U I ° D U A
Memandangkan dah capai sasaran Chaeyoun akan memulakan sesi penyamaran sebagai Aaron. Dan Wauthormelon akan hadiahkan double update sebagai ganjaran 😆
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 02
Selepas menampilkan tarian seksi dan memukau kepada peminat, kami kembali turun ke belakang pentas dengan nafas tercungap-cungap. Ternyata koreografi kumpulan kami bawakan atas pentas cukup bertenaga!
Seusai secawan air putih diteguk habis, aku mula jalankan tugas yang diamanahkan buatku. Dengan beberapa kedipan mata, pengimbas identiti bersaiz nano yang dibentuk menjadi kanta lekap telah diaktifkan.
Aku cuba mengesan profil salah seorang daripada mereka, jadi aku mulakan dengan Yoongi atau nama pentasnya, Suga yang duduk atas kerusi, hilangkan penat barangkali.
Anak mataku digerakkan dari hujung kepala hingga ke hujung kakinya untuk mengesan identitinya. Maklumat yang kuperoleh terus dihantar ke seseorang untuk diproses.
"Dapat tak maklumat mengenai Yoongi selengkapnya?" soalku secara berbisik kepada pegawai atasan melalui mikrofon berupa subang.
"Sudah. Apa-apapun, pastikan kamu scan yang lain. Nanti saya maklumkan lebih lanjut" tutur pegawai Jang SungWoon, yang merupakan ketua bagi unit risikan dan intipan.
"Baik" aku menggangguk kecil.
"Hey budak, kau sihat tak?" Yoongi mula berdiri dari tempatnya lalu mendekatiku dengan riak wajah kehairanan. Mungkin dia perasan aku perhatikannya dari tadi.
"Nae, saya okey saja Suga hyung" aku cuba berlagak biasa dihadapannya, namun langkah yang diatur Yoongi makin mendebarkan diriku.
Ya, aku paling tak suka perasaan sebegini bertandang dikala menjalankan tugas. Meskipun sudah bertahun-tahun direkrut menjadi perisik dan penyamar terhandal, namun resah dan gelabah tidak pernah sesekali hilang.
Telapak tangan pucatnya mendarat pada dahiku. "Hm, tak panas pun. Kalau rasa nak demam tu, cepat-cepat makan ubat ye budak" Yoongi menurunkan tangan lalu beredar ke tempat lain. Aku mengurut dada dengan leganya. Nasib baik!
Selepas keadaan resah kembali reda, aku memulakan kerja yang tertangguh. Tetapi, baru saja aku nak mengesan keseluruhan tubuh Hoseok, tanganku direntap hingga terdorong pada dada bidangnya.
Dalam menahan geram, aku mula mengangkat wajah pada gerangan yang buat aku hampir lemas dalam dakapannya. Okey tak jadi nak marah.
"Jom Aaron, sekarang ni pengumuman pemenang minggu ni" ajak Taehyung yang sudah membawaku kembali ke pentas.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Pemenang minggu ke-3 jatuh kepada, BOY WITH LUV daripada BTS. Tahniah kami ucapkan." ucap pengacara kepada mereka berlapan.
Kumpulan k-idol yang lain tidak lupa juga untuk menunduk hormat kepada mereka tanda ucapan tahniah.
Aaron tersenyum bangga apabila mengetahui kumpulan mereka menang. Tak diduga, pinggangnya disiku lembut oleh Taehyung.
"Bagilah sedikit ucapan, ARMY pasti nak dengar suara kau" ujar Taehyung kepada Aaron yang sudah menghulurkan mikrofon. Aaron memandang ahli yang lain seolah-olah meminta kebenaran untuk berucap.
Mereka mengangguk kecil membenarkan Aaron untuk berucap sepatah dua kata. Dia pun meraih mikrofon pemberian Taehyung.
"Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa menyokong dari belakang.
Kami turut berterima kasih kepada pihak BIGHIT Entertainment lebih-lebih buat Penasihat Bang Sihyuk kerana sentiasa membantu kami dalam mengeluarkan album ini"
Taehyung menghulurkan trofi yang diterima daripada pihak TBS World kepada Aaron.
"Tak lupa juga, trofi kemenangan ditujukan khas buat ARMY dari pelusuk dunia. Terima kasih kerana setia bersama kami. Susah senang kita bersama" Aaron menangkat trofi setinggi-tingginya dihadapan ARMY yang membanjir segenap studio.
Dalam Aaron senyuman melebar di hadapan orang ramai, dirinya kini diulit sedikit kekecewaan lantaran tidak dapat selesaikan tugasan pertamanya secepat mungkin.
🍉🍉🍉🍉🍉
Don't worry, Chaeyoun a.k.a Aaron mengintip BTS bersebab tau🙃 one more update will publish in seconds. Btw, sedekahkan vote dan komen sebanyak yang boleh sebagai tanda hargai penulisan che ni ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro