U I 2 ° T I G A
Aksi sebenar kini muncul 😎 vomments sokmo😉 just reminder, Eunmi dan Isaac adalah orang yang sama 🌚
Target: 15 reads & 7 votes
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 03
"Shit!" carut pegawai polis itu setelah penjenayah rompakan di sebuah kedai barangan kemas berjaya loloskan diri dari pandangannya.
Namun, kenderaan yang dipandu penjenayah berkenaan berjaya dijejaki, jadi mereka cuba mengekori dari belakang.
"Tekan minyak kuat sikit. Dah macam tak cukup makan!" hambur arahannya penuh amarah pada anggota polis unit rondaan yang memandu kenderaan SUV ini.
Pekikan yang membingitkan telinga membuatkan pemanduannya kian laju meluncur di lebuhraya.
Peranti berupa Walkie talkie di tangan diaktifkan.
"Stonecool kepada Pablo, Stonecool kepada Pablo. Jawab cepat!"
"Pablo kepada Stonecool, Pablo kepada Stonecool. Ya puan!"
"Pastikan pasang pepaku atas tar siap-siap, dia orang akan guna laluan tu dalam 5 kilometer lagi"
"Baik puan!" walkie talkie lantas dilemparkan jatuh ke bawah, entah kenapa mood marahnya kian memuncak.
Setelah menyelit kenderaan pengguna jalan raya ke kiri dan kanan, akhirnya mereka berjaya menghampiri sebuah lori yang dipandu melulu oleh penjenayah tersebut. Pada masa yang sama, pegawai polis itu mengisi peluru sebanyak mungkin ke dalam pistol sebelum tingkap dibuka luas.
Sebahagian badannya terjengul keluar dari SUV sebelum memfokuskan tembakan. Tanpa berfikir panjang, berdas-das peluru dilepaskan secara rambang. Selepas beberapa tembakan, akhirnya salah satu das peluru tepat mengena pada tayar lori.
Lori dipandu semakin laju meskipun tayar belakang disebelah kanan pancit sepenuhnya.
"What the—"
Terlopong mulut si pegawai polis sejurus pintu belakang lori terkuak luas sehingga menampakkan para penjenayah yang melambai-lambai padanya.
Senyuman kembali merobek pada bibirnya apabila melihat gelagat mereka. Nampaknya mereka bakal tertangkap tak lama lagi, lagipun lokasi pepaku ditaburkan semakin hampir.
Tiba-tiba, sekumpulan motosikal ditunggang laju mengelilingi kereta polis.
Tanpa disangkalnya, para penjenayah mula melompat keluar dari perut lori setelah penunggang-penunggang motosikal yang lengkap menutupi wajah menghampiri lori terbabit.
Kesemua penjenayah berjaya meloloskan diri setelah beberapa motosikal berkuasa tinggi itu memecut keluar dari lebuhraya lalu memasuki laluan ke loji kumbahan yang hanya boleh memuatkan kenderaan kecil sahaja.
"F*ck!"
Choi Chaeyoun, selaku ketua penyelaras strategi dalam penangkapan penjenayah kali ini mengusutkan rambut penuh geram apabila gagal menangkap mereka.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Weyh gempak gila!" San menepuk-nepuk akan rancangan dipertontonkan, sangat hebat!
"Kan, kalah lagak ngeri dalam filem Hollywood" akui Jongho.
Aku yang menonton rancangan siaran langsung terkebil-kebil melihat Choi Chaeyoun, mesti stress tak dapat tangkap. Jangan dia tempiaskan amarah pada aku sudahlah nanti.
"Dahlah, aku nak masuk tidurlah, sekarang" ujarku sambil menguap kecil.
"Goodnight Isaac hyung" ucap mereka serentak bersuara comel. Eee, nak saja aku cubit pipi seorang demi seorang, makin geram dengan mereka ini.
Dengan longlai, langkah diaturkan ke bilik tidur. Namun derapan kaki terhenti apabila aku perasan bilik dihadapanku ini bercahaya menerobos keluar dari celah-celah pintu.
Sejujurnya, aku tidak pernah menjejak kaki ke dalam bilik ini sejak bergelar menjadi ahli kumpulan Ateez.
Disebabkan perasaan ingin tahu mula bercambah, aku mula memulas tombol pintu tersebut tanpa teragak-agak bagi melihat ruang dalaman.
"Hyung, jangan buka!"
🍉🍉🍉🍉🍉
Muehehe saja nak buat saspens 😎watak lejen Choi Chaeyoun (UI-BTS) sudah kembali y'all 🎃
Vote dan komen sebanyak mungkin kalau nak ketahui chapter berikutnya🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro