Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° E M P A T B E L A S

Just cakap, hi semua XD

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 14

"Apa yang saya boleh simpulkan, lampu suluh mini ni adalah pemusnah memori. Apabila seseorang memandang pancaran lampu ini, secara automatiknya situasi yang sebelum berlakunya pancaran tersebut akan lesap dari kotak fikiran"

Penerangan Encik Jung Jaehyun panjang lebar mengundang diriku terbungkam. Jadi, objek yang aku temui semalam bukan calang-calang lampu suluh.

Selepas mengenal pasti kegunaan lampu suluh tersebut, Encik Jung segera menyerahkan kembali kepadaku.

Bila difikirkan balik, tentu aku terlupa akan sesuatu perkara. Sesuatu penting dan sulit yang mungkin mengakhiri misi intipanku terhadap Ateez.

Namun pantas aku menggeleng, menidakkan andaian yang aku rumuskan tadi. Merepek! Mana mungkin aku terpandang pancaran lampu ni haritu.

"Em, Cik Eunmi okey ke?" aku lantas tersengih sumbing setelah disoal pakar IT itu. Malu!

Tanpa melengahkan masa, aku pun meminta diri sebelum beredar dari makmal, pakaian untuk percutian nanti belum lagi aku masukkan dalam beg.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Perlahan-lahan aku rebahkan tubuh atas kerusi lunjur, ah lega!

Aku mengambil kesempatan yang berbaki untuk menumpukan pandangan pada suasana air laut yang membiru lagikan jernih.

Mahu saja kelopak mata dipejam iba-tiba, sebiji bola pantai menyapa wajahku. Mujurlah balingan bola tadi tidak berapa kencang, kalau tidak pasti meninggalkan lebam.

"Sorry hyung tak sengaja" satu suara yang sayu meminta kemaafan membuatkan aku berpaling memandang gerangannya.

Dia berlari anak menghampiriku berserta riak gusar yang menghiasi wajah.

"Takpe, lagipun kau tak sengaja kan? Em dah pergi main jauh-jauh, tak pasal-pasal aku pengsan kena balingan bola dari kau pulak" tuturku berseloroh sambil mengibas-ngibas jari, sengaja nak halau Yunho anak Jeong ni.

Dia tersengih kecil sebelum mengatur langkah ke arah mereka yang lain.

Aku sekadar menggeleng perlahan tatkala melihat gelagat pelik mereka berlapan bermain bola pantai. Entah apa-apa.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Em korang, aku nak bagitahu something ni" lagak mereka menikmati juadah terhenti seusai ahli paling tua bersuara.

"Cakaplah hyung" bicara Seonghwa untuk memberi ruang buat Isaac untuk bercakap.

"Aku nak pergi jumpa kawan aku dekat KK, so mungkin aku bermalam di sana nanti. Bolehkan?" Isaac mengusap belakang leher mula meminta izin, moga-moga adik-adiknya dapat pertimbangkan untuk terima permintaannya.

"Pergilah hyung. Lagipun mesti kawan lama kan?"

"Haah ye ye" jawab Isaac separa kekok selepas disoal YeoSang. Kawan lama pun kawan lamalah.

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Ha, macam mana? Kau dapat bukti di balik nama baik kumpulan tu?"

"Bukti apa pulak ni?" Chaeyoun menghadiahkan raut wajah biar-betul-minah-ni sebelum menepuk dahi.

"Kau kata nak geledah senyap-senyap bilik larangan tu, lupa ke?"

Air muka kebuntuan ditonjolkan pada Chaeyoun. Ya, Eunmi teramatlah keliru buat masa sekarang.

"Ada ke kita bincang pasal ni haritu?"

Dengan dengusan geram, Chaeyoun menggeledah tas tangan, mencari sesuatu untuk dijadikan bukti. Telefon berjenama Huawei Mate30 dikeluarkan.

"Ni ha, aku siap buat tarikh kita berjumpa sebelum ni" applikasi note yang terpapar menjamu pandangan Eunmi. Secara spontan, jari jemari menyinggah bawah dagu, tengah memikirkan sesuatu.

Melihatkan tarikh kali terakhir mereka berjumpa mengundang tanda tanya buat Eunmi. Segera dia mengambil sesuatu daripada beg sandang dibawanya.

"Apa tu?" Chaeyoun menyoal sejurus lampu suluh kecil berteknologi tinggi itu dilihatnya sedikit takjub.

"Inilah pemusnah memori. Aku jumpa sehari lepas kita bincang pasal geledah bilik tu. Rasanya kan—"

"—ya, kau dah jumpa bukti sebenarnya" bicara Eunmi terhenti apabila Chaeyoun sempat memintas percakapannya, cuba simpulkan insiden ditimpa sebelum ini.

"Mungkin sebahagian daripada mereka dah tahu tentang kau, jadi tolong berhati-hati. Misi intipan kau mungkin lebih mencabar lepas ni" serius Chaeyoun titipkan amaran.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Selepas bertemu Chaeyoun, Eunmi menapak kembali ke hotel penginapannya di bandar Kota Kinabalu.

Pintu bilik hotel dihuninya semalam dipulas begitu mudah— eh sekejap. Eunmi mula berasa hairan. Seingat-ingatnya, dia memang kunci bilik sebelum melangkah keluar dari sini.

Dengan gugup, dia melangkah masuk bilik inapan. Entah kenapa dia mula rasa meremang disaat begini.

"Hey baby, I'm back!" suara seseorang yang sedikit serak membuat Eunmi terperanjat besar. Sesekali daun pintu  dihempas tutup.

Tubuh kecilnya menggeletar dahsyat ekoran jejaka psiko itu menyembunyikan diri di belakang pintu, seperti menantikan kepulangannya.

"Macam dijanjikan, kali ni noona takkan terlepas dari genggaman saya" jejaka itu melontarkan amaran bernada sensual sebelum membawa tubuh Eunmi ke dinding.


🍉🍉🍉🍉🍉

Aku pulak rasa meremang nak type hahahah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro