U I 2 ° D U A
Just hadiahkan vomments kalau nak Wauthormelon sentiasa update 🦄
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 02
"Oit budak, dah siap scan dia orang ke belum?"
Bingit telingaku dibuatnya sebaik saja suara yang kurang menyenangkan tonnya menerjah gegendang telinga.
"Haish, sabarlah. Kau ingat senang ke selesai semua ni? Nanti terkantoi pulak bila dia orang tengok aku skodeng lain macam" terluah decitan kecil apabila ketua unit risikan dan intipan mendesak aku.
"Yelah, Song Eunmi. Apa-apa pun selesaikan secepat mungkin, sebab aku ada urusan lain nanti. Bila dah dapat maklumat mereka semua, baru aku maklumkan pada kau, arraso?"
"Nae"
"Ehem, say again dear Song Eunmi or what should I said, Isaac EunWoo Song?" bibirku mula hampar lantaran terpaksa menyebut panggilan rasmi kepadanya.
"Nae, puan"
Panggilan berpunca dari mikrofon berupa subang kini dinyahaktifkan. Langkah dari kamar bilik dihayunkan mendekati mereka berlapan yang ralit menonton televisyen di ruang tamu.
Ada yang duduk atas sofa, dan sebahagian lagi meniarap atas karpet.
"Meh duduk hyung" Choi San menepuk-nepuk ruang sofa yang kosong, mempelawa duduk di situ. Dengan senang hati aku menghenyak punggung bersebelahannya.
"Korang tonton apa?" terbit soalan dari bibirku disebabkan agak keliru dengan rancangan yang ditayangkan. Nak kata filem, nampak seperti dokumentari pun ada.
"Ni hah, tengah tengok siri penangkapan penjenayah secara langsung. Best!" ibu jari milik Kim HongJoong diangkat, mengakui ini rancangan kegemarannya.
Wow, menarik bunyinya. Belum pernah lagi aku menonton rancangan sebegini. Lantas aku membawa tubuh ke belakang, cuba bersandar dan membiasakan diri memandangkan baru sebulan aku duduk sebumbung dengan mereka.
Baru saja mahu selesakan diri atas sofa, satu tangan menjalar atas bahu menyentakku, mujur tak terluah melatah. Terus pandanganku teralih padanya.
"Kenapa Isaac hyung ni, muka gelabah tiak saja ni?"
Aku mengamati wajah jejaka sebelum mengungkapkan jawapan. Dalam kesempatan yang ada, imbasan pada wajah tampannya perlu dijalankan segera.
"Taklah, hyung terkejut sikit" sengihan kecil sengaja kulakarkan pada wajah setelah proses imbasan siap dibuat, entah tiba-tiba gugup berhadapan dengannya. Jangan kata aku gheikan dia pula.
Jung WooYoung sekadar tertawa kecil sebelum tangannya menyapa pipiku.
"Comellah Isaac hyung ni. Patutnya hyung gantikan tempat si Jongho tu, biar hyung jadi maknae kita orang" gurauan WooYoung mengundang wajah cemberut Jongho yang dari tadi setia menonton rancangan itu.
"Kan? Lagipun muka Isaac hyung macam budak perempuanlah" kali ini kepalaku menoleh ke arah orang bersebelahan WooYoung.
"Pfft tak sedar diri, muka dia pun macam gegirl" perli Song MinGi kepada Kang Yeosang.
Dalam rancak mereka berbual-bual, aku dalam diam mengimbas wajah Jeong Yunho yang nyenyak tidur terlentang atas karpet.
"Ini tak boleh jadi! Jangan biarkan mereka terlepas!"
Tindak tanduk untuk meneruskan pengintipan tertangguh ekoran satu suara yang kukenali kedengaran. Pantas aku memfokuskan tatapan pada kaca TV. Dan tidak disangka-sangka, dia adalah ...
🍉🍉🍉🍉🍉
Well, rancangan macam ni memang wujud. Kalau nak tengok, cer search PD LIVE di Youtube atau di saluran CI dekat Astro (732/716)
Btw, anggaplah dua chapter terawal ini sebagai pemanas jalan cerita. Wauthormelon akan dedahkan orangnya di chapter seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro