U I 2 ° S E P U L U H
Unexpected chapter, so jom meriahkan chapter dengan vomment.
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 10
Sampai saja di hadapan sebuah hotel, tatapanku teralih pada pasangan yang berpimpin tangan memakai topeng masquerade. Sementara berada di luar kawasan majlis, aku mula memakai topeng tersebut. Mungkin ini tema yang ditetapkan.
Langkahku diderap dalam kadar perlahan sementara mencari tempat duduk. Kemudiannya derapan kaki terhenti seketika oleh kerana suasana majlis menjamu segenap pandangan. Melihatkan pengurus hotel mula memberi sepatah dua kata, nampak gayanya majlis baru saja bermula.
Tempat yang tersedia kosong menjadi tempat aku menjatuhkan punggung.
Aku berasa takjub tatkala berada bersama dengan manusia yang menghadiri majlis makan malam bersempena perasmian cawangan baharu butik barang kemas berasaskan batu jed di Seoul.
Rata-rata mereka mengenakan pakaian yang elegan belaka. Ada dalam kalangan hadirin mengenakan topeng masquerade yang bertakhtakan aksesori yang begitu mewah. Permata, berlian dan batu jed digayakan pada khalayak tanpa was-was.
Fuh, ini boleh mengundang rompakan secara langsung, getusku sendirian.
Tepukan gemuruh mula bergema sebaik sahaja riben yang melilit pada replika gergasi berupa batu jed tersebut terus terlerai sejurus digunting, menandakan majlis perasmian tamat dan kemudiannya disusuli dengan makan malam.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Dalam menikmati juadah bufet yang disediakan, tatapan Eunmi terpaku pada dua jejaka yang menyarungkan topeng masquerade berwarna merah dan biru, duduk tidak jauh dari tempatnya. Sengaja dia merobek senyuman kemenangan tatkala mengetahui mereka berdua tidak asing buatnya.
"Bingo!" Eunmi dengan bersahaja mengenyit mata bagi mengaktifkan sistem kamera rakaman melalui kanta lekap dipakainya. Kamera rakaman berupa bari-bari berterbangan mendekati WooYoung dan YeoSang.
"Peewit!" tersentak gadis itu setelah satu siulan menerpa ke gegendang telinganya.
Pandangannya terus menoleh ke arah gerangan yang galak bersiul mengalahkan burung itu. Eunmi tersenyum kekok ekoran melihat lelaki tua mengenyit mata padanya diselangi bibir yang muncung. Miang!
Dan Eunmi diserang sesalan kerana mengenyit mata tanpa memandang keadaan sekeliling.
Senyumannya pada lelaki tadi mengendur lantaran kamera rakaman memfokuskan seorang wanita menghampiri dua jejaka itu. Dia yang mengenakan gaun paras betis berwarna hitam cuba diperhati teliti oleh Eunmi, namun topeng masquerade yang dihiasi padat dengan bulu angsa berwarna biru gelap menyukarkannya untuk mengecam identiti wanita itu.
Apa yang dia mampu lakukan kini hanya curi-curi mendengar perbualan mereka bertiga. Eunmi diam tak berkutik sejurus bungkusan yang dibeli oleh HongJoong tempoh hari berada pada YeoSang.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Nah, macam kau nakkan" Yeosang menyerahkan sebekas baldu merah berbentuk hati pada wanita itu, berserta raut wajah menggoda dipamerkan. Mungkin itu sebahagian taktik memikat, tapi berkau-aku.
Wajah cemberut sengaja ditayangkan wanita itu seraya memandang sekilas isi di dalamnya, seperti tidak berpuas hati dengan pemberian si jejaka.
"Ni saja? Aku nak lag—" tempik wanita itu separa marah sempat dihalang oleh seseorang sejurus jari telunjuk menyapa alur bibirnya.
"Shh, jangan buat perangai. Malulah sikit, kita dalam majlis ni" WooYoung berbisik mula titipkan amaran. Gigi wanita yang tersusun elok mula mengetap geram.
"Tak kira jugak, aku nak lebih dari ni" bekas baldu diseret jauh atas meja sebelum wanita itu memeluk tubuh, merajuk barangkali.
"Yelah, nanti-nantilah" tutur YeoSang lembut, cuba memujuknya.
"Betul ni? Kalau boleh, nak macam tu" jari telunjuk wanita itu menunding ke arah salah seorang tetamu yang memiliki berbagai-bagai barangan kemas yang menghiasi keseluruhan pakaian.
Bibir YeoSang dan WooYoung membulat akan permintaan tak munasabahnya sebelum mengangguk.
"Hm yelah yelah"
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Aduh!" misi intipanku tergendala lantaran perut mula memberi isyarat untuk ke tandas.
Dengan tergopoh-gapah, aku membuka langkah penuh berdesup ke sana. Seusai melepaskan 'bebanan', pintu dikuak seraya aku menarik pam tandas.
"Fuh nasib sempat" gumamku perlahan sebelum mendekati sinki.
Semasa ralit menyental tangan, bahuku sedikit terhinjut naik ekoran bunyi hempasan pintu utama tandas mula kedengaran. Keadaan yang semakin menjadi-jadi sejurus tombol pintu berbunyi, seperti dikunci.
Dengan separa ketakutan, aku perlahan-lahan menoleh ke arah pintu utama. Aku diserang gelabah tatkala seorang pemuda yang berselindung di balik topeng masquerade, memasuki tandas wanita bersama senyuman yang cukup mengerikan.
Aku cuba melarikan diri, namun pergelangan tanganku sempat disambarnya sebelum diriku dibawa lelaki itu pada dinding.
Jari jemari si pemuda misteri menyapa ke kulit wajahku. Topeng masquerade kepunyaanku ditanggalnya penuh kasar. Perasaan gerun kian bercambah seusai jari telunjuknya terhenti atas alur bibir milikku.
"Shhh kalau nak selamat, baby kena diam" ugutnya bersuara penuh sensual, diselitkan panggilan 'baby' buatku.
"Ka—kau sia—siapa?" terketar-ketar aku menyoal. Hela nafasku mula tak teratur disebabkan wajahnya memenuhi deria pandangan.
Batang hidung kami mula bertembung, menunjukkan kedudukan aku dengan pemuda itu teramat rapat.
"Don't you remember about stalker in Daegu, five years ago? I'm that stalker, Song Eunmi noona— ops, I mean baby" akuinya sebelum bibirnya menyapa bibirku.
🍉🍉🍉🍉🍉
Guess who? 😎
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro