky note tadi aku buka dan baca isi dalamnya.
' Noona. Awak okay? Risaulah saya tengok noona macam ni. Senyumlah sikit (・ω・) ' - Jisung
Aku cuba mengangkat semula wajahku untuk memandang Jisung yang berada di line ketiga dari arah depan. Jisung sempat menggayakan gesture comelnya kepada aku.
" Noona ippeoyo~ "
Aku tersenyum sedikit melihat gelagat comelnya. Boleh pula dia buat aksi macam tu masa pengarah Baekhyun tengah agihkan kertas poster kepada pelajar yang terlibat.
" Noona, senyuma lah. Macam ni "
Dah lah. Kau comel. Ya, kau comel budak. Cair aku dengan kecomelan kau tu. Merah muka aku dah.
" Saya rasa itu saja buat setakat ni. Tarikh semua tu saya dah bagitahu. Jangan lambat tau " pesannya.
" Semua boleh bersurai " ujarnya lagi. Semua pelajar mula bangun dan beransur pergi begitu juga aku.
Aku masuk semula ke kelas untuk mengambil kamera aku. Sekarang waktu kelas photography. Aku nak masuk awal sebelum yang lain.
Aku nampak Chenle masuk ke dalam kelas bersama Kim. Gelak tawa mereka menerpa masuk ke dalam telinga aku. Jangan cemburu Yun. Sabar-sabar.
" Okay, petang ni aku datang tengok kau " kata Chenle kepada Kim. Nak kemana diorang petang ni? Jangan-jangan... Eh! No! Jangan fikir negatif Yun-ssi.
" Hi. Mood tu dah okay? " tanya Chenle.
" Dah " balasku sepatah dengan dinginnya. Aku tahu aku kuat jealous.
Masa Kim berjalan keluar dari kelas, Chenle merapatkan kerusinya dengan aku.
" Awak nak masuk kelas photography dah ke? " tanyanya.
" Ye " balasku sepatah. Aku dengar Chenle mengeluh. Tapak tangan aku digenggamnya.
" Jangan kata awak jealous dengan Kim, Honey. This can't be like that " katanya. Pandai. Dia dapat teka sekarang. Aku meleraikan genggamannya.
" Why can't president Zhong " balasku seraya berjalan keluar terus dari kelas. Boleh pulak aku terserempak dengan Kim yang baru nak masuk semula. Aku tak pandang Kim dan terus keluar.
" Dah kenapa minah tu? " tanya Kim kepada Chenle. Chenle mengangkat bahunya tidak tahu.
Sambil turun tangga, Mark menyapa aku. Halah, kenapa sekarang ni kau nak muncul bagai. Tak boleh tengok aku tenang diorang ni.
" Hey my beloved girlfriend " sapanya.
" Hi Mark.. " balasku singkat dan teruskan berjalan
" Just like that? What? Hey, why are you being like this.. " kata Mark. Aku memberhentikan langkahku dan menoleh kearahnya.
" Love you.. " ucapku sambil tersenyum paksa. Dan aku meneruskan langkah aku pergi ke kelas seterusnya.
" What's wrong with her. Seems weird. Period things maybe. Duh " omel Mark dan berjalan masuk ke kelasnya.
Hari berganti hari. Aku dapat rasakan diri aku mula berubah. Jarang nak ajak Dreamies keluar. Jarang nak angkat call. Jarang nak balas mesej diorang. Pergi kelas pun aku jarang nak bertegur sapa dengan diorang.
Aku tak rasa yang aku berubah gara-gara perasaan cemburu itu lagi. Kadang tu aku macam orang tak ada perasaan je. Aku macam sudah kembali kepada diri aku yang mula-mula. Dingin dan pendiam.
Entahlah..
To be continued..
*
*
*
*
*
hehe, baca cepat baca. Kim update banyak kali dah ni. jangan lupa vote okeh. komen tu takpelah takde pun. hehe~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro