Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'❺'-

Jeongin berhenti melangkah sebaik saja tiba di satu tempat. Mulut Ji Ah ternganga melihat keindahan persekitaran itu. Keindahannya bukan saja hanya berlatarkan alam sekitar, tetapi ianya juga terdapat air yang mengalir di antara batu dan terus membentuk sebuah kolam secara semulajadi.

"Iyen! Cantiknya tempat ni!" Ji Ah meluahkan rasa kagum sekaligus melompat keriangan. Jeongin mengukirkan senyuman nipis menyaksikan keterujaan gadis itu.

Jeongin mengambil tempat di atas salah satu batu besar yang terletak di tepi kolam semulajadi tadi. Ji Ah pula berjalan di sekitar kawasan air terjun sambil menyanyi kecil. Selepas puas mengelilingi kawasan itu, Ji Ah melangkahkan kaki menuju ke arah Jeongin.

"Terima kasih sebab bawa saya ke sini," ucap Ji Ah seikhlas hati. Badannya disandarkan pada batu yang diduduki Jeongin tadi sambil menikmati pemandangan di situ.

Ji Ah mencebik bila Jeongin tidak membalas ucapannya seperti yang diharapkan. Nampaknya, hati Jeongin lebih keras dari batu-batu yang berada di situ.

"Macam mana awak tahu tempat ni?" tanya Ji Ah ingin tahu. Melihatkan kawasan air terjun yang bersih, dia pasti belum pernah ada orang yang menjejakkan kaki ke situ.

"Saya jumpa tempat ni pagi tadi." Kali ini Jeongin menjawab. Disebabkan tidak dapat tidur dengan nyenyak malam semalam, Jeongin membuat keputusan untuk berjalan sekitar kawasan bagi menghilangkan rasa bosan. Tidak sangka pula dia dapat menemui tempat seindah itu.

Ji Ah menunjukkan reaksi kagum. Bila teringatkan apa yang terjadi sebelum Jeongin membawanya ke situ, riak wajah Ji Ah berubah. Apa yang dikatakan Hyunjin sebentar tadi, bermain semula di fikirannya. Jeongin mengalihkan pandangan ke arah Ji Ah bila gadis itu tiba-tiba membisu.

Jeongin turun dari batu besar tadi lalu berdiri di sebelah Ji Ah. Raut kesedihan jelas kelihatan pada wajahnya. Dia tersenyum bila satu idea muncul di kepalanya lalu memanggil Ji Ah.

"Ji Ah...," panggil Jeongin. Mata Ji Ah terbuntang bila badannya terdorong ke belakang akibat ditolak Jeongin. Tangannya juga tidak sempat berpaut pada mana-mana lalu terjatuh ke dalam kolam.

"Iyen! Saya tak pandai berenang!" jerit Ji Ah. Pada mulanya, Jeongin menyangka yang Ji Ah hanya mempermainkannya namun, melihat Ji Ah dalam keadaan terkapai-kapai, Jeongin mula cemas lalu segera terjun ke dalam kolam itu.

"Ark! Jangan tekan kepala saya!"  Jeongin mengambil nafas bila kepalanya ditekan ke dalam air yang mana boleh membuatkannya turut lemas.

Ji Ah yang dalam kekalutan itu, tidak mengendahkan kata-kata Jeongin sebaliknya dia terus menekan kepala Jeongin. "Saya tak nak mati!"

"Saya yang mati kalau macam ni! Ji Ah!" teriak Jeongin. Suaranya kedengaran tenggelam timbul kerana tindakan Ji Ah itu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han memerhatikan Erika yang sedang mengemas barangannya di khemah. Hwa Ra yang berada di situ memandang Han dan lelaki itu hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Erm... Erika, awak nak pergi mana?" tanya Hwa Ra.

Erika cuba mengukirkan senyuman meskipun suasana hatinya tidak baik. "Saya kena balik sebab ada emergency."

Hwa Ra hanya mengangguk faham. Kalau itulah alasannya, dia tidak boleh berkata apa-apa. Lagipun, kehadiran gadis itu tidak diundang maka kepulangannya juga tidak dihalang.

Tidak lama selepas Erika pulang, Hyunjin menampakkan dirinya. Tanpa melengahkan masa, Han berlari menuju ke arah Hyunjin untuk bertanyakan apa yang berlaku di antara mereka berdua.

"Kau break semula ke dengan Erika? Kenapa?" soal Han. Air liurnya ditelan perlahan bila Hyunjin memberikan pandangan tajam. Kakinya menapak beberapa langkah ke belakang sambil tersengih.

"Bila masa aku cakap aku get back dengan Erika?" kini giliran Hyunjin pula bertanya.

"Tapi Erika cakap yang-"

"Lain kali kalau Erika cakap apa-apa, tanya aku dulu." potong Hyunjin tanpa sempat Han menghabiskan katanya. Kerusi kecil yang terletak di tepi khemah, diambil untuk dijadikan tempat duduk.

Hwa Ra yang memasang telinga dari tadi, tersenyum. Nampaknya apa yang disangkakan selama ini benar belaka. Hyunjin dan Erika tiada apa-apa hubungan yang istimewa melainkan hanya sebagai bekas kekasih.

"Okay, Hyunjin dah ada dengan kita jadi jom sarapan!" Hwa Ra cuba meleraikan situasi tegang itu dengan mengeluarkan pankek yang dibuatnya bersama Han tadi.

Hyunjin mencari kelibat Jeongin yang tidak kelihatan di situ begitu juga dengan Ji Ah. "Mana Iyen dengan Ji Ah?"

"Ouh Iyen dengan Ji... Eh haahlah! Mana diorang??" kata Han yang baru tersedar dengan ketiadaan dua orang itu.

"Jalan-jalan kot. Jomlah makan dulu, kita simpan je sarapan untuk diorang." Hwa Ra mencelah. Tiada apa yang perlu dirisaukan oleh kerana masing-masing sudah besar dan pandai menjaga diri.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin terbaring melepaskan penat, begitu juga dengan Ji Ah. Tenaga mereka hampir kehabisan kerana bertarung nyawa di dalam sungai tadi.

Suara tawa kedengaran dan Ji Ah menoleh untuk memastikan dia tidak tersalah dengar. Dia kaget melihat Jeongin tertawa kerana sebelum ini, lelaki itu tidak pernah tersenyum apatah lagi tertawa besar seperti yang dilihatnya sekarang.

"Awak gelak?" soal Ji Ah dengan nada teruja.

Jeongin serta merta menghentikan tawanya lalu berdehem perlahan. "Mana ada."

Ji Ah segera mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk. "Ya awak gelak tadi. Kenapa, ha?"

"Sebab teringatkan muka awak..," ujar Jeongin lalu merenung tepat anak mata Ji Ah. Tindakan Jeongin itu membuatkan Ji Ah terdiam. Betulkah apa yang didengarnya itu?

"... Masa lemas tadi. Hahahahaha!" sambung Jeongin lalu tertawa jahat.

"Yah! Muka awak pun samalah masa dalam air tadi!" marah Ji Ah namun semua itu sia-sia kerana Jeongin masih lagi mentertawakannya.

Kalau dia tahu yang dirinya akan diejek begitu, sudah pasti dia melemaskan saja Jeongin di dalam kolam tadi. Biar dia rasakan betapa pentingnya oksigen untuk meneruskan kehidupan.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin, Han dan Hwa Ra berpaling serentak sebaik saja Jeongin dan Ji Ah tiba di kawasan perkhemahan mereka.

"Korang pergi mana? Dari pagi sampai tengahari baru nampak batang hidung." tanya Hwa Ra seakan-akan ibu bertanya kepada anaknya. Han dan Hyunjin hanya mendiamkan diri menunggu jawapan dari mereka berdua.

Ji Ah memandang Jeongin meminta lelaki itu menjawab soalan Hwa Ra. "Kita orang pusing-pusing kawasan, lepas tu terjumpa air terjun. Dah alang-alang sampai, kita orang singgah kat situ hilangkan penat."

"Air terjun?? Wah! Dekat mana??" Han sudah tidak dapat mengawal lagi keterujaannya bila mendengar perkataan 'air terjun'.

Hyunjin memandang Han pelik. Sekilas pandang, tidak ubah seperti monyet bila melihat Han yang terkinja-kinja itu. Hendak dihalang pun, tiada guna.

"Korang pergilah makan dulu. Hwa Ra ada simpankan sarapan tadi untuk korang," ujar Hyunjin. Pandangannya dialihkan pula ke arah Han yang berada di dalam khemah itu.

"Kau buat apa tu, Han?" tanya Hyunjin bila kawan baiknya itu seperti sedang mengemas sesuatu.

Sehelai baju dan seluar yang dikeluarkan dari beg galasnya, disumbat ke dalam beg plastik. "Aku dah excited nak mandi air terjun ni. Cepatlah siap."

Hyunjin hanya mampu menggelengkan kepala. Nampaknya, keterujaan kawan baiknya sudah tidak dapat dibendung lagi.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Keesokan paginya, mereka berlima mula mengemas barang-barang memandangkan hari itu ialah hari yang terakhir perkhemahan mereka di situ. Beg-beg sudah dikumpulkan di satu tempat dan plastik sampah juga sudah diasingkan. Tinggal khemah saja yang belum disimpan.

Han membersihkan bahagian dalam khemahnya yang agak berhabuk. Besi L dicabut lalu Han menutup zip khemahnya sebelum dia mengeluarkan besi lipat dari khemah secara menolak. Baru saja hendak melipat kanvas, Han dapat merasakan sesuatu merayap di belakang badannya.

"Weh! Binatang apa atas belakang kau tu??" Suara Hyunjin naik seoktaf sebaik saja terpandang serangga yang melekat pada baju Han.

Mendengarkan itu, Han mula menjerit tidak tentu arah meminta tolong. Dia mula membayangkan serangga hutan yang menjadi musuhnya sejak kecil. Hyunjin pula sudah melarikan diri, tidak mahu dirinya menjadi mangsa untuk mengambil serangga itu. Dalam kekalutan yang berlaku, Hwa Ra dengan tenang menghampiri Han lalu serangga tadi diambil tanpa sebarang masalah.

"Eee... Comelnya!" Hwa Ra tersenyum girang sambil memusingkan badan kumbang tanduk di atas tapak tangannya.

Riak wajah Han mempamerkan rasa geli bila Hwa Ra bermain dengan serangga hitam itu. "Apa yang comel? Seram adalah!"

Gadis itu mula tersenyum sinis lalu menghulurkan kumbang tadi tepat-tepat pada wajah Han. Maka bermulalah adegan kejar mengejar antara Han, Hwa Ra dan tidak ketinggalan juga, kumbang tanduk.

"Awak geli jugak ke?" tanya Ji Ah kepada Hyunjin yang mana sedang menyorok di belakang khemahnya.

Menyedari hal itu, Hyunjin menggaru belakang kepalanya. Hendak menafikan pun tidak guna kerana sudah jelas dia sedang bersembunyi di situ. "Sikit... Hehe"

Ji Ah menguntumkan senyuman seraya membersihkan khemahnya untuk disimpan. Hyunjin yang berada di situ, menawarkan diri untuk membantu gadis itu mencabut besi-besi khemah. Ji Ah tidak pula menghalang kerana dengan bantuan Hyunjin, lagi mudah kerjanya.

Jeongin yang sudah lama selesai, membuat keputusan untuk menunggu di dalam kereta. Selepas bermandi manda di air terjun semalam, dia sedikit kepenatan. Dalam pada masa yang sama, Jeongin memandang ke arah Ji Ah yang kelihatan gembira di samping Hyunjin.

Jeongin menampar pipinya perlahan bila tersedar yang dia sedang tersenyum sendiri. "Aku penat sangat ni."

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Ji Ah mengikat rambutnya dan beg tangan di atas meja solek, dicapai. Jika ikutkan hati dia malas hendak malas keluar rumah tetapi, oleh kerana stok makanan hampir habis dia merelakan hati. Hari itu Ji Ah meminjam kereta Hwa Ra kerana sudah serik dengan apa yang berlaku tempoh hari.

Troli ditolak hinggalah Ji Ah berhenti di depan rak yang dikhususkan untuk makanan ringan. Dia mengambil beberapa jenis perisa yang ada di situ kemudian diletakkan ke dalam troli. Langkahnya diteruskan menuju ke  bahagian belakang pula, di mana segala jenis minuman ditempatkan.

"Eh, Iyen. Buat apa kat sini?" Ji Ah menyapa Jeongin yang berada di situ. Terasa seperti siaran ulangan pula bila terserempak di tempat yang sama cuma waktu saja yang berbeza.

"Joging." Jeongin berbasa basi. Ji Ah mendengus geram bila Jeongin masih melayannya begitu. Susah sangatkah bagi Jeongin untuk beramah mesra? Setiap jawapan yang diberikan lelaki itu mesti akan menyakitkan hatinya. Tidak meneruskan perbualan, Ji Ah meninggalkan tempat itu tanpa mengambil minumannya.

Ji Ah menutup bonet belakang keretanya selepas meletakkan barangan yang dibelinya tadi. Wajahnya sedikit kemerahan kerana cuaca yang agak panas petang itu.

"Ji Ah...," panggil seseorang yang membuatkan gadis itu menoleh.

Jeongin membuka penutup botol lalu meneguk air beberapa kali untuk menghilangkan dahaganya. Dia singgah di pasaraya itu selepas pulang dari berjoging di taman berhampiran. Fon telinga dipasang sebelum memulakan langkah dan ketika itu jugalah dia ternampak seorang perempuan sedang berbual dengan Ji Ah.

"Erika... Apa yang perempuan tu buat kat sini?" Jeongin bermonolog sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro