Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° E M P A T

New update 🍌 Vote and comment as usual 😉

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 04

"Oit"

"Oit"

"OIT, MAKCIK!"

Habis lamunan mengenai kejadian semalam lesap dari benak fikiran angkara wanita yang duduk berhadapanku. Keluhan dilepaskan penuh berat.

Tapi bila difikirkan balik, dia langsung tak memarahi aku sepanjang pertemuan ini. Nasib baik.

"Kau ni kalau bab-bab imbas kembali, memang nombor satu, kan?" sepinggan wafel yang dihiasi sirap mapel dan buah beri ditenung kosong, cuba mengingati peristiwa yang dihadapinya semasa berkhidmat menjadi penyamar k-idol.

"Mestilah hehe. Kau tu dari tadi termenung saja, bagitahulah apa yang kau fikirkan" lenganku digapainya lalu menggoncangkan tubuhku.

"Kau sabar sekejap, bagi aku makan dulu benda alah ni" wafel dikunyah perlahan, rasa malas pula nak beritahu perkara ini. Lagipun, bukan penting sangat pun.

"Cepatlah Eunmi"

Keterdesakan manusia bernama Choi Chaeyoun telah mengundang diri untuk meluahkan perkara semalam.

"Yelah yelah, begini ceritanya..."


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Tombol pintu bilik yang baru kusedari dipulas kasar.

"Hyung jangan buka!" lagakku terhenti begitu saja sejurus Seonghwa mendapatkanku dengan riak wajah gelabah.

"Kenapa?" terbit kesangsianku akan perkhabarannya.

"Manager dah awal-awal pesan, jangan sesekali masuk bilik ni" dia masih lagi memberi amaran. Namun amarannya kurang jelas untuk aku memahami.

"Sebab apa?"

"Manager kata apartment ni dia pernah duduki sebelum kita, jadi dia ada tinggalkan barang-barang berharga dalam bilik ni. Sebab tulah kita tak boleh masuk" terang Seonghwa, agak terperinci.

Peganganku pada tombol terus dileraikan setelah mendengar amaran dan penjelasannya.

Meskipun syak wasangka makin menjadi-jadi, namun aku membiarkannya jauh pergi sebelum kembali mengatur langkah ke bilik tidur.

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


"Jadi, kau nak katalah yang dia orang cuba sorokkan sesuatu daripada kau?" tebak Chaeyoun bersama kening yang sedikit terjungkit.

"Mestilah" jawabku penuh yakin.

"So, muka dia orang semua kau siap scan?"

"Dah, tapi em-aku tak sengaja jatuhkan contact lens kat lantai" sengihan melebar membuatkan Chaeyoun menepuk dahi.

"Dah tu, jom pergi jumpa Professor Lee"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


"Apa?" terbeliak mata kami berdua setelah mengetahui perkhabaran Professor Lee Jieun.

Ya, kami betul-betul tidak menyangka perkara ini berlaku.

"Ya, Prof dah lama tinggalkan makmal ni sejak haritu lagi. Katanya, dia rasa tertekan dengan kajian dibuatnya. Jadi, sekarang hanya tinggal saya dan beberapa orang saintis sahaja" tutur pakar IT, Jung Jaehyun bernada pasrah.

"Tapi tak apa, unit makmal teknologi di pangkalan in masih berjalan seperti kebiasaan" kami menguntum senyuman setelah Encik Jung berkata begitu, seolah-olah mengembalikan harapan pada kami.

Kanta lekap yang dipenuhi habuk diberi padanya. Dia meneliti kanta lekap tersebut.

"Ouh calar sikit. Tak apa saya akan suruh mereka perbaiki. Sementara tu, kamu berdua ronda-ronda dulu dalam makmal" pelawanya mengundang senyuman meleret pada bibirku, begitu juga Chaeyoun.

"Jom serbu!"

🍉🍉🍉🍉🍉

Perkhidmatan Profesor Lee Jieun berakhir disini gais 😔 banyak jasanya di Undercover Idol (BTS)

Sorry hambar, Wauthormelon akan kasi umph di chapter seterusnya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro