Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀1

Pagi itu,Mirae bangun awal untuk menyediakan sarapan.Memang sudah biasa baginya melakukan itu setiap pagi.Dia juga pandai dalam melakukan kerja rumah dan perkara itu juga disenangi ibubapanya.

Puan Shin turun menuju ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan.Tak lama kemudian, Encik Jung menyertai mereka di meja makan.

"Mirae...kamu boleh kan pergi sekolah sendiri? Sebab Appa kena bertolak awal.",kata Encik Jung.

"Awak ni...dahlah first day dia kat sekolah lepastu nak biarkan dia pergi sendiri.",marah Puan Shin.Kalaulah dia pandai memandu,kan senang.

"Tak ape Eomma...Mirae okay je..Tapi Appa kena bagi duit tambang lah untuk naik bas.",jawab Mirae.Ayahnya mengeluarkan duit lalu diberikan kepada anaknya.Puan Shin mengeluh kecil.Nasiblah Mirae seorang anak yang baik.

❃❃❃

Di stesen bas,

Mirae menunggu sendirian di stesen bas itu.Beberapa minit kemudian,beberapa pelajar lain mula memenuhi stesen bas tadi.Mirae menarik nafas lega kerana tak adalah dia kesunyian di situ.

Mereka beratur menunggu giliran bila bas yang ditunggu tiba.Mirae mengambil tempat di tepi tingkap lalu melihat pemandangan bandar yang masih baru baginya itu.Sebaik bas itu berhenti di hentian seterusnya,mula kedengaran beberapa pelajar perempuan berbisik sesama sendiri dan perkara itu juga menarik perhatian Mirae untuk mengambil tahu.

"Yah...tu Felix kan?Hensemnyaaa..",salah seorang pelajar mula menjerit kecil.

"Dia aku punya okay...tapi siapa sebelah dia tu?",tanya seorang lagi.

"Eleh cakap Felix tu kau punya..tu kan bestfriend dia..Changbin.Itupun tak tahu.",kawannya mula mencebik.

Mirae memandang ke arah Felix yang dibualkan pelajar tadi.Memang tak dinafikan yang lelaki itu hensem tambahan lagi bila dia hanya membaca buku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Felix...kau baca apa tu?",tegur Changbin.Felix memandang sekilas lalu menumpukan semula kepada bukunya.

"Bukulah..",jawabnya pendek.

"Nak berlakon pun agak-agak lah Felix...baca buku terbalik memang bijak gila kau..",tegur Changbin.Felix yang baru perasan dengan bukunya yang terbalik itu tersengih malu lalu membetulkan buku tadi.

Sengaja dia buat begitu kerana dia rimas,bila pelajar perempuan selalu bercakap tentang dirinya dan itu salah satu cara untuk mengalihkan perhatiannya.

"Esok kita jalan kakilah pergi sekolah..aku pun naik rimas bila aku pun jadi perhatian orang.",seloroh Changbin.

Felix tergelak kecil mendengarkan itu.Changbin kalau sehari tak merepek,memang tak lengkap hidupnya.Kemudian Felix mengangguk kecil mengiyakan saja kata-kata kawan baiknya itu.

Di sekolah,

Mirae menggaru kepalanya mencari pejabat guru.Sekolah itu agak besar dari sekolah lamanya jadi puas juga dia mencari signboard di sekolah itu.

"Annyeong....budak baru ke?",seorang pelajar menegur Mirae dari belakang.Mirae menoleh lalu mengangguk.Gadis di depannya itu tersenyum mesra.

"Saya Shin Hyera...boleh panggil Hyera.Awak cari pejabat ke?",tanya Hyera ramah.

"Saya Jung Mirae...boleh awak tolong tunjukkan saya pejabat? Saya keliru lah sebab sekolah ni besar sangat.",pinta Mirae.Hyera mengangguk lalu menarik tangan Mirae menuju ke pejabat guru.Sempat juga dia berbual dengan Hyera dalam perjalanan ke pejabat.

"Okay...nilah pejabat.Saya kena masuk kelas dulu ni..nanti kita rehat sama-sama ye?",ujar Hyera sebelum meninggalkan Mirae di situ.

Mirae mengetuk pintu itu beberapa kali sebelum terdengar arahan dari dalam.

"Jung Mirae?",tanya cikgu lelaki itu.

"Ye saya... joesonghabnida sebab lambat.",Mirae menundukkan kepalanya beberapa kali.

"Saya Kim Heechul seonsaengnim.Tak apa...first day biasalah tu...saya dulu pun sesat jugak bila masuk sekolah ni.Maklumlah sekolah mengalahkan muzium.",guru itu berbual.Mirae terpaksa menyembunyikan tawanya.Tak sangka pula cikgu di depannya itu agak peramah.

"Okay...awak masuk kelas saya.Jom kita pergi sama-sama supaya awak tak sesat.",ajak Cikgu Heechul.

❃❃❃

Suasana kelas agak bising memandangkan cikgu yang mengajar belum masuk.Felix meletakkan kepala di atas meja.Penat melayan budak-budak perempuan yang terhegeh-hegeh kepadanya.Nasib baiklah Changbin ada selamatkan keadaan,kalau tak haru biru jadinya.

Changbin menepuk bahu Felix sebaik bayang Cikgu Heechul masuk ke kelas.Secara automatik,suasana kelas menjadi tenang.Changbin memandang gadis yang berdiri di sebelah cikgu kelasnya.

"Annyeonghasayeo....semua datang hari ni?",sapa Cikgu Heechul.Mereka sekelas menjawab serentak sebaik mendengar pertanyaan itu.

"Okay...hari ni,kita ada kawan baru...jangan buli pulak kawan baru ni ye...ha kenalkan diri awak.",arah Cikgu Heechul.

"Annyeonghasayeo...Jung Mirae ibnida...sila tunjuk ajar and let's be friends.",ramah Mirae.

"Arasseo nae mirae (masa depan).",seloroh seorang pelajar lelaki.

"Awak Hongjoong jangan nak mengada-ngada ye...dah Mirae,awak duduklah kat mana awak yang selesa.",Cikgu Heechul menepuk lembut bahu Mirae kemudian meninggalkan kelas itu.

"Awak boleh duduk sini...sebab tak ada orang.",Mirae menoleh bila terdengar suara.

Changbin menunjukkan kerusi kosong yang berada di belakangnya.Pelajar yang duduk di situ sudah pindah seminggu lalu,jadi tempat itu kosong.Mirae tersenyum lalu menuju ke arah kerusi tadi.

Mirae memandang ke arah Felix yang sedang membaca komik di sebelah Changbin.Kenapa dia rasa seperti pernah nampak dan barulah dia teringat kejadian dalam bas tadi.

"Annyeong Mirae...saya Changbin.",lelaki itu perkenalkan dirinya.Mirae menyambut huluran tangan Changbin sambil tersenyum.

"Ni Felix kan?",tanya Mirae.Changbin agak tercengang kerana gadis itu mengenali Felix walaupun kawannya itu belum perkenalkan dirinya.Dia mengiyakan selepas beberapa saat terdiam.

"Tak sangka kau femes gila sampai Mirae pun kenal kau...untunglah",Changbin mengesat airmata palsunya.Mirae tergelak kerana terhibur dengan gelagat Changbin.Felix pula mengabaikan kawan baiknya itu.

"Annyeong...",Felix menyapa kemudian kembali membaca komik.Perbualan mereka terhenti sebaik cikgu masuk untuk pembelajaran seterusnya.

❃❃❃

Di kantin,

Mirae mencari kelibat Hyera kerana gadis itu mengajaknya untuk rehat bersama tadi.Disebabkan kantin itu besar,Mirae tak dapat mencari Hyera.Dia tersentak bila bahunya dipegang dari belakang.

"Changbin...terkejut saya.",Mirae menepuk lengan Changbin perlahan.Lelaki itu hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Saya nak ajak rehat sekali...jomlah.Felix dah pilihkan tempat untuk kita.",pelawa Changbin.Mirae melihat sekeliling mencari Hyera namun tak jumpa.Mirae pun bersetuju untuk makan bersama Changbin dan Felix tengahari itu memandangkan masa untuk rehat tak adalah lama mana.

Mirae dan Changbin menuju ke meja sambil membawa dulang makanan.Felix pula sudah kekenyangan kerana menunggu kawan baiknya itu sampai.

"Kau dating ke apa? Aku dah habis makan kot baru kau sampai.",bebel Felix.Dia memandang ke arah Mirae yang berdiri di belakang Changbin.

"Bisinglah kau...aku teman Mirae tadi.Dah awak duduk sini..jangan malu-malu.",Changbin menepuk tempat di sebelahnya.Mirae pula hanya mengikut kehendak Changbin itu.

"Awak cari siapa tadi?",tanya Changbin.Dia mahu bertanya dari tadi lagi sebenarnya cuma dia mahu mengisi perutnya terlebih dulu.

"Hyera...awak kenal ke?",tanya Mirae.Felix dan Changbin memandang Mirae serentak bila gadis itu menyebut nama Hyera.

"Shin Hyera?",Changbin meminta kepastian dan Mirae mengangguk.

"Jangan kawan dengan dia...nanti awk dipergunakan...memang dia nampak friendly macam tu tapi sekali dah kawan dengan dia...habislahhh",beritahu Changbin.Sekali dengan riak muka dia bercerita.Felix pula mengangguk setuju dengan kenyataan Changbin.

"Jjinja?? Tak sangka pula dia macam tu..",balasnya tak percaya.Nasib baiklah Changbin beritahunya awal-awal kalau tak habislah dia dipergunakan.

"Ye...kalau awak nak kawan dengan sesiapa kat sini...tanya saya dulu..Arasseo?",pesan Changbin yang mengalahkan cikgu tadika.

"Arasseo...komawo bagitahu saya.",ucap Mirae.

❃❃❃

Changbin menunggu Felix di depan pagar sekolah kerana kawannya itu mahu ke tandas tadi.Dan ketika itu,Mirae lalu di depannya.Serta merta dia menegur gadis itu.

"Mirae...nak balik ke..Rumah awak kat mana?",tanya Changbin.Mirae memberhentikan langkahnya dan berdiri betul-betul di depan Changbin.Walaupun Changbin taklah setinggi pelajar lelaki lain,namun dia tetap lebih tinggi dari Mirae bila gadis itu terpaksa mendongakkan kepalanya untuk berbual dengan Changbin.

"Rumah saya 15 minit dari sekolah.Kat perumahan baru tu.",jawab Mirae.Pipinya agak kemerahan kerana cuaca yang agak panas.Changbin mengalihkan pandangannya ke lain bila Mirae tersenyum manis kepadanya.

"Eoh....perumahan tu..",dia menjawab.

"Awak tahu ke?",tanya Mirae teruja.Kan bagus kalau Changbin turut tinggal di perumahannya.

"Eoh...tak tahu.",jawab Changbin polos.Mirae memandang lelaki di depannya itu.Jawab macam tahu.

Changbin berlari sambil membuat suara comel ke arah Felix bila kelibat kawannya itu mula kelihatan.

"Kau kenapa? Macam budak terencat je.",tegur Felix bila Changbin berlari kecil ke arahnya sambil menutup muka.

"Korang...saya balik dulu!!",jerit Mirae lalu melambaikan tangan ke arah Felix dan Changbin.Felix hanya mengangguk manakala Changbin melambai dengan bersungguh.

"Kau syok kat dia ke? Beria betul melambainya.",usik Felix.Satu tamparan hinggap di belakangnya.Nasib baiklah Felix tak membalas.

"Mana ada...dia cantik kot..kau nak dia ke? Aku boleh tolong.",Changbin menukar topik.Felix menggelengkan kepalanya lalu meninggalkan Changbin sendirian di situ.Kalau dilayan,makin teruk budak itu.

❃❃❃

Puan Shin menyambut anak perempuannya yang baru balik itu.Dia tak sabar untuk bertanya tentang sekolah baru anaknya itu.

"How's your day?",sapa Puan Shin.Mirae sudah duduk di sofa rumahnya melepaskan penat.

"Okay....Mirae dapat dua orang kawan.",jawabnya ceria.Puan Shin tersenyum gembira.

"Nanti ada masa ajaklah diorang datang makan kat sini...ulangkaji ke?",pelawa Puan Shin.Dia sengaja memberi cadangan supaya anaknya itu tak kesunyian.

"Arasseo Eomma...Mirae naik dulu ye..nak mandi lepastu Mirae cerita kat Eomma pasal kawan Mirae.",gadis itu meminta diri.

Hye you all....saje je Yana buat ff baru sebab rase lain bila tak menaip cerita..hehehe...apa pun korang supportlah ff ni.....suami Yana tau watak utama..ex suami pulak watak kedua...okaylah bye!!

Vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro